Friday, February 28, 2014

Hanya satu kali | 13

Taufiqah berkira-kira untuk memilih meja di level 3 , meja paling hujung untuk mencari privasi..
Kaki diatur ke ruangan rak pengajian Islam..Mencari buku fikrah yang sudah di list di kepala..
Harapnya jumpa!

Eh,tetiba terjumpa hadek2 sedang berkonferens riang dan gumbira.
Ohh lama tak jumpa solehah. Makin comel dia.secomel diriku. *eh, tersasul.. :p

Dan, aku beruntung kerana rupanya mereka sedang membincangkan topik bukan biasa2..tapi sedang berkongsi tentang buku Petunjuk Sepanjang Jalan, juga karya Sayyid Qutb.. Allahurabbi, betapa beruntungnya..


Adik solehah yang aku kagumi sedang khusyuk bercerita, sesungguhnya dakwah Islamiyah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW merupakan mata rantai terakhir dari rangkaian dakwah dan seruan ke jalan Islam yang telah berjalan lama dan jauh di bawah pimpinan para Rasul dan utusan-utusan baginda.Maka dengan itu, kita2 ni lah yang perlu menyambung mata rantai perjuangan rasulullah s.a.w.. Pada keseluruhannya umat manusia itu, kecuali beberapa gelintir yang ingkar pada dasar ketuhanan dan tidak menafikan wujudnya Tuhan,
tetapi sama ada mereka hanyalah tersalah pilih di dalam peringkat awal mengenal hakikat Tuhan yang sebenar atau 'terleka' dipertengahan jalan..
Hurm..memang benar.
Akhirnya manusia tu akan kembali juga pada fitrah.
Iaitu bergantung pada Tuhan.

Dan. 
Ketahuilah bahawa Islam itu, sebenarnya mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
Dengan pembinaan umat islam itu berdasarkan kaedah dan panduannya, takdenye nak semberono buat hukum sendiri..buat2 pandai ikut kepala sendiri..

Rupanya, buku haazadden yang kucari, buku Petunjuk sepanjang jalan yang aku dapat.. Manisnya, dapat pula perkongsian daripada adik solehah :)

Last but not least, sebelum aku berlalu ke rak buku utk mencari apa yang dihajati, suka utk aku kongsikan sedikit ayat yg dibaca merdu dari kak Aiman. Surah Ali Imran ayat 110.

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk
manusia, menyuruh kepada yang maaruf, dan mencegah dari yang
mungkar, dan beriman kepada Allah...”

Umat terbaik.umat terbaik dan umat terbaik..
dah banyak kali ulang2 ayat ni..dan perlu juga kali ini aku ketuk memori utk fahami maksud disebaliknya..Indah bagi jiwa2 yang memahami. Tergalas di pundak tanggungjawab utk sama2 kita pikul. Allah.. T.T

Dakwah bukan utk org yang lembik.dakwah bukan untuk orang yang malas.
Ganjarannya.
Nah..Allah tawarkan jual beli yang sangat menguntungkan bagimu..
*sekali lagi potong bawang berkilo-kilo..

Taufiqah kemudiannya minta diri sambil melangkah longlai ke level 3 Library.
Dibeleknya buku nota kosong..
Tanpa sebarang tulisan.
Dan sebenarnya sedang berfikir-fikir, mungkin dirinya ibarat kertas kosong itu, menunggu untuk dituliskan ‘sesuatu nukilan yang indah’


 ***

Tuesday, February 25, 2014

Hanya satu kali | 12

Hurm, macamana ni ye..Otak Taufiqah ligat berfikir solusi.. sambil dalam hati tak putus-putus berdoa dan berharap ada kenalan yang melalui jalan tersebut.. Rancangan ke library mungkin terpaksa ditunda kalau tiada sapa yang tolong..

10 minit kemudian, tiba2 ada seseorang muncul.. Dari jauh lagi Taufiqah nampak kelibat manusia bermotosikal. Berjacket hitam dan pakaian serba hitam berhelmet  HJC full face dengan visor rainbow membuatkan orang yang terselindung itu tak dapat dikenalpasti..

Ohh..Scarynya..
Dia ni jahat ke baik?..takutnya aku.. Dalam otak dah fikir macam2 idea untuk mempertahankan diri..kononnya aku bakal bertukar ninja kalau laki tu cuba menyerang.
yela kan..dah la aku ni perempuan..tersadai pulak tepi jalan dengan motor yang rosak.. 

Taufiqah menggeledah beg galasnya untuk mengeluarkan payung.. At least kalau jadi apa2, dapat juga Taufiqah ketuk dengan payung tu..

Dia berhenti. Oh, betul2 motornya parking depan motor Taufiqah.

Tanpa mengangkat visor helmet, dia bersuara.

" Assalamualaikum, kenapa dengan awak ni?" Tanya lelaki yang berjaket hitam tersebut..

**Er, bagi salam la pulak mamat ni, Baru je tadi aku ber suu' dzon dengan dia.. 

Emm..Tapi kan kadang2 kita perlu juga berwaspada untuk keselamatan pribadi..

"Waalaikumussalam, motor saya habis minyak.." Jawab Taufiqah ringkas sambil angkat tangan meneduhkan muka untuk berselindung dari panas terik matahari.

"Owh...." 

Lelaki tersebut kemudiannya mematikan enjin motosikalnya. Dia menongkatkan motosikal
dan membuka seat. Dicapainya satu botol 500 ml lalu dihulur padaku.


