Showing posts with label sharing2 ~. Show all posts
Showing posts with label sharing2 ~. Show all posts

Wednesday, December 24, 2014

Bergurau kita yang bagaimana??


syok2 duk dengar lagu Hijjaz..

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Lagu kekasih Allah.. Baginda yang maksum! dan mustahil kita semaksum nabi..
"Selagi upaya ku turuti ajarannya..Apa terdaya ku amalkan sunnahnya"

lalu tangan duk naip2 kat ruang entry baru.. satu je nak petik malam ni ialah soal Gurauan.
Tanya pada diri sendiri, gurauan kita sehari hari bagaimana??

nak2 sekarang zaman canggih manggih ni semua ade telegram semua ade wassap.. semua ade fesbuk, twitter..dan macam2 group kita ade.. grup persatuan, grup kos, grup kolej, grup sekampung, grup kawan tadika, sekolah rendah sampailah kawan bisnes.. terlalu bnyk untuk disebut..


Gurau senda rencah kehidupan.. penambah perisa orang kata.. ibaratnya makan megi tambah perencah. kalau takde perencah maka tak sedap lah megi tu.


lalu, gurauan kita yang bagaimana??
Dr yusuf Al qaradhawi ade mengupas panjang lebar tentang gurauan dalam buku Fiqh Hiburan dan rekreasi..buku keluaran PTS dan boleh dibeli di mana2 kedai buku. Dan disini saya kongsikan sedikit point penting.



Rasulullah s.a.w dan para sahabat juga berjenaka bersenda gurau.. tapi gurauan yang bagaimana?

1)Gurauan dalam kesederhanaan.

2)Tidak berbohong dan mereka reka cerita sebagai modal bagi membuatkan manusia ketawa kerananya. Baginda juga berjenaka tapi hanya berkata yang benar-benar sahaja.

3)Dalam gurauan yang tiada unsur menghina orang lain atau mempermainkan dan mencelanya kecuali orang tersebut mengizinkannya..

4) Tidak menakut nakutkan orang lain. Nie sbgai contoh orang yang selalu duk gurau mengejutkan orang! kalau ditakdirkan orang tersebut ade lemah jantung.. tak pasai2 jadi asbab kematiannya.. (ore kelate panggil gurau bewok)

5) Tidak bergurau dalam perkara yang serius dan tidak ketawa pada perkara yang perlu ditangisi. Ini point yang saya kira sangat2 kritikal penting. orang kata berpada padalah dan bergurau biarlah bertempat. Sebagai contoh andai ade post kawan2 kita dalam facebook/ ws yang berkaitan perkara serius, atau mungkin memerlukan respon atau bantuan yang segera.. tibe2 kita duk komen atau merepek repek atau bergurau senda pula dalam post tersebut.. Apakah perasan orang yang serius itu?? dan wajarkah perkara serius itu dibuat main2?? saya pernah merasainya dan saya tahu apa rasanya masin pahit semua ada..

6) Berguraulah dalam kadar yang munasabah, sederhana dan dengan kadar gurauan yang boleh diterima akal yang sihat.

" Letaklah sedikit jenaka dalam percakapan dengan kadar 
kamu meletakkan garam dalam makanan"
( Saidina Ali R.a)


"Bersederhanalah dalam bergurau kerana sekiranya kamu berlebih lebihan akan menghapuskan kecantikan akhlakmu dan jangan pula langsung tidak bergurau, ia akan menyebabkan orang lari dan takut kepadamu.. Maka, bersederhanalah!!"


Pesanan tulus ikhlas untuk diri sendiri dan sahabat2 yang dicintai keranaNYA.. moga sama2 kita ambil ibrah..

*mohon maaf, andai terlebih gurauan selama ini, mohon tegur saya secara berhikmah kalau saya over. sama2 check Bergurau kita yang bagaimana?
Akhir kata, mohon sama2 kita doakan Prof Dr Yusof Al qaradhawi yang sedang berdepan dengan ujian dikeluarkan waran tangkap oleh Interpol.

wallahu'alam

Monday, September 08, 2014

MISI DAKWAHKU MENJADI LEBIH BESAR!

credit pict :)


Bermula Form 1 sampai Form 5 aku dikelilingi orang se agama, se bangsa, se gender.Risau suatu hari aku xboleh adapt dengan situasi asing!

Dan.

