Sunday, February 09, 2014

Jelajah Ho Chi Minh | 3

Oke, sambung jelajah hari kedua.. Ke terowong Chu Chi atau lebih femesnya Chu Chi Tunnels..
Datang sini buat kami terlopong mendengar penerangan tour guide kami mengenai singkapan sejarah dan strategi-strategi perang askar-askar vietnam demi mempertahankan tanah air daripada jajahan Amerika. Dari Independence Palace, perjalanan kira-kira 2 jam ke 3 jam.. (*lupa dah..yang penting lama dan sempat lagi kami merehatkan mata dalam bas ) hehe..

Sesampainya kami disana, setelah membeli tiket kami masuk ke satu lorong yang menghubungkan kami ke " kawasan tinggalan perang ".. Ada sedikit taklimat ringkas berkaitan pembinaan terowong-terowong tersebut dan struktur keseluruhan terowong tersebut. Apa yang sempat tangkap sepanjang taklimat tu ialah berkaitan chamber terowong. Ada 3 peringkat terowong..pertama kedalaman 3 meter, kedua kedalaman 6 meter yang yang paling bawah kedalaman 9 meter dari permukaan tanah.. manarik kan? Setiap chamber tersebut ada bunker-bunker yang dijadikan dapur, bilik, tempat rehat dan tempat berkumpul. Chamber kedua untuk melarikan diri dan chamber ke tiga adalah terowong yang keluar hingga ke sungai..Yang Syoknya dapat tengok video 'hitam putih' tentang strategi perang tentera vietnam.. Dalam hati rasa macam.. ' pergh..hebat!'


Kami singgah ke beberapa perhentian yang merupakan tunnels yang menghubungkan dari satu tempat ke satu tempat.. dan untuk pengetahuan..panjang terowong tersebut ialah 200km.. sangat2 panjang sedangkan kawasan yang kitorang pergi tu macam tak luas sangat.. 

"Apa yang menjadikan keseluruhan terowong tersebut panjang ialah terowong ini dibina dalam bentuk Zick zack supaya mengelirukan pihak penjajah " keterangan Christine sekali lagi buat kami rasa.. ' Oh, no wonderlah...

Oke, ini terowong pertama.. nampak tak betapa sempitnya tunnel tu. lebih kurang 3 jengkal je lebarnya.. nampak tak strateginya kat situ.. Tujuannya hanya orang2 slim je yang boleh melepasi terowong tersebut.. Strategi ini digunakan sebab jelas-jelas orang vietnam memang slim dan penjajah Amerika badannya besar2..so, Diorang tak berjaya melepasi terowong ni..

Yang bestnya, kami boleh cuba sendiri masuk dalam terowong ni.. 
dan.
aku pun tak lepaskan peluang yang datang hanya sekali ni..

nak masuk senang je..nak keluar kemain lagi susahnya. because of kekurangan inci, jadinya aku kena gigihkan sikit untuk melonjak keluar. Thanks to raihana dan aina yang menolong aku keluar..haha.. *tak leh lupa.. :p

kami teruskan perjalanan.. jalan kaki tak rasa penat sebab setiap perhentian tu macam2 benda menarik.


ini dia salah satu strategi perang. kepada yang berminat..sila take note. 
War trap ni terdiri dari pelbagai jenis..nampak tak lubang2 dalam gambar kat atas tu?
setiap satu lubang tu ada perangkap yang sangat2 menggerunkan.. Ada macam macam jenis perangkap..
See- saw trap, door trap, booby trap, rolling trap, slipping armpit trap, conical trap, durian trap pun ada..dan macam2 trap lagi..aku pun tak ingat dah nama dia.
pendek kata, kalau terperangkap kompem cedera parah atau mati.

Then, kami menuju ke pondok ruangan kerja buruh dan juga askar2 vietnam..tempat dimana mereka menghasilkan 'selipar perang'..

Fuyoo..selipar perang.1st time dengar askar berperang pakai selipar. Ini yang lainnya pada tentera vietnam, mereka berperang pakai selipar..biasanya tentera pakai Boot..

untuk buat selipar perang ni memerlukan kegigihan yang tersangat gigih (ayat hiperbola)

kenapa aku cakap macam tu?
1. diperbuat daripada getah tayar, sangat keras dan susah dibentuk..
2. memerlukan pisau yang betul2 cukup ketajamannya.
3. Bukanlah free size, tapi berbagai-bagai size ikut kaki
4. dibuat dalam 2 bentuk (satu ke depan dan satu lagi vice versa)



ni dia contohnya yang Harry pegang. sepasang selipar tu satu kedepan satu lagi terbalik..
betapa ber 'hazar'nya (berwaspadanya) tentera vietnam sehingga selipar pun dijadikan strategi.. supaya apabila berjalan, kesan tapak selipar menunjukkan dua arah yang berbeza dan sekali gus mengelirukan tentera Amerika.. Tu diaaaa.. idea diorang mencurah-curah keladang gandum. hebat sungguh pemikiran..

Sehingga sekarang, selipar-selipar getah ini masih dihasilkan. Buktinya, pekerja2 yang jaga Kawasan Chu Chi Tunnels ni semuanya beruniform hijau dan berseliparkan selipar getah ni.. :)

kemudian,kami teruskan lawatan ilmiah kami..
diberi peluang untuk menyelosori tunnel tu sendiri..sepanjang 200 meter kami merangkak dan membongkokkan badan masuk ke dalam.. Fuhh.. rasa macam tak cukup nafas..sebab ruangnya cukup sempit dan oksigen kurang..

Tapi alhamdulillah pengalaman yang sangat bermakna..
membuka ruang untuk aku bermuhasabah seketika..Agaknya inilah rasanya berada di alam barzakh.. jika tidak cukup amal, tambahan pula buat perkara2 lagha kat dunia,lubang kubur jadik sempit dan gelap..menakutkan..  *gulp..sila, insafkan diri.

satu lubang ni sebenarnya menyambungkan ke lubang-lubang lain melalui terowong2 tadi..
Satu lubang ni memerlukan 4 orang yang bekerja untuk mengoreknya.. Sangat rumit dan mengambil masa yang begitu lama.

kami khusyuk lagi mendengar penerangan Christine...
Orang pertama dan kedua berada diatas permukaan tanah meneruskan proses galian, orang ketiga pula berada di dalam lubang..mengumpul sisa2 galian tanah dan diletakkan dalam bakul.dan orang keempat, mengambil tanah yang sudah penuh di bakul dan berjalan kaki untuk membuangnya kedalam sungai..Ohh, gigihnya.. mereka melakukan kerja dengan trademark 
" we are together "..*eh, tetibe..haha

setelah penat berjalan jalan dan berpusing pusing..
kami berhenti untuk menembak..boleh guna M16 atau M 32.. harganya 10 USD per 10 bullets. sape nak cuba bolehla..

haa, yang ni pulak bom tinggalan perang..ada yang besar ada yang kecik, takdelah berat sgt dalm 50-250 kg je.. ameklah wat balik sorang satu ye..



last but not least, kami berhenti rehat dan minum petang 'vietnam tea and The Ubi kayu'..hahaha..Feeling duk kampung sekejap.

Sekitar jam 6 petang, kami makan malam dan balik ke hotel untuk berehat.. perjalanan yang sangat panjang dan perkongsian yang sangat menarik tentang sejarah vietnam.. betapa perit pejuang-pejuang negara, tak kira lah negara mana sekali pun, pasti akan bermati matian pertahankan negara tercinta daripada di jajah..

dan bersyukurlah.
Malaysia masih aman..*eh? 
Say Alhamdulillah. All praises to Allah

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com