" Ambil minyak ni, sikit je, sebab memang saya spare kan in case ada kecemasan macam ni, saya rasa cukup kot untuk awak sampai ke stesen minyak berdekatan."

Er, er... Teragak-agak juga aku nak ambil..Tetapi disebabkan terdesak, aku sambut juga botol yang berisi petrol RON 95 tu..

"Terima kasih ya..."ucap Taufiqah.

Dia angguk lalu meluncur laju menyelusuri jalan raya..

Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah melalui perantaranya, sampai juga aku ke perpustakaan..meskipun banyak ranjau dan halangan..

Sebenarnya,setiap apa yang berlaku tu tidak akan pernah kebetulan.. Ia sudah tertulis dan sudah pasti ada hikmah tersembunyi..

Senyum. 
Dan aku masih mencari gali hikmah tersebut.


***

Friday, February 21, 2014

Hanya satu kali | 11

Oyeah..hari ni hari sabtu. Pejam celik pejam celik sekejap saja seminggu berlalu.
Mengambil peluang ke library untuk memberi ruang pada diri sndiri menyedut pengisian dari buku2 fikrah islamiyyah..

Ada cadangan buku yang menarik daripada Sis Hana.. 

buku Haadzaddeen  (Inilah Islam) karya Sayyid Qutb.
Tak tahulah jumpa ke tak kat library nanti.. 

Sis Hana kata, buku ni ditulis ketika ahli ikhwan ditangkap beramai-ramai, ketika ikhwan ditekan dengan teruk oleh rejim Jamal Nasir. Bila Sheikh2 ikhwan tu ditangkap, yang tinggal hanyalah orang-orang muda ataupun orang-orang masih baru dan kurang pengalaman. Jadik nya, mereka ni menghadapi kesukaran untuk mentadbir.. 

gitulah gamoknye sedikit sebnyak..aku belum baca lagi buku ni.. Kak Hana yang cerita sikit2.. Katanya, buku ni ditulis oleh sayyid Qutb untuk betulkan pemahaman ekstrim orang-orang 'baru' tadi tentang tabiat islam. Inilah islam yang sebenarnya! so, aku kenalah carik jugak sampai dapat.. Tak gitu?

Dengan azam yang berkobar-kobar, aku menaiki motosikal kesayangan yang hensem lagi bergaya berwarna Hitam hijau yang di beri nama Al- banna. 

Bukan sukasuki bagi nama..cuma,supaya nanti apabila aku menunggang motosikal tersebut, akan turut termotivasi dengan cara pengurusan masa As Syahid Imam Hassan Al banna..Pergi kemana sahaja dengan melakukan perkara berfaedah.So, sebab tu lah moto aku nama Banna!

Sangat terkesan dengan kata2 Imam hassan Al banna dalam wasiatnya yang terakhir...

"Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada, oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya."

Maka dengan itu, aku yang selalu 'lagha' dengan urusan2 duniawi ni sekali lagi rasa terketuk,tersedak dan terbatuk dengan wasiat tersebut!! Allahurabbi...tarik nafas dalam-dalam.

So,dengan bertakbir dan membaca doa naik kenderaan mengikut sunnah baginda s.a.w sebelum memulakan perjalanan, Taufiqah meluncur terus ke library. Kali ini dia bersendiri. Lily dan Nazira tidak ikut sama.. 

Kononnya nak luangkan masa bersendirian bercinta dengan buku..ngehehe.. gigih je bunyinye..

Di pertengahan perjalanan, tiba2 sahaja motosikal yang dinaiki Taufiqah mati enjin..ter berhenti di tepi jalan.

'Alamak, kenapa pulak ni..mati tetiba tengah jalan..dah la sunyi jalan ni...' monolog Taufiqah kehairanan.

YaAllah! Lupa pula, meter minyak motosikalnya rosak..rupanya minyak dah habis, tapi meter tak detect.. Allahu...

Taufiqah mencari cari telefon bimbit dalam beg galas 'pink' nya untuk dial nombor Nazira supaya boleh nanti Nazira menjemputnya di sini..

Akan tetapi,panggilan Taufiqah berbalas suara operator,

'Baki wang anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan....'

Tuuuu diaaaa..time ni jugak dia nak takde kredit..huhu.


 ***



Wednesday, February 19, 2014

Hanya satu kali | 10


“Rindunya kat kawan saya yang sorang ni..” Taufiqah memaut leher lily lembut . Taufiqah bukan boleh berenggang lama dengan Lily..

Lily memegang tangan taufiqah lalu memandang mukanya sambil tersenyum..

“saya tahu awak mesti rindukan muka saya yang comel ni kan?” hahaha..galak Lily mengusik Taufiqah.

“Eleh, perasanlah pulak awak ni.saya rindu mata sepet awak,pipi tembam awak.tahi lalat awak tu...”pantas tangan taufiqah mencubit dengan kuat pipi lily yang semakin hari semakin tembam tu.

Mengaduh lily menahan sakit sambil menggosok-gosok pipinya..

Suasana kelas seperti selalu,walaupun cuti hanya hujung minggu, pasti suasana gamat dengan suara-suara classmate Taufiqah. 

Masing-masing ada sahaja cerita yang mahu dikongsikan. Baik topik ayam bertelur sampailah topik kucing beranak. Semua ingin diceritakan. 

Tak kurang jejaka-jejaka turut sibuk dengan topik games, karaoke, komik and girlsss!

Taufiqah hanya menggelengkan kepala dengan kerenah classmatesnya. Taufiqah kemudian parkingkan diri dikerusi kosong ditengah-tengah antara Lily dan juga Nazira. 

