Showing posts with label Misi Dakwah. Show all posts
Showing posts with label Misi Dakwah. Show all posts

Tuesday, December 23, 2014

Khaira ummah



sungguh aku rindu zaman belajar bahasa arab komunikasi, bahasa arab tinggi zaman sekolah menengah.
zaman sami'na waatoqna.. zaman ber ana enti..zaman aiwah, bravo alaik..jazakillahu kheir, waiyyaki..
manisnya menuturkan lughah qur'an, luqhah jannah..

dan sekarang sudah terkial kial mahu mengingati kembali ayat2, dan perkataan dalam bahasa arab..banyak sudah lupa. banyak makan semut!
banyak sudah hilang dalam kamus otak sbb tidak mempraktikkan ia sebaiknya.

Bila adik yang bongsu habis PT3 (baru dapat result beberapa hari lalu).. ma abah mintak adik sekolah tahfiz. bestnya!
dan aku tidak merasai tawaran itu!aku tidak berpeluang melalui itu..maka aku stay di SMKA Naim Lilbanat sehingga habis SPM.. hikmah Allah meliputi segala sesuatu.. Meskipun bukan penghafaz 30 juz Al quran, disini benih benih tarbiyyah disemai..dengan bacaan wajib dimainkan disekolah ini adalah surah2 pilihan (As sajadah, al insan, al jumuah, Al hujurat, As saff) dan yang paling aku terkenang sampai sekarang adalah halaqah Al mulk (meskipun dulu skip n pura2 tidur awal). Halaqah al mulk mengeratkan hubungan ahli dorm bilamana semua ahli dorm berkumpul di ruang tengah dorm dan sama2 berbulatan membaca Al mulk beramai ramai.. Sekarang nak buat beramai ramai macam tu dah payah. *hargailah bila ada. dan salah satu kelebihan lain ialah, bila dah setiap malam baca Al mulk dalam dorm, secara tak langsung membantu ahli2 dorm menghafaz keseluruhan surah tu.. best kan.. :)

Kuntum Khaira Ummah!You are the best! Kamu ummat terbaik.

"Lahu Ma fissama wa ti wal Ardh"
.... Kepunyaan Allah lah segala yang ada di langit dan Di bumi..." (Al baqarah: 116)

dan kita sedar bahawa kita tidak punya apa2..Dan siapakah yang terbaik atau maha baik?? Pastinya Allah. Maha terbaik, maha kaya, maha pemurah,maha penyayang.

dan kita ummat terbaik. dimana ummat yang terbaik itu tidak pernah mengaku kalah! ummat yang menyerahkan urusannya kepada yang maha terbaik!

Pernah kita rasa tidak cukup duit.. berasa susah berasa takut dengan rezeki yang tidak kunjung tiba, sedangkan kita malu untuk meminta minta.. Bersalah untuk menyuarakan pada ibu ayah mahukan duit sebanyak itu dan ini.. sedangkan banyak lagi keperluan adik beradik lain untuk ibu ayah kita tanggung.

Pernah juga aku berasa susah hati dengan rasa sakit..penyakit yang ditanggung dan merasa bimbang dengan masa depan yang bakal dilalui..

Pernah juga aku rasa khawatir bersendiri.. tiada sahabat di sisi. yang ada cuma mereka yang lain aqidah, lain fikrah.. merasa takut akan lemah..merasa takut akan kecundang..

dan dalam situasi ini.. Siapa yang kita punya untuk bercerita? siapa yang kita punya untuk meluahkan rasa..? lantas menyelesaikan masalah yang ada?

Siapa?

" Ingatlah, kekasih kekasih Allah itu tidak ada rasa takut pada mereka 
dan mereka tidak bersedih hati" 
(10 : 62)

dan Siapakah kekasih kekasih yang Allah sebutkan itu??
Allah jawab pada ayat 63 surah yang sama.

" Iaitu orang2 yang beriman dan bertaqwa..."

dan saya juga amat terkesan tazkirah dua minit oleh kak yaya masa family day di pangkor..
ayat 1000 dinar yang kita dok baca2 tuh.. 

"Waman yattaqillaha yaj'al lahu makhroja.. wayarzuku min haisu la yahtasib......."

Taqwa.Taqwa dan bertaqwa.. Fahamkan makna taqwa supaya kita lebih yakin untuk menjadi khaira ummah!! ummat terbaik.





HUDUD bukan untuk orang PAS




Pelaksanaan hudud di kelantan..Saya kira sudah selesai isu ini..
namun, agak kurang enak bila terdengar suara2 yang menyalah anggap bahawa hudud ini untuk orang PAS.. 
eheh! lawak. 

