Showing posts with label wanita~. Show all posts
Showing posts with label wanita~. Show all posts

Tuesday, December 23, 2014

Khaira ummah



sungguh aku rindu zaman belajar bahasa arab komunikasi, bahasa arab tinggi zaman sekolah menengah.
zaman sami'na waatoqna.. zaman ber ana enti..zaman aiwah, bravo alaik..jazakillahu kheir, waiyyaki..
manisnya menuturkan lughah qur'an, luqhah jannah..

dan sekarang sudah terkial kial mahu mengingati kembali ayat2, dan perkataan dalam bahasa arab..banyak sudah lupa. banyak makan semut!
banyak sudah hilang dalam kamus otak sbb tidak mempraktikkan ia sebaiknya.

Bila adik yang bongsu habis PT3 (baru dapat result beberapa hari lalu).. ma abah mintak adik sekolah tahfiz. bestnya!
dan aku tidak merasai tawaran itu!aku tidak berpeluang melalui itu..maka aku stay di SMKA Naim Lilbanat sehingga habis SPM.. hikmah Allah meliputi segala sesuatu.. Meskipun bukan penghafaz 30 juz Al quran, disini benih benih tarbiyyah disemai..dengan bacaan wajib dimainkan disekolah ini adalah surah2 pilihan (As sajadah, al insan, al jumuah, Al hujurat, As saff) dan yang paling aku terkenang sampai sekarang adalah halaqah Al mulk (meskipun dulu skip n pura2 tidur awal). Halaqah al mulk mengeratkan hubungan ahli dorm bilamana semua ahli dorm berkumpul di ruang tengah dorm dan sama2 berbulatan membaca Al mulk beramai ramai.. Sekarang nak buat beramai ramai macam tu dah payah. *hargailah bila ada. dan salah satu kelebihan lain ialah, bila dah setiap malam baca Al mulk dalam dorm, secara tak langsung membantu ahli2 dorm menghafaz keseluruhan surah tu.. best kan.. :)

Kuntum Khaira Ummah!You are the best! Kamu ummat terbaik.

"Lahu Ma fissama wa ti wal Ardh"
.... Kepunyaan Allah lah segala yang ada di langit dan Di bumi..." (Al baqarah: 116)

dan kita sedar bahawa kita tidak punya apa2..Dan siapakah yang terbaik atau maha baik?? Pastinya Allah. Maha terbaik, maha kaya, maha pemurah,maha penyayang.

dan kita ummat terbaik. dimana ummat yang terbaik itu tidak pernah mengaku kalah! ummat yang menyerahkan urusannya kepada yang maha terbaik!

Pernah kita rasa tidak cukup duit.. berasa susah berasa takut dengan rezeki yang tidak kunjung tiba, sedangkan kita malu untuk meminta minta.. Bersalah untuk menyuarakan pada ibu ayah mahukan duit sebanyak itu dan ini.. sedangkan banyak lagi keperluan adik beradik lain untuk ibu ayah kita tanggung.

Pernah juga aku berasa susah hati dengan rasa sakit..penyakit yang ditanggung dan merasa bimbang dengan masa depan yang bakal dilalui..

Pernah juga aku rasa khawatir bersendiri.. tiada sahabat di sisi. yang ada cuma mereka yang lain aqidah, lain fikrah.. merasa takut akan lemah..merasa takut akan kecundang..

dan dalam situasi ini.. Siapa yang kita punya untuk bercerita? siapa yang kita punya untuk meluahkan rasa..? lantas menyelesaikan masalah yang ada?

Siapa?

" Ingatlah, kekasih kekasih Allah itu tidak ada rasa takut pada mereka 
dan mereka tidak bersedih hati" 
(10 : 62)

dan Siapakah kekasih kekasih yang Allah sebutkan itu??
Allah jawab pada ayat 63 surah yang sama.

" Iaitu orang2 yang beriman dan bertaqwa..."

dan saya juga amat terkesan tazkirah dua minit oleh kak yaya masa family day di pangkor..
ayat 1000 dinar yang kita dok baca2 tuh.. 

"Waman yattaqillaha yaj'al lahu makhroja.. wayarzuku min haisu la yahtasib......."

Taqwa.Taqwa dan bertaqwa.. Fahamkan makna taqwa supaya kita lebih yakin untuk menjadi khaira ummah!! ummat terbaik.





