Showing posts with label karya-cerpen. Show all posts
Showing posts with label karya-cerpen. Show all posts

Thursday, November 27, 2014

Kertas-kertas kosong




Zaman kecik kecik.. aku suka duk tulis diary..
kononnya banyak 'rahsia' yang aku boleh coretkan dalam tu..tapi aku tak suka diary yang selalu budak2 sekolah duk pakai siap ade kunci mangga bagai..

Diary aku biasa je..
bukanlah hardcover.
diary yang dibeli di Mydin berharga RM5.90

Setiap tahun aku mencoretkan kisah hidup aku yang biasa.kadang2 mengulangi benda yang sama setiap hari.. dan kalau ada ayat yang best2..aku akan catatkan di muka surat baru diary aku..
walaupun pada tarikh yang berbeza daripada tarikh yang tertera pada diary..

Ramai cakap aku pelik. (dari dulu kot)
Tapi aku pon rasa aku pelik..
aku mengalami suatu penyakit di mana aku sukar meluahkan sesuatu melalui kata-kata..
tangan dan jari lebih pantas mengekspresikan luahan benak otakku..
nak buat macamna kan..?

Tapi syok sebenarnya tulis diary nih..memang dulu diary aku banyak muka surat kosong berbanding yang bertulis..
tapi tahun demi tahun berlalu.. kertas kertas kosong itu lebih kurang berbanding kertas-kertas yang berconteng tulisanku yang 'cakar ayam'

dari penulisan diary.. aku jadi cinta akan penulisan.
pada aku.. penulisan itu seolah olah lebih 'ikhlas' dari mulut puaka.
meskipun kadang2 penulisan itu disalah tafsirkan..
at least penulisan lebih petah berbicara..

Dengan rahmat Tuhanku!!
aku diberi pinjaman rasa cinta pada penulisan.
Hakikatnya aku bukanlah budak bahasa..
bukan jua sasterawan muda..
bukan ilmuan yang punya ilmu penuh di dada..

cuma, aku anggap ia Hadiah dari Dia..
mengajar aku mengekspresi cinta..
kalam kasih buatNYA..

moga dengan kertas kertas kosong itu..aku mula bertindak..aku mula bergerak..
supaya dapat ku 'amin' kan doa sahabat yang insyaAllah ahli SYURGA.. 
yang mendoakan penulisan-penulisanku 'nanti' berbau Sains dan Islam..
lama sudah aku ingin menulis itu!!
lama sudah aku ingin menulis ' bukan sesuatu yang kosong'

tetapi sesuatu yang bermanfaat untuk ummah..!

Biiznillah.. insyaAllah.

Tuesday, April 22, 2014

Hanya satu kali | 24

Yang ada dalam kepala Taufiqah penuh question mark..
Abah pula seakan selamber je x de ckp apa2 pun..
Ibu biasanya memang senyap kalau belum masanya dia cakap sesuatu..
So, aku pun buat tak tahu juga la..
tapi remain puzzle..ahhaa..

biarkan masa berlalu bersama angan2 palsu..eh?

satu mesej masuk. Daripada Lily..

"Taufiqah, awak kat mane? saya nak jumpa awak boleh??"

Masya Allah. Aku lupa nak infom kat Lily yang aku balik kampung sekejap..tulah..balik pun adhock..sempat bagi tau kat nazira je..

Segera aku menekan keypad telefon menyusun aksara.

"Saya kat Kampung Lily..ada apa2 boleh bantu ke?" Tanya aku penuh rasa bersalah sebab tak maklumkan sepatah kat Lily..

Tak lama kemudian masuk lagi mesej...

"Erm, tak pelah..saya tunggu awak balik. Saya rasa lama sgt tak jumpa awak..saya rindu..saya tak sabar nak tunjuk awak sesuatu..."

"Tunjuk sesuatu? ni buat saya tak sabar..Ok, c u soon dear... :).." aku mengakhiri mesej dengan penuh 'ke eksaited an'..haha..ayat dah tunggang tebalik menunjukkan betapa terujanya ingin tahu apa yang berlaku pada lily lebih daripada ingin mengetahui persoalan siapakah 'adam' yang jenuh aku pikir2 dari tadi..

Aku mengambil angin di beranda..Angin malam yang mendamaikan..
kononnya macam Rapunzel tengah tengok bintang2 yang cantik..
kat kampung ni semuanya rasa rasa yang nyaman sahaja..
semua membahagiakan.

3 hari berada di kampung.
Taufiqah balik semula ke bumi ilmu!

Sesampainya di universiti,
Apa yang  paling tak sabar2 dia nak buat ialah menemui Lily.
Terus mengatur kaki menaiki tangga blok4 aras 3.. biliknya di hujung sekali..
penuh debaran.
Taufiqah mengetuk perlahan pintu biliknya.senyap. tidak berjawab.

tiba2..ada suara lembut. aku tahu itu suara lily...

"kejap..kejap..."

tapi daun pintu masih belum dikuak. 300 saat Taufiqah menunggu di hadapan pintu bilik Lily.

"Tadaaaaaaaaaa" dengan senyum simpul meleret dengan sebaris gigi ditayang lily menarik tepi jubah biru lembut ala2 mempamerkan gaya princess..

menggayakan dengan Tudung bidang 60' warna biru gelap, dihadapan pintu bilik..Lily seolah-olah bahagia sgt....

Beg yang dipegang Taufiqah terjatuh ke lantai..
sedikit terkejut.
Eh, bukan sikit. banyak jugaklahh..

Kurang dari 3 saat Taufiqah terus memeluk Lily seeratnya dengan titisan air mata berjujuran ke pipi.
kasih teramat.
itu yang dirasakan.

jauh disudut hati. Taufiqah masih berteka teki.
Bila Lily memeluk Islam?
Allahurabbi .. hanya syukur memenuhi segenap jiwa dan nubarinya.

