Thursday, March 28, 2013

I'm exactly what I'm supposed to be

In the name of Allah..the most gracious and most merciful..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda rasulullah s.a.w
Doa kirman buat ayahnda dan bonda~

Lama sudah jemari ni tidak menaip diruangan blog cik mawar bbungo ni..
walaupun hobi suka menulis..tetapi disebabkan oleh masa mengejar-ngejar..bnyak hobi aku terbengkalai begitu shja~

salah satunya jahit menjahit..kononnyee dulu nak jadi cikgu ERT..boleh 2 in 1..kemahiran berumah tangga dan cikgu sekali gus..hihi (pakej jimat)..disebabkan terjerumus dalam kos sains..maka aku ambil inisiatif jahit2 sekadar hobi..


bantal untuk asilah dah siap..handmade dengan jahitan kasih sayang..2 minggu baru siap..mana taknya..jahit sikit, buat keje lain..
untuk kak tim jangan sedih2..otw..untuk wani, sila tuntut time besday ye..


felt craft
keychain and phone chain utk bagi kat kawan2..x jual pun..sebab saya masih budak baru belajar ^^,
(terima kasih banyak3 kat madusemalu yang ajar wat benda ni )

seterusnya..bila dah masuk JMK sidang kedua..musim quilling art craft pulak..pantang dengar craft, terus nak try buat..

maka dengan itu, blajar la dulu buat quilling pada wooden stick bookmark..first try (thanx a lot kat Melur yang sudi ajar akak)

hasil pertama bookmark ni saya bagi pada 2 kakak tersayang..
kak Halawati dan kak ummi

then selebihnye..



hehe..yang ni je sempat siap..nanti insyaAllah akan disambung bila ada waktu2 free..hehe

hobi melukis pun dah lama ditinggalkan..walaupun hakikatnya..saya bukannye pandai melukis sangat pon..lukisan bodoh2 boleh la..dulu masa kecik2 suka lukes guna crayon..tapi besar2 guna pen n magic colour je..



 dan kadang2 melukis kat lappy..setelah bertutorial dengan kak halawati..
aku mula meminati lukis2 kat paint..


walaupon lukisan tu buruk..tapi bila melukis..aku rasa aku boleh lukis apa sahaja yang tergambar oleh otak yang suka berangan ni :p hihi


next..
ni apam polka dot..
kat rumah, kalo ade resepi baru, mulalah aku ngn kakakku menggedik mencubanya..
rupa x cantik..dan rasa x sedap sgt pun..walaupon kami dah ikut sebijik-sebijik dalam buku resepi..hehe..

hakikat dan fakta sebenar, aku bukan jenis orang yang dikategorikan selalu masak..masak tu memanglah masak..tapi kalau tiada keperluan mendesak aku x mengvolunteerkan diri untuk masak..bagilah orang lain masak..yee idak yob?
tolong potong2 bawang bolehla..

WHY?
malaskah?
nononono!!
hehe

Its oke, nanti kawen barulah boleh masak banyak2..
sebab bagi aku masak itu sesuatu yang special~
SO, hanya orang special shja boleh rasa masakan aku~weeeee
x gitu?
(walaupun aku masak bukanlah sedap sgt pon.. :p hehe, nasiblah..)

next hobi yang aku macam xde peluang langsung nak buat sekarang ialah menanam pokok..
masa sebelum masuk U pernah gak berkira-kira nak amek kos perladangan or pertanian..something yang ada kaitan ngan pokok n bunga..haha, padan muka..kena marah sebakul ngan mak sebab nak amek kos tu..
last2..amek cikgu sains jugak (sudah tertulis begitu )

hobi yang satu ni memang susah nak wat kat kolej sbb tanahnya banyak..tapi sume tanah orang punyee..
tanam pokok membuat hati rasa senang~
nak2 pokok bunga..tak kisahlah bunga apapun..
nak jaga pokok senang je..pastikan siraman cukup, cahaya cukup dan kata2 positif untuk pokok tersebut setiap hari..
dalam bnyak2 pokok, bagi aku..
kaktus paling susah untuk dijaga..mgkin ada yang cakap jaga kaktus tu senang..
tapi bagi aku ia suatu yang sangat rumit..
silap siram lebih air, mati..
silap letak jauh dari pancaran matahari mati jugak..
silap gatal2 tangan nak cabut duri kaktus pun mati jugak..

YES..kaktus memerlukan penjagaan yang rapi dan teliti..

so, tak dapat nak tanam, aku beli je lah..2 pasu seringgit (erk??)

setiap satu kaktus tu ada nama..satu cik satu mawar satu bbungo~ (hehe-gurau je)



okelah..penat berceloteh..nak wat keje lain pulak..okelah~



Tuesday, March 19, 2013

Just A Story!




In the name of Allah, the most gracious and most merciful..

Nak story sikit..just a story..a fairy story..Ada seorang kawan..aku tak kenal pun dia ni..kenal hanya di alam maya..
Hanya memperkenalkan namanya Yuz..tidak mengetahui identitinya lelaki mahupun perempuan..
tapi intinct aku kuat mengatakan dia seorang perempuan..maybe dari segi gaya tulisan itu aku boleh baca yang dia ni memang perempuan..

hari2 dia tegur aku..
tegur di alam maya..sekalipun aku tidak online..tapi akan ada inbox message daripada dia..
kalau nak diikutkan..macam malas je nak baca mesej2 yang dia sampaikan..
tapi tangan tetap tekan keyboard untuk baca..


