Showing posts with label dari qalbu~. Show all posts
Showing posts with label dari qalbu~. Show all posts

Wednesday, March 26, 2014

jauh



Apa yang jauh?
apa selalu yang dimaksudkanmu?
aku terkadang tidak mengerti
aku tidak mengerti
dan
aku tidak mengerti
jahat sangatkah diriku utk berbuat begitu?
terlalu 'tidak ikhlaskah' aku memaafkan
sehingga terpaksa mengulang ucapan?
ayat apa lagi harus digunakan.
memaknakan seungkap 'maaf' bertunjang keikhlasan?
benar, analoginya mudah
kita sebagai manusia pun tidak pernah jemu memohon ampun pada Tuhan.
dan Allah juga tidak pernah jemu membuka pintu keampunan

buat insan sekerdil aku
buat insan yang kurang ini dan itu..
Aku sentiasa memaafkanmu.
sehingga tiada kata maaf lagi yang setara dengannya.
habis kelu lidah untuk menutur bahasa
yang hanya mungkin indah dibibir.
di hati luka.

dan mungkin aku sepatutnya orang yang sepatutnya memohon maaf.
kerana terlalu bnyak luka yang aku tinggalkan.
terlalu banyak duri aku pasakkan
terlalu banyak kedegilan yang aku pamerkan.

jujur.
aku bukan orang yang dimanjakan
aku juga bukan memanjakan
aku tidak pandai memujuk
tidak reti bila dipujuk

tidak pernah aku lupakan.
terima kasih untuk segalanya.
untuk susah senang kita bersama.

jauh.
sungguh aku rasa jauh.
tahap ukhuwah aku rupanya masih rapuh
pung pang pung pang sebut ukhuwah.
hati rupanya parah.
masalah remeh jadi barah
masalah jiwa melimpah ruah.
maaf.semaaf.maafnya.
andai aku perlu lari sejauhnya. 
biarlah aku lari..
supaya betul-betul jauh.
takkan pernah dekat.
Maaf.
fullstop

Thursday, March 13, 2014

Buat si cantik Luqluq


Aku bukan berada dalam sepatu mu
Sejujurnya,aku tidak rasa
Bila mana batu kecil menyakiti kakimu.

Yang termampu.
Doa kuiring.
aku harap kau tidak akan pernah rasa terasing.
Jangan pula di perhimpunan agong nanti,
kau tuntut saman hadapan Tuhan,
kerana aku tidak pernah niat utk tinggalkan.
Kerana aku cuma ingin berpimpin tangan denganmu.
Ke syurga kita seiring berjalan.

Aku bukan dalam sepatu mu.
Aku tak rasa batu kecil yang menggangu perjalananmu!
Apa yang aku tahu, aku ingin satu gerabak denganmu..
mencari kasih cinta Agung!
kukuhkan hati,kuatkan iman..moga kau terus ke depan..
Cuma satu pesan aku,
Ingat 1 benda,
AKU SAYANG KAMU SAHABATKU.


Dear Allah,
I don’t know of all challenges my beloved persons are facing.
But YOU know everything.
I hear their silence,
YOU hear their plead.
I see their laugh,
YOU see their tears.
I see what they give,
YOU see what has been taken from them.
I see their joy.
YOU see the scars in their soul.
So,
Please ALLAH,
Give them strength.
Bless them in future.
Abundantly,embrace them with RAHMAN and RAHIM.
Thanks ALLAH for those things

Thanks ALLAH for everything.

Friday, September 06, 2013

Ruang.



Aku bukan dia.
Kalau hati dia mungkin tidak berpenyakit,
tapi kalau hati aku mungkin YA..
Kalau dia.aku yakin dia mampu.
Kalau aku.
aku rasa belum tentu.

Aku bukan dia.
Aku terkadang lalai dan alpa..
Sebelum hati ter’jatuh’ cinta
Baik aku terus-terusan memilih untuk lupa.
Kerana apa?
Aku belum tentu selamanya menjaga.
Tapi insya-Allah terus mencuba.


