Tuesday, December 23, 2014

HUDUD bukan untuk orang PAS




Pelaksanaan hudud di kelantan..Saya kira sudah selesai isu ini..
namun, agak kurang enak bila terdengar suara2 yang menyalah anggap bahawa hudud ini untuk orang PAS.. 
eheh! lawak. 

Memetik kata2 Datuk Paduka Marina Mahathir beliau tidak sampai hati untuk melihat penganut agama Islam dikenakan hukum Hudud jika ia dilaksanakan,dan menyatakan dengan terlaksananya Hudud akan memecah-belahkan masyarakat.ohohoi..Memecah belahkan masyarakat tang mana? Hudud dilaksana untuk merawat penyakit2 yang menular dlm masyarakat,masyarakat yang makin tenat!! bukan sekadar hukuman semata.Hudud bukan undang2 orang PAS. Hudud undang2 Allah! kena faham itu.

Bukan mileage politik utk kerajaan kelantan! 
kesungguhan itu hanya datang dari kerajaan kelantan ..kalau sekalipun Umno mahu laksanakan Hudud silakan! tapi ramai yang menentang bukan?

Kalau kita faham, Malaysia mengamalkan sistem federalism..ade dua kuasa yang ada iaitu peringkat persekutuan dan negeri.. dan kalo lah pringkat prsekutuan tak setuju berkaitan satu undang2.. maka ia akan dihapuskan.. So, how about Hudud di kelantan?

Islam sebagai agama negara agama persekutuan! 
dan yang kita nampak sekarang ialah sekularism semata! 
lalu apakah yang dikatakan islam sebagai agama rasmi itu? dengan membenarkah pesta arak itu kah? dengan kelulusan mahkamah bahawasanya pondan boleh berpakaian wanita itu kah? ITU KAH? yang dikatakan menjadikan agama islam sebagai agama rasmi.

ISLAM is not only a religion, Islam is DEEN.. the way of life.
maka selepas ini apa lagi penyakit masyarakat akan timbul?

Memetik kata2 Tun Mahathir dalam komen beliau tentang hudud! Hukuman itu perlu bersifat adil.
Adehh.. rupanya beliau tafsirkan adil itu sama rata. sedangkan maksud adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya..

Bala Allah menimpa keseluruhannya, tak kira baik atau jahat orang itu..nauzubillah
Dan Banjir dikelantan.. petandakah itu?
Moga Allah ampunkan dosa2 kita..dan melindungi ahli keluarga, sahabat handai, sedara mara di kg dan seluruh rakyat yang ditimpa banjir.. Moga terus kuat



No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com