Tuesday, December 25, 2012

mood :STUDY !!




Bismillah..

alhamdulillah..lappy sudah sembuh..
final exam is around d corner..study week bermula..study2 zati..
strive for excellent..wpun aku x hebat cam budak2 AT16 yg lain..but i'll try my best..
hohohoho..
aja aja fighting..
berkampung sepanjang seminggu..
logout ur FB >  sign out twitter > sign out blogger (oh no! I'll miss my cik mawar Bbungo!)
say hello to basic E n linear algebra..the only papersss for my final exam..
Library aku datang!!
prepare urself..
1 Jan 2013 - Happy new year
2 Jan 2013 - Basic Electronic
3 Jan 2013 - Linear Algebra
3 Jan 2013 - Balik klate..yohoho :) x sabarnye..

p/s : best of luck to all my friends (AT16 n UPSIans )..bittaufiq wannajah fil imtihan..usaha+doa+tawakkal 'alallah!!

Thursday, December 13, 2012

PRU 13 : Masa depan Islam ?


In the name of Allah, the most gracious and most merciful..
Wacana perdana 11..video ni dah lama lepas..tapi saya baru tengok..
jomlah tengok sekali..menarik!!buka minda..apa komen anda itu terpulang..





point dari panel..
1. Dr Fadzli
2. Ust Fathul Bari
3. Dr MAZA
4. Dr Ridhuan Tee

**agree to disagree?
** kalau nak cerita tentang agama, perlu keluar dari kepompong politik?betul ke?
**menegur pemimpin terang-terangan?
**dakwah dan politik
**perselisihan atau perpecahan?
**semangat assabiah.assabiah..assabiah
**royalti patutkah diberi kepada kelantan??
**ukhuwah perlu merentasi parti
**perpaduan vs keadilan
**bersatu parti tegakkan agama?
**isu aqidah


p/s : ini first entry psl politik..pandangan masing2 berbeza..yg baik ambillah..nilailah dengan ilmu dan mata hati..mohon jgn semberono judge setiap apa yg disampaikan..wallahu'alam bissowab..xde ilmu xleh nak jawab..





Wednesday, December 12, 2012

aku dan mereka

Bismillah..




mereka. 
means ramai..x boleh kira ngn jari..tapi ia semakin bertambah hari demi hari..
makin hari..aku suka tengok mereka2..bnyak yang aku pelajari dari mereka..
fahami fiqh..amalkan..pinjam prkataan from someone..credit to her..itu lagi satu aku belajar..seriously jelous.. =.=
jelous ingin jadi macam mereka.
dalam hati cakap mereka orang hebat.
yes..hebat..awesome..hoho..x mampu be a part of them..many things to learn..

aku..
memang aku orang baru..baru berhijrah dengan niat ingin jadi kearah lebih baik..
suatu ketika dulu aku telah bertekad untuk jadi as I am right now..
tapi banyak lagi belum aku tahu..aku x boleh nk adapt sesuatu yg baru in such a short time..
b4 this aku lagi susah nk hadapi semua ni..
kdg2 org cakap aku ni lambat..' macam kura2..' yes,I admit.
n sometimes ada yg cakap aku ni lurus bin bendul..
salah aku ada dimana-mana?ye, itu aku tahu
salah aku merata-rata..
even kuman pun akan nampak kesalahan aku..
*inikan salah besar..of cos la kan..

mereka.
ilmu tinggi..tarbiyah mantap..result gempak, akhlak tip top..ukhuwah terbaik..aku tabikk..
sibuk?sama macam aku..masa? tetap 24 jam sama macam aku?
tapi tetap boleh jadi insan hebat macam tu..sekali lagi aku tabikk..

aku..
bukan ingin bandingkan dengan mereka..tapi cuba jadi macam mereka..
mgkin x cukup istiqamah..
x salahkan sape2..sbb jelas trang tang2 memang salah aku..
so, from now on, **nak nanges TT
aku harus belajar slow2 mnyingkirkan bad habitsss yg boleh menyebabkan aku lagi makin trok..
hoho..terasa sgt teruk!!!


oke..dah..maaf bnyak sgt merepek benda yg hanya aku yg paham..adoii
dah..
maafkan semua org..tdo :)

p/s :'kamu' juga seorang yang hebat..u deserve better ^_^

wniwmd

Monday, December 10, 2012

congratez both of you~

may Allah bless both of you..


my sis..


now,be someone's fiance



 iklan3..peace ^^,

:)

wniwmd



Tuesday, November 27, 2012

MAPIN'12

MAPIN'12
singkatan nama bagi program Mahasiswa Pencetus Intelek Negara atau bahasa mudahnya Baktisiswa Perdana yang menggabungkan 5 kolej di UPSI..22-25 NOV 2012
4 hari berada di Gerik, Perak meninggalkan mcm2 kenangan..3 kampung terlibat dalam baktisiswa ni, Kg.Kerunai, Kg Jong dan Kg. Padang Stang..
saya dan Aisyah, pelajar dari Kolej Za'ba berkongsi mak angkat..Kami tinggal kat Rumah Warisan, Kg Kerunai..




