Saturday, January 29, 2011

kompang dipalu..pengantin baru..



 

salam wbt..
hari ni dah lengang suasana di kolej..ramai kengkawan dah balik..
tp x kesahla..cz malam ni aku da naik bas..:)..tu kira da bernasib baek cz dapatla jugak merasa nikmat balik kg!!
ade yg lg ksian..budak sabah sarawak kat kolej aku ramai je yg x balik..
back to da event for dis day..
aku n kelab kompang KHAR dapt invitation utk org kawen..
so,hari ni kiteorg pi la main..
jom tengok pose2 kiteorg kt sane..:)
**gmbar didownload dpd fb cik syafikah kompg..

kompang yg byk berjasa..


aikk?baju kuning aku masuk jgak..


ketua bg semangat..hehe


posing dulu..pengantin lum smpai lagi..




Alhamdulillah..sumenya berjalan lancar..kiteorang nyanyi+men kompang 3 buah lagu..
lagu kompang melayu..kacang goreng a.k.a enjit2 semut(kompang silat)n lagu selamat pengantin baru..
dari riak wajah pihak pengantin nmpaknye mereka puas hati [pandai2 je cakap..hehe]..nway..great job..well done n thanx a lotz utk kelab Kompang..



majulah kompang untuk KHAR!!
oklah, miss seniora undur diri dlu..nk kemas2 bju..malam ni da nk gerak ke kmpung halaman..selamat bercuti..:)



Friday, January 28, 2011

menunggu detik balik kg!!







Assalamualaikum w.b.t shbt2 tersayang..
dah lama seniora x update blog..bukannya ape..cuma minggu ni..seniora teramatlah bz mengalahkan YB..hohoho..mggu yang begitu memenatkan.diharap moga cepatlah berlalu..for this week..assgments bertimbun +report chemistry..+kuiz+latihan kompang+meeting rexco+jmk+biro punya program.+debat.++++..
aduuuiii..mmg penat beb!x tertanggung rasenya nk buat sume dlam mggu ni..
p alhamdulillah..syukur sgt2..cz Allah permudahkan urusan kiteorang..
bberapa aktiviti telah pun siap dengan jayanya..

hari ni aku masuk chemistry class dengan smgt yg x berkobar-kobar..[fikiran cam kosong+ngantuk tahap cipan]
almaklum..malam tadi tido kul 2.30 pg gara2 baca note chemistry..bukan x nak bace awal..p mmg x sempat..bajet hari ni de kuiz..tup2 masuk klas xde pun kuiz..
mmm..ape2 jela..

after class..nk kemas2 baju cz esok dah nk balik kampung!![*mood happy yg terlampau]
tapi sebelum balik aku kena main kompang cz ade wedding invitation..hoho..malam bru ley balik..
xkesahla..moga aku tabah menunggu detik2 waktu pulang ke kampung..[ayat skema la plak]..
oke la..aku nk makan dulu..wassalam..


Sunday, January 23, 2011

Sungai dalam laut..

salam w.b.t
Subhanallah!!AllahuAkbar!!
perkataan yg mampu keluar bila seniora dengar tentang sungai dalam laut ni..
exceli..seniora dah ade dengar psl sungai dalm laut nie suatu ketika dulu..tapi belum sempat nak search secara detail bout dat..
Then, malam tadi seniora ada discussion biology kat bilik kawan..tetibe pulak rase nak search pasal ni kat google..sungguh menakjubkan..Allah maha besar..menciptakan sesuatu supaya manusia dapat berfikir..sudah semestinya pertama kali dengar, rasa macam x logik atau x masuk akal tentang statement entri di atas..tapi ape2 pon..
jom kita intai2 bersama seniora..

*****



وَهُوَ الَّذِي مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ هَذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ وَهَذَا مِلْحٌ أُجَاجٌ وَجَعَلَ بَيْنَهُمَا بَرْزَخًا وَحِجْرًا مَّحْجُورًا

 Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.”
(Al Furqan 25:53) 


Subhanallah!!


laut dan sungai tidak bercampur..






Maha suci Allah yang telah menjadikan sesuatu supaya manusia dapat berfikir..