Itulah tempat yang selalu Taufiqah duduk. Bagaikan sudah dibooking dan ditagging nama 'Lily, Taufiqah, Nazira.'

Tidak tertukar dari awal semester sampailah sekarang. Orang lain pun tak kacau dah tempat duduk itu. 

Cuma hari ini seat depan taufiqah berganti orang. Tiba-tiba pula ‘Ostad’yang duduk. Biasanya Deffrey  yang selalu mengacau Lily yang akan mengambil tempat itu.

Taufiqah mengintai-intai juga kelibat Deffrey. 

‘oh, duduk belakang rupanya dia, sebelah Allana Lim . Agaknya dah fed up kot,Lily tak layan dia’ getus hati Taufiqah sambil tersenyum sendiri.


“Err,maaf..boleh tak ke kanan sikit? Saya tak nampak slide..” Taufiqah mengetuk kerusi ‘Ostad’ dengan hujung pen beberapa kali. 

Iyalah, 'tinggi' Taufiqah 153cm, tinggi ‘Ostad’ macam tiang elektrik..mana nak nampak slide kalau dah terlindung macam tu. Kalau deffrey duduk depan tu tak menghalang sangat sebab deffrey tu keding aje. macam lidi satey. Hissy sedap aje mengata orang. Sorry lah deffrey, nanti lepas ni aku mintak maaf ya..sempat lagi taufiqah bermonolog.

Si ‘Ostad’ menoleh sedikit ke belakang lalu mengucapkan maaf, kemudian ditarikkan sedikit kerusi ke sebelah kanan.

‘Maaf ye Amani’..

Bagaikan kena pukau..taufiqah rasa macam first time dengan suara Ostad Uqashah tu. First time jugak tengok muka dia dalam jarak kurang semeter. *Erk?

Sepanjang 3 tahun aku belajar di sini, tiada lagi yang panggil aku nama Amani.. Taufiqah, @ Fiqah sahaja yang meniti dibibir-bibir temannya. Tiba2 si Ostad tu panggil dia Amani. Memanglah nama aku Nur Taufiqah Amani, tapi...Haish, Ostad ni dah kenapa..? 

Suara pulak macam Aaron Aziz. *tergugat?? haha =.=

Mana ada...fokus3 Taufiqah!!Lecturer kat depan tu. Istighfar3..


Erm..lagipun,
Ostad tu bukan calang-calang orang. 
Budak-budak kelas panggil dia 'Abg Ostad' sebab dia selalu pergi masjid.cukup menitikberatkan soal ikhtilat.. Walaupun dia satu fakulti, tapi boleh kira dengan jari berapa kali dia bercakap dengan perempuan. Itu pun ‘Tumpang lalu’, ‘boleh tak pinjam buku’, ‘ Macam mana dengan assignment’.. 

Haa, sampai macam tu sekali kan? Tapi si ostad tu nampak je pendiam, tapi bila dengan geng2 kopiah, aktif pulak dia..gerak kerja itu ini, program sana program sini..naik turun pejabat pentadbiran hantar kertas kerja untuk suburkan program2 ilmiah di Universiti kami.

Tapi kan, bila fikir2 balik..kalau nak ikutkan, aku pun bukan bercakap sangat dengan insan bernama lelaki suka-suka hati aku,time gerak kerja program,bincang kerja kumpulan atau pun nak minta tolong something yang bukan kepakaran orang perempuan.Itu pun menebalkan muka sebanyak 5 cm..sambil berlagak cool :p

Akan tetapi. Fitrah lelaki dan perempuan itu sebenarnya tetap saling melengkapi. Takkan pernah boleh bergerak sendiri..aku tak tipu!! ini serius dua rius!


***


Friday, February 14, 2014

Hanya satu kali | 9

Soalan abah dibalas bisu.
Hanya gelengan laju ku berikan. 
Hembusan nafas berat kulepaskan. Terasa dada sesak bila di asak soalan soalan berkaitan perkara berkenaan.

Belum masuk agenda utama aku pulang ke kampung halaman. 
Kalau ikutkan, bukannya cuti panjang. Cuma 4 hari. Sabtu Ahad Isnin selasa. 
Tetapi, Cuma ingin menjaga hati ibu. Teman baik ibu ingin kenalkan anaknya denganku. Kuturutkan sahaja kerana masuk kali ini sudah 2 kali aku memberi alasan!


Esok adalah harinya,puan suraya kata anak kawannya mahu berkenalan kenalan sahaja, kalau ada jodoh, adalah. Puan Suraya tidak suka memaksa. Dia tahu anaknya bagaimana.

Hahaha,untuk soalan yang esok..
malam ini mungkin aku sudah ada jawapan. Jawapan untuk aku katakan ‘Tidak’.Aku belum bersedia. Bolehkah begitu?? istikharah tanpa istisyarah??

Erm.kali ni terpaksa perah otak untuk berfikir.
Susun ayat cantik2 untuk jaga hati ibu esok.

Dan mungkin Puan suraya juga seakan tidak berharap jawapan positif daripada anak daranya kerana dari awal lagi Taufiqah sudah menunjukkan riak tidak berminat dengan isu yang dibincangkan.

“ Bukan apa bu, Ibu tau kan along macam mana? Lagi pun along baru 23 tahun, belajar pun belum tamat. Tunggu nanti Along habis belajar baru along nak fikir soal kahwin-kahwin ni ya. Tunggu along kerja dulu. Nak balas jasa ibu dan abah dulu...” Mungkin belum masanya lagi untuk Taufiqah fikir semua itu.