Menjejakkan kaki ke rumah warisan..mata x berkelip..tengok rumah cantik..macam penah tengok rumah tu..rupanya rumah ni penah jadi lokasi pengambaran Sebelum Aku Mati..n bnyak lagi crita lain yg aku x tahu..


bagi aku rumah ni unik..cantik.. :)


hehe..bertuah boleh jadi anak angkat kepada pemilik umah ni :)

2nd day..

pagi2 dah p lawatan ke IKS..buat sos cili..

ni dia punya tokey sos cili..



mula2 masak sos ni..


hampir masak..

ni dia bahan pengawet yg dibenarkan


sempat jugak tagging botol2 sos ni sume..





makcik tu baik hati hidangkan kami keropok and sos yang telah siap dimasak tadi..

petang hari ke2..rewang ayam golek..ayam golek kat sini bukan macam biasa..masak dalam kawah..ala2 masak lemak cili api..marvellous..yummy


3rd day kat sana
pagi - mini karnival kat padang kg jong..aktiviti dimulakan dengan kempen 10000 langkah..jalan kaki ramai2..sampai x terasa dah jalan jauh tu..then sambung dengan senaman ringan..


kat sana khar kena handle bengkel Quilling..
best jugak buat benda ni..dapat sambutan menggalakkan daripada makcik2 and adik2 yang berminat dengan kraftangan ni..

ni aku punya..tak siap lagi..

ni azrin yang buat :) kreatif..

hari keempat juz majlis penutup..before balik, amek gambar kenangan dengan mak angkat dulu..




salam peluk cium mak angkat..x sangka mak angkatku menitiskan airmata perpisahan.. T_T huhu..really miss my mum kat kg !
okelah..nk tutup tirai dulu..assalamualaikum wbt..have a nice day!

wniwmd

Saturday, November 17, 2012

take a break!



cuti dah nk habis..keje x kan pernah habis..
okay..take 5..

berpantun jap..

malam2 ni mata dah layu..
tapi many things to do..
rilex zati..buat satu2..
insyaAllah selesai la tu..

meeting harini habis lewat ..
tangan menaip dah rasa penat..
apa kata berehat kejap..
habiskan cadbury hazel nut..

oyeahh.. :)


puas hati..makan sampai habis..
semalam beli..hari ni makan lagi..esok dapatkan stok coklat yg baru..kaya 7.11

okelah..kerja menanti..dah cukup take a break ^^, peace no war..


Sunday, November 11, 2012

fikir dan fikir

credit to Abu zar

Allahurabbi..
4 elemen penting..
fikir..zikir..syukur..sabar..
tidak cukup lagi dalam diri..walaupun seringkali mengingatkan..
perkara yang sama..tetapi hal itu juga yang teruji..
saat ingin mendewasakan diri dalam mehnah dunia..
rupanya diri masih lemah..
seringkali kalah pada emosi..
termarah pada yang tak bersalah
buat sahabat..
syukran a'la kulli hal..
membukakan mata buat seketika..
walaupun tidak kukenali dirinya siapa..
aku kagumi keperibadiannya..



Thursday, November 08, 2012

:(



" Dalam hati manusia ada kekusutan yang hanya akan terurai dengan menerima kehendak Allah..
Dalam hati manusia ada kegelisahan yang akan hilang hanya dengan seronok mengenali Allah.
Kekuatan seseorang muslim bergantung keyakinannya pada Allah..
Sahabatku,jika semalam jalan yang kita tempuhi terasa sukar namun kita berjaya melaluinya dengan pertolongan Allah..
Jika kita terasa perjalanan hari ini begitu sukar ditempuh, Yakinlah Allah bersama-sama kita ketika ini..
Jika esok kita melihat lorong-lorong penuh duri, percayalah pertolonganNYA juga akan bersama dengan kita..
Selamat berjuang dan moga Allah sentiasa memberi kekuatan.."


Satu Sms masuk dalam Inbox daripada Srikandi Nazira..Kena dengan situasi dan masa..huhu..memberi kesan pada hati..syukran akak.. 


