Hari ini, kami pergi 2 tempat. Perkampungan Mekong dan juga Vietnamese water puppet show..
pengalaman yang sangat2 awesome.
Sungai Mekong yang sangat femes kerana keluasan dan kedalamannya.
Kalau nak pergi Malaysia lalu sungai Mekong ni pun boleh..Tak tipu pun.. Harry yang bagitau info ni.. :)
Kami menanti di jeti menunggu ketibaan bot kayu yang akan bawa kami menyelusuri sg mekong ni..2 bot untuk memuatkan rombongan kami yang seramai 49 orang ni.. :)
Angin bertiup sepoi2 bahasa membuatkan kami semua tenggelam dalam khayalan melayani permandangan sungai mekong.. Sungguh! indahnya ciptaan Allah.. Sungai yang dihiasi teratai yang timbul tenggelam menambahkan lagi 'keunikan' Sg Mekong ni.. Patutlah Vietnam terkenal dengan teratainya..dan Mekong itu sendiri maksudnya (cantik) dalam bhsa vietnam..no wonderlah..sebab Sungai nya pun dihiasi teratai2 yang cantik.. :)
Then, sampai sudaa kat perkampungan Tour Guide kami, Christine..Perkampungan Mekong ni kampung dia rupanya..
Singgah 'The coconut Candy Shop'..dapat candy percuma..panas2 lagi..best sangat. :)
"boleh beli..murah-murah .. " ramah vietnamese melayan kami..macam2 flavour ada..
Jalan2 lagi..shopping ole2 sikit untuk bawak balik kat family n kawan2..then, kami berhenti kat tempat penghasilan madu asli..fresh2 dari sarang lebah..
Dijamu honey-tea..sangat2 sedap bila dicampur dengan limau nipis. apa lagi bertambah dua tiga kali..haha..alang2 dia bagi satu teko..
kalau nak rasa buah-buahan tempatan, kat sini bnyak sangat..Macam kat Malaysia jugak, ada buah naga, ciku, nangka, nenas, jambu, betik dan macam2 lagi..diiringi alunan lagu tradisional dan berpeluang dengar lagu " Rasa Sayang" versi vietnam..
habis sudah makan2..kami menaiki sampan kecil untuk ke susur keluar dari perkampungan ni..
Bila melihat kehidupan penduduk Mekong ni, sangat2 menyentuh hati.Setiap satu keluarga ada satu sampan kecil sebagai kenderaan utama dan juga sebagai sumber mencari rezeki. 1 sampan yang kami naik ni tiada tambang khusus yang perlu kami bayar, cuma perlu bagi tip seikhlas hati.. Betapa gigihnya mereka, tidak kira muda atau pun yang sudah berusia, tetap kuat mendayung sampan untuk kami demi menyara keluarga.. Teringat kata2 Christine, " Orang Malaysia cukup2 kaya, makan 3 kali sehari.. Kami orang mekong, makan 2 ekor ikan untuk satu family..."
Sekali lagi, pesan pada diri.. " MAKA,BERSYUKURLAH !!"
yeah, akhirnya kami sampai ke Bot kayu tadi..nice experiences here :)
menuju ke satu2nya restoran Halal di Mekong untuk lunch :)
kemudian, bertolak semula ke jeti memandangkan petang nanti ada agenda lain pula di Ho chi Minh city.. :)
We'll miss Mekong River..
Selepas menyelusuri sungai, kami naik bas meneruskan sisa perjalanan 2 jam lagi utk kembali ke Ho Chi Minh city..
Singgah bersolat jamak qasar, kami meneruskan next activity,
Yang ni membuatkan aku curious pada mulanya,
'Vietnamese water puppet show'
Time tu dalam fikiran aku, macamane la agaknya diorang buat puppet show dalam air..Rupanya diorang berendam dalam air yang paras pinggang untuk mebuat persembahan puppet yang terdiri dari 17 stories,berkisar tentang kehidupan orang2 vietnam.. Dan, team water puppet show ni dah buat banyak persembahan ke serata negara.. *Tapi macam tak pernah diorang sampai Malaysia lagi.. *eh, ke aku yang ketinggalan??
Sedikit bingkisan..Sebahagian dari perjalanan puppet show yang sempat dirakam..jemput tengok, takde kat Malaysia nie :)
No comments:
Post a Comment