" Fiqah... saya mahu memeluk islam!" lily yang tadinya tersengih sengih terus menangis.. sebak mungkin. Sekali lagi erat pelukan Taufiqah. Kali ini diiringi doa agar segalanya dipermudahkan.

"Saya dulu memang athies. Tak percaya wujudnya Tuhan....tapi saya fikir2 balik..kenapa saya menafikan wujudnya Tuhan sedangkan saya begitu cemburu bila kawan2 saya yang islam, mereka percaya Tuhan dan hidup mereka lebih tenang, dan teratur. Saya tengok, kawan2 yang rapat dengan saya..awak, nazira..masing2 sibuk thesis sama macam saya. tetap solat tak pernah tinggal..waktu senggang buka Al quran..paling kurang buka buku2 bacaan.. osemm!! orang islam osem!! hidup mereka terisi..dan semestinya saya percaya Tuhan agama awak memang hebattt!!!!"

panjang lebar Lily menerangkan. Bersungguh sungguh.terkadang terjongket bahu dia bercrita.. Allahurabbi! 

AllahuAkbar!! speechless.Tiada perkataan lain selain Alhamdulillah mampu kuucap. Hidayah itu milikNYA.DIA akan berikan kepada sesiapa yang dikehendakiNYA. 
dan Lily terpilih kerana dia juga berusaha mencari Hidayah Allah itu.. :)


"Barangsiapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barangsiapa dikehendakiNYA menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia sedang mendaki ke langit.Demikianlah Allah menimpakan siksakepada orang-orang yang tidak beriman"

Al-An'am : 125

Friday, April 04, 2014

Hanya satu kali | 23

Seminggu kemudian,Taufiqah merancang pulang ke kampung 3 hari.bukan cuti semester, bukan cuti deepavali juga bukan cuti raya cina..
Cuma rasa ingin balik,balik dan balik..tepu berada disini, Mungkin perlu jumpa ibu dan abah untuk melupakan sekejap tugasan2 yang ada di bumi murobbi..

Sejujurnya, Taufiqah rasa lemau. macam biskut Jacob yang dibiarkan luar tin.
Sedang rohani dahagakan ilmu,
sedang fizikal perlu ditunaikan hak2 senaman.
sedang Aqal meminta minta menyambung hafalan Al quran
sedang jari jemari ingin mengatur bait untuk ditekan dipapan kekunci

bila difikirkan waktu.
terasa suntuk.
terkadang Taufiqah tersedak. bagai nafas tersekat dikerongkong..

persoalan dilontarkan jauh ke sudut jiwa..
Hari ini, genap usia Taufiqah 23 tahun. meniti usia kematangan.. dan banyak perkara perlu Taufiqah mula fikirkan.

Alhamdulillah. kali ini ulangtahun kelahiran Taufiqah disambut bersama keluarga. complete 5 orang. Ibu, abah,Along, angah dan adik.. Seusai isyak berjemaah, kami sekeluarga buat halaqah, ayah mengetuai bacaan doa selamat buat kami sekeluarga sekali gus buat bacaan tahlil.. Sayu suasananya.. Suasana ini yang kurindu!!

Taufiqah bersalaman dengan abahnya. dicium penuh kasih pipi abah.. Abah mengucup lembut ubun-ubun Taufiqah. Jelas terpancar sifat kebapaan.. (Kalau aku ada suami, aku nak suami yang berjiwa macam abah!) *oke, sempat lagi berangan. :p


"Nah, Along...ni ada hadiah dari seseorang.." abah menghulurkan satu paper bag 'Hello Kitty' berwarna pink.
Taufiqah membuka paper bag tersebut perlahan-lahan.
Allahuakbar! dalam paper bag tersebut ada Al-quran kesayangannya. yang hilang tempoh hari,
bersama sekuntum mawar putih. masih segar.

ada nota kecil berwarna merah diselitkan sekali.

" Seindah Mawar berduri, 
tajam bukan untuk melukakan, 
sekadar untuk melindungi.."

beg kertas yang Taufiqah terima,
abahnya terlebih dahulu membuka,
kata abahnya,
"Semalam,sebelum Along sampai rumah,ada seorang jejaka datang bersama abangnya..
tujuannya baik untuk bersilaturrahim. Nama kawan along tu Adam..Dia satu universiti dengan Along, kalau tak silap abah, satu kelas.Dia ada hantarkan sekali quran along tu, sebab katanya dia terjumpa di kafe, dia tengok dalamnya ada nama Taufiqah Amani.. Jadinya,kebetulan pula dia memang nak balik kampung, dia singgahlah rumah kita sekali..." panjang penjelasan abah..

mengimbau kembali..siapa dia adam ni?
budak kelas aku kah? 
mcm takde je yang namanya Adam.

Err.konfius =.=

***



Tuesday, April 01, 2014

Hanya satu kali | 22

sampai juga ke bilik meskipun air menitik dari setiap benang baju akibat lencun!

Allahu. saat tengok bilik, rasa macam nak keluar air mata,
habis bersepah bilik dengan baju dan buku-buku diselerakkan.
Apa sudah jadi??bilik dimasuki pencuri?rasanya Taufiqah sudah mengunci pintu.
Taufiqah meletakkan beg sandangnya ke lantai..segera di selidik takut2 ada barang yang hilang. Alhamdulillah. tiada yang hilang..lappy dibawanya ke makmal tadi. barang2 kemas, memang taufiqah tidak membawanya ke kolej. Duit. Alhamdulillah.tidak terusik walau satu sen pun..walaupun tabung duit syiling memang diletakkan atas meja belajar..