Thursday, May 10, 2012

berbahagialah ^^,




Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : “Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya”. (Riwayat al-Bukhari)
ketika pulang dari sebuah perang, seorang sahabat Rasulullah berkata: “Sungguh kita baru pulang dari suatu perang besar.” Namun Rasulullah menjawab: “Tidak, kita baru pulang dari suatu perang kecil !” sahabat yang kehairanan pun bertanya: “Kalau perang sebesar ini disebut sebagai perang kecil lalu perang yang manakah yang besar?” “Jihad melawan hawa nafsu (jihad al-nafs)” jawab Nabi saw ringkas.

"hasbunallahu wa ni'kmal wakeel.. "

peace no war.. :)

wniwmd-

Wednesday, May 09, 2012

DIA tahu apa yang aku tidak tahu

 "Ya Allah! Yang Maha Hidup dan Berdiri dengan Sendiri,dengan rahmat-MU,aku bermohon pertolongan-MU,Perbaikilah segala urusanku dan janganlah Engkau biarkan aku bersandar kepada diriku sendiri walaupun hanya sekelip mata"







Lama x jumpa along n achik..ptg semalam..makan2 bersama..oh..i realy misz dat moment..eat together with them..O Allah, no matter how much achik n along comfort me..i'm still in sorrow..untuk kesekian kalinya..my heart is gloomy..nothing to say..something wrong happened..

Ya Allah..engkau mengetahui apa yang tersimpan rapi dalam hati ini..engkau mendengar esak tangisku di kala sepi..engkau mengetahui apa yang terbaik buat hambamu ini..untuk kesekian kalinya..tidak dapat aku sembunyikan rasa itu melalui manisnya sebuah senyuman..melalui indahnya bait2 kata..sungguh..engkau maha mengetahui ya Allah..

Allah knows better what we deserve to get at certain time and condition.
yes..i hardly accept those things happen to me..yes..everything happen for a good reason..juz believe dat all d things are written there, safely kept by Him..

Ya Allah..cantik aturanMu untuk hidupku..
jangan Kau biarkan aku rosakkannya dengan caturanku sendiri..
sesungguhnya..sekerdip mata akan datang pun aku tidak tahu apa yang akan berlaku..inikan pula masa hadapan..Ya Allah..the Great Khaliq..hati ini milikmu..jasad ini milikmu..tiada satu pun milikku..jadikanlah hambamu ini hamba yang bersyukur..

Sabarkanlah hati ini..tenteramkanlah jiwa ini..sejukkanlah sanubari ini..
tenangkanlah jasad ini..istiqamahkanlah hambamu ini..bantulah dia bermujahadah..tuntunlah dia disetiap langkahnya..

now n forever~ 
alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.

wniwmd
0953


Monday, May 07, 2012

lebih baik begini :)

In the name of Allah..
the most Gracious n most merciful..
honestly..xtahu nk tulis ape..
saje je nk update memandangkan lama dah blog ni bersawang..
haha..hari ni saya bahagia..walaupun hari ni cukup kalut..dengan istiadat konvokesyennya yg diwajibkan pegi..
tapi saya berjaya siapkan 3 keje a.k.a assignment tertunggak!! hehe ^^,
aha..xpercaya..tp tu la hakikatnya bila masa selalu mengejar..
nak x nak itu je jalannya..
:)
oke..sebenarnya bahagia jugak bila plus dengan kata-kata senior "zati, menangislah walau sesaat agar hatimu tidak sakit utk selamanya.."
like3..


"la takhof wa la tahzan..
..innAllaha ma'ana.."
absolutely agree... ^^,




lebih baik begini..orang kata penantian itu suatu penyiksaan..
tapi hakikatnya..penantian itu menjadi lebih manis jika terus bersabar...."


"mujahadah itu pahit..ya betul..tidak dinafikan..kerana syurga itu manis.."


syukran senior..


next..sebenarnya nk ckp..
i really miss my mom..
n my 'abah'...misz them a lotz..
tapi apakan daya..komitment kat sini banyak lagi menanti..


huhu..165 hari lagi nak balik rumah..waaa....
x sabar nk balik..


okela..nk sambung keje lagi..sekian..




wniwmd
2248


Tuesday, April 24, 2012

"......"

assalamualaikum wbt..


mood hari ni : macam biskut jacob yg lemau..


entah knapa..
tak tahu macam mana..
nk buat diri rasa x bersalah..
nk buat hati kecil ni rase x kecil hati..
nk jadikan diri ni berbahagia mcm kanak2 dpt coki2..
nk jadikan bibir tersenyum mcm seorg puteri..
nk jadikan hati terus segar mcm bunga seri pagi..


sbb terkadang rasa tiada daya..
huhu..
semalam test..
mlm ni test lagi..
tp x boleh nk study..
xley nk fokus..
buka quran coklat kecil kesayangan..
ada ayat2 yg mampu menenangkan..
cukuplah sekadar itu..