Monday, November 05, 2012

Mendidik sabar

In the name of ALLAH, the most gracious and most merciful..

Entry kali ni direquest oleh Pn.Aimi..
Saya pun x pandai juga menulis..
Moga jari-jari ini dilindungi daripada menaip sesuatu yang sia-sia..semoga bermanfaat..


Sabar..seringkali mendengar perkataan itu..mungkin jua ramai yang mampu bersabar dengan setiap apa yang  berlaku..namun, tidak mustahil ramai yang kecundang dalam bersabar..Setiap hari dalam kehidupan kita, pasti ada ujian yang akan dihadapi.kecil mahupun besar..simple or complicated..

"Sesiapa yang mensabar-sabarkan diri (berusaha untuk sabar), maka Allah akan menjadikannya orang yang sabar".
(HR. Bukhari)

Susahnye bersabar??kan?
nak2 bila situasi tu benar2 membuatkan kita marah. Sebagai contoh :

1. Menunggu seorang kawan yang dah berjanji tapi lewat hampir 2jam
2. Menunggu makanan yang diorder x smpai2 sedangkan yang datang lewat dari kita dah dapat makanan
3. Kawan makan kawan..depan baik belakang kutuk
4. Berhadapan dengan seseorang yang bermulut laser dan sering menyakitkan hati sedangkan kita x buat apa2 pun kat dia
5. Kerje kita banyak bertimbun-timbun tiba2 dapat pula group members yang x boleh diharap.
6. Kita buat benda ni salah, benda tu pun salah..ada je orang nak complaint..semua kita buat x kena..

Tu contoh je.
Astaghfirullahal'azim..istighfar panjang..perkara kecil macam tu pun kita nak amek kira kan..
Sabarlah dalam bersabar..

Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya."
(HR Baihaqi)



Tu dalam skop situasi orang sekeliling..
Kadangkala kita tidak tahu pun apa yang akan berlaku..
Allah menguji hambanya mengikut kemampuan hambanya..haa, Allah pun bagi kepercayaan kepada kita untuk menanggung apa yang diuji..jadi kita sendiri pun haruslah percaya bahawa kita mampu menghadapi ujian dalam kesabaran..Sesungguhnya Dia bersama orang-orang yang bersabar..


Saiyidina Ali Abu Talib pernah bermadah, maksudnya: Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa. 


INDAHNYA SABAR BUKAN HANYA DIBIBIR

sabar..sabar..sabar..sebut banyak2 kali boleh jadi seorang yang sabarkah? 
rasanya tidak jika perbuatan kita menzahirkan yang sebaliknya...
susahnya mendidik sabar kecuali bagi orang-orang yang beriman, dia akan berusaha mendidik sabar itu dalam diri..

saya yang berkata-kata, telinga ini lebih dekat yang mendengar..setiap kata-kata itu diuji..dan setiap apa yang ditaipkan dalam entry ini jua diuji terhadap orang yang menulisnya..
moga sama2 dapat mendidik hati menjadi orang yang sabar dalam bersabar..wallahu'alam..


p/s : Dear Allah, i don't know of all challenges my beloved cousin facing but YOU know everything..
i hear her silence,U hear their plead..i see her laughing..U see her tears..So please Allah..give her everything she need, bless her abundantly for all the times to come..give her strength..thanks Allah for everything..hope my cousin will b ok..be strong Cik yaa..jaga baby elok2.. :)

Tuesday, October 23, 2012

Kecintaan dengan keimanan!



Allahummasolli 'ala Muhammad..
selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
ya hanana..ya hanana..beruntunglah kami diutuskan nabi Muhammad..

Selesai test basic Electronic..bergegas bersama Husnil ke Kampus baru..
berhimpit-himpit menaiki bas KUO..sampai jua ke destinasi.. ^^,
Alhamdulillah..alhamdulillah..
berkesempatan berqasidah bersama Syeikh Habib Syech As-Seggaf di dewan besar UPSI..
tersentuh hati..
terasa kerdil dengan iman setipis kulit bawang..
Doa yang menyentuh kalbu menjentik hati..

picture by Puteri Nor Aisyah..[credit]


Malam cinta Rasul..
moga tersemat cintakan Rasul sehingga akhir hayat..
moga kita semua beroleh syafaat Baginda akhirat kelak..amin

Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 
(Ali Imran[3]:31).



Saturday, October 20, 2012

"Rupanya Allah nak hadiahkan sesuatu..."

dalam hati mereka ada sesuatu..

Air mata yang gugur dari seorang sahabat..
rupanya sangat bermakna..
halusnya jiwamu memahami bait kataku..
hingga tertumpah jua mutiara dipipimu..