Taufiqah 'confuse' sebentar..apa yang hilang sebenarnya?kenapa begitu bersepah buku2 diselerakkan?betulke pencuri yang masuk? atau hanya kucing yang menceroboh *err, mcm pelik je bunyinya .

lama termenung.. Bingung Taufiqah memikirkan banyak perkara pelik yang berlaku akhir akhir ini.
hampir 10 minit mencari-cari apa yang hilang rupanya diary kesayangan hilang...
oke, memang nangis. Air mata bercucuran bagai tak mahu berhenti.
minggu lepas Al-Quran, dan hari ini diary hilang.. 
apa motif pencuri?
mengambil buku catatan peribadi aku? yang tertulis segala sesuatu dalamnya.
yang tertulis luahan hati, berkongsi rasa.
menulis coretan2 rahsia peribadi agung!
penat aku mempersoalkan.


Taufiqah menangis semahunya.
dalam sujudnya yang terakhir, dia memohon semohonnya.
Agar Allah singkapkan apa yang berlaku.
mohon Allah tunjukkan apa yang terjadi..
Air mata gugur dan terus gugur.
2 barang yang paling disayanginya hilang..

lama dia bermuhasabah. Mungkin Allah sedang menguji, DIA akan menggantikan dengan yang lebih baik..memujuk hati sehingga akhirnya Taufiqah lena dalam sedu sedan tangisannya.

tidak lama kemudian dia terjaga mendengar deringan telefon berbunyi. 
'Ibunda sayang' tercatat di skrin telefon bimbitnya.. Lambat taufiqah ingin menekan butang hijau.

Seakan ibunya call 'on time' shja..
Taufiqah mencuba sedaya mampu menyembunyikan sendu di hati..akhirnya terburai juga air mata.. Taufiqah bertambah sebak mendengar suara ibunya..
"Ibu, Al quran along hilang, diary along kena ambil..bilik along kena ceroboh..." laju air mata menemani setiap patah katanya.

entah kenapa..kali ini dirasakan kesedihan yang amat bila bercakap dengan ibunya.

'Ya Allah, along... Along tak apa2 ke?.. '

hanya gelengan dihujung talian.seolah-olah ibunya nampak perbuatannya.

"Along sayang.. Allah sayang along, sebab tu Allah bagi ujian.. DIA tahu along mampu..Allah takkan ambil sesuatu kecuali Dia gantikan yang lebih baik.. InsyaAllah..ibu yakin ada hikmah tersembunyi..Along kena kuat!"

tersentap.
Kata2 ibu yang lembut menyelusup disetiap urat sarafnya.

Dia mematikan perbualan,menyeka air matanya lalu berwudhu'
Allahurabbi. Meskipun aku tahu ia ujian, meskipun aku tahu Allah menguji sesuai dengan kemampuan setiap hambanya, meskipun aku juga tahu, Allah berhak mengambil apa sahaja yang dipinjamkannya..tetap jua hati ini rapuh..

Taufiqah beristighfar panjang.. Redha.Moga esok tiada lagi duka..

***


Friday, March 28, 2014

Hanya satu kali | 21

Memulakan pagi diminggu minggu genting menghantar assignments dan menyiapkan result untuk thesis. dengan Labwork yang banyak sangat membuatkan taufiqah rasa tidak cukup tangan untuk melakukan semua kerja-kerja tu..

Jealous pula dengan lily dan Nazira yang sudahpun memulakan penulisan Thesis bab 4..Akram pun mungkin sudah mulakan bab 4 juga. Ohh, mungkin taufiqah sorang saja yang tertinggal di belakang.Masih juga menyiapkan pH study yang tak siap2.. berjam-jam di makmal sampai lebam bijik mata nak measure satu-satu pH..dugaan di semester akhir.. demi memperjuangkan final year project, dengan kasih dan sayang,Taufiqah gagahi juga.. *meskipun dalam hati memberontak..arghh..bila nak siap ni :p

Jam menunjukkan pukul 5.30 petang dan Taufiqah terkandas di makmal disebabkan hujan turun dengan lebatnya. kilat sabung menyabung dan Taufiqah tidak membawa payung..Nampak gayanye kena tunggu hujan reda lah. boring yang amat melayan perasaan sorang sorang kat makmal, Taufiqah membuka lappynya. Nak sambung labwork dah tepu!
Blog D & T yang disukainya di skrol sampai ke bawah. Kali ini entry blog 'nya' mengisahkan Ukhuwah fillah. sering saja term ukhuwah fillah abadan abada ni meniti dibibir bibir kita lebih2 lagi geng2 tudung labuh berkopiah berserban.
term yg sudah familiar didengari.
tersentap.
macam ngam2 je dengan situasi taufiqah sekarang.
bagaikan ditoreh-toreh bila dibaca perenggan last dalam entry blog 'dia'

"Ukhuwah sangat sampai berkuah-kuah,
tapi seposen pun berkira, 
kerja lebih berkira,
masalah hati berjela-jela,
 salah sikit terasa, 
time senang kau ada,
 time susah tak nampak muka,
Ukhuwah sangat sampai berkuah-kuah,
kau kata satu usrah,
tapi bila ada masalah,
mula nak gaduh sape yg salah,
tak yah nak ckp ukhuwah,
kalau dalam hati tak boleh ubah,
selagi tu takdenya nak ukhuwah fillah."

_Muhammad

Ohh, baru sekali diletak namanya. dari dulu taufiqah duk baca blog dia baru sekarang tahu siapa penulis blog tersebut . Tapi serius, kali ni sentapan betul2 mantap, terus tertusuk dalm hati. yelah, betul jugak tu, mungkin tahap ukhuwah aku masih rapuh, tak sehebat ukhuwah kawan2 aku yang lain.
tak sehebat ukhuwah sahabat2 muslimat2 power yang seperjuangan denganku.