Ibu bukannya nak paksa. Lagipun along anak sulung. anak harapan..kalau boleh ibu nak melepaskan along dalam keadaan along dah matang untuk berkeluarga.

hurm. entah.

Belum masanya untuk aku serahkan belahan hati untuk insan bernama lelaki. Belum masanya.Fullstop! End of the topic! *eh?yeke



***


Thursday, February 13, 2014

Hanya satu kali | 8

‘Ahh..bestnya’ badan taufiqah dilabuhkan di atas katilnya..


Terasa begitu selesa sekali. Meskipun tilamnya tidak selembut tilam Dunlope namun ia sudah cukup memberi keselesaan buat badannya tatkala ini..
Biarpun kadang kadang nyamuk gigit-gigit manja pipinya, tidak langsung mengganggu mood rehat Taufiqah.Wahh..Nyamannya.


Malam ini tidak perlu pasang kipas. Hujan lebat diluar menyebabkan udara sudahpun dingin. Kilat yang seperti flash kamera kadangkala memancar dalam kepekatan malam.Package pula dengan kilat, semestinya guruh juga tidak kurang hebatnya mengeluarkan bunyi kuat berdetum sehingga mampu meluruhkan jantung sesiapa yang mendengarnya.

Sudah pukul 11 malam.

Ibu dan abah mesti sudah masuk tidur. Adik lagilah. Mesti dah dua kali bermimpi agaknya.


Erm.. Tiba2 Taufiqah teringat persoalan abahnya di kebun tadi.

“ Along, ada seseorang telefon abah. Dia ingin berkawan dengan Along...”

Seakan tape, mindaku rewind ayat abah berulang-ulang kali.

Aku hanya diam. 

Diamku tanda aku kurang selesa. Malu pun ada dengan abah. Selalu saja begitu. Entah apa agaknya abahku fikir..


Tapi sebenarnya ayat abah yang terakhir lagi membuatkan jiwaku tersentap.

“Kat kampus, Along bercintakah??”



*gulp.
***

Good Bye Ho Chi Minh

22/01/2014

Dah nak balik esok..Sekejap la pulak masa berlalu.. 
So, sisa masa yang ada ni kami singgah War Remnants Museum..

Museum yang menceritakan sejarah perang Vietnam, bagaimana vietnam boleh dijajah dan kenapa negara Amerika nak sangat jajah Vietnam ni.. Untuk tahu details, sebenarnya kena baca satu2 board yang ada di museum tu di tingkat satu hingga tingkat 3.. Hehe..bab2 sejarah ni susah sikit nak explain.. for sure, kalau dah nama perang tu memang sangat2 tragis la. Tambah2 lagi skrg baru 2nd generation after war insident. Kesan Agent orange masih lagi dirasai oleh rakyat vietnam..

And the most interesting part ialah bila ada seorang rakyat vietnam memberanikan diri hantar sendiri surat kepada Presiden Barack Obama. Pergh..ini semangat pemuda yang kita mahukan..
Pertahankan hak rakyat.. :p

Selesai melawati sudut2 dalam museum ni, aktiviti biasa ialah mengambil gambar..



Dah habis ke Museum, kami teruskan agenda membeli belah. Kain murah sgt kat sini..So, beli siap2 untuk satu family..ngehehe..

Aktiviti yang terjadual sampai jam 3 petang sahaja..Jadinya waktu yang selebihnya kami manfaatkan untuk meronda2 sekitar kawasan hotel.. Banyak kedai kedai untuk 'disinggah' dan 'dihabiskan' duit.. Shopping kat sini senang. Boleh guna 3 matawang.. Dong Vietnam, USD, dan RM.. So, senanglah nak plan budget.. 

Tapi, aku cuci2 mata gitu jela.. Duit aku bukannya penuh poket untuk Shopping sakan..Lagipun tujuan utama nak datang sini pun sebab nak kenal negara orang.. So, ole2 buat kawan2 sedara mara tu, aku beli sekadar mampu je.. Untuk sape yg tak dapat tu jgn kecik hati ye.. Aku hadiahkan travelog ini utk kenang-kenangan..hehehe.

Dinasihatkan kepada yang bakal ke vietnam, sila rancang kewangan anda baik2.. barang kat sini murah3 sehinggakan rambang mata sangat nak beli itu dan ini.. So, list la betul2..sebab kalo dtg sini bawak 1k pun habis sebab banyak 'terpengaruh'.. :p

Esok kami dah nak balik..jadinya manfaatkan hari2 terakhir untuk mengenali suasana sekeliling..banyak ibrah yang boleh ambil. dan banyak perkara yang boleh kita pelajari..dan apa yang penting, sejauh mana kita pergi..Malaysia tetap Dihati..

1 Malaysia!!!
yeah.
Bumi bertuah yang patut disyukuri.

oke, sampai situ jela dulu travelog jelajah INSPIRASI ke vietnam..
Moga mendapat manfaat. Maaf dihulur andai sepanjang perkongsian jelajah Ho Chi Minh melukakan hati sesiapa.

Doa kan untuk ke Mekah pula, seterusnya Amsterdam untuk nikmati Tulips di Keukenhof garden.
Biiznillah :)


last but not least..kenangan kat sana teramatlah indah.. bila godek2 gambar satu folder, gambar yang paling buat aku touching ialah gambar ni
'Sidang kami sudah berakhir'
JMK bongsu..
dan sekarang, mereka teruskan perjuangan atas nama MMK sulung..haha
Orang kuat terr..
YDP : Aqilah 
NYDP : Husna 
BENDAHARI : Afifa
Moga terus kuat dan bersatu hati..

