Saturday, November 26, 2016

67 :23




Yang aku takut,
Hilangnya rasa syukur dalam hati tatkala limpahan nikmat Allah beri

Yang aku takut
Hilangnya rasa sabar tatkala berat aku diuji

Yang aku takut
Rasa ego yang menggunung tinggi

Yang aku takut 
Rasa benci menguasai diri

Yang aku takut
lidah lancang bertutur tanpa menjaga hati

Yang aku takut
saat bermaksiat hati tidak peduli
saat ingin berbuat kebaikan hati sudah mati

Yang aku takut
ibu bapaku belum sempat kuteladani
belum sempat ku khidmat bakti

Yang aku takut
Bayang-bayang diri yang mengahantui
egois mendahului
keras hati merajai
ilmu tidak ditambahi
maksiat tanpa kusedari
amal celah gigi
riak dalam hati
takbur ujub menghiasi

Yang aku takut
tatkala rahmat Allah datang, aku berpaling..
tatkala murka Allah datang, aku tidak mengambil pelajaran.

Jangan kau pekakkan telinga kami dalam keadaan kami mendengar
Jangan kau butakan mata kami dalam keadaan kami melihat
Jangan kau tutup pintu hati kami dalam keadaan kami sedar

Allahu..
beri kami keselamatan dunia.. jua keselamatan di negeri akhirat yang kekal disana
beri kami rahmat 
beri kami rahmat
beri kami rahmat

Katakanlah : " Dialah yang menciptakan kamu dan menjadikan kamu pendengaran, penglihatan dan hati nurani , tetapi amat sedikit sekali kamu bersyukur "
(Al Mulk : 23)


Thursday, November 17, 2016

Izzati akan Grad September 2017




Oke, tajuk paling best abad ini! haha
bunyi macam berangan kan? tapi takpe la..
Saja nak suruh korang doakan aku dapat grad tahun depan.. insyaAllah ada doa doa korang yang akan maqbul..


"Apa catalyst (read : pemangkin) untuk anda siapkan Tesis anda??"

fill in the blank:

1) jeles dengan member yang dah grad
2) nak naik stage pakai topi bulu jagung tahun depan jugakkkk!
3) Baru lepas tengok orang viva..
4) nak dekat posting dah T.T
5) Lepas ni taknak pikir dah..
6) Nak kawen..haha

Oke, maka.. dengan catalyst yang ada, harapnya lebih bersemangat siapkan kerja kerja sebelum balik kampung bulan 12 nanti..

eheh! Dr mohon lepaskan saya dengan senang hati..please
InsyaAllah hujung bulan 11 nak hantar first draft thesis kat dr..
then, proceed dengan journal paper
then nak hantar 2nd draft kat dr before balik Kg..

omg.omg. sempat ke??
sempat kalau izzati tak malas..tak melilau buat kerja lain..tak banyak hibernate
tak sibuk buka lazada/ebay/11 street carik barang2 online.. tak hupdate blog..tak bukak fesbuk..tak up twitter.. Kah3.. SOSIAL betul :p

**mohon berubah. Siapkan tesis siapkan tesis siapkan tesis.


huhu..semalam berkira kira ngan kak muna..
kalau nak grad bulan 9, nak selamat bulan 6 dah kena masuk nama dalam meeting IPS dan meeting senat.
and bulan 3 dah kena viva.. OMG!!

dan bulan 12 dah kena setelkan THESIS!!!
tidak boleh tidak!

**bertahan Izzati..mohon jadi rajin, mohon struggle..mohon Gigih! Oke, tutup blog sekarang!

and I need your support and Dua's guysss.....

;)

biiznillah insyaAllah


wniwmd
Makmal Kimia
1642
Hari Leha Viva :)

Tuesday, November 01, 2016

Saling belajar menerima

" Permulaan kenal itu harus belajar saling percaya,
pertengahan kenal itu harus belajar saling bergantung saling menerima,
dan kemuncak perkenalan itu apabila kau sanggup berkorban antara satu sama lain"

kau tahu? tempoh perkenalan itu sangat menguji..
tempoh perkenalan yang takkan pernah habis antara kita.
kadang2 aku terasa hati
kadang2 kau yang berkecil hati
kadang2 kata2 aku terlalu kasar untuk kau hadam lumat
kadang2 kata2 aku cukup menyakitkan kau.. itu aku tahu.

jujur aku tewas.
sukarnya menjaga hati.
aku beremosi sehingga aku tak mampu untuk pijak2 amarahku
aku kurang kesabaran tatkala kau seakan 'mencabarku'
aku ego!
Ya cukup ego!
dan aku dapat rasa kau juga ego!
dan mungkin inilah satu proses belajar.
belajar kenal hati budi.
kenal jarak jauh
berhubung jarak jauh.
Aku kata A, kau faham B
Kau cakap A, aku pula faham B
sungguh! kita perlu banyak toleransi ; tolak ansur

kita perlukan masa untuk belajar semua tu..
perlu masa untuk terima semua tu
perlu masa untuk buang jauh2 rasa penting diri sendiri.
aku tidak minta untuk dianggap penting
cukup sekadar kau tahu wujudnya aku disebalik tabir cerita

Minta maaf untuk kesekian kalinya..
Terima kasih untuk segalanya.