“Dik mai sini..”
Kakak nak tunjuk sesuatu..
Ini surat cinta..

‘Allah..Al-quran yang kakak tu baca’
Nikmatnya cinta paling tinggi darjatnya..

“Dik, dalam ni semua ada.. Cuma perlu hayati ketika baca..hadirkan hati bersama sama..”

‘Allah, macam2 cara engkau menegur, begitu halus penuh kasih sayang’

Aku fikir dalam2..
Nukilan tarbiyah aku selak berkali-kali.
Jentik lagi hati aku.

Oh, sekali lagi
Aku bukanlah dia,
Ikatan belum menjamin apa2..
Dia mungkin iman qawiyy..
Aku belum.

So, aku takut kasik hati aku awal2..aku takut aku tidak kuat.
Dia ok. sangat ok. sebab itu nanti akan aku simpankan sikit ruang.
Maaf, bukan sekarang. Akan datang.
Itu pun jika diizinkan Tuhan.

Sebab ruang yang ada sekarang. Nak isi penuh2 dengan kemanisan iman..
“Qod aflahal mukminun” 
(al-mukminun:1)

Sungguh beruntung orang-orang beriman


Thursday, September 05, 2013

Aku juga ingin bercinta



Dahi dia berkerut.
Kening sudah bersambung.
Menandakan dia menahan sakit.
Macamtulah bila datang migrain.

“Ecah oke tak?”
Sambil senyum dia jawab.
“Alhamdulillah, sangat oke. Allah sayang ecah kak, tapi ecah je kadang2 lupa DIA”

Terjaga sekitar jam 4 pagi..terdengar esakan halus.

“Ecah menangis?”

“Dah lama ecah nak menangis kak, tapi ecah tak dapat nangis pun dalam sujud. Ecah baca Quran, ecah nak hati ecah bergetar bila mendangar ayat-ayat cintanya..tapi ecah x dapat..”sebak suaranya.

“Ecah takut hati ecah mati….”

Allahurabbi. Gugur jua air mata. sayu begitu terasa. riak wajahnya ikhlas.
Bersungguh-sungguh dia meraih cintaNya.
Untuk dipenuhi dalam setiap genap hatinya.


Aku juga ingin jatuh cinta
Memenuhi segenap jiwa
Dengan cinta sang pencipta
Melebihi cinta kepada selain DIA.


“Ecah, jom kita sama2 baca doa ni.. Doa memohon kecintaan kepada Allah..
Agar cinta kita kepadanya memenuhi setiap ruang di dalam hati kita, setiap hela nafas kita, setiap kerdipan mata kita..”


"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMU agar selalu mencintaiMU, mencintai orang-orang yang mencintaiMU,dan amal perbuatan yang dapat menghantarkanku untuk mencintaiMU. Ya Allah, jadikanlah cintaku padaMU melebihi cintaku kepada diriku, keluargaku dan melebihi air yang menyejukkan "



Friday, February 08, 2013

I'm talking about Marriage


Assalamualaikum wbt..
first of all, barakallahulakuma wabarakah 'alaikuma wa jamaa bainakuma fi khair..
buat En Alamin dan pasangan serta buat coursemateku Marhanie & pasangan..moga bercinta sampai ke syurga..

I’m talking about marriage



Seawal usia 19 tahun, saya mula memikirkan soal perkahwinan.awal kan??
Walaupun masih tidak mempunyai calon ketika itu, saya menggariskan panduan untuk diri sendiri merancang perkahwinan..tertulis rapi dalam diari peribadi agung..