Taufiqah termenung lagi..sambil menunggu hujan yang belum reda.. (suka betul termenung) =.=''

sedar tak sedar hari menjelang maghrib. dan hujan masih lebat selebat lebatnya. disebabkan bahaya sorang2 kat makmal yang makin sunyi...
Taufiqah mengambil risiko meredah hujan yang lebat untuk pulang ke rumah.. 
redha dengan habis basah kuyup, dia mengatur langkah demi langkah balik ke kolej..
akhirnya, sampai juga Taufiqah di rumah dengan jayanya..haha, walaupun habis satu badan lencun!
sejukkkk..terketar-ketar menggigil sambil membuka kunci rumah..

***

Tuesday, March 25, 2014

Hanya satu kali | 20

Rupanya kesedihan kehilangan Al quranku tidak sehebat kesedihan 2 berita yang baru ku terima semalam. Allahurabbi..

2 berita yang sangat2 menyedihkan.
Mahkamah di Mesir telah menjatuhkan hukuman mati kepada 529 ahli Ikhwanul muslimun,penyokong bekas presiden Mohammed Morsi. Mereka dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan yang tidak mereka lakukan..Allahu.... Dan kita? masih lagi tidak peduli.masih lagi bersuka suki makan KFC. huh! Taufiqah..bukak mata luas2..

“Barangsiapa tidak peduli dengan urusan kaum Muslimin, maka ia tidak termasuk ke dalam golongan mereka.” 

(HR Thabrani)

**jangan sampai kita yang menjadi orang yang tidak peduli itu.

Berita sedih yang kedua,pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang berakhir di selatan Lautan Hindi..Takziah buat keluarga mangsa yang terkorban.. Taufiqah berfikir sejenak, bila mengenangkan betapa besarnya kesedihan keluarga mangsa menanti detik kepulangan mereka berakhir dengan berita terhempas..Moga mereka2 diberi kekuatan.

Di malam yang pekat tanpa ditemani bintang-bintang, seakan merasai kesedihan berita yang diterima,Taufiqah meneruskan bulatan gembira bersama Insyirah. Akhirul kalam daripada Insyirah.."ALLAH tidak pernah mengambil sesuatu dari kita kecuali DIA menggantikannya dengan yang lebih baik"

Selesai berbulatan gembira, Insyirah menghulurkan satu beg kertas. didalamnya ada hadiah. Subhanallah. Buku yang aku cari-cari selama ini, Karya Dr Yusuf Al qadhawi tentang fiqh wanita.. manis sungguh dirasakan. 


meskipun Al quran hilang, rupanya ada sesuatu pula yang aku dapat. pun begitu misi mencari Al quran itu tetap diteruskan dengan gigihnya. Dalam hati masih mengharap agar seseorang akan memulangkan kembali Al-Quran tersebut walaupun dalam Al quran tersebut tidak ditinggalkan sebarang alamat ataupun contact number. hanya tulisan khat thuluth yang tertulis ' Nur Taufiqah Amani ' tercoret di muka depan helaian Al Quran..


Erm,Sekali lagi malam ni, matanya tidak dapat dilelapkan. 

tidak pasti disebabkan L.A Coffee ataupun terlalu banyak yang perlu difikirkannya.
dan biasanya waktu-waktu begini jualah Taufiqah merindui ibu dan abahnya di kampung.

'tet..tet..tet'

Alarm telefon bimbit Taufiqah mengejutkannya. 
tidak sedar pukul berapa Taufiqah terlelap di mejanya.
sakit belakang pula bila tersalah tidur di meja..


***

Sunday, March 23, 2014

Hanya satu kali | 19

"Taufiqah!!" amboi, mengelamun sakan pulak dia.

Nazira melambai-lambai berkali-kali tangannya dihadapan muka taufiqah.
Lama juga dia mengimbau kisah tragedi itu, sampai tidak sedar waktu sudah menunjukkan jam 5petang.. Dia off lappy dan tutup rapat2 diari tersebut. 
untuk mengeluh,jauh sekali..untuk dijadikan ibrah, dialu-alukan.

Jauh di sudut hati Taufiqah, peristiwa tersebut bagaikan masih segar bugar dalam otaknya meskipun hampir setahun sudah berlalu.

Buat teman yang tidak jemu2 mendoakan, hanya Allah yang mampu membalasnya.

SYUKUR.
Tragedi itu mungkin nampak kisah biasa.Tapi tidak bagi Taufiqah. kerana dia yang merasa.dia yang hadapi.Dia yang melalui.

SYUKUR.
Sepanjang tragedi diberi kekuatan. Masih juga ALLAH pinjamkan senyuman.

SYUKUR.
Allah bagi dia rehat dalam kesibukan.Supaya hatinya celik mendekatkan diri pada Tuhan. Terima kasih. Untuk kesekian kalinya.

Taufiqah meraup kedua-dua tangannya kemuka.

Berlari-lari anak, taufiqah mengejar Nazira yang sudah jauh ke hadapan..
kami singgah sebentar di kafetaria untuk membeli makanan. Dari tengahari tidak makan sibuk menjaga meja pameran. Melaksanakan dakwah fardiyyah yang tergalas dibahu.. Alhamdulillah selesai juga dengan bantuan sahabat-sahabat yang lain.
Jauh disudut hati Taufiqah mengharap, usahanya dan sahabat2 suatu hari mampu mewujudkan bi'ah solehah di bumi murobbi tercinta. Walaupun Allah tak pandang pada hasilnya..tapi harapannya begitu besar!

Tanpa dia sedar, selepas membeli makanan petang tadi,Taufiqah tertinggal Al-Quran coklat kesayangannya di meja bulat. 
terlupa.
Subhana manla yana muala yashu. Mahasuci Allah yang tidak lupa dan tidak tidur.Kita manusia biasa juga yang tidak terlepas dari kelalaian dan kealpaan..