Memetik kata2 Datuk Paduka Marina Mahathir beliau tidak sampai hati untuk melihat penganut agama Islam dikenakan hukum Hudud jika ia dilaksanakan,dan menyatakan dengan terlaksananya Hudud akan memecah-belahkan masyarakat.ohohoi..Memecah belahkan masyarakat tang mana? Hudud dilaksana untuk merawat penyakit2 yang menular dlm masyarakat,masyarakat yang makin tenat!! bukan sekadar hukuman semata.Hudud bukan undang2 orang PAS. Hudud undang2 Allah! kena faham itu.

Bukan mileage politik utk kerajaan kelantan! 
kesungguhan itu hanya datang dari kerajaan kelantan ..kalau sekalipun Umno mahu laksanakan Hudud silakan! tapi ramai yang menentang bukan?

Kalau kita faham, Malaysia mengamalkan sistem federalism..ade dua kuasa yang ada iaitu peringkat persekutuan dan negeri.. dan kalo lah pringkat prsekutuan tak setuju berkaitan satu undang2.. maka ia akan dihapuskan.. So, how about Hudud di kelantan?

Islam sebagai agama negara agama persekutuan! 
dan yang kita nampak sekarang ialah sekularism semata! 
lalu apakah yang dikatakan islam sebagai agama rasmi itu? dengan membenarkah pesta arak itu kah? dengan kelulusan mahkamah bahawasanya pondan boleh berpakaian wanita itu kah? ITU KAH? yang dikatakan menjadikan agama islam sebagai agama rasmi.

ISLAM is not only a religion, Islam is DEEN.. the way of life.
maka selepas ini apa lagi penyakit masyarakat akan timbul?

Memetik kata2 Tun Mahathir dalam komen beliau tentang hudud! Hukuman itu perlu bersifat adil.
Adehh.. rupanya beliau tafsirkan adil itu sama rata. sedangkan maksud adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya..

Bala Allah menimpa keseluruhannya, tak kira baik atau jahat orang itu..nauzubillah
Dan Banjir dikelantan.. petandakah itu?
Moga Allah ampunkan dosa2 kita..dan melindungi ahli keluarga, sahabat handai, sedara mara di kg dan seluruh rakyat yang ditimpa banjir.. Moga terus kuat



Monday, December 01, 2014

MISI DAKWAHKU MENJADI LEBIH BESAR! (Part ii)



(Siapa belum baca PART 1 mungkin boleh baca dlu.. baru faham entry kali ni.. :)

Tak tahu nak kata apa..
Puji pujian kepada Allah yang maha memberikan hidayah..
dan rahmatNYA meliputi segala sesuatu...
dan aku yakin janjiNYA

"Barangsiapa dikehendaki Allah akan mendapat Hidayah (petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk menerima ISLAM dan barangsiapa dikehendaki sesat, Dia akan jadikan dadanya sempit dan sesak seolah olah sedang mendaki ke langit, Demikianlah Allah timpakan siksa bagi orang yang tidak beriman"
(Al- An'am : 125)


Aku tersengih sorang sorang..
Bukan dilamun cinta..
cuma terlebih bahagia..


Pagi2 subuh minggu lalu (minggu ni baru sempat share)
Alkisah roomateku bangun je tidur terus bercerita denganku....

" Zati..zati..nak tahu Sharon mimpi apa??"

" Mimpi apa Sharon??"

" Sharon mimpi sharon dan housemate kita pergi usrah dengan zati kat surau..."

Mak aii.. terkejut aku dengar.. Allahu..

" Wah....Ye ke Sharon..?" ( ayat itu je mampu terkeluar time tu) 
*Dalam hati macam eksaited gile.. walaupun dia hanya mimpi...


Pernah hari tu aku tanya.. " eh, sharon tahu term usrah?"

" Usrah tu macam discussion kan?" dia soal ku kembali..

" Aah.. "

* wahh, tanpa sedar term2 org tarbiyyah masuk dalam perbualan kami.. dan dia yang mulakan..

Dia seorang yang sangat positif.. sangat motivated..sangat open.. sangat bersemangat.. dan yang paling penting.. dia baikk :) 

Bezanya Aqidah..
Dan tidak boleh untuk aku katakan, semua agama sama.. itu Pluralism..
dan Islam itu takkan pernah sama dengan yang lain.

Kadang2 aku rasa, Allah banyak tegur aku melalui dia..
Dia selalu cakap..
" Tak pe, kalau ade rezeki, posting lah nanti"
" Takpe, sampai jodoh.. kawenlah nanti.."
" Takpe.. mesti ade hikmah..."

See!!! 

Dan kisah semalam.. 

" Sharon, zati nak baiki kereta zati.. eh, silap plak..moto zati...ahha.. berangan betul nak ade kereta..."

dan dia jawab apa??