maa..
ati nk pinjam bahu..
air jernih bertakung dikelopak mata..
tp x mampu jtuh kepipi..
sbb masih ada bisikan " ati kuat! masih mampu berdiri ..."


duhai jasad yg masih bernyawa..
knapa terus-terusan macm ni?


kpd insan itu..
maaf jutaan maaf..
untuk kesekian kalinya..
aku cuba meraih maaf darimu dan dariNYA..
moga dosaku diampunkan..




huhhuhu..lemau lagi hati ni..
xtahu nk buat ape..
kawan2..sahabat2..tolong doakan..
moga jiwa ini tenteram..
moga hati boleh tenang..
tanpa ada anasir2 jahanam..


^^,
wniwmd
1801
24042012

Wednesday, February 01, 2012

tanya pada hati #2

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum kepada sahabat2 seperjuangan..alhamdulillah, masih berpeluang memanjatkan rasa syukur ke hadrat Illahi atas nikmat2Nya.nikmat yang terbesar adalah nikmat islam dan iman..




Berbalik tanya pada hati..apa khabar hari ini?
terasa ingin menulis..mungkin ada kesinambungannya dari entry tersebut..jazakillahu khairan kathira buat sahabat dan juga ukhti aisyah yang memberi pandangan..mungkin aku memerlukan pendapat saat ini..

oh tidak..otak ligat berputar..namun akal x mampu membezakan sesuatu yang dibolehkan dan sesuatu yang dilarang..

tergelak sendiri bila aku berfikir semula soalan2 yg diajukan untuk meminta pandangan..

"salahkah terjatuh hati?"

*teeet* soalan cepu mas..hahaha..seharian berfikir..entah..ruginya aku berfikir benda2 sebegitu
tapi andainya aku tidak berfikir hari ini..mungkin suatu hari aku belum menemukan jawapannya..
mungkin itu fitrah..tapi aku yang harus mengawalnya..jgn disebabkan satu akal 9 nafsu..aku menjadikan satu akal sebagai alasan..justeru..akal yang didasari iman akan mampu mengawal 9 lgi nafsu itu..
hurm..penat berfikir fikir..salahkah aku jika terjatuh hati??
yang pasti..
setiap kali aku terfikir..rasa sakit yang menemani..

serius.x tipu..

dan hari ni..terungkailah sedikit jawapan untuk aku memahami..mungkin lepas aku terbaca satu artikel..yes,sgt terkesan..mungkin,banyak yang terkena batang hidung sendiri..

alhamdulillah.sekali lagi ku panjatkan syukur..kadang2 tidak terlintas jawapan disebalik mengapa Allah memberikan aku kesempatan untuk kembali bertudung labuh..kenapa Allah memberi peluang untuk aku sama2 seiringan meneruskan perjuangan di jalan islam..mengapa aku masih lagi mempunyai kesedaran untuk berubah..ya..hidayah itu milik Allah..
sama2 kita koreksi balik..
sejauh mana aku menjaga hati?
sejauh mana aku menjaga tingginya nilai seorang wanita..
sejauh mana aku menjaga ikhtilat..
astagfirullah..
mungkin ada yg berfikir..bahawa aku tidak sejajar dengan penampilanku sebagai seorang yang bertudung labuh?
yes aku akui..
nampaknya..aku perlu U-turn kejalan yg sebetulnya..
dah jauh aku ni..
aish..kurkirr betulla..
hurm..

buat hati yang kecewa..usahlah bersedih lagi..
mungkin aku perlu belajar untuk melupakan..dan terus melupakan..
janji Allah itu pasti..jika dia jodohku..
walau terpisah sempadan tetap bertemu jua..insyaAllah..

kepada encik kubis..[nama samaran]
aku tahu kau sepertiku..
tewas pada hati..
yaAllah..bantulah kami untuk bermujahadah daricinta yang tidak engkau redhai..
asif jiddan..aku tidak rela menjemput kemurkaanNya..

aku nk petik sikit..copypaste.. ^_^

"Hak kamu sudah aku tunaikan. Jika benar sayang, selamatkan aku.
Selamatkan aku dan wanita-wanita Islam dari terus menawar diri menjadi bahan bakar neraka.
Selamatkan kami dari terus menerus menjadi fitnah dunia.
Jauhkan kami daripada mengingatimu, rindu padamu siang dan malam.
Halangilah kami dari melunakkan suara
atau tika kau terlihat susuk kami yang haram buatmu.
Tegurlah, kami akan mendengar
Kerna kami jua dari rusuk kamu."
 credit to hijrah-generasirabbani.blogspot.com/

wniwmd


Friday, January 06, 2012

kerana aku wanita biasa-biasa

salam'alaik to all~


"setiap apa yang kita ckp..akan di uji balik..akan berbalik juga kt dri kita sendri.."
yes..
sgt merasainya sekarang..