::check it out ::

Saturday, January 22, 2011

uhuhu..memang menguji kesabaran~



salam wbt..
berkenaan tajuk entri di atas..dengar cam org patah semangat je..
xceli,banyak benda jadi serentak bberapa hari ni..
hohoho..tunggu punya tunggu punya tunggu, duit ptptn blom masuk2 jugak lagi..its ok..boleh trima..
next, setelah beberapa hari kemudian..
masuklah bantuan duit kecemasan kepada sume student kat cini..RM250..
bantuan drpd pihak bendahari upsi..
Alhamdulillah..sbb duit dalam purse aku skrg mmg ciput sgt dh tggal..
nak bayar duit makan lepas utk 2 hari je..
so, malam tadi aku bertekadla nak amek duit..
makk aii..beratur pnjang nye..macam budak sekolah kat padang perhimpunan tu..[lebih2 pulak aku pnya contoh]
tapi xpe..duit punye pasal..teruskan juga niat beratur sama..
tup2..smpai giliran aku duk depan mesin ATM..
tetiba kad aku di reject..hancus betul..then, try lagi sekali..
"maaf,kad anda tidak dapat disahkan,sila ke cawangan bank yg berhampiran untuk maklumat lnjut"[lebih kurang ayat camtula dia tulis kt mesin ATM tu]
ohh!!berkecai hatiku..nasib baik aku ade kad bsn masa tu..wat keluar jgk duit..wpun tolak singgit[berkira btol]..
nak dijadikan story sambungan menguji kesabaran, ade plak tragedi lain yg menimpa..tadi aku main bola tampar..main pnya main..xpasan yg pergelangan tangan aku dah terseliuh..fuhh..sakit+biru+bengkak+sengal2..
bedebukk!! entah dari mana bola datang tepat sasaran kena kepala aku..kuat pulak tu..baru je terseliuh tgn, dapat pulak pukulan PERCUMA..
pening2 lalat aku dibuatnya..dah bengong jap kepala..sakit beb! cam rasa mereng2 sket pn ade..kih3..
sadisnya..



p/s: moral of da story..ape2 pon terjadi..xbole mengeluh..xbaik..aku kena insaf sket ni..stiap apa yg berlaku tu mungkin ada hikmahnya..cuma kita je yg x tau..


::check it out ::

Friday, January 21, 2011

Tatkala hati dan akal berbicara..


Assalamualaikum sahabat2 tersayang..hari ni miss seniora buka artikel I LUV ISLAM..
pastu rasa cam nak share je apa yg seniora baca ni..kat korang2 semua..mungkin ada kaitan ngan kita2 ni..
terasa jugak bila baca artikel ni..terkena batang hidung sendiri..
apakan daya..seniora pn manusia biasa..
jom..kita baca sama2..


*****


Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..
Akal : Assalamualaikum, sahabat.
Hati : Waalaikumussalam...
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati terdiam...
Akal bertanya sekali lagi.
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati : Kurang sihat mungkin.
Akal : Mengapa?   
Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...
Akal : Dia yang mana, sahabatku?
Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..
Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.
Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.
Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.
Akal : Apa makna cinta?       
Hati : Kasih dan sayang.
Akal : Bagiku cinta itu gila.
Hati : Mengapa pula?
Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?
Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.
Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?
Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.
Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.
Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?
Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.
Hati terdiam lagi...
Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?
Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?
Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..
Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?
Hati diam dan tertunduk...
Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!
Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...
Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!
Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...
P/s:  hati manusia memang rapuh..mudah untuk jatuh cinta..
aku pn sama..x bole nk lari cz cinta itu fitrah manusia..tapi gunakan kewarasan akal bila berkomunikasi dengan hati..sebaik-baik akal adalah yang mengikut landasan dan batasan iman..



::check it out ::

Monday, January 17, 2011

alahai..macam mana ni?



Assalamualaikum..
Ya Allah Ya Rahman..hari ni..bangun pagi rasa lain macam je..ntah kenapalah agaknya?
nak kata sakit..?sehat walafiat je..
hati rasa cam ada something wrong?
what happened to me?oh no!
agaknya banyak sangat aku buat jahat kot?dosa dah ber 'bakul-bakul' aku kumpul hari2..
aduhh!
xcely..dah lama aku berhajat..nak pakai balik tudung bulat + labuh..
yg dulunya pernah aku tinggalkan..
dah sekian lama..
tapi aku takut..apa orang sekeliling aku akan cakap??
msti diorang judge aku mcm2..and family aku?trimakahh?
untuk merungkai 1 jawapan,maka hari ni aku buat 1 'experiment'

Title: tudung labuh vs tudung biasa..

Tujuan: survey penerimaan bebudak kelas kalo aku pakai tudung bidang 60..

Hasil kajian:

1) haa..pagi2 tunggu bas pn dah ade orang tegur..cakap x cam aku..biasanya aku pakai tudung bawal..adakah hanya kerana tudung?dah x cam aku ni sape?pelik tol kan diorang..

2) situasi ke 2..Dalam kelas,si A pulak tanya.."eh, zati..cantik tudung kau?beli kat mana?kat karnival ek?aku nak jugaklah..lawa.."dengan senyuman yang x dapat dikenalpasti..so, i'm not sure dia nk puji ke perli..Ohh,watever..