Masa aku jalani latihan Khidmat negara ( PLKN ) aku mula biasakan diri dengan surrounding yang lebih open. Ada macam2 orang aku jumpa.

Hari ini..Sudah 4 tahun aku diupsi..4 tahun jugalah aku menjadi penghuni paling setia di kolej Harun Aminurrashid.. Akhirnya,baru aku merasakan aku rupanya terlalu bermanja di kolej. 

Akhirnya Allah 'campakkan' aku pada situasi yang menyebabkan aku ‘perlu’ untuk bertindak dengan lebih serius dua rius!

Ya! Misi dakwah menjadi makin besar. Sebesar penumbuk gajah! *eh?

Satu tanggung jawab kini terpikul lebih berat di kedua-dua belah bahuku.

Dulu.
Mungkin aku terlalu bermanja. Lembik. Kerana dikelilingi orang se fikrah (satu pemikiran)
Satu hala, satu jalan yang sama. satu lorong dengan aku. Ada yang selalu menasihati, ada yang selalu mengingatkan. Ada yang selalu menegur!

Dan.
Dulu. (xdelah dulu sgt..beberapa tempoh ke belakang)

Aku berada dalam kelompok yang sama! Terkadang terlalu asyik berada di zon selesa di mana aku berada bersama ‘mereka-meraka’ yang berpurdah, bertudung labuh, bertudung segi, bertudung polka dot, bertudung saji (pendek kata bertudung) dan ‘mereka-mereka’ yang sefikrah. Sekali lagi aku ulangi ayat sefikrah.

Okay.Banyak yang ingin aku tulis a.kay.a kongsi sebenarnya. Dan mungkin perlu berepisod-episod entry bertajuk MISI DAKWAHKU MENJADI LEBIH BESAR! kerana aku merasakan perjalanan hidup aku akan datang akan lebih seronok dan mencabar! Ahaaa..stay tune.


1. BE POSITIVE!

Bersangka baik pada Allah. Ini aku letakkan sebagai priority list.
Beberapa minggu mencari rumah sewa. Dan sememangnya aku mencari rumah sewa yang ‘kena’ dengan jiwa.. Dan duk mintak sgt2 dengan Allah supaya dipermudahkan segala urusan. Cari punya cari rumah sewa sejak bulan Ramadhan. Misi pencarian rumah sewa bermula di Kolej Aminuddin baki..Sebab dengar2 boleh sewa kat situ dengan kadar sehari RM4..entah mitos ke ape ni. Jawapan yang aku terima.. Dah full katanya.

Oke. Fine.
Menjadi penghuni liar sementara dapat rumah baru, aku menumpang kasih di rumah ex housemate semenjak Ramadhan sampai d end of August..
Dalam hati hanya Allah je tahu betapa segannya aku begitu lama menumpang kasih sayang peluk cium dirumah orang. Ohohoiii..Thanks to them :’(  (TAKPE..Ukhuwah katanya)


The BEST ever! BE POSITIVE.

Actually melly..

3 facts about me
1. Susah untuk positif di permulaan
2.  Tetapi akan mula berfikir di pertengahan
3. dan mampu rational di pengakhiran

At d end.
Berbalik kepada kata-kata “BERSANGKA BAIK PADA ALLAH”
Everything happened for a reason. A very good reason right?

InsyaAllah lepas ni akan ada rumah sewa.. Dan selang beberapa hari  Kak Ifah meng’offer’kan rumah sewanya untuk menggantikan tempatnya. Eksaited kemain. Taman U pulak tu..memang area situ jugak yang aku cari sebenarnya.


Ambil contct number , deal dan terus bayar deposit. Hiphip hooray!

Kan dah cakap  “Be positive”.. There will be a solution. All praises to HIM.


**Banyak lagi nk storymory..next entry lah ye. Penat nak taip.



Tuesday, August 07, 2012

Yang bergelar blogger




In the name of Allah,the most Gracious n most merciful..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w..peace be upon him..

Bagai tersedar dari lamunan..bila disapa oleh seorang sahabat lama..

sahabat :zati, dah lama x update blog.. bz ke?

Saya : emm..bz tu xde la mengalahkan YB..cumanya tak ter Update pulak blog tu..dah lama bersawang...

Sahabat : cik mawar bbungo..blog dah ade..gunakanlah sebaiknya..jadikan wasilah dakwah..bila dah selalu update..orang baca..sepotong ayat dalam entry pun kadang2 boleh membuka mata orang yang baca..kalau tulis nasihat2..pengisian..perkongsian..sama2 yang membaca tu dapat manfaat..x gitu cik zati...?

saya : hihi..sambil tersengih dan garu2 kepala.." ye2..btul2..nnti saya update ye.."