Hati Taufiqah terasa kurang selesa.
segera diaturkan kaki kembali ke kafeteria untuk mencari Al-qurannya.

sayang sekali. sudah hilang!
hilang?
Al quran pun hilang?
mungkin ada insan yang tolong simpankan.tidak mengapalah. husnu dzon.
dengan hati yang hampa,sedih kuciwa dan gundah gulana yang teramat sgt, *erk, terover plak ayat.
Taufiqah balik ke bilik sambil menitiskan air mata..
Al quran itu penuh makna. 10 tahun bersama, pasti tidak sama dengan Al quran baru walaupun isi dalamnya sama.. :(



Thursday, March 20, 2014

Hanya satu kali | 18

POTONG KAKI??Guess what. Agak-agak,apa dia rasa saat itu?? Dalam hati tidak putus2 dia berdoa agar darahnya kembali pulih.tak keruan jadinya. Kalaulah ibunya dan abahnya tahu..

Malam sudahpun menjelma, terasa begitu cepat berlalu..
Dr Omar Gilbert menghampiri katil.Dr check tekanan darah.Dr check suhu.Dr check kaki.
Malam itu satu berita dia terima.

“Alhamdulillah,awak tidak perlu potong kaki, jangan lupa call waris. Malam ini awak start puasa. Esok pagi, jam 5 kita mulakan operation buang darah beku di kaki awak..”


Dr Omar Muslim rupanya. Alhamdulillah. Berita operate itu dia anggap satu berita gembira. Daripada potong kaki, better operate saja. Meskipun dalam hati hanya dia yang boleh rasa. Segera dia hubungi sepupunya. Maklumkan sepatah dua kata dengan ahli keluarga terdekat..ya lah..bimbang esok tidak dapat lagi bersua. 

Nazira sudah pulang ke rumah dengan lily petang tadi.. Sebabnya esok mereka ada kelas awal2 pagi lagi. Taufiqah tidak kisah jika tiada yang menemaninya di wad. Sebab ada jururawat yang baik,berkaliber,berdedikasi, toleransi, dan macam2 lagi sifat mahmudah yang ada pada jururawat tersebut. Sekali lagi aku tabik..Ini yang kita mahukan sebenarnya. Jururawat muslimah cerminan agama!!

3.00 a.m (2 jam sebelum operate)

Astaghfirullah.Sebenarnya mata tidak dapat lelap..Wardah kawan sekelasnya yang menemani di hospital lena di birai kerusi..Saat itu, tiba2 kedua-dua kakinya pula terasa sengal..Yang terlintas dikepala..ajal sudah berkunjung tiba. Mata sudah tidak mampu dilelapkan,untuk menunggu pagi esoknya.Seakan tidak cukup masa baginya, untuk dia beristighfar semahunya..Ya Allah, dalam hatinya seakan merayu, andai itu pengakhiran hidupnya..Taufiqah bermohon supaya dosa2nya diampunkan segera.Manik2 jernih mula menitis mengenangkan dosa yang menggunung.. Taufiqah rasa......erm..

walau riak mukanya seakan tenang.Masih mampu menunjukkan sebaris gigi dihadapan sahabat2.Namun,

dalam jiwa sebenarnya berperang.rasa takut.rasa sebak. Dia memerlukan bahu ibunya untuk menangis. Apakan daya. Terpaksa dia rahsiakan tragedi itu daripada pengetahuan mereka. Bukannya apa, Ibu baru keluar hospital. Jantung. Doakan ibu..


5.30 a.m.
Nurse bagi baju operate. Tapi katanya dipostpone sejam lagi.

7.30 a.m
Masih menanti.Nurse tak kunjung2 tiba.

“How are you today?” – Dr Omar Gilbert

“Alhamdulillah.”

Dr check kaki Taufiqah.. Suhu tinggi.
“Kaki awak demam. Awak boleh buka puasa. Tak perlu operate kaki.”

Eh??? Dr ni bergurau ke apa?..Nak tergelak pula dengar term Kaki demam.Biasanya badan je demam.. Dia masih terpinga-pinga..Semudah itu kah Doktor buat keputusan?
Taufiqah yang memang sudah blur itu seakan bertambah blur-blur.. *bnyaknye perkataan blur.

“Saya dah tengok Film Ultrasound awak scan hari itu. Darah beku tu tak ganggu salur darah.Mungkin kebas disebakan saraf. Esok saya check lagi sekali.If everything okay, awak boleh keluar wad”

Saat ini, taufiqah mempraktikkan 3S yang dicipta sendiri.
Senyum.Sengih.Syukur.
Seakan mati hidup semula.
Allah..


***


Thursday, March 13, 2014

Hanya satu Kali | 17

 7.30pm
“ Kak Iqah, nak saya amekkan wudhu’ untuk akak? Nanti saya bawakan air masuk ke bilik”

Adik comel menawarkan khidmat bakti percuma.Sekali lagi jiwa Taufiqah meruntun. “Hadiah apa ini ya Allah?, Manisnya..”

Nazira , lily dan Nurin setia disisi taufiqah..
Melihat dia yang dalam keadaan kedua kakinya tidak mampu di angkat, lalu sekali lagi didukungnya Taufiqah ke bilik air untuk berwudhu ' dan bersihkan diri. Pedihya luka fresh bila terkena air! Sangat2lah terasa!! 

Mendapat rukhsah. Dia menunaikan solat duduk di kerusi maghrib dan isyak.

Usai isyak.Adik beradik seIMAN datang berziarah.
Taufiqah dapat merasa, benarlah yang dinamakan ukhuwah islamiyyah sehebat itu.
Secepat itu berita tragedi itu tersebar. Memenuhi kamar sahabat datang menjenguk..

“Syafakillah, ukhti” Adik solehah mendoakan sambil memegang bahu Taufiqah.