Apa komen anda?

terlalu awalkah saya untuk berfikir sedemikian? Membaca buku ‘sebelum aku bernikah’ karya Hilal asyraf membuatkan bnyak statement beliau yang saya bersetuju..
Senario sebenar yang berlaku disekeliling saya..
“Lambat lagi saya ingin kahwin, malas lagi nak fikir soal itu…”
“Buku sebelum aku bernikah banyak membicarakan soal persiapan kahwin,saya taknak lagi fikir soal itu…”

Pada saya, sama juga konsepnya dengan kematian..suatu perkara yang sangat besar yang perlu difikirkan..Seandainya kita tahu tempoh kematian lagi 5 tahun, adakah kita akan mengeluarkan statement “lambat lagi saya ingin mati..malas nak fikir soal itu…” pasti tidak..

Tidak semestinya saya fikir soal perkahwinan sekarang, saya ingin berkahwin sekarang..nope..many things to think..

Dalam salah satu wishlist saya, saya menetapkan tempoh membina baitul dakwah dengan angka umur yang tertentu..tahukah saya tempoh saya akan kahwin bila?Sudah semestinya TAK..sebab kita hanya merancang.. saya membuat beberapa checklist diri, sejauh mana tahap iman saya, sejauh mana ilmu didada, sudah bersediakah saya..atau apa2 yang patut dalam diari peribadi agung.. Tidak mengetahui bila kita akan kahwin bukan alasannya..tetapi saya hanya meletakkan dateline supaya saya sedar bahawasanya saya harus matang dan berusaha supaya lebih bersedia ke arah itu..tidak salah kan?

Lambat laun, Jika ALLAH izinkan, saya tetap akan menempuhi fasa itu..Same goes to mati..kita harus merancang kematian kita, mahu kematian itu kesudahannya macam mana? Husnul khatimah? Atau suu’l khatimah (nauzubillahiminzalikh)

MERANCANG bukan dengan angan2..MERANCANG dengan tindakan

Untuk membina sebuah baitul dakwah yang sakinah mawaddah wa rahmah yang seperti semua orang impikan..begitu juga saya..bagaimana? saya bukanlah orang terbaik yang harus kongsikan perkara itu..tetapi untuk diri saya, saya meletakkan checklist untuk diri sendiri sebelum menempuh alam itu..

Yang pertama..MATLAMAT..sudahkah kita meletakkan matlamat dan halatuju perkahwinan itu ke mana, untuk kahwin awal, kahwin muda.tiada masalah,yang penting matlamat mereka jelas..Inginkan sebuah perkahwinan yang bagaimana??Tepuk dada tanya IMAN..
Bagi yang sudah menetapkan matlamat perkahwinan.Tahniah saya ucapkan..Saya tabikk anda kerana bijak merancang!

ADAKAH SAYA ‘GEDIK’ BILA FIKIR SOAL KAHWIN?

Sekali lagi saya nyatakan..ini hanyalah pandangan saya..Bila saya berfikir soal kahwin, saya bukanlah gedik atau gatal ingin kahwin..TETAPI saya mahukan perkahwinan saya suatu hari nanti seperti yang kita harapkan..Bukan mengharap yang sempurna, tetapi mengharapkan sebuah perkahwinan yang diredhai oleh Allah, direstui oleh ibu bapa, disenangi oleh orang sekeliling..

Yes, untuk saya berkata YA sangatlah susah..perkara yang perlu untuk berfikir panjang..dan amat besar untuk saya fikirkan..Ia soal kehidupan saya.masa depan saya.masa depan ummah..kerana baitul muslim tangga kedua selepas individu muslim..seterusnya tangga2 lain lagi untuk menuju ke arah pembentukan daulah islam..sejauh itu perlu kita fikirkan.. dan apabila saya berkata YA, ia maksudnya YA..and I’m serious on that thing..

BERKAHWIN BUKAN DENGAN PASANGAN SAHAJA, TETAPI DENGAN ORANG SEKELILINGNYA JUGA

Hal ini yang perlu dititikberatkan..
“Ibu si dia tidak merestui, tapi saya tetap ingin berkahwin dengannya”
Atau mungkin begini… “ Bukan mak pun nak kahwin dengan dia, saya yang nak kahwin dengannya..”
Ke mana mungkin letak duduknya hormat kepada ibu bapa dan keluarga..?
Sedangkan Ridhollah fi Ridho il waalidaini yang bermaksud RedhA Allah terletak kepada redha kedua ibu bapanya..