Allahurabbi..malu pulak bila ade yang tegur camtu..tapi memang betul pun ape yang dicakapkan tu..walaupun Blog Cik Mawar BBungo ni x sefemes blog Langit Illahi, blog Hanis zalikha, blog Fatin Liyana..
tapi saya pun nak grab peluang yang ade..

hari tu ada terbaca buku Hilal Asyraf, batu bata kehidupan..
BLOGGER=DAIE..
besar tanggungjawab sebagai seorang daie..
dan blog merupakan salah satu medan nasyru fikr iaitu penyebaran fikrah yang baik..

"err..saya bukan ustaz..saya bukan ustazah..saya x pandai nk cakap2 soal agama..ilmu saya x banyak..dan sebagainya lagi ayat yang selalu keluar dari mulut para blogger bila diminta share sedikit pengisian..termasuklah saya..selalu mencari alasan.."

memetik kata2 Imam Hassan Al basri..

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu,bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu,bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu,kerana aku juga pernah melampaui batas utk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna,nescaya tidak akan ada pendakwah,maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan"

hurm..terkesot di hati..

nak jadikan blog sebagai medan dakwah..xperlu pun ayat panjang2..
yang mana suka berpuisi dan bercerpen teruskan..selitkan unsur2 ketuhanan..dan peringatan..

yang mana suka tulis diari dan pengalaman..teruskan..
mudah-mudahan blog boleh dijadikan salah satu medan untuk kita menyebarkan dakwah dan tempat perkongsian ilmu..mungkin isi blog ini kurang menarik tapi at least kongsilah walau satu ayat..pesanan utk diri sendiri jgk.. :)


p/s :andai kita tidak mampu menjadi TERBAIK..namun, jadilah yang LEBIH BAIK dari sebelumnya..




Sunday, September 18, 2011

Cantikkah?

baru belajar melukis..hihi ^^

" Innallaha jamilun wa yuhibbul jamal "

Allah itu maha cantik dan suka akan kecantikan...




"cantik dinilai oleh mata pada parasnya..
dinilai oleh fikiran pada akal dan kebijaksanaan..
dinilai oleh nafsu pada bentuk fizikalnya..
dinilai oleh hati pada akhlak dan budinya.."

Diciptakan manusia sebagai makhluk sebaik-baik penciptaan..
cantik itu subjektif..bergantung kepada penilainya..
Setiap daripada kita adalah cantik..
jadi..
hargailah dirimu..
kerana dirimu begitu berharga..


-wniwmd-


Sunday, June 05, 2011

manusia x pernah puas kan?



Salam ‘alaik..

Oke..dah lama x update blog rupanya..bukan bz sgt pun..tp x de feel nk menulis semenjak akhir2 ni..
ape2 pun..dikesempatan ni..sy nk ucapkan..selamat menyambut kedatangan bulan rejab..hari ni pun dah masuk hari ke 3 bulan Rejab..sama2 la kita lipatgandakan amalan..:)

berbalik pada tajuk entry kali ni..sebenarnya nk cite pasal insan yg bergelar manusia..of coursela ditujukan khas buat manusia2 yg ade kat bumi ni..termasukla peringatan untuk diri sendiri..

stuju x bila saya cakap yang manusia ni tidak x pandai nak bersyukur..??

Oke fine! Mesti ramai yang marah bile dengar statement ni..

X pun manusia ni boleh dikategorikan tidak pernah merasa puas dengan apa yang ada..walaupun untuk perkara2 yang simple..mungkin kita x perasan bahawasanya kita sebenarnya tidak bersyukur??

oke..Saya bagi contoh diri saya sendiri..

Kadangkala..bila turunnya hujan..saya akan cakap..
“Alamak, hujan la pulak..habisla basah balik kain yang aku jemur....”

Bila hari yang panas pula..kadangkala yang terkeluar dari mulut saya ialah.. 
“ Panasnya hari ni..rasa bahang sangat..kering bibir aku..nak buka mata pun silau sangat...”

Astaghfirullahal’azim..istighfar banyak2..mungkin kita anggap biasa..tapi bila sedar..
 yang saya seolah2 kufur nikmat..astaghfirullaha’azim..x baik mengeluh..