Special thanks to JMK 1213..
Hairieyl,kak emy, mariduan, suriati, nisa, adonis, fred, kak pikah, kak nita, shirley, anip, sufia, munirah, aziemah, shidi, shah, kak asiah, ipin, rarai, yoke, shiuman, faiz, moon, hanis, aina, pah, abg daus, wahyu, sahli, fiqry, Azrin, Paan dan tidak lupa pada Usamah..


Wednesday, February 12, 2014

Hanya satu kali | 7

Abah sudah mengelap manik peluhnya didahi. Selesai menyapu halaman rumah, abah membasahkan tekaknya dengan air sejuk.. 

Sambil tersenyum abah menghulurkan tangannya bersalam dengan Taufiqah. Iyalah, nama aje sampai sebelum subuh,pukul 10 pagi baru nak bersua muka.

“Nak ikut abah pergi kebun tak?Rambutan gading tu dah masak pun.”


“Nak nak!” laju sahaja taufiqah kalau bab- bab rambutan ni. Nasib baik sample final year projek tak buat kulit rambutan. ahhaha..

Taufiqah menjinjit bakul bersiap sedia untuk ke kebun.

“Along, ni haa..” Puan suraya sudah menjerit dari pintu dapur sambil menunjukkan guni putih yang ada ditangan, besar sikit nak isi rambutan.Mana cukup kalau sekadar membawa bakul macam nak pergi pasar tu.

“Menjunjung perintah, ibunda.” Taufiqah sudah meletakkan tangan kanannya dihujung kening seperti gaya seorang askar yang ingin terima watikah pelantikan.


Singgah sebentar rumah maksu. Adiknya, man tu bukan boleh ditinggalkan kalau nak ke kebun. Nanti merajuk pulak nanti. Sudah Tingkatan 1 masih lagi manja!


Taufiqah dan man ternganga nganga menunjukkan reaksi over excitednya apabila melihat buah rambutan gading yang sudah berwarna kuning itu lebat di atas pokok. Lebatnya sampai dahan pokok sudah turun kebawah disebabkan terlalu berat menampung buah yang banyak.

Apa lagi, teruja lah taufiqah mengaitnya. Dibantu oleh assistant yang baru sahaja dilantik, Man mula menjalankan tugas untuk mengutip buah-buah yang jatuh..


“Along, dahlah tu..dah banyak sangat dah ni. Mari sini nak..abah nak cakap sesuatu” abah menepuk-nepuk papan lantai pondok yang dibinanya 2 tahun lepas.

Taufiqah melabuhkan punggungnya disebelah abah. 

Sambil mengopek kulit rambutan gading, matanya sibuk melilau-lilau melihat rambutan yang masih banyak pada pokok itu..Sedang adiknya memasukkan rambutan ke dalam guni putih. Rambutan yang masuk dalam guni sama banyak dengan yang masuk dalam mulut Yusman..


Tanpa sedar, hari sudah zohor.
Mereka berkemas-kemas dan membawa pulang seguni rambutan untuk bahagi-bahagi pada jiran. Kalau nak harapkan mereka sekeluarga, tak habis nak makan juga rambutan tu. 

Sedekah pada jiran-jiran dapat juga mereka merasa sekali. Disamping dapat mengeratkan hubungan kejiranan.bukan orang lain pun, balik-balik semua jiran tu saudara mara juga.Takkan lari pun gunung dikejar. 
*Ehh, tetibe? Tiada kaitan lansung!


***

Monday, February 10, 2014

Hanya satu kali | 6


Alhamdulillah, syukur dipanjatkan padaNya.

Sebelum iqamat subuh di surau, sampai juga Taufiqah ke kampung halamannya.
Perjalanan yang memakan masa 7 jam itu akhirnya berakhir dengan selamatnya.Ibunya baru selesai mandi dan berwudhu segera disalaminya.

“Ha, bu..Taufiqah dah sampai ni taknak peluk cium ke?”

“ Tak nak lah ibu..pergi mandi gosok gigi dulu baru ibu nak peluk..” Puan suraya tersenyum sambil menggeleng-geleng kepala. Mesti pening kepala Puan suraya melayan kerenah Taufiqah sorang.


Taufiqah meletakkan beg di bilik. Sejurus kemudian, muncul semula di bilik Puan suraya untuk berjemaah subuh sekali. 
Peluang yang tidak sepatutnya dilepaskan. Bahkan itulah yang sentiasa menjadi kebiasaan mereka dua beranak itu. Abahnya pula solat subuh berjemaah bersama jemaah surau dihujung kampung. Suasana menjadi sayu seketika, usai berdoa masing-masing seolah mengelamun sendiri, baik Taufiqah mahupun Puan Suraya. Entah sampai mana fikiran menerawang. Sehinggalah akhirnya Taufiqah lena diriba ibunya dengan telekung masih dikepala. 

'Penat sangatlah tu semalaman dalam bas' ..Getus hati Puan suraya.


Mata digosok perlahan-lahan. Taufiqah sedar sudah berada di katil ibunya. 
Ya Allah.dah pukul 9.00 pagi rupanya. 
Haish, boleh pulak aku lena balik .. Penat sangat rasanya.Taufiqah mengatur langkah menuju ke dapur.

“emm..sedapnya bau tumis nasi lemak ni..dari bilik dah bau bu..”