" Takpe zati,. kena 'amin' kan.. nanti boleh beli kereta.."

dush! sebijik lagi penumbok gajah kena kat muka..
(Syukur + doa)

dan yang paling comel.. 
( Sharon nak suami solehah...) 
ayat yang mgkin x boleh dilupa..
hehehe..

*Mohon doa kalian..moga2 dia diberi kefahaman dalam beragama..Moga2 pintu hidayah dibukakan untuk dia.. :)
dan kita?? Moga dibukakan pintu taubat..ditambahkan keimanan..dan di gemokkan pahala..


Monday, September 08, 2014

MISI DAKWAHKU MENJADI LEBIH BESAR!

credit pict :)


Bermula Form 1 sampai Form 5 aku dikelilingi orang se agama, se bangsa, se gender.Risau suatu hari aku xboleh adapt dengan situasi asing!

Dan.

Masa aku jalani latihan Khidmat negara ( PLKN ) aku mula biasakan diri dengan surrounding yang lebih open. Ada macam2 orang aku jumpa.

Hari ini..Sudah 4 tahun aku diupsi..4 tahun jugalah aku menjadi penghuni paling setia di kolej Harun Aminurrashid.. Akhirnya,baru aku merasakan aku rupanya terlalu bermanja di kolej. 

Akhirnya Allah 'campakkan' aku pada situasi yang menyebabkan aku ‘perlu’ untuk bertindak dengan lebih serius dua rius!

Ya! Misi dakwah menjadi makin besar. Sebesar penumbuk gajah! *eh?

Satu tanggung jawab kini terpikul lebih berat di kedua-dua belah bahuku.

Dulu.
Mungkin aku terlalu bermanja. Lembik. Kerana dikelilingi orang se fikrah (satu pemikiran)
Satu hala, satu jalan yang sama. satu lorong dengan aku. Ada yang selalu menasihati, ada yang selalu mengingatkan. Ada yang selalu menegur!

Dan.
Dulu. (xdelah dulu sgt..beberapa tempoh ke belakang)

Aku berada dalam kelompok yang sama! Terkadang terlalu asyik berada di zon selesa di mana aku berada bersama ‘mereka-meraka’ yang berpurdah, bertudung labuh, bertudung segi, bertudung polka dot, bertudung saji (pendek kata bertudung) dan ‘mereka-mereka’ yang sefikrah. Sekali lagi aku ulangi ayat sefikrah.

Okay.Banyak yang ingin aku tulis a.kay.a kongsi sebenarnya. Dan mungkin perlu berepisod-episod entry bertajuk MISI DAKWAHKU MENJADI LEBIH BESAR! kerana aku merasakan perjalanan hidup aku akan datang akan lebih seronok dan mencabar! Ahaaa..stay tune.


1. BE POSITIVE!

Bersangka baik pada Allah. Ini aku letakkan sebagai priority list.
Beberapa minggu mencari rumah sewa. Dan sememangnya aku mencari rumah sewa yang ‘kena’ dengan jiwa.. Dan duk mintak sgt2 dengan Allah supaya dipermudahkan segala urusan. Cari punya cari rumah sewa sejak bulan Ramadhan. Misi pencarian rumah sewa bermula di Kolej Aminuddin baki..Sebab dengar2 boleh sewa kat situ dengan kadar sehari RM4..entah mitos ke ape ni. Jawapan yang aku terima.. Dah full katanya.

Oke. Fine.
Menjadi penghuni liar sementara dapat rumah baru, aku menumpang kasih di rumah ex housemate semenjak Ramadhan sampai d end of August..
Dalam hati hanya Allah je tahu betapa segannya aku begitu lama menumpang kasih sayang peluk cium dirumah orang. Ohohoiii..Thanks to them :’(  (TAKPE..Ukhuwah katanya)


The BEST ever! BE POSITIVE.

Actually melly..

3 facts about me
1. Susah untuk positif di permulaan
2.  Tetapi akan mula berfikir di pertengahan
3. dan mampu rational di pengakhiran

At d end.
Berbalik kepada kata-kata “BERSANGKA BAIK PADA ALLAH”
Everything happened for a reason. A very good reason right?

InsyaAllah lepas ni akan ada rumah sewa.. Dan selang beberapa hari  Kak Ifah meng’offer’kan rumah sewanya untuk menggantikan tempatnya. Eksaited kemain. Taman U pulak tu..memang area situ jugak yang aku cari sebenarnya.


Ambil contct number , deal dan terus bayar deposit. Hiphip hooray!

Kan dah cakap  “Be positive”.. There will be a solution. All praises to HIM.


**Banyak lagi nk storymory..next entry lah ye. Penat nak taip.



 

Template by BloggerCandy.com