Thursday, March 26, 2015

Reclaim your heart





Assalamualaikum and Hi.

Minggu ni rasa macam ntah pape. tak produktif.
macam semua benda aku buat separuh.
dan kalau buat siap pon hasilnya gagal.

Semalam buat TLC..dan resulnya pelik..
huh! dan malam mengajar kat proton city.. pon macam krik2.. mintak maaf ya adik2..
hilang fokus selama beberapa minit. mengelamun entah pikir apa.

Balik rumah 10.30 mlm.. semputt
Adik manis,
kenapa duduk bawah pokok malam malam
sorang2.. sambil senyum..
akak jadik heran.
nasib baik malam masih muda..
so, akk assume adik tengah berangan sambil tengok bulan!

setiap malam ada kerja nak buat..bizi mengalahkan JMK. eh?
a few things to do.. and then balik dah takde mood nak baca jurnal and study bagai..
nak2 bila en migrain datang menyerang.. rasa nak tido awal.. tapi cubaan tido gagal.

bangun pagi.. hidung berdarah.
dan aku dengan jayanya hari ni ponteng makmal..
kaffarah.. (baca : penghapus dosa)
yes..maybe kena reclaim apa yg tertinggal.
tak cukup bertaqarrub. yes, I admit..
.
.
.
.
.
sobs..
Moga Allah ampunkan dosa2.
T.T
Assalamualaikum and Hi.

Minggu ni rasa macam ntah pape. tak produktif.
macam semua benda aku buat separuh.
dan kalau buat siap pon hasilnya gagal.

Semalam buat TLC..dan resulnya pelik..
huh! dan malam mengajar kat proton city.. pon macam krik2.. mintak maaf ya adik2..
hilang fokus selama beberapa minit. mengelamun entah pikir apa.

Balik rumah 10.30 mlm.. semputt
Adik manis,
kenapa duduk bawah pokok malam malam
sorang2.. sambil senyum..
akak jadik heran.
nasib baik malam masih muda..
so, akk assume adik tengah berangan sambil tengok bulan!

setiap malam ada kerja nak buat..bizi mengalahkan JMK. eh?
a few things to do.. and then balik dah takde mood nak baca jurnal and study bagai..
nak2 bila en migrain datang menyerang.. rasa nak tido awal.. tapi cubaan tido gagal.

bangun pagi.. hidung berdarah.
dan aku dengan jayanya hari ni ponteng makmal..
kaffarah.. (baca : penghapus dosa)
yes..maybe kena reclaim apa yg tertinggal.
tak cukup bertaqarrub. yes, I admit..
.
.
.
.
.
sobs..
Moga Allah ampunkan dosa2.
T.T


Tuesday, March 24, 2015

Pameran sempena Khat'9

Assalamualaikum I convey..

First Thing first!

Apa yang nak di highlightkan di sini adalah sekali lagi team #cocap akan menyertai Pameran sempena Karnival hari terbuka kolej Harun Aminurrashid, UPSI

Alhamdulillah setakat ni 3 tahun berturut turun team cocap turun padang sertai pameran sempena hari terbuka kolej. Khat'007,  Khat' 8 dan kali ini Khat'9.. 







Apa seronoknya pameran?? Asyik2 cocap take part je kan?


Dah banyak pameran & Booth cocap join.. ada kat Selayang, ada kat UKM, ada kat Kl dan paling banyak comfem2 kat UPSI..


APA YANG SERONOK?

Yang seronoknya banyak.. saya story sikit2 jelah.. yang selebihnya.. kena seronokkan diri sendiri dengan berkunjung ke pameran kami di Dewan Kolej Harun Aminurrashid pada 27 & 28 Mac nanti iaitu jumaat dan sabtu sekitar jam 12 tengahari hingga jam 3 petang.

Yang Pertama seronok disesebabkan booth kali ni under Pameran KHAT'9 iaitu program terbesar sepanjang sidang (Kalau event JMK, kira hari terbuka tu event paling dinanti nantikan) *yeke yob? eheh!


So, secara otomatiknya sasaran pameran adalah mahasiswa/i yang terdiri daripada belia muda remaja baya kita2..tidak kiralah muslim atau non muslim. Bak kata seorang hamba Allah, kalao kita nak mulakan dakwah/ apa2 sahaja gerak kerja penyampaian ilmu biarlah dekat orang2 sekeliling kita dlu.. yang berhampiran, yang dekat2.. jangan duk pi yang jaoh2 sampai ke indonesia..tapi rakyat malaysia diabaikan. eh? macam besar je skop bunyiknya..