Allahurabbi..setiap kali mesejnya mesti menyentapkan hatiku..

1)Bacalah (wahai Muhammad)dengan nama Tuhanmu yang mencipta (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia daripada sebuku darah. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. (al -alaq)

"Menuntut ilmu itu satu cabaran yang besar. Orang yang malas, banyak tidur dan suka berseronok tidak akan merasai nikmat dan hikmah cabaran menuntut ilmu."

gulp..sentapan di pagi hari..T.T..tq


setiap kali mesejnya..aku tidak akan reply..sekadar membaca apa yang ditulisnya..


Aku menjalani kehidupanku yang normal..setiap hari ke kelas..ke kafe, balik rumah, meeting, discussion, buat benda yang sama..
Program2 yang kami anjurkan biasalah ada latihan senam robik..dan aku tidak terkecuali mengikuti latihan tersebut..utk mengingat step bukan mudah..dan stepnya macam2 gaya..ada yang lompat..ada yang fast movement, ada yg slow motion..
Tapi aku buat ikut kemampuan aku jela..
One day..aku ditaklifkan unit aktiviti..menjadi instruktor handle senam robic..

So what?hoho..nak tak nak aku kena buat..erm..

Dengan jayanya..selamat berlansung dah pun program tu..untuk adik2 diploma intake baru..


Hoho, cuba teka mesej apa lagi yang aku dapat?

“ seronok jadi instructor?menggedik sana menggedik sini atas platform depan adik2 laki? Awak tu pompuan, bagilah kat orang lain hndle..”
Aduhhhhh..sakit sangat hati ni..aku tengok mesej tu..12 minutes ago..thats mean..masih baru..
Tangan lincah menaip papan kekunci..

“maaf la, saya tidak tahu siapa awak, datangnya dari mana, tapi saya cukup hairan bila datangnya mesej dari awak mesti ada relatenya dengan kehidupan seharian saya..awak ni siapa?kenapa stalk stiap gerak geri saya?
Lagi satu, untuk yang senangrobik tu “istilah gedik sana gedik sini tu” sangatlah hiperbola..saya dah cuba semampunya utk tidak nampak gedik..just doing the ‘kaku’ step macam kayu dihadapan adik2 baru untuk slot senaman..dan saya hanya handle sebuah lagu yang stepnya biasa2..saya pun berfikir soal itu..memang kurang manis sbb saya ni perempuan conduct senamrobic..but in that situation, saya memang kena buat..terima kasih atas teguran..”


Mematikan ayat sampai disitu..
Dalam kepala..masih curious..siapalah si pengirim tu..


Keesokannya kawan alam maya aku ni reply..

......ketikamana kita berasa bimbang akan melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan keburukan, maka berlindunglah kepada Allah dan bergantung kepadaNya. Katakana kepadaNya: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya daku tidak akan terlepas dari keburukan ini, melainkan jika Engkau yang melepaskan daku. Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku di atas agamaMu.” 


Tiada kata mampu terungkap..melainkan rasa nak T_T
Ya Allah..
Huhuhuhuhuhuhu..
Keciknya aku rasa..malunya aku rasa..

Beberapa hari berlalu..sudah tiada mesej dari kawan aku..
Mungkin, kawan aku sudah fade up dengan aku..mungkin la..

Tiba2..satu artikel ditag buatku..

Tajuknya “ KITA muslimah, MAHALKAN DIRI, TINGGIKAN MARUAH”
Pengisian artikel tersebut bercerita tentang srikandi2 islam zaman Rasulullah..peribadi mereka layak dicontohi...”

KITA muslimah, maksudnya..kawan aku tu perempuan..
Yang cukup mengenali aku siapa tetapi aku tidak cukup mengenali dirinya siapa..Allahurabbi..

suatu petang yang damai..aku keluar berjalan-jalan ke tasik bersama 3 orang sahabat muslimat..
kami jalan2 menghirup udara segar sambil makan cempedak goreng..saya meluangkan masa bersama sahabat baik..tiba2 datang 3 org kawan laki ke tempat kami buat bulatan gembira...tidak dapat menghalang kehadiran mereka..mereka borak2 dengan kami..mungkin orang sekeliling memandang kami seperti agak 'social' berbual2 mesra..yelah..sbb 3 orang kawan kami tu cukup dikenali....

erm..
malam itu, dapat lagi mesej misteri..
"once dah cakap nak jaga ikhtilat..
bukan jaga ikhtilat dengan orang yg kita suka shja..nk jaga hati..jaga itu dan jaga ini..
tapi dengan semua yg bergelar ajnabi~
watch out~
 
Terima kasih..Allah hadirkan insan menegurku..meskipun tidak aku kenali siapa dirinya..yang aku tahu dia seorang sahabat..yang memimpin aku kejalanNYA..yang aku tahu..aku dan dia dibawah langit yang sama, di ats bumi yang sama..di jalan yang sama, menuju redhanya..
Aku manusia biasa..bnyak lemah dan kurangnya..tapi disaat itu juga..Allah hadirkan insan2 yang mampu mengembalikan aku dari terus-terus menjadi lemah..

Buat insan bergelar kawan di alam maya..terima kasih..

p/s :just a story..a fairy story..


 

Template by BloggerCandy.com