Perlu tengok juga kenapa ibu tidak merestui atau tidak suka pada pilihan kita, bawalah berbincang..mungkin terselit hikmah di sebalik bibir kedua-dua ibu bapa..Dulu saya pernah bersuara kepada salah seorang kawan saya..
 “ Kalau ada lelaki yang bertanya tentang saya kepada kedua-dua ibu bapa saya atau dia berjumpa terus ibu bapa saya..Dia seorang yang baik dan ibu bapa saya bersetuju, saya akan bersetuju.."

Wah!! Semudah itukah saya membuat keputusan??hoho, kawan saya juga menggaru kepala mendengarnya..

Pada saya, saya mengenali ayah dan ibu saya bagaimana, Setiap lelaki bukan semudahnya lulus dengan imigresen ayah saya..kena lepas soalan A-z dulu barulah dibenarkan..

Restu ibu bapa penting..berbincang dengan family sebelum membuat sebarang keputusan dan tindakan..suarakanlah kepada keluarga..buka ruang perbincangan antara mereka.mereka pasti memahami..barulah boleh mengorak langkah ke perancangan seterusnya..

Formulanya mudah, kita bukan ingin berkahwin dengan pasangan kita sahaja, tetapi dengan keluarga mereka sekali..

p/s : sekadar pandangan peribadi..terima atau tidak itu terpulang..wallahu'alam.. :)

Wednesday, December 12, 2012

aku dan mereka

Bismillah..




mereka. 
means ramai..x boleh kira ngn jari..tapi ia semakin bertambah hari demi hari..
makin hari..aku suka tengok mereka2..bnyak yang aku pelajari dari mereka..
fahami fiqh..amalkan..pinjam prkataan from someone..credit to her..itu lagi satu aku belajar..seriously jelous.. =.=
jelous ingin jadi macam mereka.
dalam hati cakap mereka orang hebat.
yes..hebat..awesome..hoho..x mampu be a part of them..many things to learn..

aku..
memang aku orang baru..baru berhijrah dengan niat ingin jadi kearah lebih baik..
suatu ketika dulu aku telah bertekad untuk jadi as I am right now..
tapi banyak lagi belum aku tahu..aku x boleh nk adapt sesuatu yg baru in such a short time..
b4 this aku lagi susah nk hadapi semua ni..
kdg2 org cakap aku ni lambat..' macam kura2..' yes,I admit.
n sometimes ada yg cakap aku ni lurus bin bendul..
salah aku ada dimana-mana?ye, itu aku tahu
salah aku merata-rata..
even kuman pun akan nampak kesalahan aku..
*inikan salah besar..of cos la kan..

mereka.
ilmu tinggi..tarbiyah mantap..result gempak, akhlak tip top..ukhuwah terbaik..aku tabikk..
sibuk?sama macam aku..masa? tetap 24 jam sama macam aku?
tapi tetap boleh jadi insan hebat macam tu..sekali lagi aku tabikk..

aku..
bukan ingin bandingkan dengan mereka..tapi cuba jadi macam mereka..
mgkin x cukup istiqamah..
x salahkan sape2..sbb jelas trang tang2 memang salah aku..
so, from now on, **nak nanges TT
aku harus belajar slow2 mnyingkirkan bad habitsss yg boleh menyebabkan aku lagi makin trok..
hoho..terasa sgt teruk!!!


oke..dah..maaf bnyak sgt merepek benda yg hanya aku yg paham..adoii
dah..
maafkan semua org..tdo :)

p/s :'kamu' juga seorang yang hebat..u deserve better ^_^

wniwmd

Tuesday, April 03, 2012

Kerana cinta itu suci..jangan kau kotori..

kerana cinta itu suci..jangan kotori dengan bisikan dari syaitan..






