Showing posts with label news~. Show all posts
Showing posts with label news~. Show all posts

Sunday, February 06, 2011

hari ini..

Assalamualaikum wbt..
sekarang masih belum reda dengan berita tentang rusuhan yang berlaku di Mesir..Bantahan besar-besaran telah diadakan bagi menumbangkan pemerintahan tiga dekad Presiden Hosni Mubarak.
Rata-rata, rakyat memprotes kadar pengangguran dan kemiskinan yang melambung di Mesir selain berleluasanya rasuah.
Dalam usaha menyekat kebangkitan rakyat, pemerintah menggunakan pelbagai taktik termasuk kekerasan. Malah, perkhidmatan telefon bimbit dan Internet turut disekat. Namun, semua itu gagal membendung kemaraan rakyat..Kita semua masih menanti berita selanjutnya dikaca -kaca televisyen, radio dan newspaper setiap hari.. Seniora turut merasakan keperitan penduduk di sana dan juga nasib pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di sana. Apa-apapun, alhamdulillah Kerajaan telah berusaha sedaya upaya untuk membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia ke tanah air.. 
Sama-sama kita baca berita hari ini..



ribuan penunjuk perasaan


KAHERAH 6 Feb — Operasi memindah keluar semua rakyat Malaysia terutamanya pelajar dari Mesir untuk ditempatkan di pusat transit di Jeddah dijangka berakhir hari ini.
Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Tajudeen Abdul Wahab berkata pihaknya sedang berusaha membawa keluar kira-kira 9,000 pelajar yang secara sukarela mahu kembali ke tanah air.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Wisma Putra akan berusaha menyelesaikan pemindahan pelajar menjelang tengah hari esok, katanya kepada pemberita Malaysia di sini semalam.
Bagaimanapun, katanya kelewatan mungkin berlaku jika pemindahan itu mengalami masalah birokrasi, cuaca buruk dan kebenaran berlepas yang lewat diberikan oleh pihak berkuasa lapangan terbang di mana pesawat Hercules C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia beroperasi. — Bernama


KAHERAH 6 Feb. - Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai pemimpin tertinggi parti pemerintah, Parti Demokratik Kebangsaan Mesir, hari ini.
Pengumuman Presiden Mesir itu menyusul selepas setiausaha agung parti itu, Hossam Badrawi dan anaknya, Gamal Mubarak yang juga salah seorang pemimpin tertinggi parti itu mengumumkan meletakkan jawatan. - REUTERS

berita: utusan online

Sama-sama lah kita berdoa semoga semuanya dalam keadaan selamat.amin..


Sunday, January 16, 2011

Model Negara Membangun !!!

 


 Assalamualaikum..hari ni miss seniora bangun awal..baca utusan online..
pastu tertarik kat berita semalam..
Fuhh..bangga jadi rakyat Malaysia..
jom join miss seniora baca..

WASHINGTON 15 Jan. - Amerika Syarikat (AS) yang kagum dengan pencapaian Malaysia dalam tiga perkara menyifatkan Malaysia sebagai model negara membangun yang patut dicontohi oleh negara-negara membangun lain.
Tiga perkara mengenai Malaysia yang menarik perhatian negara kuasa besar dunia itu ialah demokrasi hidup subur, kerajaan efektif serta pembangunan ekonomi yang pesat.
Perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha Negara AS, Hillary Rodham Clinton ketika mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Jabatan Negara AS di sini, hari ini (Jumaat).
Muhyiddin berkata, AS kagum dengan pencapaian Malaysia dalam tiga perkara itu kerana ada sesetengah negara membangun lain hanya mencapai satu atau dua daripada perkara itu sedangkan Malaysia memiliki ketiga-tiganya.
"Pada pertemuan itu Hillary berulang kali menyatakan dia kagum dengan apa yang sudah kita capai," katanya kepada wartawan Malaysia selepas melancarkan Program Latihan Khas Keusahawanan Perbadanan Bioteknologi Malaysia (myBEST)
Turut hadir pada perjumpaan itu ialah Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis.
Timbalan Perdana Menteri berkata, AS merasakan penting untuk menyokong apa jua inisiatif yang dilaksanakan di Malaysia sama ada di peringkat tempatan mahu pun antarabangsa kerana tiga pencapaian itu.
"AS menghargai peranan kita kerana ia dapat memenuhi aspirasi kita serta aspirasi mereka," katanya.
Mengenai lawatan kerjanya selama enam hari ke AS yang berakhir hari ini, Muhyiddin menyifatkan ia amat berhasil dalam mewujudkan hubungan yang lebih rapat antara Malaysia dan AS.
Beliau berkata, ramai pemimpin tertinggi AS memberi sokongan terhadap usaha Malaysia menjalin hubungan lebih erat dengan AS itu dan ia merupakan satu petanda positif.
"Mereka bukan sahaja melihat kesungguhan Malaysia dalam konteks menjalinkan hubungan dengan AS tetapi juga kesediaan kita berkongsi banyak perkara yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
"Walaupun kita negara kecil, kita nampak mesej Perdana Menteri bagi menjalin hubungan dengan AS sudah sampai ke seluruh pentadbiran AS dan ini dapat membantu meningkatkan lagi pembangunan negara," katanya.
Menurut Muhyiddin, Hillary turut memaklumkan mengenai perkembangan terbaru isu Palestin dan Afghanistan hasil lawatannya ke Asia Barat baru-baru ini.
Mengenai isu Palestin, Timbalan Perdana Menteri berkata, Malaysia berharap AS dapat memainkan peranan dalam menyelesaikan segala masalah di negara tersebut.
Beliau berkata, Hillary juga menyatakan bahawa Palestin memohon agar Malaysia dapat membantu membangun dan memulihkan ekonomi mereka.
Mengenai penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Rentas Pasifik (TPP), Muhyiddin berharap AS dapat menyokong usaha yang dilakukan negara bagi meningkatkan perdagangan dan berkongsi kekayaan di peringkat global.

malaysia di hati..yeah2

haaa..camner korang rasa??kan bangga Malaysia jadi model negara membangun..
InsyaAllah kita bakal jadi negara maju suatu hari nnti..cayaalah~

 

Template by BloggerCandy.com