Xpernah puas kan hati manusia ni??..Allah bagi hujan sepatutnya bersyukur..
“Alhamdulillah..bumi kita jadi sejuk...”
Dan bila Allah bagi cuaca panas pun kita sepatutnya bersyukur..
Alhamdulillah..matahari terbit..sebab pokok perlukan cahaya untuk menjalankan proses fotosintesis..dan keluarkan oksigen untuk kita...”

Saya pernah dengar kata2 hikmah :

“Allah telah terbitkan kita Mentari..
Kemudian, Dia datangkan kita hujan..
Puas kita menangis mencari mana mentari kita..
Rupa-rupanya Dia nak hadiahkan kita..
Sebuah pelangi yang Indah..”

Maha Agung Allah..memberi yang terbaik untuk kita..

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

- Surah Al-Baqarah ayat 216 -


 ** Astaghfirullaha'azim..moga kita semua tidak tergolong dalam orang2 yang kufur nikmat..Sentiasalah bersyukur dangan apa yang kita ada kerana kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk kita..sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang..

Saturday, May 28, 2011

don't judge a book by it's cover??




Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, masih diberi kelapangan waktu utk mencoret sedikit perkongsian di sini..

Hehe.. tetiba saya teringat zaman plkn dulu..best sgt2..kat sana saya suka berkawan ngn macm2 org..india ada, sikh ade, cina ade..melayu lagila ade..malam2 kiteorg selalu borak2..nk dijdikan story..

masih segar diingatan..Ade satu malam tu..sebelum tido..saya berbual ngan seorang kawan..kawan sy tu seorang non- muslim mix indian and chinese..namanya panjang..tapi saya suka panggil beliau Sylvie..

Ntah apa yg kami borak..tetiba ada soalan yg keluar dri mulut Sylvie yg mmbuat aku terkedu..

“ wajibke org islam perempuan pakai tudung?”

“ A’ah, mmg wajib.. Kenapa tiba2 kamu tanya?”

“xdela, saya cuma pelik,kenapa ada yang x pakai tudung juga? Tuhan kamu x marah ke?”

**MasyaAllah, dalam hati aku malu kot dengan pertanyaan dia..macam mana aku nk explain lebih2 tentang wajibnya pakai tudung kat non muslim, sedangkan org islam sendiri ada yang x pakai tudung..puas pikir ayat nk explain time tu..


“ Macam ni, actually..tudung memang wajib pakai dalam konteks utk menutup aurat..,tapi dalam ramai2 orang islam, ada juga segelintir yang ingkar dengan perintah tersebut dan sudah tentulah Tuhan saya akan marah..dan untuk orang2 yang macam ni..mereka akan dapat balasan kelak..”

...okey, senang cite,saya bagi kamu satu analogi mudah..dalam sesebuah sekolah ada undang2 dan peraturan x?”sambungku lagi..

“Ada”

“wajib ke x semua pelajar mematuhi peraturan tu?”aku tanya lagi..

“wajib..”

“dan saya nak tanya kamu..ada tak student yang still langgar peraturan..?”

“ada jugak..”

Wednesday, May 04, 2011

sematkan dihati terkesan dijiwa..



Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah..syukur kerana masih lagi diberi nikmat islam dan nikmat iman..
masih lagi diberi kesempatan menaip bait-bait kata sekadar meluahkan rasa berkongsi cerita..
Tiga hari dua malam menyertai kursus kepimpinan di Kem Rimba Tamu amat meninggalkan kesan kepada saya.. Meskipun pada awalnya, jujur saya katakan agak berat hati saya untuk menyertai kem seperti ini..Lagi-lagi cuti semester sudah pun bermula..penangan rindu untuk balik kampung amat kuat..namun, setelah berakhirnya kursus ini, at least saya dapat sesuatu..sesuatu yang dinamakan ilmu..sesungguhnya.."Ilmu itu boleh datang dari pelbagai cara " teringat pesan YDP..tidak semestinya hanya mengadap buku 24 jam dan hanya masuk kelas semata-mata..