Sebaris gigi ditayang seperti lagaknya 'gigi akulah paling putih' sambil bibir diketap dek kerana bengkak masih belum surut..
Dia senyum kerana dia tahu,
doa-doa dari sahabat-sahabat,jauh atau dekat.
Itulah ubat paling mujarab.. *indeed true


Esoknye..
mungkin mata tidak dapat lelap ikut putaran jam normal..Memaksa Taufiqah bangun awal dari biasa, bukan untuk bersahur..tapi kali ni sebab kesakitan itu makin terasa. Seakan setiap urat saraf terasa tegang.mungkin impact semalam. Kaki  jadi lebam, warna biru,merah, purple semua ada. Kaki kiri masih tidak rasa apa-apa. 
Allah. Kakinya bengkak macam belon yang ditiup kembang! *bunyi macam over, tapi serius tak tipu!

8.00 pagi
Suria memancarkan cahayanya..Kali ini sinarannya tidak lagi malu2 macam semalam. Seakan memahami terik tegang setiap urat di kaki ini.. Atas keperihatinan Nurin selaku Roomate yang bertauliah, Taufiqah di'paksa' untuk ke Hospital kali kedua.

Xray lagi untuk kesekian kalinya. 
Eh? tetiba kali ni 6 orang Doktor mengerumuni dia. 
Sesekali speaking english, sesekali berbahasa cina. 
Dan kali ini Doktor pakar juga turun padang.mereka berbincang.entah ape yang mereka2 bincang pun aku tak faham.. maybe ada term2 sains yang pernah aku dengar tetapi macam tak berapa nak faham..
Tu lah, nama je budak sains.. *er, buat malu je.

Perbincangan terhenti disitu.Doktor kembali ke tempat masing2..
Seakan something wrong happened. 

Taufiqah mula cuak..Dia senyap sahaja. Hanya terkumat kamit membaca ayat2 cinta. Kalam kasih dari Tuhannya..


-Check in ward-

“ Okay, petang ini awak perlu ke Hospital Besar.Kita buat Ultrasound. Scan salur darah awak. Maybe ada infection atau mungkin blood clotting..”
Taufiqah anggukkan saja.

Memang ya..Ternyata ada darah beku lebih kurang 2 inch dikaki kiri..2 inci je pun..dan juga tompok-tompok kecil clot bahagian jari-jemari kaki.

“Patut kaki awak tak rasa apa. Darah tidak sampai ke hujung.Saya akan usahakan ambil pelapik kaki, supaya kaki boleh diangkat tinggi. Jika malam nanti awak tak rasa apa2 lagi..itu bahaya! Kemungkinan boleh menyebabkan potong kaki..” Dr memberitahu dengan kening yang serius. Seserius Taufiqah yang mendengar.

WHAT!! Potong kaki??? betulke idak tu yobb?


***

Monday, March 10, 2014

Hanya satu kali | 16

Taufiqah masih lagi disitu. dalam hatinya perasaan berbaur..
Kereta belakang berhenti. Eh, Dr hayati,Pensyarah kimia yang dikenali..kemudiannya Dr Hayati hubungi pihak ambulance.Tidak sampaipun 5 minit. Ambulance datang.Taufiqah diusung dan dibawa ke Hospital berdekatan.

Dalam kepala dia. Cuma satu..INGAT SANG PENCIPTA!! (Muhasabah..time susah shja kah aku ingat Tuhan?
Allahurabbi..Taufiqah tak sangka begitu kejadian petang itu.. Sekelip mata sahaja.

sesampainya di Hospital, Taufiqah dimasukkan ke emergency room.
terus dia disuntik ubat mengelakkan kuman. Siku taufiqah rupanya ada luka yang dalam. Tidak tahu berapa inci..Sedar2, lengan baju sebelah kiri sudah basah dengan darah.

tangannya memeluk telefon bimbit. ingin menekan nombor Nazira ataupun Lily. Memaklumkan sepatah, kondisinya.. Risau juga jika mereka tercari-cari Taufiqah tak balik-balik..

jam pun sudah menunjukkan lewat petang.
belum sempat mendial nombor Lily.. Dr menghampiri katilnya.Sikunya dijahit..dan dia khusyuk melihat doktor pelatih menjahit sikunya..secara live..wow!!..3 jahitan siap dijahit selepas 10 mint.kemas dan rapi..

Taufiqah mula rasional..tenang dan cool..
seakan jelas tersingkap hikmah di depan mata..
Jelas dan sejujur jujurnya..
yang Taufiqah rasa adalah bahagia,kerana setiap perilaku doktor pelatih yang merawatnya,baik dari segi cuci luka, sapu ubat,amek darah, jahit siku sehinggalah imbasan xray..semua dimulakan dengan BASMALLAH.
perlahan aje sebutannya. Tetapi telinga Taufiqah masih dapat menangkap sebutan

‘Bismillahirrahmanirrahim’

AllahuAkbar!
Itulah Doktor pemuda cerminan agama!
Aku Tabikk..

3 kali imbasan Xray.
Tiada sebarang patah mahupun crack.

“What a miracle!! What a miracle!!” 2 kali Dr berbangsa cina mengulangi ayat itu.

“I ingat kaki you patah.tengok pada rupa kaki, at least ada crack..” seakan tidak percaya. Dr kemudiannya memberi kebenaran pulang kerumah.
Taufiqah sudah boleh balik..


6.30pm
Kawan baiknya Nazira dan lily sampai..Mereka mengalirkan air mata,melihat keadaan Taufiqah sedemikian rupa. Tanpa sepatah kata.mereka bawa Taufiqah pulang.Masing-masing minta dia kongsi kan cerita. 
Maaf, hari ni bibir Taufiqah bengkak, Dah macam Angelina Jolie.susah nak bercakap. Maaf ye, lain kali Taufiqah cerita, cuma satu minta Taufiqah, jangan maklumkan pada ibu. Jangan juga infom pada Abah. Biar Taufiqah yang maklumkan. bila tiba masanya nanti. Biar Taufiqah simpan sendiri perit yang ditanggung dikongsi dengan Rabbi..


