Pagi
itu Taufiqah menelefon Lily.
Bercadang
untuk ke makmal Kimia. Apa lagi kalau bukan menyambung kerjanya menyiapkan project
kulit limau untuk final year project.
Berharap agar Lily berkelapangan untuk
pergi sama. Segan jugak asyik2 kena mesej Si Akram, teman se project dengannya .
Walaupun supervisor sama, tajuk pun sama
cuma sample je lain-lain,tapi kalau sebolehnya dielak,taufiqah akan mengelak. Malu jugak terlalu bergantung harap.
Senyap
sahaja dalam makmal hari ini . Walaupun ditemani Lily yang juga sibuk
menyiapkan kajiannya. Ditemani En Mus pembantu makmal dan juga beberapa orang
senior dari fakulti yang sama.
Suasana
agak serius. Kening pun berkerut kerut
disebabkan terlalu khusyuk dengan tugasan masing-masing. Dah macam lagak
professor X dah semua aku tengok.
Seharian
berada di makmal menunggu keputusan eksperimen yang terpaksa diulang-ulang
beberapa kali, menunggu solution sample atas orbital shaker selama 2 jam bosan juga.
Kaki Taufiqah di atur perlahan menuju ke taman mini sebelah makmal
Empat,makmal biologi Pn Hanani.
“Penat ye hari ni?”
Sapa Lily dari
belakang.
Taufiqah mengurut dadanya
perlahan-lahan. Tak sangka dia membontoti aku keluar. Walaupun tiada lagak terkejut, naik semput juga taufiqah bila tiba-tiba
disapa dari belakang.
“ mestilah. Tapi best jugak kan?rasa
macam dah jadi professor pulak buat eksperimen tak henti-henti..salah ulang
balik, tak dapat result ulang balik..haha..kononnya”
“ Banyaklah profesornya, naik juling dah
mata saya ni duk pandang bacaan pada radas tu tau..semata mata nak make sure
bacaanya accurate” Lily menolak pipi taufiqah dengan tapak tangannya.
Mereka akhirnya ketawa mengenangkan masing-masing
dah naik biul kepala otak dengan eksperimen untuk final project mereka. Hakikatnya, bukan faham sangat pun dengan kajian masing-masing. Kena tingkatkan lagi pembacaan jurnal-jurnal penulisan kajian lepas-lepas.
Meskipun Lily anak jati Sarawak, tapi
jarang sekali dengar dia bercakap slanga Sarawak. Terkadang sahaja yang keluar
juga ‘kamek kitak’.
Dan lagi satu aku tabik, meskipun lily aties (tiada agama),
tetapi dia cukup menghormati aku dan juga kawan2ku yang beragama islam.
Malah
dia juga faham apa yang orang islam boleh buat, apa yang tidak, apa yang boleh
dimakan dan apa yang tidak boleh dimakan. Itu yang membuatkan aku kagum
dengannya. Banyak juga persoalan tentang islam yang diutarakan. Terutama
tentang specialnya seorang Muslimah..
Cukup
menjagakah diriku untuk menjadi Muslimah yang special? Oh..itu soalan ketuk kepala sendiri =.=
Sudah tentunya aku belum cukup lagi.banyaknya
aku kurang. Itu sangat aku akui..
Teringat
pesan kawan baikku sewaktu sekolah menengah. Tengku Aisyah. Peribadinya cukup
lembut. Kesopanannya tak dapat disangkal lagi. Ramainya yang selalu berkata
kami ni macam kembar, badan sama saiz, gaya berjalan sama, muka lebih kurang,
kening sama tebal,pipi sama putih gebu.. Err, gebu ke?
Cuma yang membezakan
kami dia lebih keayu-ayuan gaya perempuan Melayu terakhir sebaliknya aku
biasa-biasa saja.. mungkin aku kasar sedikit..tapi kasar-kasar aku,masih menghargai
diri sebagai seorang Muslimah. Kerana aku tahu Muslimah itu special.
Cakap
dengan ‘Kusyah’ Panggilan manja Engku Aisyah pasti diselitnya pesanan ‘penaja’
special edition Muslimah. Muslimah perlu menjaga itu dan ini, Muslimah perlu
kawal itu dan ini, Muslimah ada batas itu dan ini..
Kita
sebagai Muslimah harus sedar bahawa Muslimah itu sangatlah special dan diangkat
darjatnya.sekiranya mereka menjaga akhlak dan perilaku serta memelihara malu
dan meletakkannya di tempat yang betul.
Berpakaian Muslimah
memang kadang2 mengundang mata-mata yang berpandangan “eh, tak payah nak jadi
baik sangat” atau mungkin panggilan ustazah selalu disebut-sebut untuk kami
yang bertudung labuh ini..tapi tak mengapalah..
Ingat pesan Rasulullah saw :
"Bermula Islam itu
asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah
orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang
melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia"
(Muslim dan
Tarmidzi)
*P/s untuk diri , jadilah golongan yang
sedikit itu
***
No comments:
Post a Comment