3)xkurang jugak ada yang pandang dan senyum..dan ada yang tengok n wat biasa2 je..yang ni aku suka..wat bodoh jela kan?ke pelik sgt aku pakai tudung bidang 60?? mentang2 aku nie kecik..apaa?ingat tenggelam ke kalo pakai tudung besar??sungguh aku x faham..

conclusion: orang kalo kita wat baik pn mengata, wat jahat pn mengata..pendek kata,diorang jelaa yg betul..tapi x bermakna aku ni pakai tudung besar, aku ni perfect..tapi at least..aku cuba..sebagai [ langkah pertama motivasi diri kearah menjadi yang lebih baik] ..sokong aku takk?



**moga aku istiqamah..insyaAllah suatu hari nanti, aku pakai tudung labuh..aku teringin sgt..tolong doakan aku kengkawan sume..ameen..

::miss seniora::

Sunday, January 16, 2011

Model Negara Membangun !!!

 


 Assalamualaikum..hari ni miss seniora bangun awal..baca utusan online..
pastu tertarik kat berita semalam..
Fuhh..bangga jadi rakyat Malaysia..
jom join miss seniora baca..

WASHINGTON 15 Jan. - Amerika Syarikat (AS) yang kagum dengan pencapaian Malaysia dalam tiga perkara menyifatkan Malaysia sebagai model negara membangun yang patut dicontohi oleh negara-negara membangun lain.
Tiga perkara mengenai Malaysia yang menarik perhatian negara kuasa besar dunia itu ialah demokrasi hidup subur, kerajaan efektif serta pembangunan ekonomi yang pesat.
Perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha Negara AS, Hillary Rodham Clinton ketika mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Jabatan Negara AS di sini, hari ini (Jumaat).
Muhyiddin berkata, AS kagum dengan pencapaian Malaysia dalam tiga perkara itu kerana ada sesetengah negara membangun lain hanya mencapai satu atau dua daripada perkara itu sedangkan Malaysia memiliki ketiga-tiganya.
"Pada pertemuan itu Hillary berulang kali menyatakan dia kagum dengan apa yang sudah kita capai," katanya kepada wartawan Malaysia selepas melancarkan Program Latihan Khas Keusahawanan Perbadanan Bioteknologi Malaysia (myBEST)
Turut hadir pada perjumpaan itu ialah Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis.
Timbalan Perdana Menteri berkata, AS merasakan penting untuk menyokong apa jua inisiatif yang dilaksanakan di Malaysia sama ada di peringkat tempatan mahu pun antarabangsa kerana tiga pencapaian itu.
"AS menghargai peranan kita kerana ia dapat memenuhi aspirasi kita serta aspirasi mereka," katanya.
Mengenai lawatan kerjanya selama enam hari ke AS yang berakhir hari ini, Muhyiddin menyifatkan ia amat berhasil dalam mewujudkan hubungan yang lebih rapat antara Malaysia dan AS.
Beliau berkata, ramai pemimpin tertinggi AS memberi sokongan terhadap usaha Malaysia menjalin hubungan lebih erat dengan AS itu dan ia merupakan satu petanda positif.
"Mereka bukan sahaja melihat kesungguhan Malaysia dalam konteks menjalinkan hubungan dengan AS tetapi juga kesediaan kita berkongsi banyak perkara yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
"Walaupun kita negara kecil, kita nampak mesej Perdana Menteri bagi menjalin hubungan dengan AS sudah sampai ke seluruh pentadbiran AS dan ini dapat membantu meningkatkan lagi pembangunan negara," katanya.
Menurut Muhyiddin, Hillary turut memaklumkan mengenai perkembangan terbaru isu Palestin dan Afghanistan hasil lawatannya ke Asia Barat baru-baru ini.
Mengenai isu Palestin, Timbalan Perdana Menteri berkata, Malaysia berharap AS dapat memainkan peranan dalam menyelesaikan segala masalah di negara tersebut.
Beliau berkata, Hillary juga menyatakan bahawa Palestin memohon agar Malaysia dapat membantu membangun dan memulihkan ekonomi mereka.
Mengenai penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Rentas Pasifik (TPP), Muhyiddin berharap AS dapat menyokong usaha yang dilakukan negara bagi meningkatkan perdagangan dan berkongsi kekayaan di peringkat global.

malaysia di hati..yeah2

haaa..camner korang rasa??kan bangga Malaysia jadi model negara membangun..
InsyaAllah kita bakal jadi negara maju suatu hari nnti..cayaalah~

 

Template by BloggerCandy.com