Bila ada yang bertanya tentang cinta..huhu.. x terfikir jawapan apa yang ingin dikongsikan..ramai sahaja meminta pendapat cinta sedangkan aku bukan arif tentangnya..kadang2 aku juga mencari2 jawapan tatkala hati ini penuh question mark mnunggu suatu kepastian..


Tidak dapat dinafikan..
aku juga manusia biasa2..
kadangkala terfikir juga soal cinta..
Namun saat cinta bertasbih..
aku masih lgi mempertahankan moga cintaku hanya berlabuh selepas kahwin..
mungkin aku harus lebih peka soal itu..
agar nanti dapat kujaga batas pergaulan..

" wahai wanita..semakin engkau menjaga dirimu..
semakin engkau menutupi auratmu..
semakin terjaga kesopanan tuturmu..
semakin tinggi nilai pekertimu..
semakin luhur budi dan santunmu
semakin tinggilah nilai harga dirimu..."


tertarik dengan kata2 seseorang..lebih baik langgar dinding kerana menundukkan pandangan daripada melanggar hukum Tuhan kerana menurut kemahuan syaitan.."


Justeru itu yang ku takutkan..






wanita biasa2 seperti aku..
namun masih punya keinginan mempunyai pasangan luar biasa..
Sudah semestinya ada checklist ciri2 bakal imam yang diinginkan..
tertulis rapi dalam diari kehidupan..
namun..ku akur..manusia itu punya kekurangan..


Dikatakan penciptaan HAWA itu daripada tulang rusuknya ADAM..
Aku ingin sekali tulang rusukku itu dari tulang rusuk ' Adam' yang soleh..


JADI..
Ku andaikan Adamku itu seorang yang soleh..
agar nanti aku boleh menperbaiki diriku menjadi Hawa yang solehah..
 Yang Mencari redha Allah dan Syafaat rasulullah..
yang menjadi anak yang solehah kepada kedua ibu bapanya sebelum menjadi isteri solehah..
yang menjadi kakak yang baik buat adik2nya..
yang menjadi adik yang baik buat kakak dan abangnya..
yang menjadi sahabat terbaik buat sahabat2 sekelilingnya..


jadi..
Berpesanlah kepada hati..
" bersabarlah "
kerana bilamana hati manusia itu terburu-buru..
nescaya kehadiran cinta belum tentu yang terbaik..
Sesungguhnya pengakhiran sabar itu tersembunyi kemanisan hikmahNYA..


SATU JE PESANAN BUAT DIRI DAN SAHABAT2..

" Hebat cabarannya untuk mendapatkan wira hati yang hebat yang berjaya menakluki belahan jiwamu.."
Subhanallah..


Wednesday, February 01, 2012

tanya pada hati #2

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum kepada sahabat2 seperjuangan..alhamdulillah, masih berpeluang memanjatkan rasa syukur ke hadrat Illahi atas nikmat2Nya.nikmat yang terbesar adalah nikmat islam dan iman..




Berbalik tanya pada hati..apa khabar hari ini?
terasa ingin menulis..mungkin ada kesinambungannya dari entry tersebut..jazakillahu khairan kathira buat sahabat dan juga ukhti aisyah yang memberi pandangan..mungkin aku memerlukan pendapat saat ini..

oh tidak..otak ligat berputar..namun akal x mampu membezakan sesuatu yang dibolehkan dan sesuatu yang dilarang..

tergelak sendiri bila aku berfikir semula soalan2 yg diajukan untuk meminta pandangan..

"salahkah terjatuh hati?"