oke,mungkin saya perlu belajar untuk diam..
tapi diam x mampu pun selesaikan masalah tu..
dan ada sahabat selalu pesan kat saya..
"kalau benda yang baik..sampaikanlah.."


tapi saya takut kata2 itu tidak bertepatan dengan diri sndri..nauzubillahi min zalikh


Surah As-saff : 2-3 maksudnya:


"wahai orang-orang yang beriman!mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak kerjakannya!Amat besar kebenciannya di sisi Allah-kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya".

sebab kedua mengapa kadang2 saya rasa saya patut sangat2 untuk berdiam..
sebab kata2 itu ibarat pedang..tajam dan bisa melukakan..
saya rasa saya xnak bercakap..
kata2 saya terkadang membuat ada yang terguris..ada yang tersentuh..ada yang tersentap..ada yang menangis..
maafkan saya..maafkan saya..
mungkin mampu untuk minta maaf di sini..
tapi entah esok lusa..
ada lgi yang terguris..
tapi..bilamana saya diam..ada juga yang terasa..
terasa bahawasanya saya ingin meminggirkannya..
hakikatkan..
saya hanya mencari ruang untuk diri sendiri..
agar dapat mendekatkan diri kepada Nya..
hurm..entahla..

"saya tidak kisah..jika saat saya ingin menangis..tiada bahu yang menghulurkan..saat inginkan seseorang untuk meluahkan..tiada yang menadah telinga untuk mendengar..saat jatuh rebah..tiada huluran tangan untuk mengangkat..saya tidak kisah andai saya bersendiri..sebab saya rasa Allah itu sentiasa ada untuk saya..Allah itu maha mendengar..maha penyayang..maha mengetahui apa yang tersirat dalam hati sanubari saya..maha memahami apa yang saya rasa..cukuplah Allah bagiku..Dia adalah sebaik-baik pendengar dan sebaik-baik pemberi pertolongan.."

Teman itu ramai yang baik- baik..
kawan2 itu perlu..sahabat apatah lagi..
tiada siapa yang boleh hidup keseorangan..
tapi itulah yang saya rasa..
saat ini..rasanya ingin keseorangan..leave me alone..
tinggalkan saya sendiri..
entah..mungkin saya ni pelik..
tapi tula..diluah perit..ditelan sakit..

hahahaa..
apalah yang saya merepek ni kan..
dah2..p study zati..exam pun boleh lagi nk update blog..
xpelah..saya cuma ingin menulis..
xpernah pun suruh orang baca..hihi.. :)

Monday, October 17, 2011

Diari seorang sahabat | 7



In the name of Allah the most Gracious..


InsyaAllah..saya ingin habiskan sisa2 diari nukilan Aisya yang minta untuk dikongsikan diruangan blog saya..


cont fr  Diari 1 , Diari 2 , Diari 3 , Diari 4 , Diari 5 , Diari 6..




2011..




Alhamdulillah..lagi berapa bulan cukuplah umurku 21 tahun..
dan lagi berapa sem ingin menamatkan pengajianku di universiti..
x sabar rasanya..
hurm..
Allah itu maha penyayang..
Dia tahu apa yang terbaik untuk kita..
setiap ujian yang menimpa pasti ada ganjarannya..


and I believe in Allah..
yes..compulsory!! we must..


hari demi hari..
aku sedar..
kesihatanku semakin kurang baik..
terlalu sentitif dengan cuaca..
aku x tahan dalam cuaca yang panas..
cuaca yang terlalu sejuk..
keadaan yang sgt2 bising..badan sakit2..
berulang alik ke klinik jadi perkara biasa..
ubat2..pil2..jadi makanan ke 2..
tapi x kesah.. 
semua penyakit datang dari Allah..
dan aku terima seadanya..
tidak berniat meminta simpati dari siapa2..
kerana aku tahu..Allah maha berkuasa..


mungkin sekarang ni aku patut menghitung hari..
menanti malaikat maut menjemputku..
Ya Allah..sungguh!
sungguh aku tidak bersedia..
utk meninggalkan hidup yang sementara ini untuk selama2 nya..
semoga Allah mengampuni dosa2 lalu..


