Seperti hari sebelumnya, kami berkumpul di Lobi hotel Hoang Hai Long 2.. Hotel 3 bintang yang servicenya cukup2 memuaskan hati..nanti kalo nak p vietnam sendiri-sendiri tak mampu rasanya nak tinggal kat hotel ni..around 48 USD per night per head. plus minus around RM 150 la..
Menunggu tour guide kami, Christine and Harry yang akan membawa kami berjalan-jalan tempat-tempat yang menarik di Saigon City..Hari ni kami di bawa ke Independence Palace dan Chu Chi Tunnel..Ala-ala lawatan sekolah, sebabnya tempat yang kami nak tuju tu sebenarnya tempat yang famous dan bersejarah di Vietnam ni.. :)
Berkumpul reramai sebelum masuk sambil bergambar adalah aktiviti yang tidak boleh dilepaskan..
biasalah, pergi tempat orang ni..sikit-sikit nak bergambar..nak buat kenangan katanya..
Oke, Independence Palace atau juga dikenali sebagai Reunification Palace, merupakan palace bekas president dan menjali tempat gathering and meeting bersama ambassadors..
Bangunan ni ada 4 tingkat, kami teroka setiap tingkat dan setiap part dalam ni..sangat2 cantik.
"Bangunan Independence palace ni sebenarnya dibina menggunakan semua bahan yang dibuat di Vietnam sendiri, kecuali hanya lampu-lampu hiasan sahaja yang diimport dari eropah.." Kata Harry, tour guide kami..
Then kitorang macam.... " waah..hebat".. haha
Sambung Harry lagi.. "Kat vietnam..Di sinilah tempat menteri-menteri berkumpul untuk berbincang tentang isu-isu/masalah..Kalau kat Malaysia, Parlimen.. Dan vietnam cuma ada satu Parti.. Malaysia pula berbagai-bagai parti.." Taadud Parti..*eh ? :p
Ambassador Chamber |
And, this is cinema Hall. wah, siap ada cinema hall lagi dalam palace ni..
Ini Presidental Office. Tempat president bersendiri membuat kerja-kerja..
Sebenarnya bnyak sangat bilik2 menarik dalam bangunan 4 tingkat ni..tak larat nak cerita satu-satu.. ada ruangan kitchen, ada bilik kebal, ada ruang kerja kerani, ada tempat2 pameran kenderaan, tempat pameran barang2 lama, dan ada lorong rahsia..haha.. :p
okelah, penat menaip.untuk lawatan ke Chu chi tunnel akan disambung di entry seterusnya.. :)
No comments:
Post a Comment