Wednesday, February 12, 2014

Hanya satu kali | 7

Abah sudah mengelap manik peluhnya didahi. Selesai menyapu halaman rumah, abah membasahkan tekaknya dengan air sejuk.. 

Sambil tersenyum abah menghulurkan tangannya bersalam dengan Taufiqah. Iyalah, nama aje sampai sebelum subuh,pukul 10 pagi baru nak bersua muka.

“Nak ikut abah pergi kebun tak?Rambutan gading tu dah masak pun.”


“Nak nak!” laju sahaja taufiqah kalau bab- bab rambutan ni. Nasib baik sample final year projek tak buat kulit rambutan. ahhaha..

Taufiqah menjinjit bakul bersiap sedia untuk ke kebun.

“Along, ni haa..” Puan suraya sudah menjerit dari pintu dapur sambil menunjukkan guni putih yang ada ditangan, besar sikit nak isi rambutan.Mana cukup kalau sekadar membawa bakul macam nak pergi pasar tu.

“Menjunjung perintah, ibunda.” Taufiqah sudah meletakkan tangan kanannya dihujung kening seperti gaya seorang askar yang ingin terima watikah pelantikan.


Singgah sebentar rumah maksu. Adiknya, man tu bukan boleh ditinggalkan kalau nak ke kebun. Nanti merajuk pulak nanti. Sudah Tingkatan 1 masih lagi manja!


Taufiqah dan man ternganga nganga menunjukkan reaksi over excitednya apabila melihat buah rambutan gading yang sudah berwarna kuning itu lebat di atas pokok. Lebatnya sampai dahan pokok sudah turun kebawah disebabkan terlalu berat menampung buah yang banyak.

Apa lagi, teruja lah taufiqah mengaitnya. Dibantu oleh assistant yang baru sahaja dilantik, Man mula menjalankan tugas untuk mengutip buah-buah yang jatuh..


“Along, dahlah tu..dah banyak sangat dah ni. Mari sini nak..abah nak cakap sesuatu” abah menepuk-nepuk papan lantai pondok yang dibinanya 2 tahun lepas.

Taufiqah melabuhkan punggungnya disebelah abah. 

Sambil mengopek kulit rambutan gading, matanya sibuk melilau-lilau melihat rambutan yang masih banyak pada pokok itu..Sedang adiknya memasukkan rambutan ke dalam guni putih. Rambutan yang masuk dalam guni sama banyak dengan yang masuk dalam mulut Yusman..


Tanpa sedar, hari sudah zohor.
Mereka berkemas-kemas dan membawa pulang seguni rambutan untuk bahagi-bahagi pada jiran. Kalau nak harapkan mereka sekeluarga, tak habis nak makan juga rambutan tu. 

Sedekah pada jiran-jiran dapat juga mereka merasa sekali. Disamping dapat mengeratkan hubungan kejiranan.bukan orang lain pun, balik-balik semua jiran tu saudara mara juga.Takkan lari pun gunung dikejar. 
*Ehh, tetibe? Tiada kaitan lansung!


***

2 comments:

 

Template by BloggerCandy.com