Aku meneruskan kehidupan seperti biasa..
menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar..
belajar..dan tanggungjawab aku sebagai pemegang jawatan dalam persatuan dan organisasi sebaik mungkin..
masa bagiku bagai lombong emas..dah x boleh sia2 kan macam dulu..
dah x boleh main2..takut x sempat..
...
............


...


hari demi hari..
tiba2 muncul seseorang..
menyampaikan hasrat beliau untuk menjadikan aku permaisuri hatinya..
menjadi imam kepadaku..
subhanallah..
hasrat yang terlalu besar bagiku..
sukar untuk aku membuat keputusan..
sukar untuk mempercayainya..
kerana dirinya terlalu baik untukku..


tidak pernah kusangka..dia adalah kawan kepada lelaki yang pernah kusukai dulu..
dan dia mengenaliku dengan memerhatiku secara diam2..
tetapi bukan atas dasar simpati terhadapku..
sejarah hidupku banyak yang dia tahu..
dan dia sanggup menerimaku seadanya aku..
menerima keluargaku seadanya..
menerima kekurangan dan kelemahanku seadanya..


ya Allah..aku berbelah bagi..
mungkin dia lebih layak utk perempuan lain..
kerana aku tidak punya lagi banyak masa...
akhirnya aku menolak dengan baik..
semoga dirinya memahami..




Alhamdulillah..aku semakin boleh menerima apa yang berlaku terhadap diriku..
semoga Allah memberikan aku kekuatan..
ketenangan..serta
permudahkanlah segala urusanku..
dan bukakanlah pintu hati keluargaku ya Allah..
Ameen..ya Rabbal alamin...




05:21
september,2011
ukhuwah fillah~
..Aisya..




nota kaki diari Aisya :


cerita hidupku bukan aku saja2 utk kongsikan..apatah lagi aku minta sahabatku untuk dipublish umum..tapi aku nak korang amek iktibar dari kisah aku..dan aku taknak korang jadi macam aku..
untuk pengetahuan korang :


1) saat aku mula  kembali bertudung labuh..aku tidak mendapat sokongan moral dari keluarga..keluarga sendiri pandang aku semacam..tapi sedarlah bahawa..untuk berubah kearah kebaikan..tidak semua orang akan menyokong dan menerima perubahan kita..tapi untuk siapa2 yang seperti aku..aku harap korang kuat..once dah berubah..please..istiqamah..moga Allah permudahkan..


2) Aku x pernah banned or pandang serong orang yang bertudung kecik, berselendang, berseluar jeans..
sebab aku dulu pernah macam tu..dan ketahuilah korang bahawa..tidak semestinya hari ni seseorang itu teruk..dia akan teruk selamanya..berilah kepada mereka peluang..bukan mengata mereka dan menghapuskan peluang untuk mereka berubah kearah kebaikan..dan berdoalah semoga mereka mendapat hidayah dari Allah..dan bukanlah mengutuk mereka..pimpinlah mereka wahai sahabat2ku..kalau bukan kita..siapa lagi?


3) so,fair n square orang yang bertudung biasa pun janganlah anti orang yang bertudung bulat+labuh dengan mengeluarkan kata2 " pakai tudung labuh x semestinya baik "
pleaselah dear..jangan macam tu..manusia memang xde yang perfect..tapi cubalah baiki diri hari demi hari..supaya hari ini lebih baik dari semalam..


4) wanita memang mudah jatuh hati..dan ingatlah muslimah2 sekalian..tiada cinta lebih manis daripada cintanya..bercinta dengan Allah..nescaya..kamu xkan pernah kecewa..dan peringatan kepada sahabat2 sekalian..jagalah pribadi dan maruah wanita..wanita solehah tinggi darjatnya..janganlah merendahkan maruah kita sendiri..jangan jadi macam aku suatu ketika dulu..dan kepada lelaki2 diluar sana..please jgn sakitkan hati wanita..


_______________________________________________________________________




p/s  :  Alhamdulillah..selesai sudah Diari Aisya..Maaf dipinta kepada sahabatku Aisya 
          andai terjemahan daripada diari tidak memenuhi dan menepati permintaan
          kamu..saya doakan semoga kamu sihat dan tabah menghadapi setiap
          ujian..Aisya kuat..!! semoga kamu mendapat kebahagian dunia dan
          akhirat..dan kepada sahabat blogger sekalian..maaf andai sepanjang penulisan
          saya,ada yang mengguris hati kalian dan terkasar bahasa..that's all..tq for
          reading..






