Monday, February 10, 2014

Hanya satu kali | 6


Alhamdulillah, syukur dipanjatkan padaNya.

Sebelum iqamat subuh di surau, sampai juga Taufiqah ke kampung halamannya.
Perjalanan yang memakan masa 7 jam itu akhirnya berakhir dengan selamatnya.Ibunya baru selesai mandi dan berwudhu segera disalaminya.

“Ha, bu..Taufiqah dah sampai ni taknak peluk cium ke?”

“ Tak nak lah ibu..pergi mandi gosok gigi dulu baru ibu nak peluk..” Puan suraya tersenyum sambil menggeleng-geleng kepala. Mesti pening kepala Puan suraya melayan kerenah Taufiqah sorang.


Taufiqah meletakkan beg di bilik. Sejurus kemudian, muncul semula di bilik Puan suraya untuk berjemaah subuh sekali. 
Peluang yang tidak sepatutnya dilepaskan. Bahkan itulah yang sentiasa menjadi kebiasaan mereka dua beranak itu. Abahnya pula solat subuh berjemaah bersama jemaah surau dihujung kampung. Suasana menjadi sayu seketika, usai berdoa masing-masing seolah mengelamun sendiri, baik Taufiqah mahupun Puan Suraya. Entah sampai mana fikiran menerawang. Sehinggalah akhirnya Taufiqah lena diriba ibunya dengan telekung masih dikepala. 

'Penat sangatlah tu semalaman dalam bas' ..Getus hati Puan suraya.


Mata digosok perlahan-lahan. Taufiqah sedar sudah berada di katil ibunya. 
Ya Allah.dah pukul 9.00 pagi rupanya. 
Haish, boleh pulak aku lena balik .. Penat sangat rasanya.Taufiqah mengatur langkah menuju ke dapur.

“emm..sedapnya bau tumis nasi lemak ni..dari bilik dah bau bu..”

“Jom makan long,panggil abah kat luar tu..”Puan Suraya memuncungkan bibirnya ke arah depan rumah. 

Sibuk betul Abahnya menyapu daun pokok jambu air yang luruh di perkarangan rumahnya. Untung ibu dapat suami rajin macam abah. Eh, abah aku jugak.bukan orang lain pun. 

“Bu, angah dengan adik mana? Sunyi aje tak dengar suara nyaring adik tu. Rindu pulak nak jumpa diorang. Tak silap along dah dekat 3 bulan tak jumpa mereka. 

“ Angah ada tamrin kat sekolah katanya. Adik kat rumah Mak su sebab paksu pergi Jepun seminggu.”

“Owh. Bestnya Jepun..”

Jepun. 
Negara Doraemon dan Nobita. 

Tiba2 teringat seorang kawan aku yang berada di Jepun. Si kembar yang soleh dan cemerlang..Selalu saja bila aku sebut tentang sakura, dia janjikan aku bawa balik kuih sakura dari sana..tak jugak2 sampai..haha

Jepun. walaupun aku tidak pernah jejak kaki ke sana. ia tetap menjadi 
negara yang aku rindu kerana bunga sakuranya. Meskipun sakura hanya mekar 7 hari dalam setahun. Tetapi musim bunga itu mampu jadi daya penarik pelancong untuk berkunjung ke sana. Termasuklah aku. Entah bilalah boleh sampai ke sana..

***


No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com