“Jom makan long,panggil abah kat luar tu..”Puan Suraya memuncungkan bibirnya ke arah depan rumah. 

Sibuk betul Abahnya menyapu daun pokok jambu air yang luruh di perkarangan rumahnya. Untung ibu dapat suami rajin macam abah. Eh, abah aku jugak.bukan orang lain pun. 

“Bu, angah dengan adik mana? Sunyi aje tak dengar suara nyaring adik tu. Rindu pulak nak jumpa diorang. Tak silap along dah dekat 3 bulan tak jumpa mereka. 

“ Angah ada tamrin kat sekolah katanya. Adik kat rumah Mak su sebab paksu pergi Jepun seminggu.”

“Owh. Bestnya Jepun..”

Jepun. 
Negara Doraemon dan Nobita. 

Tiba2 teringat seorang kawan aku yang berada di Jepun. Si kembar yang soleh dan cemerlang..Selalu saja bila aku sebut tentang sakura, dia janjikan aku bawa balik kuih sakura dari sana..tak jugak2 sampai..haha

Jepun. walaupun aku tidak pernah jejak kaki ke sana. ia tetap menjadi 
negara yang aku rindu kerana bunga sakuranya. Meskipun sakura hanya mekar 7 hari dalam setahun. Tetapi musim bunga itu mampu jadi daya penarik pelancong untuk berkunjung ke sana. Termasuklah aku. Entah bilalah boleh sampai ke sana..

***


Sunday, February 09, 2014

Jelajah Ho Chi Minh | 4

Next day ( 210114)

Hari ini, kami pergi 2 tempat. Perkampungan Mekong dan juga Vietnamese water puppet show..

pengalaman yang sangat2 awesome.
Sungai Mekong yang sangat femes kerana keluasan dan kedalamannya.
Kalau nak pergi Malaysia lalu sungai Mekong ni pun boleh..Tak tipu pun.. Harry yang bagitau info ni.. :)

Kami menanti di jeti menunggu ketibaan bot kayu yang akan bawa kami menyelusuri sg mekong ni..2 bot untuk memuatkan rombongan kami yang seramai 49 orang ni.. :)

Angin bertiup sepoi2 bahasa membuatkan kami semua tenggelam dalam khayalan melayani permandangan sungai mekong.. Sungguh! indahnya ciptaan Allah.. Sungai yang dihiasi teratai yang timbul tenggelam menambahkan lagi 'keunikan' Sg Mekong ni.. Patutlah Vietnam terkenal dengan teratainya..dan Mekong itu sendiri maksudnya (cantik) dalam bhsa vietnam..no wonderlah..sebab Sungai nya pun dihiasi teratai2 yang cantik.. :)



Then, sampai sudaa kat perkampungan Tour Guide kami, Christine..Perkampungan Mekong ni kampung dia rupanya..

Singgah 'The coconut Candy Shop'..dapat candy percuma..panas2 lagi..best sangat. :)
"boleh beli..murah-murah .. " ramah vietnamese melayan kami..macam2 flavour ada..

Jalan2 lagi..shopping ole2 sikit untuk bawak balik kat family n kawan2..then, kami berhenti kat tempat penghasilan madu asli..fresh2 dari sarang lebah..
Dijamu honey-tea..sangat2 sedap bila dicampur dengan limau nipis. apa lagi bertambah dua tiga kali..haha..alang2 dia bagi satu teko..

kalau nak rasa buah-buahan tempatan, kat sini bnyak sangat..Macam kat Malaysia jugak, ada buah naga, ciku, nangka, nenas, jambu, betik dan macam2 lagi..diiringi alunan lagu tradisional dan berpeluang dengar lagu " Rasa Sayang" versi vietnam..

habis sudah makan2..kami menaiki sampan kecil untuk ke susur keluar dari perkampungan ni.. 
Bila melihat kehidupan penduduk Mekong ni, sangat2 menyentuh hati.Setiap satu keluarga ada satu sampan kecil sebagai kenderaan utama dan juga sebagai sumber mencari rezeki. 1 sampan yang kami naik ni tiada tambang khusus yang perlu kami bayar, cuma perlu bagi tip seikhlas hati.. Betapa gigihnya mereka, tidak kira muda atau pun yang sudah berusia, tetap kuat mendayung sampan untuk kami demi menyara keluarga.. Teringat kata2 Christine, " Orang Malaysia cukup2 kaya, makan 3 kali sehari.. Kami orang mekong, makan 2 ekor ikan untuk satu family..."
Sekali lagi, pesan pada diri.. " MAKA,BERSYUKURLAH !!"


yeah, akhirnya kami sampai ke Bot kayu tadi..nice experiences here :)



menuju ke satu2nya restoran Halal di Mekong untuk lunch :)



kemudian, bertolak semula ke jeti memandangkan petang nanti ada agenda lain pula di Ho chi Minh city.. :)

We'll miss Mekong River..

Selepas menyelusuri sungai, kami naik bas meneruskan sisa perjalanan 2 jam lagi utk kembali ke Ho Chi Minh city..
Singgah bersolat jamak qasar, kami meneruskan next activity, 

Yang ni membuatkan aku curious pada mulanya, 
'Vietnamese water puppet show'
Time tu dalam fikiran aku, macamane la agaknya diorang buat puppet show dalam air..Rupanya diorang berendam dalam air yang paras pinggang untuk mebuat persembahan puppet yang terdiri dari 17 stories,berkisar tentang kehidupan orang2 vietnam.. Dan, team water puppet show ni dah buat banyak persembahan ke serata negara.. *Tapi macam tak pernah diorang sampai Malaysia lagi.. *eh, ke aku yang ketinggalan??