so, saya pun betulkan mindset awal2 lagi..untuk kutip seberapa banyak ilmu..kerana ilmu dah ada depan mata..why kita nk sia2kan..btul tak..?walaupun at the end kursus ni..bukan semua ilmu yang kita kuasai..tapi sekurang-kurangnya kita belajar..
"Apa-apa pun yang kita lakukan bergantung pada niat.. " 
pesan abang Abu menguatkan lagi diri saya untuk membetulkan niat supaya kem yang saya pergi bukan hanya dapat penat dan letih..tapi adalah suatu platform utk saya menuntut ilmu dan juga menimba pengalaman..
"Guru yang paling baik adalah pengalaman..." 
pengalaman yang baik boleh dijadikan pedoman utk kehidupan masa-masa akan datang..
pengalaman yang buruk itu boleh dijadikan sempadan utk penambahbaikan..

walaupun kursus ini sudahpun berakhir dgn selamatnya..
tapi ia merupakan suatu permulaan untuk kami semua terus melangkah dan terus maju.. InsyaAllah..
onesly..sy suka dengan objektif utama kursus ini iaitu untuk menjalinkan dan mengukuhkan lagi ukhuwah antara kami..sbb sy yakin..tanpa ukhuwah yang kuat..sesebuah organisasi tidak mampu untuk berdiri..

betullah apa yang orang selalu kata bahawa ukhuwah itu sangat indah..dan hubungan kasih sayang itu sangat kuat..dengan adanya sahabat2 yang sentiasa menyokong..berbekalkan semangat yang tersisa..insyaAllah saya Mampu..Overally, w'pun kursus ini nampak simple tapi ia akan terus tersemat dihati dan terkesan dijiwa..

p/s : kepada sahabat-sahabat seperjuangan..moga ukhuwah kita tidak akan berakhir setelah usainya kursus ini..biarlah ia kekal abadan abadaa..



Thursday, April 21, 2011

short update..

salam sume..
jam dah 3 lbey..
msih ngadap lappy..
x tau nape..semenjak dua tiga menjak ni..mata x ley nk lelap..
byk benda aku pikir..ntah apela yg dipikir pun aku x tau..
seriously..2 3 hari ni aku rasa sesuatu..
semakin aku mencari..semakin aku x tahu..
semakin aku pikir semakin pening kepala aku..
semakin aku cuba makin jadi haru biru..
yaAllah..
semakin aku ingin mengenaliMU..semakin kerdil diriku..



wallahu'alam..

selamat malam..assalamualaikum..
21042011 03:12

Saturday, March 12, 2011

Kita hanya menumpang..


Assalamualaikum wbt

Syukur Alhamdulillah..hari ini kita masih lagi boleh melihat dunia.

Hari ini saya ingin mengajak kita semua berfikir sejenak. Agak terkejut dengan berita tentang Tsunami yang melanda Jepun semalam. Bersamaan dengan hari jumaat, saya mula membayangkan macam-macam mungkin akan melanda. Tidak dinafikan..saya membayangkan peristiwa yang telah melanda aceh pada 26 Disember.. tsunami melanda lagi.Mungkin sebagai bala dari Allah untuk mengingatkan manusia yang semakin hari semakin leka, semakin alpa, semakin lupa..lupa bahawasanya Dunia ini hanya pinjaman..sampai masanya kita harus memulangkannya kepada pemiliknya..


kita hanya menumpang..

Allah Arrahman Arrahim..meminjamkan dunia,meminjamkan nyawa,meminjamkan harta, meminjamkan keluarga bahkan meminjamkan tubuh badan yang kita ada sekarang tanpa mengambil bayaran walaupun satu sen..

Apa balasan kita? Taatkah kita mengerjakan suruhanNya? taatkah kita meninggalkan apa laranganNya?tepuk dada tanyalah iman..saya ingin mengajak anda berfikir..sekali gus mengingatkan diri saya..memang manusia tidak akan sempurna..tapi setidaknya..kita berusaha menjadi yang terbaik..bukan untuk berlagak baik..tapi membaiki diri kearah menjadi insan yang baik.. di sini boleh di analogikan seperti belajar..semua orang mahukan result yang baik..4.0 flat dan sebagainya..nak dekat waktu exam, semua berlumba-lumba pergi library..study sampai 2 3 pagi..itu usaha utk dpt result yang baik..tapi untuk jadi hamba yang baik? Apa kita buat? Tak teringinkan melakukan usaha yang sama..?

Sekali lagi ingin saya tekankan..bukannya saya ingin berlagak baik..tapi untuk direnungkan bersama-sama..diri kita adalah suatu amanah yang besar..Allah meminjamkan tubuh badan ini hanya sementara..jagalah sebaik-baiknya sebelum memulangkan kembali kepada pemiliknya yang kita sendiri pun tidak pasti bilakah masanya akan tiba..huhu..sungguh tidak bersedia rasanya..