*teeet* soalan cepu mas..hahaha..seharian berfikir..entah..ruginya aku berfikir benda2 sebegitu
tapi andainya aku tidak berfikir hari ini..mungkin suatu hari aku belum menemukan jawapannya..
mungkin itu fitrah..tapi aku yang harus mengawalnya..jgn disebabkan satu akal 9 nafsu..aku menjadikan satu akal sebagai alasan..justeru..akal yang didasari iman akan mampu mengawal 9 lgi nafsu itu..
hurm..penat berfikir fikir..salahkah aku jika terjatuh hati??
yang pasti..
setiap kali aku terfikir..rasa sakit yang menemani..

serius.x tipu..

dan hari ni..terungkailah sedikit jawapan untuk aku memahami..mungkin lepas aku terbaca satu artikel..yes,sgt terkesan..mungkin,banyak yang terkena batang hidung sendiri..

alhamdulillah.sekali lagi ku panjatkan syukur..kadang2 tidak terlintas jawapan disebalik mengapa Allah memberikan aku kesempatan untuk kembali bertudung labuh..kenapa Allah memberi peluang untuk aku sama2 seiringan meneruskan perjuangan di jalan islam..mengapa aku masih lagi mempunyai kesedaran untuk berubah..ya..hidayah itu milik Allah..
sama2 kita koreksi balik..
sejauh mana aku menjaga hati?
sejauh mana aku menjaga tingginya nilai seorang wanita..
sejauh mana aku menjaga ikhtilat..
astagfirullah..
mungkin ada yg berfikir..bahawa aku tidak sejajar dengan penampilanku sebagai seorang yang bertudung labuh?
yes aku akui..
nampaknya..aku perlu U-turn kejalan yg sebetulnya..
dah jauh aku ni..
aish..kurkirr betulla..
hurm..

buat hati yang kecewa..usahlah bersedih lagi..
mungkin aku perlu belajar untuk melupakan..dan terus melupakan..
janji Allah itu pasti..jika dia jodohku..
walau terpisah sempadan tetap bertemu jua..insyaAllah..

kepada encik kubis..[nama samaran]
aku tahu kau sepertiku..
tewas pada hati..
yaAllah..bantulah kami untuk bermujahadah daricinta yang tidak engkau redhai..
asif jiddan..aku tidak rela menjemput kemurkaanNya..

aku nk petik sikit..copypaste.. ^_^

"Hak kamu sudah aku tunaikan. Jika benar sayang, selamatkan aku.
Selamatkan aku dan wanita-wanita Islam dari terus menawar diri menjadi bahan bakar neraka.
Selamatkan kami dari terus menerus menjadi fitnah dunia.
Jauhkan kami daripada mengingatimu, rindu padamu siang dan malam.
Halangilah kami dari melunakkan suara
atau tika kau terlihat susuk kami yang haram buatmu.
Tegurlah, kami akan mendengar
Kerna kami jua dari rusuk kamu."
 credit to hijrah-generasirabbani.blogspot.com/

wniwmd


Saturday, December 10, 2011

bertuah ada mereka.. :)

Salam sayang buat sahabat2 :)
Hari ni rasa nk letak gamba bnyak2..
sbgai pengubat rindu..penyembuh duka..
penghibur hati..
saja..nk flashback memori dulu2..
saya bertuah ada mereka..


bermula di sini..
berikrar setia..
matlamat jelas meneraju keterampilan unggul
ukhuwah yang ingin kami bawa..

wajah2 mereka..
sejuk pandangan mata..hik3..



time lepak2..
take 5 utk bergambar sana sini.. :)

 jalan2..lawatan sana..lawatan sini..
senyuman leret ke pipi..

 haa..ni time program..
" kasihku tertumpah di sini.."
3 batang pensil wane mmpu mewarnakan gambar2 ni..:)




keluarga JMK sidang 2011/2012

kem bersepadu..

 timbang tara..


