Perlahan-lahan Taufiqah menutup diary .
Cukuplah dulu aku menulis. Naik penat dah mata ni..Diary merah dikucup sebelum
disimpan rapi di laci . Sempat lagi menjeling jam garfield di meja. Sudah 11.45
malam.
Taufiqah mencapai magic pen berwarna
purple. Menulis kata2 positif untuk dimasukkan ke dalam tabung hijrah.
“Taufiqah nak jadi budak baik,
esok jangan lupa puasa sunat”
Lalu digulung-gulung kertas memo kecil
dan dimasukkan dalam tabung jernih di atas meja.
Malam ini tidur awal memandangkan esok
berniat untuk bertahajud dan bersahur. Selamat malam semua.
3.59 a.m
‘tet, tet’ bunyi mesej masuk sekali gus
mengejutkan taufiqah bangun dari lena. Tangan menggosok mata perlahan-lahan.
‘jom bertahajjud’
mesej dari Akh Syafiq.
Sudah 4.00 pagi rupanya.
Taufiqah bingkas bangun berwudhu’ dan
menunaikan solat sunat. Selepas solat,Taufiqah kemudiannya membancuh segelas
horlick dan bersahur. Sekadar alas perut. Nanti tak pasal-pasal pukul 11 pagi dah kecundang puasa. Mana
taknya, perut gastrik mana boleh tahan kalau tak bersahur. Lagi-lagi orang yang
tekanan darah rendah macam taufiqah.mau juga pengsan lagi.
Sambil mengunyah beberapa keping biskut
cap ping pong cicah air horlick, Otak taufiqah teringat kembali akan mesej yang
diterimanya dari akh Syafiq. Opss.pembetulan.bukan mesej, tapi mesej-mesej.
Plural okay.
Sejujurnya
taufiqah rasa begitu kurang selesa dengan mesej2 seperti tadi. Meskipun inti
pati mesej Akh Syafiq mengajak ke arah
kebaikan, namun bagi diriku ‘kurang tepat’ dia menghantarnya kepadaku.
Bukan
sekali ini, tetapi sudah berkali-kali.Kadang-kadang Taufiqah juga tidak
mengerti orang yang menyalahertikan hubungan cintan cintun kononnya
berselindung dibalik couple islamic yang dihiasi dengan mesej nasihat itu dan
ini, mengejutkan tahajjud, mengingatkan solat, menghantar sepotong hadis itu dan ini..
Dari suatu sudut..Yes.. I admit.
Itu
perkara yang baik saling ingat mengingati.. tp kadang2 aku emo jugak bila
selalu sangat.
Kenapa tak hantar je mesej kejut tahajjud
tu kat ibu bapa diorang?adik beradik ke?saudara mara ke? Jiran sebelah rumah
ke? Sepupu sepapat ke?Bukannya aku tidak ingin berhusnu dzon,
tetapi….hurm..entahlah.
“Laki semua
sama lah..”Monolog aku di birai meja. Kalau lelaki-lelaki dengar, comfirm aku
kena maki hamun ni.Balik-balik ayat yang sama juga keluar dari mulut Taufiqah.
Begitu prejudiskah pandangan Taufiqah
pada insan bernama lelaki?
***
No comments:
Post a Comment