Monday, February 14, 2011

Valentine oh valentine..



Assalamualaikum wbt..
Tanggal 14 febuari memang ditunggu-tunggu oleh pasangan kekasih yang kononnya untuk meraikan hari kekasih dan membuktikan rasa cinta serta mencurahkan sayang pada pasangan masing-masing..
kenapa Valentine day disambut? 
Menjadi tanda tanya di situ..
Sebenarnya valentine day disambut untuk mengenang kematian St valentine yang mempertahankan cinta dan dapat menunjukkan  bahawa perayaan itu disambut sebagai sebahagian dari simbol agama Nasrani iaitu bagi org2 Kristian.

Sekarang seniora nak tanya sikit..
kita ni agama apa?
Bagi yang muslim..sedar-sedarkanlah diri tu..
hari kekasih bukan hari untuk meraikan kasih sayang sepasang kekasih..
lebih2 lagi kita ni agama lain dari mereka..dan buat apa kita nak ikut perayaan orang-orang nasrani?

Mari kita sama-sama renungkan..

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).”
 (Surah Al-An’am : 116)


"Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka"
(Hadith riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibn Hibban)

Sunday, January 23, 2011

Sungai dalam laut..

salam w.b.t
Subhanallah!!AllahuAkbar!!
perkataan yg mampu keluar bila seniora dengar tentang sungai dalam laut ni..
exceli..seniora dah ade dengar psl sungai dalm laut nie suatu ketika dulu..tapi belum sempat nak search secara detail bout dat..
Then, malam tadi seniora ada discussion biology kat bilik kawan..tetibe pulak rase nak search pasal ni kat google..sungguh menakjubkan..Allah maha besar..menciptakan sesuatu supaya manusia dapat berfikir..sudah semestinya pertama kali dengar, rasa macam x logik atau x masuk akal tentang statement entri di atas..tapi ape2 pon..
jom kita intai2 bersama seniora..

*****



وَهُوَ الَّذِي مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ هَذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ وَهَذَا مِلْحٌ أُجَاجٌ وَجَعَلَ بَيْنَهُمَا بَرْزَخًا وَحِجْرًا مَّحْجُورًا

 “Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.”
(Al Furqan 25:53) 


Subhanallah!!


laut dan sungai tidak bercampur..






Maha suci Allah yang telah menjadikan sesuatu supaya manusia dapat berfikir..


::check it out ::

Wednesday, January 12, 2011

interesting.. i think..



salam..
banyak benda belajar hari demi hari, waktu demi waktu..
nak share sket psl maths for sciene..kelas en.halim..hehe
first2..rasa boring je blajar history of calculus..tajuk cam dah x besh..
tapi after dgr story sal background and biografi mathematicians ni..cam interesting plak..

yg paling menarik bgi aku psl Leonardo Fibonacci..
yg bawak islamic mathematic back into Europe..
benda yang aku x pernah terfikir pn ada kaitan ngan maths..

**contohnya : berkaitan dengan alam semulajadi ni..bila sekali fikir, pokok tak ade pn kaitan ngan math kan..
tapi..actually mmg ada.. especially dengan Fibonacci punya sequence..

** Mengikut nombor sequence fibonacci ialah no. 1,2,3,5,8,13,21,34...

Cuba perhatikan gambar di bawah :-

bunga berkelopak 1

bunga berkelopak 2

bunga berkelopak 3

haa..kalo nak ikut sequence nombor daripada Fibonacci..
kira da betulla yg ats2 tu..

lepastu, korang penah ke tgk bunga yang ada 4 kelopak? rasanya xde..
sbb tula dalam sequence fibonacci xde nombor 4




haa..ni 5 kelopak
bunga 6 dan 7 kelopak ade ke?

8 kelopak

13 kelopak




21 kelopak


 macam mana??
aku pn tak pernah terfikir yang kelopak bunga ada kaitan jgk dengan maths..
dan banyak lagi bnda lain yang ada kaitan dengan maths..
Hakikatnya Allah itu Maha bijaksana,
menciptakan segala sesuatu supaya manusia dapat berfikir~

p/s: saja je tulis pasal bnda ni dlm ruangan blog aku..nak abadikan apa yg aku blajr..
dats all..


.: check it out :.
 

Template by BloggerCandy.com