In the name of Allah, the most
gracious and most merciful..
Nak story sikit..just a story..a fairy
story..Ada seorang kawan..aku tak kenal pun dia ni..kenal hanya di alam maya..
Hanya memperkenalkan namanya
Yuz..tidak mengetahui identitinya lelaki mahupun perempuan..
tapi intinct aku kuat mengatakan dia
seorang perempuan..maybe dari segi gaya tulisan itu aku boleh baca yang dia ni
memang perempuan..
hari2 dia tegur aku..
tegur di alam maya..sekalipun aku
tidak online..tapi akan ada inbox message daripada dia..
kalau nak diikutkan..macam malas je
nak baca mesej2 yang dia sampaikan..
tapi tangan tetap tekan keyboard untuk
baca..
Allahurabbi..setiap kali mesejnya
mesti menyentapkan hatiku..
1)Bacalah (wahai Muhammad)dengan nama
Tuhanmu yang mencipta (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia daripada
sebuku darah. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia
melalui pena dan tulisan. Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. (al
-alaq)
"Menuntut ilmu itu satu cabaran
yang besar. Orang yang malas, banyak tidur dan suka berseronok tidak akan
merasai nikmat dan hikmah cabaran menuntut ilmu."
gulp..sentapan di pagi hari..T.T..tq
setiap kali mesejnya..aku tidak akan
reply..sekadar membaca apa yang ditulisnya..
Aku menjalani kehidupanku yang
normal..setiap hari ke kelas..ke kafe, balik rumah, meeting, discussion, buat
benda yang sama..
Program2 yang kami anjurkan biasalah
ada latihan senam robik..dan aku tidak terkecuali mengikuti latihan
tersebut..utk mengingat step bukan mudah..dan stepnya macam2 gaya..ada yang
lompat..ada yang fast movement, ada yg slow motion..
Tapi aku buat ikut kemampuan aku
jela..
One day..aku ditaklifkan unit
aktiviti..menjadi instruktor handle senam robic..
So what?hoho..nak tak nak aku kena
buat..erm..
Dengan jayanya..selamat berlansung dah
pun program tu..untuk adik2 diploma intake baru..
Hoho, cuba teka mesej apa lagi yang
aku dapat?
“ seronok jadi instructor?menggedik
sana menggedik sini atas platform depan adik2 laki? Awak tu pompuan, bagilah
kat orang lain hndle..”
Aduhhhhh..sakit sangat hati ni..aku
tengok mesej tu..12 minutes ago..thats mean..masih baru..
Tangan lincah menaip papan kekunci..
“maaf la, saya tidak tahu siapa awak,
datangnya dari mana, tapi saya cukup hairan bila datangnya mesej dari awak
mesti ada relatenya dengan kehidupan seharian saya..awak ni siapa?kenapa stalk
stiap gerak geri saya?
Lagi satu, untuk yang senangrobik tu
“istilah gedik sana gedik sini tu” sangatlah hiperbola..saya dah cuba
semampunya utk tidak nampak gedik..just doing the ‘kaku’ step macam kayu
dihadapan adik2 baru untuk slot senaman..dan saya hanya handle sebuah lagu yang
stepnya biasa2..saya pun berfikir soal itu..memang kurang manis sbb saya ni
perempuan conduct senamrobic..but in that situation, saya memang kena
buat..terima kasih atas teguran..”
Mematikan ayat sampai disitu..
Dalam kepala..masih curious..siapalah
si pengirim tu..
Keesokannya kawan alam maya aku ni
reply..
......ketikamana kita berasa bimbang
akan melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan keburukan, maka berlindunglah
kepada Allah dan bergantung kepadaNya. Katakana kepadaNya: “Wahai Tuhanku,
sesungguhnya daku tidak akan terlepas dari keburukan ini, melainkan jika Engkau
yang melepaskan daku. Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku
di atas agamaMu.”
Tiada kata mampu terungkap..melainkan
rasa nak T_T
Ya Allah..
Huhuhuhuhuhuhu..
Keciknya aku rasa..malunya aku rasa..
Beberapa hari berlalu..sudah tiada
mesej dari kawan aku..
Mungkin, kawan aku sudah fade up
dengan aku..mungkin la..
Tiba2..satu artikel ditag buatku..
Tajuknya “ KITA muslimah, MAHALKAN
DIRI, TINGGIKAN MARUAH”
Pengisian artikel tersebut bercerita
tentang srikandi2 islam zaman Rasulullah..peribadi mereka layak dicontohi...”
KITA muslimah, maksudnya..kawan aku tu
perempuan..
Yang cukup mengenali aku siapa tetapi
aku tidak cukup mengenali dirinya siapa..Allahurabbi..
suatu petang yang damai..aku keluar
berjalan-jalan ke tasik bersama 3 orang sahabat muslimat..
kami jalan2 menghirup udara segar
sambil makan cempedak goreng..saya meluangkan masa bersama sahabat baik..tiba2
datang 3 org kawan laki ke tempat kami buat bulatan gembira...tidak dapat
menghalang kehadiran mereka..mereka borak2 dengan kami..mungkin orang
sekeliling memandang kami seperti agak 'social' berbual2 mesra..yelah..sbb 3
orang kawan kami tu cukup dikenali....
erm..
malam itu, dapat lagi mesej misteri..
"once dah cakap nak jaga
ikhtilat..
bukan jaga ikhtilat dengan orang yg
kita suka shja..nk jaga hati..jaga itu dan jaga ini..
tapi dengan semua yg bergelar ajnabi~
watch out~
tapi dengan semua yg bergelar ajnabi~
watch out~
Terima kasih..Allah hadirkan insan
menegurku..meskipun tidak aku kenali siapa dirinya..yang aku tahu dia seorang
sahabat..yang memimpin aku kejalanNYA..yang aku tahu..aku dan dia dibawah
langit yang sama, di ats bumi yang sama..di jalan yang sama, menuju redhanya..
Aku manusia biasa..bnyak lemah dan
kurangnya..tapi disaat itu juga..Allah hadirkan insan2 yang mampu mengembalikan
aku dari terus-terus menjadi lemah..
Buat insan bergelar kawan di alam
maya..terima kasih..
p/s :just a story..a fairy story..
No comments:
Post a Comment