7.30pm
“
Kak Iqah, nak saya amekkan wudhu’ untuk akak? Nanti saya bawakan air masuk ke
bilik”
Adik
comel menawarkan khidmat bakti percuma.Sekali lagi jiwa Taufiqah meruntun. “Hadiah
apa ini ya Allah?, Manisnya..”
Nazira , lily dan Nurin setia disisi taufiqah..
Melihat
dia yang dalam keadaan kedua kakinya tidak mampu di angkat, lalu sekali lagi
didukungnya Taufiqah ke bilik air untuk berwudhu ' dan bersihkan diri. Pedihya luka fresh
bila terkena air! Sangat2lah terasa!!
Mendapat
rukhsah. Dia menunaikan solat duduk di kerusi maghrib dan isyak.
Usai
isyak.Adik beradik seIMAN datang berziarah.
Taufiqah dapat merasa, benarlah yang dinamakan ukhuwah islamiyyah sehebat itu.
Secepat
itu berita tragedi itu tersebar. Memenuhi kamar sahabat datang menjenguk..
“Syafakillah,
ukhti” Adik solehah mendoakan sambil memegang bahu Taufiqah.
Sebaris gigi ditayang seperti lagaknya 'gigi akulah paling putih' sambil bibir diketap dek kerana bengkak masih belum surut..
Dia senyum kerana dia tahu,
doa-doa
dari sahabat-sahabat,jauh atau dekat.
Itulah
ubat paling mujarab.. *indeed true
Esoknye..
mungkin mata tidak dapat lelap ikut putaran jam normal..Memaksa Taufiqah bangun awal dari biasa, bukan untuk bersahur..tapi kali ni sebab kesakitan itu makin terasa. Seakan setiap urat saraf terasa tegang.mungkin impact semalam. Kaki jadi lebam,
warna biru,merah, purple semua ada. Kaki kiri masih tidak rasa apa-apa.
Allah.
Kakinya bengkak macam belon yang ditiup kembang! *bunyi macam over, tapi serius tak tipu!
8.00 pagi
Suria memancarkan cahayanya..Kali ini sinarannya tidak lagi malu2 macam semalam. Seakan memahami terik tegang setiap urat di kaki ini.. Atas keperihatinan Nurin selaku Roomate yang bertauliah, Taufiqah di'paksa' untuk ke Hospital kali kedua.
Xray lagi untuk kesekian kalinya.
Eh? tetiba kali ni 6 orang Doktor mengerumuni dia.
Sesekali speaking english, sesekali berbahasa cina.
Dan kali ini Doktor pakar juga turun padang.mereka berbincang.entah ape yang mereka2 bincang pun aku tak faham.. maybe ada term2 sains yang pernah aku dengar tetapi macam tak berapa nak faham..
Tu lah, nama je budak sains.. *er, buat malu je.
Perbincangan terhenti disitu.Doktor kembali ke tempat masing2..
Seakan something wrong happened.
Taufiqah mula cuak..Dia senyap sahaja. Hanya terkumat kamit membaca ayat2 cinta. Kalam kasih dari Tuhannya..
-Check in ward-
“ Okay, petang ini awak perlu ke Hospital Besar.Kita buat Ultrasound. Scan salur darah awak. Maybe ada infection atau mungkin blood clotting..”
Taufiqah anggukkan saja.
Memang ya..Ternyata ada darah beku lebih kurang 2 inch dikaki kiri..2 inci je pun..dan juga tompok-tompok kecil clot bahagian jari-jemari kaki.
“Patut kaki awak tak rasa apa. Darah tidak sampai ke hujung.Saya akan usahakan ambil pelapik kaki, supaya kaki boleh diangkat tinggi. Jika malam nanti awak tak rasa apa2 lagi..itu bahaya! Kemungkinan boleh menyebabkan potong kaki..” Dr memberitahu dengan kening yang serius. Seserius Taufiqah yang mendengar.
WHAT!! Potong kaki??? betulke idak tu yobb?
***
No comments:
Post a Comment