Sunday, October 16, 2011

Diari seorang sahabat | 6




Salam wbt..


oke..saya sambung daripada kisah Aisya Diari 1 , Diari 2 , Diari 3 , Diari 4 , Diari 5


cont..


fuhh..ape lagi..
masa tu..aku sgt2 la excited..
mana x nya..
cuba korang2 imagine..


bila orang yang kita suka akhirnya suka kat kita..
waaaaaa..sgt2 shuke la.. (><)
yuhuu..mulala aku syok sendiri..
jalan pun senyum sorang2..rasa cam 
dalam hati ada taman ooo...


maka dengan itu..stiap kali aku bila aku terserempak dengannya..
aku jadi malu2.. [ecece..malu2 konon ]
then,
pada suatu hari..masa aku tengah jalan2 ngan kawan aku..
Sidia tiba2 datang menghampiri kami..makk aii..berdebar- debar aku dibuatnya..
al maklumla..first time aku jumpa dia dekat2..
hensem jugak dia rupanya..[sempat lagi]


...........
.......




then, he ask me a question..


" awak ni yang nama N_____ kan? Awak orang yang tinggalkan pesanan dulu kan?"


haah?xpaham..


sorry..i'm not her..


"My name is Aisya..but, I'm da person who gave you that message..not si N_____"
huh..pengakuan maut..


owh..betulke? saya ingatkan N_____ tu..maaflah..nampaknya saya tersilap reply..


OMG!! ape ni??
malunya aku..rasa cam time tu jugak nak nangis..
tapi x kan depan dia kot +kawan aku pulak ade kat situ..
so, aku coverla malu aku..
"never mind..it's okay! "


Ya ALLAH....
saat ni aku rasa macam batu besar menghempap aku..
entah kenapa aku rasa macam perasaan yang sangat3 hampa dan sangat3 sedih bila aku tahu bahawa..
hakikat yang sebenarnya..
Dia bukan sukakan aku..tapi sukakan si N____.Dan lagi aku sedih..bila orang yang dia sebut itu adalah orang yang sangat aku kenali..


YaAllah..once again jadi macam ni..
aku rasa down sgt..
air mata mengalir tanpa kupinta..


kenapa mesti macam ni..?
aku bukannya menyalahkan takdir..
cuma aku agak terkilan..
dan saat itu..
ku mula merasakan bahawa semua laki tu sama..


tak kira dia jahat ke..baik ke..sempoi ke..gile2 ke..alim ke
mesti ade jugak sikit sifat nak mempermainkan hati wanita..
hati wanita tu lembut..x fikir ke perasaan kita..??


tapi wajarke aku salahkan dia?
sedangkan dia x tahu ape2..??


astaghfirullahal'azim..kenapa ngan aku ni??xkan benda kecik pun aku nak mengeluh?


........
..............


walaupun hati aku pedih bagai dihiris sembilu..tapi biarlah luka tu sembuh sendiri..
sekali lagi..kubiarkan perasaan itu berlalu pergi..


Aku mula sibukkan diri aku dengan kerja2..buat assignment..
discussion tu discussion ni..
then aku aktifkan diri dalam organisasi..persatuan tu..persatuan ni..
dan kalau boleh aku nak lupakan dia terus..
jumpa pun..aku malas nk pandang muka dia..
( =_= )
....
..


skrg dah final exam..
Alhamdulillah..syukur.syukur.syukur..
Result Final exam aku mumtaz..top list in my course..
dan lepas tu..
aku jgak terpilih jadi orang penting dalam aku punya organisasi dan persatuan..
hidup dirasakan makin bermakna..
Allah itu maha kaya..
Maha Penyayang..DIA ubati luka aku dengan kejayaan..
Alhamdulillah..syukur..syukur..syukur..


Masa berlalu amat pantas..
sekarang..aku mampu tersenyum dan bangkit dari kekecewaan..
biarlah dia bahagia dengan perempuan pilihannya..
dan aku??
mungkin ada yang terbaik untukku..


to b cont...


Thursday, October 13, 2011

Diari seorang sahabat | 5


Sila baca dari mula..

Diari 1 , Diari 2 , Diari 3 , Diari 4 ?


sekali lagi ingin dimaklumkan..ini adalah kisah benar dari kisah hidup seorang sahabat..
jadi..penggunaan perkataan aku adalah gantinama kepada nama Aisya..




cont...


