Wednesday, January 05, 2011

Into the light





" Allah is the protector
of those who have faith
From the depth of darkness
HE will lead them forth into light
of those who reject faith their patrons
are the evil ones: from light
they will lead them forth
into the depths of darkness
they will be companions
of the fire, to dwell there in..(forever) "

(Al-baqarah: 257)


mengikut terjemahan dalam syamil Al-quran bermaksud:

"Allah pelindung bagi orang yang beriman
DIA mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada cahaya
dan orang-orang yang kafir
pelindung-pelindungnya adalah setan
yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan
mereka adalah penghuni neraka 
mereka kekal didalamnya"

'INTO THE LIGHT' adalah buku yang aku baca,
terjemahan daripada karyawan seni tanah air: Abdullah Hussain yang dipinjam daripada perpustakaan Tuanku Bainun,UPSI

Secara sinopsisnya, buku tu menerangkan kisah seorang pengembara yang bernama Zaman berasal daripada golongan atasan, tetapi akhirnya mencari makna hidup yang sebenar.

Hakikatnya dalam cerita ini jelas menunjukkan kekayaan ataupun darjat bukanlah 
suatu kebahagian yang sebenar dalam kehidupan.Zaman yang berasal dari golongan atasan masih lagi tidak berpuas hati dengan kehidupan tersebut sebaliknya bertekad untuk mencari haluan hidup yang betul.

menurut pendapat aku..dalam apa jua situasi kegelapan, 
manusia sememangnya tetap akan mencari cahaya..
agar dapat menunjukkan jalan yang benar
dan dalam erti kata lain, sebagai penunjuk arah dalam kehidupan..
 tanpa cahaya, semestinya manusia akan sesat..



 Allah s.w.t telah mengutuskan nabi Muhammad S.A.W  untuk memimpin ummat dan membawa rahmat kepada kita semua. Rahmat agung adalah untuk memimpin hati-hati manusia yang mati..lumpuh dan bernanah dengan himpunan dosa menuju cahaya.

Dalam senario hari ini..
kebanyakan manusia masih teraba-raba dalam cahaya..
cahaya telah sampai kepada kita semua,
iaitu ajaran-ajaran islam yang telah diterapkan sejak di bangku sekolah rendah lagi..
atau lbih advance bagi yang mempunyai ibu bapa yang prihatin..
yang menerapkan ajaran agama kepada anak2 sejak kecil lagi..
tapi ramai antara kita tidak mempraktikkan dalam kehidupan seharian..
Aku mengakui.. imanku juga setipis kulit bawang..
dan di sini..inginku kongsikan apa yang telah dibaca kepada kengkawan semua..
moga menjadi peringatan buat kita termasuklah diriku sendiri..


Zaman seorang yang bertekad untuk mencari haluan kebenaran..lalu mengembara ke sebuah kampung bernama kampung CAHAYA..iaitu sebuah kampung yang mengamalkan nilai-nilai murni yang disarankan agama islam..
tapi..kita pada hari ini..tidak perlu bersusah-susah untuk berhijrah ke mana2 kampung kerana negara Malaysia memang menjadikan Agama islam sebagai agama rasmi..
tapi sejauh manakah penghayatan kita terhadap konsep tersebut?
peluang sudah ada depan mata..
ajaran islam sudah lama sampai kepada kita..
Takkan mungkin kita nak sia-siakan begitu sahaja..

so, sebagai konklusinya, sama2lah kita upgrade iman setiap hari..
walaupun sikit-sikit..tapi beransur-ansur dan istiqamah..ameen..

**bantu diri sendiri masuk ke dalam cahaya: 'into the light'


No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com