Keluar sahaja dari pintu kereta, Nazira dan lily dibantu oleh Nurin merangkap roomatenya.. Mereka gigih mendukung Taufiqah bawa ke tingkat satu. Tidak jejak sedikit pun kaki Taufiqah ke tanah.
Rumah Taufiqah pula paling tengah.Bukan jarak semeter dua..tapi perlu menaiki anak2 tangga kecil untuk sampai kerumah..

Allahu..Mengalir juga air mata Taufiqah. Bukan disebabkan sakit yang menimpa,tetapi disebabkan manisnya Ukhuwah itu dapat dirasai.. Mereka sanggup mendukung taufiqah. Disini ukhuwah itu teruji.Saat itu,Taufiqah rasakan dialah insan paling beruntung.punya sahabat seperti mereka..



***

Thursday, March 06, 2014

Hanya satu kali | 15

tung tang tung tang, cepatnya masa berlalu..Taufiqah tak sabar2 ingin menamatkan pengajian tahun akhir..dan Taufiqah  sibuk menyiapkan final projectnya. Preparing everything. O Allah, veghi2 nerghbes (ala2 slanga Feghancis)

dan.seiring dengan itu, usaha gerak kerja untuk melahirkan adik2 yang bakal menerajui tampuk kepimpinan pun perlu digigihkan dan digiatkan dengan penuh kegigihan yang gigiiiihh..Yelah, akak abang semester akhir sudah mahu melangkahkan kaki ke medan pertempuran yang lebih besar..Adik2 lah yang bakal menggantikan kami..Tak gitu?

Hari ini..Banyak nya tugasan perlu Taufiqah siapkan. Itu dan ini baik utk diri sendiri, assignments,mahupun gerak kerja organisasi..


Penat.Lelah.
Namun tetap tangannya segera menyiapkan tugasan2 yang menanti giliran..

Hari ini Karnival Hari terbuka anjuran adik2 sinergi..Teringat kembali memori lalu.. 
Sewaktu Taufiqah sibuk dengan tugasan kira-kira. Sewaktu bergelar bendahari Karnival Hari terbuka sidang lepas.. Oh, Ya Allah.Taufiqah masih ingat..pernah dia pinta padaMu.. tentang masa.masa dan masa.

Taufiqah minta pada Tuhan agar diaturkan masa sebaiknya..
Berlari kesini sana. dengan tugasan assignments sudah bukan di comfort zone.ditambah dengan gerak kerja organisasi..

Taufiqah selalu saja pengsan. Dari tingkatan 4 lagi..
Tak disangka sangka rupanya disebabkan Anaemia..

Teringat pula..pada Taufiqah itu kenangan yang sangat terkesan dilubuk hati dan sanubarinya.. meskipun cerita tragedi itu kisah biasa2 bagi orang lain, Ia kisah luar biasa bagi Taufiqah..

Tragedi di suatu petang..Petang yang damai ditemani angin sepoi-sepoi bahasa serta kicauan burung rancak mencipta melodi tersediri..Sedang Taufiqah pulang dari discussion group di rumah sewa kawannya, dia menunggang motosikal seperti biasa.

Dan untuk kesekian kalinya, Taufiqah dipengsankan Allah seketika. 
Berapa kilometer Taufiqah menunggang motosikal dibawah kawalan tidak sedar?
Jangan tanya dia. Dia pun tidak tahu.

Yang Taufiqah sedar dia sudah tepi divider..
Eh? rupanya dia jatuh motor!baru dia kembali membuka mata. Taufiqah terpinga pinga. Dalam hatinya rasa macam Ya Allah..ingat dia sudah MENINGGALKAN DUNIA! Terasa bagai roh terpisah dari jasadnya. Blurr. tak terkata. terkedu pun ada.

Dia terdiam.Tidak mampu buat apa2. Bibir Taufiqah pecah. Darah keluar sampai dagu.Dia tengok tangan kanan. Cuma luka kecil. Alhamdulillah. Ada handsock tebal menemani..

Dia tengok kaki. Isi telapak kaki terkoyak sedikit.Cuma sedikit. Again. Alhamdulillah, adanya stokin tebal melindungi kaki.

Tangannya menyentuh kaki kiri.. 
“Mana kaki aku?? 
Mana kaki aku??
aku tak rasa apa2!!

Dalam hati cuba kau teka. Apa yang Taufiqah rasa tika itu??”


***


Tuesday, March 04, 2014

Hanya satu kali | 14

Lily, nazira dan Taufiqah sibuk.masing2 sedang menyiapkan penulisan laporan kajian tahun akhir. sehinggakan tidak sempat memanjakan diri dan bermalas-malasan di atas katil.. *ye ke tak sempat?

Jam sudah menunjukkan jam 11.30 malam. taufiqah menekan jam loceng garfield di atas meja untuk set alarm esok pagi, takut tak terbangun pula nanti..

Seperti biasa, rutin di malam hari, Taufiqah menggulung-gulung kertas kecil untuk dimasukkan dalam tabung hijrah.. :) hehe

"Taufiqah sayang, sesibuk mana pun kamu, jangan pernah lupakan untuk jalankan gerak kerja dakwah"

Oh, sebenarnya..secara jujur lagi tulus..
kali ini ada air mata mengiringi gulungan sticky note kecil itu. Entahlah.mungkin terlalu menyayat hati ayat tersebut utk Taufiqah rungkaikan.. 

Teringat kembali..Pesanan yang begitu menyentuh hati oleh Dr Abdul Mun'em Mukhtar Abdul Rahman..

