Cuma rasa ingin balik,balik dan balik..tepu berada disini, Mungkin perlu jumpa ibu dan abah untuk melupakan sekejap tugasan2 yang ada di bumi murobbi..
Sejujurnya, Taufiqah rasa lemau. macam biskut Jacob yang dibiarkan luar tin.
Sedang rohani dahagakan ilmu,
sedang fizikal perlu ditunaikan hak2 senaman.
sedang Aqal meminta minta menyambung hafalan Al quran
sedang jari jemari ingin mengatur bait untuk ditekan dipapan kekunci
bila difikirkan waktu.
terasa suntuk.
terkadang Taufiqah tersedak. bagai nafas tersekat dikerongkong..
persoalan dilontarkan jauh ke sudut jiwa..
Hari ini, genap usia Taufiqah 23 tahun. meniti usia kematangan.. dan banyak perkara perlu Taufiqah mula fikirkan.
Alhamdulillah. kali ini ulangtahun kelahiran Taufiqah disambut bersama keluarga. complete 5 orang. Ibu, abah,Along, angah dan adik.. Seusai isyak berjemaah, kami sekeluarga buat halaqah, ayah mengetuai bacaan doa selamat buat kami sekeluarga sekali gus buat bacaan tahlil.. Sayu suasananya.. Suasana ini yang kurindu!!
Taufiqah bersalaman dengan abahnya. dicium penuh kasih pipi abah.. Abah mengucup lembut ubun-ubun Taufiqah. Jelas terpancar sifat kebapaan.. (Kalau aku ada suami, aku nak suami yang berjiwa macam abah!) *oke, sempat lagi berangan. :p
"Nah, Along...ni ada hadiah dari seseorang.." abah menghulurkan satu paper bag 'Hello Kitty' berwarna pink.
Taufiqah membuka paper bag tersebut perlahan-lahan.
Allahuakbar! dalam paper bag tersebut ada Al-quran kesayangannya. yang hilang tempoh hari,
bersama sekuntum mawar putih. masih segar.
ada nota kecil berwarna merah diselitkan sekali.
" Seindah Mawar berduri,
tajam bukan untuk melukakan,
sekadar untuk melindungi.."
abahnya terlebih dahulu membuka,
kata abahnya,
"Semalam,sebelum Along sampai rumah,ada seorang jejaka datang bersama abangnya..
tujuannya baik untuk bersilaturrahim. Nama kawan along tu Adam..Dia satu universiti dengan Along, kalau tak silap abah, satu kelas.Dia ada hantarkan sekali quran along tu, sebab katanya dia terjumpa di kafe, dia tengok dalamnya ada nama Taufiqah Amani.. Jadinya,kebetulan pula dia memang nak balik kampung, dia singgahlah rumah kita sekali..." panjang penjelasan abah..
mengimbau kembali..siapa dia adam ni?
budak kelas aku kah?
mcm takde je yang namanya Adam.
Err.konfius =.=
***
No comments:
Post a Comment