Tuesday, December 23, 2014

Khaira ummah



sungguh aku rindu zaman belajar bahasa arab komunikasi, bahasa arab tinggi zaman sekolah menengah.
zaman sami'na waatoqna.. zaman ber ana enti..zaman aiwah, bravo alaik..jazakillahu kheir, waiyyaki..
manisnya menuturkan lughah qur'an, luqhah jannah..

dan sekarang sudah terkial kial mahu mengingati kembali ayat2, dan perkataan dalam bahasa arab..banyak sudah lupa. banyak makan semut!
banyak sudah hilang dalam kamus otak sbb tidak mempraktikkan ia sebaiknya.

Bila adik yang bongsu habis PT3 (baru dapat result beberapa hari lalu).. ma abah mintak adik sekolah tahfiz. bestnya!
dan aku tidak merasai tawaran itu!aku tidak berpeluang melalui itu..maka aku stay di SMKA Naim Lilbanat sehingga habis SPM.. hikmah Allah meliputi segala sesuatu.. Meskipun bukan penghafaz 30 juz Al quran, disini benih benih tarbiyyah disemai..dengan bacaan wajib dimainkan disekolah ini adalah surah2 pilihan (As sajadah, al insan, al jumuah, Al hujurat, As saff) dan yang paling aku terkenang sampai sekarang adalah halaqah Al mulk (meskipun dulu skip n pura2 tidur awal). Halaqah al mulk mengeratkan hubungan ahli dorm bilamana semua ahli dorm berkumpul di ruang tengah dorm dan sama2 berbulatan membaca Al mulk beramai ramai.. Sekarang nak buat beramai ramai macam tu dah payah. *hargailah bila ada. dan salah satu kelebihan lain ialah, bila dah setiap malam baca Al mulk dalam dorm, secara tak langsung membantu ahli2 dorm menghafaz keseluruhan surah tu.. best kan.. :)

Kuntum Khaira Ummah!You are the best! Kamu ummat terbaik.

"Lahu Ma fissama wa ti wal Ardh"
.... Kepunyaan Allah lah segala yang ada di langit dan Di bumi..." (Al baqarah: 116)

dan kita sedar bahawa kita tidak punya apa2..Dan siapakah yang terbaik atau maha baik?? Pastinya Allah. Maha terbaik, maha kaya, maha pemurah,maha penyayang.

dan kita ummat terbaik. dimana ummat yang terbaik itu tidak pernah mengaku kalah! ummat yang menyerahkan urusannya kepada yang maha terbaik!

Pernah kita rasa tidak cukup duit.. berasa susah berasa takut dengan rezeki yang tidak kunjung tiba, sedangkan kita malu untuk meminta minta.. Bersalah untuk menyuarakan pada ibu ayah mahukan duit sebanyak itu dan ini.. sedangkan banyak lagi keperluan adik beradik lain untuk ibu ayah kita tanggung.

Pernah juga aku berasa susah hati dengan rasa sakit..penyakit yang ditanggung dan merasa bimbang dengan masa depan yang bakal dilalui..

Pernah juga aku rasa khawatir bersendiri.. tiada sahabat di sisi. yang ada cuma mereka yang lain aqidah, lain fikrah.. merasa takut akan lemah..merasa takut akan kecundang..

dan dalam situasi ini.. Siapa yang kita punya untuk bercerita? siapa yang kita punya untuk meluahkan rasa..? lantas menyelesaikan masalah yang ada?

Siapa?

" Ingatlah, kekasih kekasih Allah itu tidak ada rasa takut pada mereka 
dan mereka tidak bersedih hati" 
(10 : 62)

dan Siapakah kekasih kekasih yang Allah sebutkan itu??
Allah jawab pada ayat 63 surah yang sama.

" Iaitu orang2 yang beriman dan bertaqwa..."

dan saya juga amat terkesan tazkirah dua minit oleh kak yaya masa family day di pangkor..
ayat 1000 dinar yang kita dok baca2 tuh.. 

"Waman yattaqillaha yaj'al lahu makhroja.. wayarzuku min haisu la yahtasib......."

Taqwa.Taqwa dan bertaqwa.. Fahamkan makna taqwa supaya kita lebih yakin untuk menjadi khaira ummah!! ummat terbaik.





No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com