" saya suka awak..." masih segar lagi kata2 tersebut..
menyesal x sudah aku di buatnya..mana x nya..sape suruh berani sgt meluahkan perasaan?


malunya aku..macamana kalau dia tahu?
nak letak mana muka aku nih?


hari demi hari berlalu..
aku masih menunggu respon darinya..
mcm2 aku guess..
msti dia reject aku terus..
yelaa..
dia orang alim2..budak surau..sedangkan aku??


lama sungguh dia nk reply..
buat aku ternanti-nanti..


dan seperti sedia maklum..hari2 pasti aku akan terserempak dengannya tanpa kurancang..
dan setiap kali itulah aku cepat2 mengalihkan pandangan..
jalan cepat2..kalo boleh x nak tengok muka dia..malu beb!! hahaha [tau pun malu]


akhirnya..
reply juga pesananku..
" astaghfirullahal'azim..ana x nak jadi asbab kepada kelalaian enti..semoga enti faham..ana kenal enti..kalau ada jodoh..insyaAllah.."
ringkas dan mendalam ayatnya..
atau mungkin dia juga suka padaku?[perasannya]


astaghfirullahal'azim....
huhu..mmg aku dah lalai..x mungkin..x mungkin dia sukakan aku..
tapi apekan daya..aku insan lemah..yg x mampu mngendalikan perasaan..
mudah sangat jatuh hati..


aku akur dengan kenyataan itu..
lalu ku biarkan perasaan itu berlalu begitu sahaja..
............


......


semester baru dah nak bermula..
azam pun mestilah baru..
alhamdulillah..aku merasa semakin matang..
untuk berfikir dan membuat keputusan..
semoga tidak mudah dipengaruhi emosi..


pada suatu hari..aku merasakan sungguh tenang..
walaupun cuaca panas terik..tetapi..
angin2 lembut seakan menyapa hatiku..
membisikkan sesuatu..
dan aku dapat rasakan seperti sesuatu..seakan merindui sesuatu..


Aku kemudian keluar jalan2 kepekan..
jalan sorang2..
tiba2 aku rasakan seperti berada dalam zaman persekolahan dulu..
semua orang yang lalu lalang di pekan hampir keseluruhan memakai tudung bulat..
tudung besar..
jubah..
seakan2 baru balik dari ceramah agama..
lama juga aku tunggu..
kot2 memang betul2 org baru blik dari msjid ke..
tunggu punya tunggu..tapi situasi tersebut tetap sama..
dari dalam supermaket..kedai kasut..stesen bas..dalam bas..atas pasar..kat bank..kedai makan..kedai baju..rata2 perempuan pakai tudung bulat..
majoriti perempuan memakai tudung labuh?? 
aku jadik heran..mimpi ke nih??
knapa sebelum2 ni x penah macam ni?
kenapa macam hari ni je?
pelik..memang pelik..
hairan sungguh aku dibuatnya..
atau mungkin ini suatu petanda?
sesuatu perasaan yang kusebutkan tadi?
atau mungkinkah suatu petunjuk?


Ya Allah..hambamu keliru..
hambamu buntu..
apa yang harus kulakukan??


.........
............
....




lama aku termenung..lama aku berfikir..
sem baru sudah bermula..
seakan-akan ada yang membisikkan sesuatu padaku..
tanganku bergerak pantas mencari tudung2 labuhku dalam almari..
masih cantik tersusun..lalu saat itu..
aku bertekad..
memakai kembali pakaian2 dulu..
kali ni betul2 tekad..
x mahu jadi macam dulu..
betul2 ni..


Alhamdulillah..suatu pagi yang damai..
aku punya kekuatan utk memakai kembali tudung labuh..
dengan harapan..
aku akan lebih berubah ke arah kebaikan..
walaupun secara slow2..


memandangkan aku x ramai kawan..
dan memang xde pun kawan serapat2nya..
jadi..aku lebih selesa tanpa perlu memikirkan respon2 dari sahabat2 sekalian..


minggu berlalu dirasakan cepat sekali..
tiba2 aku mendapat satu pesanan


"uhibbuki.."ringkas sahaja..


siapakah yg tinggalkan pesan?
beraninya orang tu seperti mana beraninya aku suatu ketika dulu?


rupa2nya..dia ialah orang yang aku pernah sukai dulu..




bersambung....


Tuesday, October 11, 2011

Diari seorang sahabat | 4



Salam'alaik..


sebelum baca diari seterusnya..
baca dulu
Diari 1
Diari 2
Diari 3






hurm..nak sambung lagi kisah Diary Aisya..
harap korang x boring baca..
yelaa..aku bukan reti sgt susun ayat..