Sedikit bingkisan..Sebahagian dari perjalanan puppet show yang sempat dirakam..jemput tengok, takde kat Malaysia nie :)



Jelajah Ho Chi Minh | 3

Oke, sambung jelajah hari kedua.. Ke terowong Chu Chi atau lebih femesnya Chu Chi Tunnels..
Datang sini buat kami terlopong mendengar penerangan tour guide kami mengenai singkapan sejarah dan strategi-strategi perang askar-askar vietnam demi mempertahankan tanah air daripada jajahan Amerika. Dari Independence Palace, perjalanan kira-kira 2 jam ke 3 jam.. (*lupa dah..yang penting lama dan sempat lagi kami merehatkan mata dalam bas ) hehe..

Sesampainya kami disana, setelah membeli tiket kami masuk ke satu lorong yang menghubungkan kami ke " kawasan tinggalan perang ".. Ada sedikit taklimat ringkas berkaitan pembinaan terowong-terowong tersebut dan struktur keseluruhan terowong tersebut. Apa yang sempat tangkap sepanjang taklimat tu ialah berkaitan chamber terowong. Ada 3 peringkat terowong..pertama kedalaman 3 meter, kedua kedalaman 6 meter yang yang paling bawah kedalaman 9 meter dari permukaan tanah.. manarik kan? Setiap chamber tersebut ada bunker-bunker yang dijadikan dapur, bilik, tempat rehat dan tempat berkumpul. Chamber kedua untuk melarikan diri dan chamber ke tiga adalah terowong yang keluar hingga ke sungai..Yang Syoknya dapat tengok video 'hitam putih' tentang strategi perang tentera vietnam.. Dalam hati rasa macam.. ' pergh..hebat!'


Kami singgah ke beberapa perhentian yang merupakan tunnels yang menghubungkan dari satu tempat ke satu tempat.. dan untuk pengetahuan..panjang terowong tersebut ialah 200km.. sangat2 panjang sedangkan kawasan yang kitorang pergi tu macam tak luas sangat.. 

"Apa yang menjadikan keseluruhan terowong tersebut panjang ialah terowong ini dibina dalam bentuk Zick zack supaya mengelirukan pihak penjajah " keterangan Christine sekali lagi buat kami rasa.. ' Oh, no wonderlah...

Oke, ini terowong pertama.. nampak tak betapa sempitnya tunnel tu. lebih kurang 3 jengkal je lebarnya.. nampak tak strateginya kat situ.. Tujuannya hanya orang2 slim je yang boleh melepasi terowong tersebut.. Strategi ini digunakan sebab jelas-jelas orang vietnam memang slim dan penjajah Amerika badannya besar2..so, Diorang tak berjaya melepasi terowong ni..

Yang bestnya, kami boleh cuba sendiri masuk dalam terowong ni.. 
dan.
aku pun tak lepaskan peluang yang datang hanya sekali ni..

nak masuk senang je..nak keluar kemain lagi susahnya. because of kekurangan inci, jadinya aku kena gigihkan sikit untuk melonjak keluar. Thanks to raihana dan aina yang menolong aku keluar..haha.. *tak leh lupa.. :p

kami teruskan perjalanan.. jalan kaki tak rasa penat sebab setiap perhentian tu macam2 benda menarik.


ini dia salah satu strategi perang. kepada yang berminat..sila take note. 
War trap ni terdiri dari pelbagai jenis..nampak tak lubang2 dalam gambar kat atas tu?
setiap satu lubang tu ada perangkap yang sangat2 menggerunkan.. Ada macam macam jenis perangkap..
See- saw trap, door trap, booby trap, rolling trap, slipping armpit trap, conical trap, durian trap pun ada..dan macam2 trap lagi..aku pun tak ingat dah nama dia.
pendek kata, kalau terperangkap kompem cedera parah atau mati.

Then, kami menuju ke pondok ruangan kerja buruh dan juga askar2 vietnam..tempat dimana mereka menghasilkan 'selipar perang'..

Fuyoo..selipar perang.1st time dengar askar berperang pakai selipar. Ini yang lainnya pada tentera vietnam, mereka berperang pakai selipar..biasanya tentera pakai Boot..

untuk buat selipar perang ni memerlukan kegigihan yang tersangat gigih (ayat hiperbola)

kenapa aku cakap macam tu?
1. diperbuat daripada getah tayar, sangat keras dan susah dibentuk..
2. memerlukan pisau yang betul2 cukup ketajamannya.
3. Bukanlah free size, tapi berbagai-bagai size ikut kaki
4. dibuat dalam 2 bentuk (satu ke depan dan satu lagi vice versa)



ni dia contohnya yang Harry pegang. sepasang selipar tu satu kedepan satu lagi terbalik..
betapa ber 'hazar'nya (berwaspadanya) tentera vietnam sehingga selipar pun dijadikan strategi.. supaya apabila berjalan, kesan tapak selipar menunjukkan dua arah yang berbeza dan sekali gus mengelirukan tentera Amerika.. Tu diaaaa.. idea diorang mencurah-curah keladang gandum. hebat sungguh pemikiran..

Sehingga sekarang, selipar-selipar getah ini masih dihasilkan. Buktinya, pekerja2 yang jaga Kawasan Chu Chi Tunnels ni semuanya beruniform hijau dan berseliparkan selipar getah ni.. :)

kemudian,kami teruskan lawatan ilmiah kami..
diberi peluang untuk menyelosori tunnel tu sendiri..sepanjang 200 meter kami merangkak dan membongkokkan badan masuk ke dalam.. Fuhh.. rasa macam tak cukup nafas..sebab ruangnya cukup sempit dan oksigen kurang..