Achik yang ku sayang kerana Allah..
kulihat keikhlasan di wajahmu..
seolah-olah..
Nur menyinari disegenap ruang hatimu..
ketahuilah..
disaat kamu menangisi diri sendiri..
aku turut menangisinya dalam hati..

Disaat engkau mengagumi insan lain..
ketahuilah..aku sedang mengagumimu sebagai seorang sahabat..
usah gusar utk menjadi sahabat yang HEBAT..
kerana aku tahu engkau sahabat TERBAIK..

Buat along yang umi sayang..
ada sesuatu darimu..
yang kurasakan special..banyak yang kupelajari darimu..
dengan sedar atau tanpa kau sedar..
ku terus doakan..moga dilimpahi berkat buat along..
teruskan istiqamah dijalan ini..

Dedicated to my comel fren, kak tim..
sejak mengenalimu kali pertama..
terasa sesuatu menarik perhatianku..
bermula detik itu..aku cuba mengenalimu..
banyak darimu yang kupelajari..
ku tabikkk sikapmu cintakan ilmu..
tidak jemu pelajari sesuatu..


hari ini..detik ini..saat ini..lepas happycircle tadi..


mereka mewarnai hidup saya..


terjawab sudah kata2ku beberapa hari lepas..

" Rupanya Allah nak hadiahkan aku sesuatu..."
inilah rupanya hadiah yang Allah nak beri..
Allahurabbi..kegembiraan pinjaman ini nikmat buat aku...nikmat sgt2..
aku punyai sahabat2 seperti mereka..
hari ini aku menyedari..kuharap esok terus begini..
I love them because of Allah..

p/s : Aku ingin mengenali mereka :)

Friday, October 19, 2012

mengharap..


Allahurabbi..yes..remind urself..
xperlu jadi sempurna..
tapi baiki diri jadi lebih baik..
atur masa..memang rasa sesuatu tu berat..berat sangat
amanah yg dipikul..walaupun aku ni macam org lain jgk..
okelah..x leh bazir masa..bnyak keje tertunggak!
sambil menyiapkan report food science..
duk layan perasaan..dengar lagu opick..
hayatikan..menarik..

Tiada duka yang abadi didunia

Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring

Hati yang rindu tanda cinta dijalan Nya
Namun ku percaya hati menyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang

Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rembulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani

Andai bisa ku mengulang

Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang

Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini




hurm..mengharap..mengharap dan mengharap..ampunananMU..

:: cik mawar bbungo ::
3.06 am

Sunday, October 14, 2012

........."


Bismillahirrahmanirrahim..In the name of Allah the most Gracious n Most Merciful..

Dalam hati..
masih terasa suatu kekosongan yang pasti..
Si bunga merindui kalam Illahi..
menangisi kelalaian yang diciptakan sendiri..
impiannya ingin menjadi penyeri firdausi..
tetapi belum cukup ilmu dipenuhi..
YaAllah, maafkan dirinya tidak pandai menjaga hati..
Iman goyah tatkala disapa..
YaAllah berikan dia kesempatan..
membetulkan keadaan..
semoga tidak terlambat..
menjadi yang special..
untuk menantikan yang special.. :)

duhai sekeping hati..
andai dirimu belum berjaya dapatkan Cinta Agung Tuhanmu..
jgn pernah engkau bermimpi ingin menyapa cinta manusia..
Jika dirimu belum bertahan dengan mehnah dunia..
jgn bangga ingin mengaku sebagai seorang pejuang..
Jika dirimu rebah di bahu Jalan..
bangkit!! jika rasa ingin terus kehadapan..

buat dirinya..jangan menanti dia disini..
tunggulah dia dihujung jalan..
menunjukkan arah ketaman syurga..
kerana dia masih lagi menyusun langkah 
kearah menjadikannya wanita solehah..
jangan kau gundah..
insyaAllah dia takkan lemah..
kerana disisi dia adanya ALLAH..


Saturday, September 29, 2012

aku nak jadi cool

oke..gambar ni xtahu ade kaitan ke x..



Beginning my hectic day with a cute smile..hiihi..InsyaAllah, its gonna be easier..believe it
haha..test komputer LULUS..alhamdulillah..:) please get ready for the next..