Febuari,2010


Rasanya belum terlambat utk aku kejar balik pointer aku..Saat inilah aku raskan hidup ni perit sangat2..kawan2 banyak mula mengelakkan diri daripada aku..xde orang nak support aku..


yela kan..sape nak kawan dengan orang yang x pandai kan?
Dan disebabkan aku fail math..aku dipanggil oleh lecturer aku utk bincang pasal ni..
bincang punya bincang..lecturer tu sanggup ajar aku bersama beberapa lagi yg fail math lebih masa..
maksudnya..kiteorang akan ade xtra class..


aku stuju walaupun terpaksa korbankan lunch hour aku..
jadual aku jadi makin pack dan aku x sempat nak main2..


disebabkan aku dah dilayan endah x endah oleh kawan aku..
so, aku lebih luangkan masa aku kat surau matrik..


kat sini aku rasa tenang sangat..
lama-kelamaan..aku didekati oleh beberapa orang budak surau..
Alim2 je semua..bertudung bulat..sopan santun..sejuk mata memandang..
mereka rupanya dah lama perhatikan aku..
lalu mereka ajak aku join usrah..


tiap2 minggu, kalau sempat..aku akan pegi usrah..rasa macam hati kering kembali subur..
dalam usrah aku belajar erti seorang sahabat..erti kasih sayang..
memang aku akui..
kawan bergembira ramai..kawan time susah jarang kita jumpa..buktinya jelas bila result exam aku down..xde sape nak kawan ngan aku..


hari berlalu begitu pantas..
aku dah kumpul semangat balik..dan punyai tekad utk excellent pspm 2 nanti..
Alhamdulillah..syukur..syukur..syukur..


result aku jauh lebih baik dari kawan2 yang pernah meminggirkan aku dulu..bukan aku ingin membalas dendam..tapi aku cuma kesal..kenapa saat aku jatuh..tiada kawan yg mmberi semangat..
tapi, xpelah..anggaplah itu suatu dugaan buat aku..


keluar dari matrik..aku bawa suatu imej baru..aku mula lengkap berstokin dan bertudung bidang besar..
tapi saat diriku mula ingin berubah..terlalu banyak anasir2 yang menggugatku..


bila aku pakai macam tu..ramai yang pandang aku mcm pandang makhluk asing je..
semua panggil aku ustazah rock..
dalam hati x baik sangat..tapi pakai macam org alim..
ya Allah..kuatkanlah aku..


sekali lagi..tiada orang yang menyokong aku..
dan sekali lagi aku berubah hati..lagi teruk aku berubah kali ni..tudung makin kecik..jeans makin ketat..t shirt makin pendek..aku pakai macam ni x de pulak orang nak sibuk komen ape2..
mengapa aku boleh berubah drastik sampai begitu sekali hanya sekelip mata...??kenapa dengan hanya orang mengata pun aku dah x boleh istiqamah??
kenapa..kenapa..dan kenapa??


kemudian..
datanglah seorang sahabat menasihati aku
" sahabatku..biar dirimu rebah..tapi jangan sesekali berubah..."
lembut sahaja tuturnya..tetapi sudah cukup menyentapkan hati ku..


wujudlah satu perasaan dalam diriku..
sudah berapa kali aku berubah??YaAllah yang membolak-balikkan hati..ampunkanlah diriku..
aku dalam dilema..sedang berperang mencari identiti sendiri..


Berbekalkan result Matrikulasi..aku berjaya masuk universiti..
Disini aku membiasakan hidup bersendiri..
kawanku ramai..tapi..
aku takut untuk terlalu rapat dengan kawan sendiri..biarlah sekadar berkawan..
aku tidak mahu perkara yang sama berulang..
Alhamdulillah..aku terasa lebih damai begini..


beberapa bulan berlalu..
imanku diuji lagi..
Aku jatuh cinta pada pandangan pertama..
pada insan yang tidak ku kenali..
akhlaknya..redup pandangannya..tunduk malunya..
tutur bicaranya..cukup berhemah dan penuh pengisian..
dia lain daripada lelaki2 yang pernah ku kenali dulu..
aku tertarik pada kezuhudannya..
aku tahu..aku x patut begitu..
aku cuba melarikan pandanganku bila terserempak dengannya..
aku cuba membuang jauh2 perasaan aku terhadapnya..


tetapi malangnya..hampir setiap hari aku terserempak dengannya..
tanpa kurancang..
dan saat itu perasaanku lain..aku rasa berdebar2 takut dia boleh membaca apa yang tersirat dihatiku..


ohh..susahnya..
kerana aku bukanlah seorang yang suka memendam perasaan..aku suka berterus terang dan aku tidak pandai berahsia..huhu.. =___=


Pada suatu hari...entah kenapa aku begitu berani
lalu Aku tinggalkan pesanan di inboxnya..
" saya suka awak..." tanpa memperkenalkan siapa diriku sebenarnya..




to be continue...


 

Template by BloggerCandy.com