"merenung masa depan.."
kat teratak Riverview..
kem keusahawanan..






 comel ^^,

 YB Ali  n YB Kucai..





memperkenalkan hero2 malaya..:)

Saya sayang mereka kerana Allah.. :)

with  lots of lurve 
wniwmd

Wednesday, December 07, 2011

Ada Mentari Yang menyinar~






Bismillahirrahmanirrahim..
In the name of Allah, the most Gracious and the most Merciful..
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w
Alhamdulillah..beberapa hari sejak akhir2 ni banyak benda yang saya dapat belajar dan ambil pengajaran..
saya hanya manusia lemah yang banyak melalukan kesalahan..tapi jangan jadikan manusia yang lemah sebagai suatu alasan untuk tidak melakukan sesuatu dengan terbaik..teruskan usaha dan teruskan bersabar..


"Innallaha ma'a ssobirin "
Sesungguhnya Allah itu bersama dengan orang2 yang sabar..

1)Sabar..



yes..seringkali kita dengar perkataan sabar..dan kalau orang sekeliling kita ditimpa musibah dan ujian..kita akan cakap " sabarlah..inikan ujian..."..

Alhamdulillah..ada juga kesedaran itu..namun kadang2..mengungkapkan itu lebih mudah dari melaksanakan..jujur untuk saya katakan..apabila ada sahabat2 yang meminta nasihat bilamana ditimpa ujian..Sabar menjadi perkataan wajib dalam nasihat..dan kadang2..apabila kita sendiri ditimpa ujian yang dirasakan sangat berat..Ya Allah..kenapa sabar itu tidak tersimpan kemas dalam sanubari ini..mengapa sabar itu kadang2 goyah..mengapa sabar itu dirasakan berat untuk diri sendiri..dan saat ujian itu datang..lajunya air mata mengalir seakan tidak mengerti bahawa Allah sedang menguji hambanya..sungguh lembut hati itu..astaghfirullahal'azim..ampunkan dosa2 kami..

"Orang yang hebat itu menerima ujian yang sangat hebat "
 ayat yang cukup bermakna dari seorang ukhti..

ya Allah..aku tahu..orang yang hebat itu tidak mengeluh apabila ditimpa ujian..tidak riak apabila menerima pujian..tidak sombong apabila menerima kedudukan, tidak goyah dengan mehnah kehidupan..tidak gentar dengan musuh Tuhan..tidak malu melakukan kebaikan..tidak takut menentang kejahatan..Susahnya ingin jadi orang yang hebat..tapi aku tahu ya Allah..penghuni syurgaMu..semuanya Hebat2..Subhanallah.."

2) Hati..


Dalam banyak2 benda..hati ini juga yang diuji.. Allah hadiahkan kita cuma satu hati..tetapi Allah mencampakkan macam2 perasaan kedalam hati itu..perasaan takut..kecewa..perasaan sayang..sedih..suka..cinta..dan benci..macam2 kita rasa..Tapi apa2 pun yang kita rasa, kembalikan rasa syukur itu kepada Allah..peringatan untuk diri sendiri..kerana terlalu banyak peristiwa yang berlaku akhir2 ini yang memuhasabahkan kembali diri saya untuk tidak menyalahkan setiap perasaan yang hadir itu..
kerana perasaan itu berhak hadir kerana kita punya HATI..


"bilamana hati kita gembira..ingatlah untuk mengucapkan alhamdulillah..supaya gembira itu ada manisnya...
 bilamana hati kita kecewa dan sedih..itu tandanya Allah mengingatkan kita bahawa dunia ini bukan sekadar untuk ketawa..
bilamana hati kita marah..ucaplah astaghfirullahal'azim..supaya marah kita itu bertempat..dan moga Allah mengampuni dosa2 kita..."

secara jujur..kadang2..saya kalah pada hati..mohon bimbingan dari sahabat2 sekalian utk saling mengingati dan juga tidak lupa pesanan untuk diri sendiri supaya membajai hati dengan ayat2 dari lembaran2 suci..Subhanallah..

p/s : moga diri ini belajar sesuatu :)


wniwmd


 

Template by BloggerCandy.com