*conclusionnya, sebenarnya kami sayang upsi dan penghuni2 khar! (walaupun kami dah jadi mantan penghuninya ) tetap nak buat kat kolej kesayangan kan?



Yang kedua best sebab ianya berbentuk pameran!

Apa seronoknya pameran??

Dalam kepala apa yang terlintas bila sebutnya pameran?

mesti boring.. ilmiah sangat dan macam krik2..

Dolu2 pameran kami ada beberapa rate

1) Yang sangat2 mendapat sambutan
2) Yang mendapat sambutan
3) Yang biasa2
4) Yang krik2

Kenapa boleh jadi macam tu ya?

so, beberapa postmortem dibuat dan diambil iktibar (iktibar sgt!)

Dan kali ni.. kami nak sangat pameran kami ada win2 situation..

Give and take antara kami dan pengunjung yang bertandang ke booth kami.

dan hakikat sebenar kepuasan pameran adalah..

kami dapat sampaikan sesuatu dan dapat sesuatu dari pameran tersebut..

Maka dengan itu, InsyaAllah biiznillah.. moga2 Allah permudahkan


Dengan Tema " The Best Selfie.." insyaAllah lebih santai dan memberi kesan kepada diri kami sndiri..


 One day one verse


Yang ketiganya seronok sebab kami boleh create and brainstorming activities together gether..

dan apabila berlakunya proses brainstorming, maka akan berlakunya pengeluaran idea pelik, bernas, giler2..entah pape dan seangkatan dengannya..
dan setelah ditapis, ditolak, dibahas.. idea yang dirasakan sesuai sahaja akan diterima dengan pindaan.

kali ini kami bawakan aktiviti one day one verse atau boleh dikatakan juga Verse of the day.. Saya kira ni antara aktiviti yang sangat mencabar bagi diri kami sebagai penganjur dan juga insyaAllah moga Allah sentuh hati2 mereka yang berkunjung.


Verse of the day Terbuka untuk semua


bila dikatakan semua, maksudnya


- Melayu

- Cina
- India
- Punjabi
- Muslim mahupun non -muslim..
semunya boleh hadir dan ambil peduli..

So, jemputlah beramai ramai berkunjung ke booth cocap untuk mengetahui apa sebenarnya yang ingin dibawakan dalam " Verse of the day " dan aktiviti2 lain di pameran kami yang tidak di mention kan di sini..



Dengan beberapa kerat tenaga kerja dan beberapa das tembakan daripada sahabat2 admin nun dikejauhan sana, diharapnya pameran kali ini berjalan dengan baik ..
May Allah ease. May Allah bless..
Amin.. 



Sunday, March 22, 2015

Minggu membebel




Assalamualaikum..


fuh.. lama tak jenguk2 intai2 blog ni.. dan kali ni macam nak tulis entry berkilometer panjangnya..

kumpul story for three weeks..
ahha.
skrg waktu meletup dan jari jemari memang tak boleh nak berhenti dari menaip.. so, bahasa yang ntah pape yang bakal keluar kena paham paham sendri lah sebab aku taip tak double check. just typing without looking at the keyboard.. haha

alkisah minggu lepas.. eh silap maybe 2 minggu lepas.. bertarikh 3 mac 2015.. tak silap aku time tu result spm keluar.. then adik aku merangkap calon spm baru nak eksaited share resultnya di wasep grup family tuptup time tu jugaklah nak keluar result interview spp..


dah memang penat yang amat baru balik lab tetiba dah meletup henpon penuh notification wassep dari semua grup yang berkait ramat dengan interview..


whoaaa... aku cuak. tangan memang shaking..badan sejuk.. kaki cramp..muka biru (oke ni memang nervous tahap over) 

entah lah knapa aku nervous sgt.. padahal check interview je pon..
mungkin sbb perut kosong dan tak makan dari pagi..hohoho...

so, bila masukkan Ic nama aku terpampang dapat interview tarikh 17 mac 2015.. 

aku tak tahu nak rasa apa.. dan hakikatnya memang jantung tetiba dupdapdupdap.. apa dah jadi zati oii... kenapa menggelabah sangat. 

oke, cool down.. nasib tak pengsan..so, cepat2 amek wudhu'.. then aku off lappy dan tido. (penyelesaian terbaik)


hahahaa....tido pon tak tenang..punya lah kesan interview menghntui sampai terbawa dalam mimpi.. ( sapa suruh tido petang) adehhh.. tdo 15 minit pon sempat mimpi..


then, bangun je dapat mesej Dr mintak hantar journal ... woaaa... nak nangis..baru halfway siap.. 


malam ni plak kelas pertama aku untuk kursus bahasa arab qur'ani.. aish..betulkan niat.. kena pegi jugak walaupun mcm dah hilang mood nak pergi.. tak pelah..kena pergi! 

