Meniti usia 23 tahun, sudah semakin dewasa rupanya.
Taufiqah menekup muka dengan kedua-dua telapak tangannya. Ada titisan air mata jatuh kepipi. Syukur kehadratMu ya Allah..syukur dengan sebanyak-banyak syukur,tidak tergambar nikmat yang Engkau berikan kepadaku.
Sehingga hari ini aku masih lagi diberi nikmat bahagia dengan kehidupanku sekarang. Meskipun banyak lagi perlu dipertambah baikkan. Aku yang sekarang bukanlah aku yang dulu. Aku sudah mengenal tudung. Bahkan semakin hari tudung yang menutupi kepalaku semakin dilabuhkan sehinggakan aku tidak lagi memandang remeh soal-soal berkaitan aurat. Meskipun aku dulu pelajar agama, namun keadaan sekeliling menjadikan aku tersasar seketika.
Andai waktu itu diri ini terus lalai dan lalai. Tiada siapa yang peduli. Bahkan mungkin hari ini masih begitu. Betullah yang dikatakan hidayah itu adalah milik Allah. Hanya Dia yang berhak membuka hati hambaNya. Dan syukur aku panjatkan.kerana akulah salah satunya. Taufiqah mengesat air mata yang jatuh.
“ Taufiqah !” Jeritan Lily di hujung padang menghentikan lamunannya.
“Ada apa lily…?” taufiqah menguatkan nada suara
“Datang sini cepaaaaat….”lily masih menjerit-jerit sambil menguiskan tangannya memberi isyarat memanggil.
Ada-ada sahaja kawanku sorang ni..beria betul panggil aku. Ngomel Taufiqah perlahan.
“Sabarlah sekejap, saya sudah bangun ni..” longlai bangkit dari bersila,taufiqah sudah mengatur langkah menuju ke arah kawannya itu.
“ tengok ni..” lily menunjukkan ladybug besar.. tapi ladybug ini bukan berwarna merah hitam tetapi berwarna hijau silver“Subhanallah.cantik..!”
“tengok sana…” lily menunjukkan lagi ke arah dandelion yang memenuhi ruang padang sebelah sana..
“wahh..cantiknya ..” Taufiqah menekup mulut dengan tangan menunjukkan reaksi begitu teruja dengan keindahan ciptaanNya..
“Awak suka ladybug kan? Dandelion pun kan? Saya pernah tengok awak punya wishlist tertampal kat dinding meja study..Awak nak tiup laju2 dandelion kat padang yang luas kan?.. So now, apa tunggu lagi?tuuu….”
Taufiqah mengangguk angguk tanda setuju..sebelum itu sempat lagi taufiqah mengeluarkan samsung Ace plus nya lalu di snap ladybug tu.
Suka sangat lah tu.
Taufiqah bukan pandai sangat pun ambil-ambil gambar ni..tapi kalau bab-bab melihat keindahan alam ni, tidak dilepaskan sedikit pun peluang untuk mengabadikan dalam kamera handphonenya walaupun tak berapa nak ada skills..
Berlari-lari anak Taufiqah mendapatkan dandelion..baginya, dandelion adalah sejenis lalang yang cukup cantik. Tanpa membuang masa, Taufiqah dan Lily sama sama meniup dandelion di padang sana..lalu berterbanganlah kelopak-kelopaknya yang ringan dibawa tiupan angin..sungguh indah moment itu.
“Kenapa ya awak suka dandelion?saya pun sik faham kadang-kadang dengan awak..” lagi sekali Lily bertanya. Agaknya belum berpuas hati lagi..
Persoalan lily hanya dibalas dengan senyuman. Tiada jawapan untuk itu. Mungkin ia hanya menjadi rahsia peribadi agung!
***
No comments:
Post a Comment