Friday, February 14, 2014

Hanya satu kali | 9

Soalan abah dibalas bisu.
Hanya gelengan laju ku berikan. 
Hembusan nafas berat kulepaskan. Terasa dada sesak bila di asak soalan soalan berkaitan perkara berkenaan.

Belum masuk agenda utama aku pulang ke kampung halaman. 
Kalau ikutkan, bukannya cuti panjang. Cuma 4 hari. Sabtu Ahad Isnin selasa. 
Tetapi, Cuma ingin menjaga hati ibu. Teman baik ibu ingin kenalkan anaknya denganku. Kuturutkan sahaja kerana masuk kali ini sudah 2 kali aku memberi alasan!


Esok adalah harinya,puan suraya kata anak kawannya mahu berkenalan kenalan sahaja, kalau ada jodoh, adalah. Puan Suraya tidak suka memaksa. Dia tahu anaknya bagaimana.

Hahaha,untuk soalan yang esok..
malam ini mungkin aku sudah ada jawapan. Jawapan untuk aku katakan ‘Tidak’.Aku belum bersedia. Bolehkah begitu?? istikharah tanpa istisyarah??

Erm.kali ni terpaksa perah otak untuk berfikir.
Susun ayat cantik2 untuk jaga hati ibu esok.

Dan mungkin Puan suraya juga seakan tidak berharap jawapan positif daripada anak daranya kerana dari awal lagi Taufiqah sudah menunjukkan riak tidak berminat dengan isu yang dibincangkan.

“ Bukan apa bu, Ibu tau kan along macam mana? Lagi pun along baru 23 tahun, belajar pun belum tamat. Tunggu nanti Along habis belajar baru along nak fikir soal kahwin-kahwin ni ya. Tunggu along kerja dulu. Nak balas jasa ibu dan abah dulu...” Mungkin belum masanya lagi untuk Taufiqah fikir semua itu.

Ibu bukannya nak paksa. Lagipun along anak sulung. anak harapan..kalau boleh ibu nak melepaskan along dalam keadaan along dah matang untuk berkeluarga.

hurm. entah.

Belum masanya untuk aku serahkan belahan hati untuk insan bernama lelaki. Belum masanya.Fullstop! End of the topic! *eh?yeke



***


No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com