Lama membiarkan blog ini bersawang sebab banyak sangat perkara yang lebih 'aula' yang perlu dilakukan..
3 weeks..
a lot of assignments, tuto, lab reports,and bla3..but its ok..
kononnya aku nak jadi orang yang COOL bila bnyak kerja..
mencontohi kawan sekeliling yang ramai cool bila buat kerja..but everything goes smoothly..do one by one..lama2 siap la kan..tapi peringatan keras jangan sesekali buat last2 minute..
nanti kerja x memuaskan and jadik cam cincai2..
so, untuk menambahkan ke'cool'an aku..buat la planner..ala2 takwim JMK..hihi..
sticky notes..short notes..segala bagai..nasib xde foot notes je.. :)

okelah..time is golden..don't waste our time..have a nice day..

sebelum aku sign out.. nak share sikit budget 2013..nombor 6 yang ditunggu tunggu..xsabar nk shopping :)

1) RM200 one-off rebate for purchase of 3G smartphone for persons aged from 21 to 30 with monthly income of RM3,000 or below.

2) BR1M: RM250 assistance money for single individual aged 21 and above with monthly income not more than RM2,000.

3) 50% discount on KTM Komuter fares extended to all Malaysians with a monthly income of RM3,000 and below and who travel by KTM Komuter.

4) Reduce sugar subsidy by 20 sen per kg from 29 Sept 2012. 

5) Individual income tax rate to be reduced by 1 percentage point for the first RM50,000 of chargeable income. Child tax relief be increased from RM4,000 to RM6,000 per child for children aged 18 and above and receiving receiving full-time tertiary education. 

6) Book voucher of RM250 for students. (Previously RM200)

7) PTPTN loans: Incentive – repayment of full loan from 1 October 2012 until 30 September 2013, a discount of 20% will be given on their loan. Regular repayment gets a 10% discount.

8) My First Home Scheme income limit for individual loans raised from RM3,000 to RM5,000 per month.

9) Bonus of 1.5x month for public servants, Half month paid during 2012 Hari Raya. Remaining one month be paid in 50% in Dec 2012 and 50% in Jan 2013.


P/s : For those feeling blurrrr..blank and stress..don't give up in the mercy of Allah :)



Wednesday, September 19, 2012

penantian..

salam pembuka kalam..
Alhamdulillah..syukur3..
first of all..nk highlightkan sekali lagi tjuk kat atas..
yes..penantian..yang selalu dok dengar2..penantian suatu penyiksaan..
penantian itu penat..
menyakitkan..menyedihkan..membuat kita berputus harap..
sekali lagi aku belajar daripada seseorang..
thanx to sis Aisyah..

"penantian itu suatu yang indah..."

i don't know how to explain..i don't know how to describe..
but orang sekeliling sendiri yang buka mata aku..
of cosla kadang2 rasa sedih sgt kan bila kita tunggu2..tapi x de ape pun..
tapi apa yang kita tunggu?
apa yang kita harap?
sape kita?
kita hebat sangatkah?sampai Allah nak bagi kita macam2..padahal kita usaha x banyak sgt pun..
tu yang pertama..
yang ke 2..
kenapa kita harus sedih time apa yang kita harap..apa yang kita tunggu x dapat?
sedangkan kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang..
adanya orang yang selalu memahami..
adanya ibu bapa yang menyayangi..
ada kawan2 yang menemani..
ada nikmat itu dan ini yang Allah bagi FOC..
apa lagi kita nak?
hurm..

oke, back to d story..nk tnye satu je soalan..
adakah anda melakukan sesuatu untuk mengharapkan balasan? balasan siapa? manusia atau ganjaran dari Allah?
kalau buat utk kata2 pujian..untuk dapat balasan manusia..sory to say la...
amat sedih..tapi kalau mengharap ganjaran Syurga..ana tabikk spring..
itu memang terbaik..itulah PENANTIAN PALING INDAH yang patut kita harapkan..



“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, pada hal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu pada hal ia amat buruk untuk bagimu. Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”
( surah Al-Baqarah:216)

Allah maha mengetahui sedang kita tidak ketahui..Kita hanya merancang..Tapi Allah MAHA merancang..
Dia tahu apa yang bakal kita tempuhi..

tapi kita?
walaupun kita hebat berkata-kata..kita hebat memperjuang itu dan ini..outspoken dalam berhujah..kita tetap lemah dalam banyak perkara..please take NOTE!!


"Allah telah terbitkan mentari..
kemudian DIA datangkan hujan..
puas kita menangis mencari mana mentari kita..
rupa2nya Allah nak HADIAHKAN kita pelangi yang indah..."

Allah maha sweet kan..penuh teka teki dan surprise..
xtertanding dengan surprise manusia..
penantian yang dianggap sukar itu sebenarnya menjadikan ia lebih indah..

wallahu'alam..

p/s: noted for self..


 

Template by BloggerCandy.com