Entry kali ni direquest oleh Pn.Aimi..
Saya pun x pandai juga menulis..
Moga jari-jari ini dilindungi daripada menaip sesuatu yang sia-sia..semoga bermanfaat..
Sabar..seringkali mendengar perkataan itu..mungkin jua ramai yang mampu bersabar dengan setiap apa yang berlaku..namun, tidak mustahil ramai yang kecundang dalam bersabar..Setiap hari dalam kehidupan kita, pasti ada ujian yang akan dihadapi.kecil mahupun besar..simple or complicated..
"Sesiapa
yang mensabar-sabarkan diri (berusaha untuk sabar), maka Allah akan
menjadikannya orang yang sabar".
(HR.
Bukhari)
Susahnye bersabar??kan?
nak2 bila situasi tu benar2 membuatkan kita marah. Sebagai contoh :
1. Menunggu seorang kawan yang dah berjanji tapi lewat hampir 2jam
2. Menunggu makanan yang diorder x smpai2 sedangkan yang datang lewat dari kita dah dapat makanan
3. Kawan makan kawan..depan baik belakang kutuk
4. Berhadapan dengan seseorang yang bermulut laser dan sering menyakitkan hati sedangkan kita x buat apa2 pun kat dia
5. Kerje kita banyak bertimbun-timbun tiba2 dapat pula group members yang x boleh diharap.
6. Kita buat benda ni salah, benda tu pun salah..ada je orang nak complaint..semua kita buat x kena..
Tu contoh je.
Astaghfirullahal'azim..istighfar panjang..perkara kecil macam tu pun kita nak amek kira kan..
Sabarlah dalam bersabar..
Rasulullah
SAW bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang
memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya."
(HR
Baihaqi)
Tu dalam skop situasi orang sekeliling..
Kadangkala kita tidak tahu pun apa yang akan berlaku..
Allah menguji hambanya mengikut kemampuan hambanya..haa, Allah pun bagi kepercayaan kepada kita untuk menanggung apa yang diuji..jadi kita sendiri pun haruslah percaya bahawa kita mampu menghadapi ujian dalam kesabaran..Sesungguhnya Dia bersama orang-orang yang bersabar..
Saiyidina
Ali Abu Talib pernah bermadah, maksudnya: Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku
juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau
tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa.
INDAHNYA SABAR BUKAN HANYA DIBIBIR
sabar..sabar..sabar..sebut banyak2 kali boleh jadi seorang yang sabarkah?
rasanya tidak jika perbuatan kita menzahirkan yang sebaliknya...
susahnya mendidik sabar kecuali bagi orang-orang yang beriman, dia akan berusaha mendidik sabar itu dalam diri..
saya yang berkata-kata, telinga ini lebih dekat yang mendengar..setiap kata-kata itu diuji..dan setiap apa yang ditaipkan dalam entry ini jua diuji terhadap orang yang menulisnya..
moga sama2 dapat mendidik hati menjadi orang yang sabar dalam bersabar..wallahu'alam..
p/s : Dear Allah, i don't know of all challenges my beloved cousin facing but YOU know everything..
i hear her silence,U hear their plead..i see her laughing..U see her tears..So
please Allah..give her everything she need, bless her abundantly for all the
times to come..give her strength..thanks Allah for everything..hope my cousin will b ok..be strong Cik yaa..jaga baby elok2.. :)
kita banyak belajar bersabar dari pengalaman huhu
ReplyDeletetima kasih atas perkongsian, input untuk hari ni :)
>> ila Aqilah:
ReplyDeletesama2..sama2 kita praktikkan..smoga bermanfaat :)