Ya Allah, syahdunya kelas ni.. semua dipenuhi lecturer2 hebat, makcik2 pakcik2.. tok2 haji.. yang dalam baya2 ma abah aku masih punya semangat dan jiwa kental nak belajar bahasa Arab bahasa Al quran.. bahasa Syurga.. fuhh.. berpeluh dalam ekon.. dan sedar tak sedar memang aku nangis dalam kelas sebab touching sangat dengar ustaz berkomunikasi dalam bahasa arab.. dan suara ustaz memang super duper best mengaji Al quran berserta tarannum.. bikin hati cair.,..mata cair..pipi cair.. semua cair..

elok2 dah pergi kelas bhsa arab tetiba balik buat hal.. naik motor wrong way... hahahahaha.. then kena tahan pak guard..buat malu je..

dah semua dik2 tengok.. huawaaaa.. muka tetiba bahang bila kena sound kuat dengan pakguard..

tayah la nk sound kuat2.. saya ada dua telinga dan saya dengar.. dan lagi satu.. tak perlu nak sindir2 bagai.. saya tahu saya salah.. then, nak mintak saya buat apa? 


" keluarkan kad matrik awak"


"err, saya belum dapat kad matrik, saya semester satu..." ngeh.. ayat selamat.. memang aku belum dapat pon kad matrik time tu.. so, legaaa....x kena saman


" keluarkan ic.."


punya lah cari merata dalam beg.. time2 ni jugak lah tak jumpa ic.. adoiyai.. cool zati..cool


" err.. lesen taknak sekali?" nasiblah jumpa.. haa.. ingat aku takde lesen kaaa 


dekat 15 minit aku kena ceramah kat depan PT dan semua orang tengah tengok aku..dan students memang lalu lalang kat situ tengok aku dengan penuh bels ihsan dan dengan penuh kasih sayang. eh?

huuuu.. sejujurnya rasa malu yang amat sampai muka memang terasa bahang ibaratnya duk dalam oven.. sekali pon aku salah, kalo nak saman, saman jelah.. takpayah nak sound kuat2 selama 15 minit.

oke, bai..

malas nak bebel berjela jela semata mata nak story pasal tu je.

minggu seterusnya aku bergelumang dengan column and journal review plak.. fuhh.. dua 3 hari duk makmal sampai 2 3 pagi.. paling lambat balik 4.30 pagi.. gigihnye la.. xpernah aku segigih ini.. kakaka.. sebenarnya agak menyeramkan jugaklah duk makmal sampai pagi.. macam2 bunyik.. nak2 aku ni memang jenis yang mudah rasa ' something' dan makmal tu plak bekas kejadian kebakaran.. so, langsir sume memang dah takde.. direct je nampak cermin ke luar.. haha.. seram kan.


malam last stay back kat lab bunyik macam spatula dengan beaker berlanggar langgar seolah2 ada orang tengah stir solvent or solution.. whoaa.. rilex.. cool


then.. orang ketuk pintu belakang .. aku ingat sekali.. rupanya berkali kali plak.. adoiyai.. jangan main2 dengan ambo.. ambo nok buat kijo nih.. nak taknak kena hbiskan kerja before balik interview.. esok plak nak pi walimah kak emy after subuh..


alhamdulillah.. setel jugak akhirnya.

dan kami pon berangkatlah ke walimah kak emy ke bentong..

balik je dari bentong direct tiket ke kelantan..punya lah ngantuk masuk bas terus je lena.. kodho 3 hari tak cukup tido


di pertengahan perjalanan.. tiba2 bas kami eksiden.. Allahuakbar.. hentakan kuat sangat.. semua orang dalam bas terjaga termasuklah aku.. and i was like pening2 lalat campur mamai untuk mentafsir apa yang berlaku.. bas kami langgar kereta/ motor ke apa aku x intai di balik tingkap.. tapi smua orang dalam bas panik.. and then pakcik bas turun dan uruskan kes.. penunmpang takde sorang pon turun dan alhamdulillah kami takde apa2..


2 jam jugak tersadai tepi jalan tggu pakcik bas settlekan smuanya.. memang ngucap panjang.. n syukur sgt2.. 


