Saturday, March 29, 2014

Kematian yang hidup




Selalu dalam doa.
Ku mohon Husnul khatimah.
Selalu kumohon dalam doaku jua.
dijauhkan Su'ul khatimah..
Ku takut kisahku berupa Qazman.
akhir hidup jaminan neraka.
Biarlah kisah 'Amru bin Thabit.. 
Rasulullah menjaminkan Syurga.

Selalu dalam lenaku.
kurasakan lena yang terakhir.
Takut esok mataku tertutup rapat.
tidak ada lagi nota-nota perjalanan untuk ku catat.
tiada lagi bait-bait mampu kucoret.

Selalu ku impikan.
sesuatu yang entah layak untuk diriku.
Syahid.
seperti tentera Al qassam.
mungkin terlalu jauh impian itu
medan yang juga jauh berbeza.

selalu kurasakan 
ajal makin menghampiri.
entah sempat untuk menanam benih.
untuk tuaian masa hadapan.

selalu harapanku besar.
kuharap sebuah kematian yang hidup.
seperti kematian Ahmad Ammar 
ada tinggalan yang dijadikan rujukan.
ada ibrah untuk difikirkan

merancang untuk sebaik-baik kematian.
Ya Allah.
T_T


Friday, March 28, 2014

Hanya satu kali | 21

Memulakan pagi diminggu minggu genting menghantar assignments dan menyiapkan result untuk thesis. dengan Labwork yang banyak sangat membuatkan taufiqah rasa tidak cukup tangan untuk melakukan semua kerja-kerja tu..

Jealous pula dengan lily dan Nazira yang sudahpun memulakan penulisan Thesis bab 4..Akram pun mungkin sudah mulakan bab 4 juga. Ohh, mungkin taufiqah sorang saja yang tertinggal di belakang.Masih juga menyiapkan pH study yang tak siap2.. berjam-jam di makmal sampai lebam bijik mata nak measure satu-satu pH..dugaan di semester akhir.. demi memperjuangkan final year project, dengan kasih dan sayang,Taufiqah gagahi juga.. *meskipun dalam hati memberontak..arghh..bila nak siap ni :p

Jam menunjukkan pukul 5.30 petang dan Taufiqah terkandas di makmal disebabkan hujan turun dengan lebatnya. kilat sabung menyabung dan Taufiqah tidak membawa payung..Nampak gayanye kena tunggu hujan reda lah. boring yang amat melayan perasaan sorang sorang kat makmal, Taufiqah membuka lappynya. Nak sambung labwork dah tepu!
Blog D & T yang disukainya di skrol sampai ke bawah. Kali ini entry blog 'nya' mengisahkan Ukhuwah fillah. sering saja term ukhuwah fillah abadan abada ni meniti dibibir bibir kita lebih2 lagi geng2 tudung labuh berkopiah berserban.
term yg sudah familiar didengari.
tersentap.
macam ngam2 je dengan situasi taufiqah sekarang.
bagaikan ditoreh-toreh bila dibaca perenggan last dalam entry blog 'dia'

"Ukhuwah sangat sampai berkuah-kuah,
tapi seposen pun berkira, 
kerja lebih berkira,
masalah hati berjela-jela,
 salah sikit terasa, 
time senang kau ada,
 time susah tak nampak muka,
Ukhuwah sangat sampai berkuah-kuah,
kau kata satu usrah,
tapi bila ada masalah,
mula nak gaduh sape yg salah,
tak yah nak ckp ukhuwah,
kalau dalam hati tak boleh ubah,
selagi tu takdenya nak ukhuwah fillah."

_Muhammad

Ohh, baru sekali diletak namanya. dari dulu taufiqah duk baca blog dia baru sekarang tahu siapa penulis blog tersebut . Tapi serius, kali ni sentapan betul2 mantap, terus tertusuk dalm hati. yelah, betul jugak tu, mungkin tahap ukhuwah aku masih rapuh, tak sehebat ukhuwah kawan2 aku yang lain.
tak sehebat ukhuwah sahabat2 muslimat2 power yang seperjuangan denganku.

Taufiqah termenung lagi..sambil menunggu hujan yang belum reda.. (suka betul termenung) =.=''

sedar tak sedar hari menjelang maghrib. dan hujan masih lebat selebat lebatnya. disebabkan bahaya sorang2 kat makmal yang makin sunyi...
Taufiqah mengambil risiko meredah hujan yang lebat untuk pulang ke rumah.. 
redha dengan habis basah kuyup, dia mengatur langkah demi langkah balik ke kolej..
akhirnya, sampai juga Taufiqah di rumah dengan jayanya..haha, walaupun habis satu badan lencun!
sejukkkk..terketar-ketar menggigil sambil membuka kunci rumah..

***

Wednesday, March 26, 2014

jauh



Apa yang jauh?
apa selalu yang dimaksudkanmu?
aku terkadang tidak mengerti
aku tidak mengerti
dan
aku tidak mengerti
jahat sangatkah diriku utk berbuat begitu?
terlalu 'tidak ikhlaskah' aku memaafkan
sehingga terpaksa mengulang ucapan?
ayat apa lagi harus digunakan.
memaknakan seungkap 'maaf' bertunjang keikhlasan?
benar, analoginya mudah
kita sebagai manusia pun tidak pernah jemu memohon ampun pada Tuhan.
dan Allah juga tidak pernah jemu membuka pintu keampunan

buat insan sekerdil aku
buat insan yang kurang ini dan itu..
Aku sentiasa memaafkanmu.
sehingga tiada kata maaf lagi yang setara dengannya.
habis kelu lidah untuk menutur bahasa
yang hanya mungkin indah dibibir.
di hati luka.

