Friday, September 06, 2013

Jubah.




" Kenapa awak pakai jubah ke sekolah?"
" Erm, kenapa ya cikgu?, tak boleh ke?"
" Hari ini takpelah sebab hari jumaat...hari-hari lain tak payah la pakai.."

Garu kepala.x gatal pun.
" Boleh saya tahu kenapa tak boleh pakai jubah ke sekolah/ semasa mengajar?"

" Jubah. Takut nanti awak di cop pembangkang"

" owh, macam tu ya..macam mana mereka boleh cakap yang saya ni pembangkang? mengundi kan rahsia?"

" erm, awak pakai baju kurung je lah. tak payah tanya kenapa tak boleh jubah.."

" maaf ya, setahu saya,garis panduan pemakaian guru di sekolah mengikut surat pekeliling ikhtisas tiada pun mention tidak boleh memakai jubah. Guru-guru mesti memakai pakaian yang sesuai dengan profesion keguruan..tidak menjolok mata, memakai baju batik hari khamis, memakai tag nama, blazer hari isnin. dan tambahan,saya siap pakai baju puteri islam lagi hari rabu. dat's ol..jadi rasanya tiada masalah rasanya kalau saya berjubah kan? lagipun bukannya apa,sayangla..jubah saya banyak.." (mengatur gigi sebaris menayangkan iklan colgate)

fuh. carik maut.

" okelah..kalau macam tu cikgu pakailah jubah hari-hari pun takpe.."

*eh, gitu pulak?perli ke ape?
haha. puas hati.


(agak2 nama aku kena blacklist KPM tak bagi jawapan macamtu?)

p/s : Ada sape2 lagi nak cakap cikgu tak boleh pakai jubah?




5 comments:

  1. nsib baik stakat ni belum kena tegur lagi..hee

    ReplyDelete
  2. Mmg ada pun pekeliling x boleh pkai jubah..cuba cari

    ReplyDelete
  3. Saya baru ingat nak jadi guru ganti tapi saya takde baju kurung. Semua jubah. Saya tak faham kenapa mesti ada TAK BOLEH PAKAI JUBAH. mentaliti sempit betul kalau fikir orang pakai jubah ni dialah pembangkang, terrorist, kuno, buruk tak kemas, menakutkan.! What??

    ReplyDelete
  4. Dalam SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2001 : bertarikh 7 Jun 2001,menyatakan guru lelaki tak boleh pakai jubah.Untuk guru wanita pula,pada tahun 1985 semasa masuk maktab perguruan kami hanya pakai pakaian kebangsaan dan pakaian mana mana kaum yang ada di Malaysia,yang tidak mencolok mata.Contohnya orang Melayu pakai baju kurung dan kebaya labuh yang longgar.Kaum lain boleh pakai baju kebangsaan dan baju kaumnya selagi tidak mencolok mata.Contoh orang berbangsa Cina pakai ceongsam ,tapi labuh dan belahan tepinya tidak mencolok mata.Pada tahun 2001 juga Guru Besar saya memberi peringatan supaya jangan ada sesiapa memakai baju kurung kedah dan jubah(lelaki dan wanita) jika menghadiri mesyuarat di PPD atau JPN.Jubah boleh pakai ke sekolah jika ada majlis keagamaan peringkat sekolah selepas waktu pejabat.Itu yang saya faham.

    ReplyDelete

 

Template by BloggerCandy.com