**Fasa Ujian berkenal kenalan.. May Allah ease everything


^^,

Friday, September 23, 2016

" semat betul-betul pesan aku..."




A : Kenapa awak pilih saya?
B : .........


B : Kenapa awak terima saya...?
A : ........


***

Okay, tiada jawapan untuk itu 
tak payah karang panjang2 sekarang..
hingga satu masa nanti aku tahu kau pun tahu.

Aku pernah bagi kau kaktus
kau tanya aku kenapa bagi kau kaktus??
dan aku tak jawab.

Satu hari nanti aku akan beri kau bunga.
kau mungkin akan tanya lagi kenapa
hingga tiba saat itu nanti aku akan jawab..

Aku jarang2 kongsi kisah aku dengan kau..
Tapi once aku kongsi, maksudnya aku sedang buka ruang untuk kita belajar komunikasi

Aku juga jarang tahu kisah hidup kau,
kalau kau cerita 
aku dengar..
dengar 
dan dengar..
Just because I don't react, doesn't mean i didn't notice,
but I do concern.
dan aku berharap kau sudi konsgi
kerana aku janji aku takkan tanya
melainkan kau yang mula.

Aku rasa kita kenal sudah cukup lama.
dari setahun jagung,
hingga ke pakai jubah topi jagung..
Tapi entah! taktahu nak describe apa, nak describe macamana.
masih belum masanya kita kenal semua.

Aku pernah benci kau
benci yang amat sangat sampai aku nangis..
aku pun tak tahu kenapa

lepas tu aku pernah terharu dengan kau 
terharu sampai menangis juga...

Aku pernah cakap "Jangan terlalu baik dengan aku , nanti kau menyesal"
Ya, memang nanti kau akan menyesal....

Abah dah anggap kau "bakal menantu abah"
dan aku ??
bestfriend perhaps
and thanks a lots for being a friend
a good friend :)
belum boleh jadi lebih dari itu.

Kau cakap aku selalu sangat balik kampung...
Maybe kau fikir2..lepas ni macamana aku nak bersedia duduk jauh??
Tapi sebab "aku mula bersedia" lah aku selalu balik kampung.
Habiskan masa yang ada dengan ma abah dan keluarga.
kau kena tahu itu.

Satu lagi kau kena tahu.
Aku hati kering, susah nak faham aku
aku sendiri tak faham dengan diri sendiri
Awal-awal aku minta maaf.
kalau sepanjang kau kenal aku,
kau rasa sakit 
Ya, banyak perkara sakit hati yang aku sengajakan..

kau kena tahu lagi..
kurang aku di mana mana..aku tak sebaik mana.
kau jangan high expectation
seperti mana aku expect kau terlalu baik untuk aku.

dan aku akan selalu rasa kau terlalu baik untuk aku.
T.T

Moga nanti aku akan jadi baik juga. 
Sebab mak selalu pesan, 
orang yang baik untuk orang yang baik juga.


terima kasih.
-wniwmd-

Friday, September 09, 2016

"...I put my heart to Allah



I put my heart to Allah ;
then Allah put me in the best decision

Lama aku berfikir, lama aku simpan, lama aku pendam.. dan itu memang perangai aku sejak azali lagi.. memang susah benar nak kongsi dengan orang lain..
melainkan sudah berlalu detik2 getir baru Allah ringan kan mulut untuk meluahkan.. baru tangan dan jemariku laju menaip di papan kekunci.. meluah rasa meludah duka, membaling lara.

Air mata banjir sebesar bah di kelantan kali ini.. mungkin tak tertanggung rasa itu..
terkadang, bila istikharah berkali kali..berulang kali, kita tak menyedari, mana satu kah jawapan yang Allah ingin tunjukkan. Mana satu yang terbaik..mana satu yang sepatutnya kita pilih..

Maka saat2 ini lah istisyarah itu perlu..
Ya, apa pun keputusan, moga aku berlapang dada.

'Menolak' adalah yang terbaik..Ya, aku terpaksa menolak.

Jangan datang lagi depan aku..
Mohon jangan!
aku merayu..

Aku ini biasa2.. tergugah juga, rebah !

Dulu aku pernah cakap dengan seseorang, apa pun keputusan yang kamu buat, tiada siapa akan faham..sebab dia tiada dalam situasi kamu..

I bet, whateva I've decided, no one can understand me. Yes! No one.
Put trust to Him, He'll put me in the best decision ..

Moga selepas ini, apa yang datang akan berganda ganda lebih baik :)
 

Template by BloggerCandy.com