Kamu belajar untuk memberi manfaat untuk UMMAH...
Kamu belajar untuk mengajar orang-orang ISLAM...
Kamu belajar untuk membawa RISALAH ISLAM...
Menyampaikan kepada manusia, menyambung tugas anbiya'...

"dan aku...? " Taufiqah refleksi diri. entahlah..sebak sangat rasanya.sebak.sadis,terkesima, ter macam-macam lagi..

dahlah..esok pagi2 lagi ada appoinment dengan Dr. Nak tanya beberapa perkara tentang thesis aku yang belum jugak2 settle. Nanti kang tak pasal2 aku lewat lagi jumpa Dr.. malu pada si Akram yang selalu tepat pada masa. *eh? selalu ke?

ah, tak kesahlah.. kata nak jaga muwasafat Tarbiyyah, tapi masih juga aku tidak memenuhi kriteria " sangat menjaga masa".. and maybe tulah salah satunya sebab aku tak mampu nak manage time wisely..so,macam mana nk kawen kalo masa pun tak boleh nak tepati.. *eh, tetiba bab kawen. :p
haha.whatever.

'tet..tet'
mesej dari Akh Syafiq lagi..OMG..Stress gua!
Memang nak kena 'basuh' jugak sorang ni..dah pukul berapa ni masih jugak nak mesej.
dan hari ni..Taufiqah mendelete tanpa membaca intipatinya.
Oh kejamnya taufiqah. kejam sgt tuh.

takpe. ada reason kukuh mengapa dia mendeletenya.
Perempuan. 
Hatinya memang mudah tersentuh. 
tersentuh yang bagaimana?
Tersentuh pada sesuatu yang 'unik'
taufiqah bukan memilih yang selalu berselindung disebalik 'mesej islamic'
bukan juga memilih yang perfect.
bukan juga yang selalu 'caring' melebih-lebih
cukuplah sekadar dia menjaga diri,agama,keluarga dan perhubungan.
haha, so, kononnya bila Taufiqah buat checklist sedemikian, bukannya ingin demand lebey2..
cuma ingin guide diri sendiri kearah yang demikian..
ye lah..

Lelaki yang baik utk perempuan yang baik..Kalau aku tak cukup baik..jangan perasanlah nak dapat orang baik2..TAK layak oke..jgn bermimpi di siang hari taufiqah!STOP IT!


***

Friday, February 28, 2014

Hanya satu kali | 13

Taufiqah berkira-kira untuk memilih meja di level 3 , meja paling hujung untuk mencari privasi..
Kaki diatur ke ruangan rak pengajian Islam..Mencari buku fikrah yang sudah di list di kepala..
Harapnya jumpa!

Eh,tetiba terjumpa hadek2 sedang berkonferens riang dan gumbira.
Ohh lama tak jumpa solehah. Makin comel dia.secomel diriku. *eh, tersasul.. :p

Dan, aku beruntung kerana rupanya mereka sedang membincangkan topik bukan biasa2..tapi sedang berkongsi tentang buku Petunjuk Sepanjang Jalan, juga karya Sayyid Qutb.. Allahurabbi, betapa beruntungnya..


Adik solehah yang aku kagumi sedang khusyuk bercerita, sesungguhnya dakwah Islamiyah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW merupakan mata rantai terakhir dari rangkaian dakwah dan seruan ke jalan Islam yang telah berjalan lama dan jauh di bawah pimpinan para Rasul dan utusan-utusan baginda.Maka dengan itu, kita2 ni lah yang perlu menyambung mata rantai perjuangan rasulullah s.a.w.. Pada keseluruhannya umat manusia itu, kecuali beberapa gelintir yang ingkar pada dasar ketuhanan dan tidak menafikan wujudnya Tuhan,
tetapi sama ada mereka hanyalah tersalah pilih di dalam peringkat awal mengenal hakikat Tuhan yang sebenar atau 'terleka' dipertengahan jalan..
Hurm..memang benar.
Akhirnya manusia tu akan kembali juga pada fitrah.
Iaitu bergantung pada Tuhan.

Dan. 
Ketahuilah bahawa Islam itu, sebenarnya mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
Dengan pembinaan umat islam itu berdasarkan kaedah dan panduannya, takdenye nak semberono buat hukum sendiri..buat2 pandai ikut kepala sendiri..

Rupanya, buku haazadden yang kucari, buku Petunjuk sepanjang jalan yang aku dapat.. Manisnya, dapat pula perkongsian daripada adik solehah :)

Last but not least, sebelum aku berlalu ke rak buku utk mencari apa yang dihajati, suka utk aku kongsikan sedikit ayat yg dibaca merdu dari kak Aiman. Surah Ali Imran ayat 110.

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk
manusia, menyuruh kepada yang maaruf, dan mencegah dari yang
mungkar, dan beriman kepada Allah...”

Umat terbaik.umat terbaik dan umat terbaik..
dah banyak kali ulang2 ayat ni..dan perlu juga kali ini aku ketuk memori utk fahami maksud disebaliknya..Indah bagi jiwa2 yang memahami. Tergalas di pundak tanggungjawab utk sama2 kita pikul. Allah.. T.T

Dakwah bukan utk org yang lembik.dakwah bukan untuk orang yang malas.
Ganjarannya.
Nah..Allah tawarkan jual beli yang sangat menguntungkan bagimu..
*sekali lagi potong bawang berkilo-kilo..

Taufiqah kemudiannya minta diri sambil melangkah longlai ke level 3 Library.
Dibeleknya buku nota kosong..
Tanpa sebarang tulisan.
Dan sebenarnya sedang berfikir-fikir, mungkin dirinya ibarat kertas kosong itu, menunggu untuk dituliskan ‘sesuatu nukilan yang indah’


 ***

 

Template by BloggerCandy.com