Tapi alhamdulillah pengalaman yang sangat bermakna..
membuka ruang untuk aku bermuhasabah seketika..Agaknya inilah rasanya berada di alam barzakh.. jika tidak cukup amal, tambahan pula buat perkara2 lagha kat dunia,lubang kubur jadik sempit dan gelap..menakutkan..  *gulp..sila, insafkan diri.

satu lubang ni sebenarnya menyambungkan ke lubang-lubang lain melalui terowong2 tadi..
Satu lubang ni memerlukan 4 orang yang bekerja untuk mengoreknya.. Sangat rumit dan mengambil masa yang begitu lama.

kami khusyuk lagi mendengar penerangan Christine...
Orang pertama dan kedua berada diatas permukaan tanah meneruskan proses galian, orang ketiga pula berada di dalam lubang..mengumpul sisa2 galian tanah dan diletakkan dalam bakul.dan orang keempat, mengambil tanah yang sudah penuh di bakul dan berjalan kaki untuk membuangnya kedalam sungai..Ohh, gigihnya.. mereka melakukan kerja dengan trademark 
" we are together "..*eh, tetibe..haha

setelah penat berjalan jalan dan berpusing pusing..
kami berhenti untuk menembak..boleh guna M16 atau M 32.. harganya 10 USD per 10 bullets. sape nak cuba bolehla..

haa, yang ni pulak bom tinggalan perang..ada yang besar ada yang kecik, takdelah berat sgt dalm 50-250 kg je.. ameklah wat balik sorang satu ye..



last but not least, kami berhenti rehat dan minum petang 'vietnam tea and The Ubi kayu'..hahaha..Feeling duk kampung sekejap.

Sekitar jam 6 petang, kami makan malam dan balik ke hotel untuk berehat.. perjalanan yang sangat panjang dan perkongsian yang sangat menarik tentang sejarah vietnam.. betapa perit pejuang-pejuang negara, tak kira lah negara mana sekali pun, pasti akan bermati matian pertahankan negara tercinta daripada di jajah..

dan bersyukurlah.
Malaysia masih aman..*eh? 
Say Alhamdulillah. All praises to Allah

Saturday, February 08, 2014

Ho Chi Minh 2

200114 (Hari ke 2 di Ho Chi Minh City )

Seperti hari sebelumnya, kami berkumpul di Lobi hotel Hoang Hai Long 2.. Hotel 3 bintang yang servicenya cukup2 memuaskan hati..nanti kalo nak p vietnam sendiri-sendiri tak mampu rasanya nak tinggal kat hotel ni..around 48 USD per night per head. plus minus around RM 150 la..

Menunggu tour guide kami, Christine and Harry yang akan membawa kami berjalan-jalan tempat-tempat yang menarik di Saigon City..Hari ni kami di bawa ke Independence Palace dan Chu Chi Tunnel..Ala-ala lawatan sekolah, sebabnya tempat yang kami nak tuju tu sebenarnya tempat yang famous dan bersejarah di Vietnam ni.. :)


Berkumpul reramai sebelum masuk sambil bergambar adalah aktiviti yang tidak boleh dilepaskan.. 
biasalah, pergi tempat orang ni..sikit-sikit nak bergambar..nak buat kenangan katanya..


Oke, Independence Palace atau juga dikenali sebagai Reunification Palace, merupakan palace bekas president dan menjali tempat gathering and meeting bersama ambassadors..

Bangunan ni ada 4 tingkat, kami teroka setiap tingkat dan setiap part dalam ni..sangat2 cantik. 

"Bangunan Independence palace ni sebenarnya dibina menggunakan semua bahan yang dibuat di Vietnam sendiri, kecuali hanya lampu-lampu hiasan sahaja yang diimport dari eropah.." Kata Harry, tour guide kami..

Then kitorang macam.... " waah..hebat".. haha

Sambung Harry lagi.. "Kat vietnam..Di sinilah tempat menteri-menteri berkumpul untuk berbincang tentang isu-isu/masalah..Kalau kat Malaysia, Parlimen.. Dan vietnam cuma ada satu Parti.. Malaysia pula berbagai-bagai parti.."  Taadud Parti..*eh ?  :p

Ambassador Chamber
 sangat2 cantik dengan pencahayaan dari lampu yang mengelip..backround wallpaper yang menggambarkan kehidupan masyarakat vietnam..



And, this is cinema Hall. wah, siap ada cinema hall lagi dalam palace ni..


Ini Presidental Office. Tempat president bersendiri membuat kerja-kerja..



 Aha..yang paling menarik..Library ni.. menempatkan lebih 400 buah buku lama2..tinggalan sejarah.. sampai ada buku yang dah beratus tahun juga ditempatkan di perpustakaan ni.. Budak-budak pendidikan sejarah, jemputlah singgah ye.. :)




Sebenarnya bnyak sangat bilik2 menarik dalam bangunan 4 tingkat ni..tak larat nak cerita satu-satu.. ada ruangan kitchen, ada bilik kebal, ada ruang kerja kerani, ada tempat2 pameran kenderaan, tempat pameran barang2 lama, dan ada lorong rahsia..haha.. :p

okelah, penat menaip.untuk lawatan ke Chu chi tunnel akan disambung di entry seterusnya.. :)



 

Template by BloggerCandy.com