17 Mac 2015

Interview spp
dah hilang kemana aku punya nervous dan hari ni memang dah takde rasa.. yang tersisa cuma nak hbiskan cepat2 interview..dahlah baju tertukar pakai adik punya.. nasib lebih kurang ketinggian (aku tinggi sikit la kot ) dan sarung je tudung bulat kaler sedondon..
hurm.. lantaklah.. ade orang cakap, tudung bulat takleh pakai.. elakkan pakai tudung bualat and what so ever negative things tentang tudung bulat untuk interview.. so, hari ni kira aku buat eksperiment lah sama ada tudung bulat dibenarkan atau tidak..dalam kepala dah prepare siap2 jawapan just in case dipersoalkan tentang tudung bulat.. 
1) aku pakai blazer.. so, tudung tetap masuk dalam blazer
2) kalo nak cakap tak kemas.. aku rasa cam oke2 je.. haha.. feeling cam pengawas sekolah plak
3) in reality memang guru ade je pakai tudung bulat ( so, takkan semata2 interview nak tanggalkan tudung bulat. eh ?
4) hakikatnya aku tak sempat nak beli tudung bukan bulat ( tudng petak, empat segi tiga segi semua tak sempat beli)
5) tudung aku yang lame2 semua saiz bawal 45.. yang ade bidang 60 pon x same kaler dengan baju..

dan hakikatnya.. oke je.. takde lah plak kena band takleh masuk interview ke apa.. haha.. banyak betulkan alasan aku.. dah memang keras kepala macam tu lah jadinya.. haish..ade aje nak lawan


yang penting interview tu merasakan diriku amatlah kerdil untuk jadi seorang guru


"tak cukup ilmu rasanya..." sadis


dan ayat yang paling memberi kesan dan membuat aku trauma hampir seminggu adalah


" kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman.." :)

k, jangan tanya lebih lebih.. trauma tak hilang lagi ni..

disebabkan minggu ni musim cuti sekolah, maka tiket balik tg malim pon habis.. paling awai ade hari jumaat malam.. jumaat pon jumaat lah.. sempatlah sabtu pergi kelas bahasa arab.. woaa.. penatnya..

dan paling sedih tak dapat ikut ijtima' kat rusila dan jugak takleh pegi walimah akk naqibah kesayangan kak umi.. kat lipis.. T.T

seminggu panas terik kat klate.. membuat aku strok haba.. haha.. naik bas balik Tm dalam keadaan demam selsema.. 

separuh perjalanan, tuptup bas rosak pulak.. sadis kan.. 2 jam lagi tersadai kat bengkel.. dalam keadaan aircond terpadam.. fuhh.. sabar jelah..

akhirnya sampai jugak ke tm dengan selamat. alhamdulillah..


pergi kelas dalam keadaan mengantuk penangan dadah Chlorpheniramine (baca: ubat selsema)

aku nampak macam huruf2 jawi semua bersambung.. haha.

bawak motor cam tak stabil tapi tetap bawak laju cepat nak cepat2 sampai rumah..

then tak tahan sangat mengantuk sampai terpaksa berhentikan motor tepi jalan sebab dah terhuyung hayang macam orang mabuk..
aish.. sila jangan contohi aku!
dilarang tiru aksi ini.

sampai je rumah aku sorang2 bertapa dirumah sewa.. yang lain semua tak de.. balik kampung, pi rusila, p walimah dan p jalan2 melancong..


so, tinggallah daku sendirian dirumah meratapi nasib.. (oke, takpayah nak buat nada sedih)

apabila malam menjelma.. krik2.. plug heater tetiba takleh on..

oke, fine, tengok tv.. takjadi nak bancuh air..

10 minit kemudian.. tetiba heater ter  on sendiri sedangkan aku tak pasang pon plug.. hahaha.. 
p dapur air dalam heater memang panas.. adoi.. bikin gua stress.. ade aje kan 

oke takpe.. baru jam 10..malam masih muda. so, abaikan.

dan mungkin aku dalam keadaan unstable.. masih terkesan dengan dadah dan 3 hari kepeningan lalat.. lain kali takyah makan ubat tu,. telan madu je bancuh dengan ayaq suam.. insyaAllah okeh.. tulah.. ma pesan, takmau dengaq.. ketegaq.. padan muka.

sadis. kali yang ke berapa kali..


oke.. tak elok sebut sadis banyak kali.. takde aura positif jadinya..

dan cukuplah aku membebel hari ni.. nak sleeping beauty dlu.. moga esok lebih baik dari hari2 sebelumnya..

* oh ya, keukenhof garden dah buka 20 mac hingga 17 mei.. kalo tak sempat pergi 2015 boleh pergi tahun 2016, 2017 ataupun tahun 2020.. sempena wawasan 2020. eh?


oke bai.


 

Template by BloggerCandy.com