dan mungkin aku sepatutnya orang yang sepatutnya memohon maaf.
kerana terlalu bnyak luka yang aku tinggalkan.
terlalu banyak duri aku pasakkan
terlalu banyak kedegilan yang aku pamerkan.

jujur.
aku bukan orang yang dimanjakan
aku juga bukan memanjakan
aku tidak pandai memujuk
tidak reti bila dipujuk

tidak pernah aku lupakan.
terima kasih untuk segalanya.
untuk susah senang kita bersama.

jauh.
sungguh aku rasa jauh.
tahap ukhuwah aku rupanya masih rapuh
pung pang pung pang sebut ukhuwah.
hati rupanya parah.
masalah remeh jadi barah
masalah jiwa melimpah ruah.
maaf.semaaf.maafnya.
andai aku perlu lari sejauhnya. 
biarlah aku lari..
supaya betul-betul jauh.
takkan pernah dekat.
Maaf.
fullstop

Tuesday, March 25, 2014

Hanya satu kali | 20

Rupanya kesedihan kehilangan Al quranku tidak sehebat kesedihan 2 berita yang baru ku terima semalam. Allahurabbi..

2 berita yang sangat2 menyedihkan.
Mahkamah di Mesir telah menjatuhkan hukuman mati kepada 529 ahli Ikhwanul muslimun,penyokong bekas presiden Mohammed Morsi. Mereka dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan yang tidak mereka lakukan..Allahu.... Dan kita? masih lagi tidak peduli.masih lagi bersuka suki makan KFC. huh! Taufiqah..bukak mata luas2..

“Barangsiapa tidak peduli dengan urusan kaum Muslimin, maka ia tidak termasuk ke dalam golongan mereka.” 

(HR Thabrani)

**jangan sampai kita yang menjadi orang yang tidak peduli itu.

Berita sedih yang kedua,pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang berakhir di selatan Lautan Hindi..Takziah buat keluarga mangsa yang terkorban.. Taufiqah berfikir sejenak, bila mengenangkan betapa besarnya kesedihan keluarga mangsa menanti detik kepulangan mereka berakhir dengan berita terhempas..Moga mereka2 diberi kekuatan.

Di malam yang pekat tanpa ditemani bintang-bintang, seakan merasai kesedihan berita yang diterima,Taufiqah meneruskan bulatan gembira bersama Insyirah. Akhirul kalam daripada Insyirah.."ALLAH tidak pernah mengambil sesuatu dari kita kecuali DIA menggantikannya dengan yang lebih baik"

Selesai berbulatan gembira, Insyirah menghulurkan satu beg kertas. didalamnya ada hadiah. Subhanallah. Buku yang aku cari-cari selama ini, Karya Dr Yusuf Al qadhawi tentang fiqh wanita.. manis sungguh dirasakan. 


meskipun Al quran hilang, rupanya ada sesuatu pula yang aku dapat. pun begitu misi mencari Al quran itu tetap diteruskan dengan gigihnya. Dalam hati masih mengharap agar seseorang akan memulangkan kembali Al-Quran tersebut walaupun dalam Al quran tersebut tidak ditinggalkan sebarang alamat ataupun contact number. hanya tulisan khat thuluth yang tertulis ' Nur Taufiqah Amani ' tercoret di muka depan helaian Al Quran..


Erm,Sekali lagi malam ni, matanya tidak dapat dilelapkan. 

tidak pasti disebabkan L.A Coffee ataupun terlalu banyak yang perlu difikirkannya.
dan biasanya waktu-waktu begini jualah Taufiqah merindui ibu dan abahnya di kampung.

'tet..tet..tet'

Alarm telefon bimbit Taufiqah mengejutkannya. 
tidak sedar pukul berapa Taufiqah terlelap di mejanya.
sakit belakang pula bila tersalah tidur di meja..


***

Sunday, March 23, 2014

Hanya satu kali | 19

"Taufiqah!!" amboi, mengelamun sakan pulak dia.

Nazira melambai-lambai berkali-kali tangannya dihadapan muka taufiqah.
Lama juga dia mengimbau kisah tragedi itu, sampai tidak sedar waktu sudah menunjukkan jam 5petang.. Dia off lappy dan tutup rapat2 diari tersebut. 
untuk mengeluh,jauh sekali..untuk dijadikan ibrah, dialu-alukan.

Jauh di sudut hati Taufiqah, peristiwa tersebut bagaikan masih segar bugar dalam otaknya meskipun hampir setahun sudah berlalu.

Buat teman yang tidak jemu2 mendoakan, hanya Allah yang mampu membalasnya.

SYUKUR.
Tragedi itu mungkin nampak kisah biasa.Tapi tidak bagi Taufiqah. kerana dia yang merasa.dia yang hadapi.Dia yang melalui.

SYUKUR.
Sepanjang tragedi diberi kekuatan. Masih juga ALLAH pinjamkan senyuman.

SYUKUR.
Allah bagi dia rehat dalam kesibukan.Supaya hatinya celik mendekatkan diri pada Tuhan. Terima kasih. Untuk kesekian kalinya.

Taufiqah meraup kedua-dua tangannya kemuka.

Berlari-lari anak, taufiqah mengejar Nazira yang sudah jauh ke hadapan..
kami singgah sebentar di kafetaria untuk membeli makanan. Dari tengahari tidak makan sibuk menjaga meja pameran. Melaksanakan dakwah fardiyyah yang tergalas dibahu.. Alhamdulillah selesai juga dengan bantuan sahabat-sahabat yang lain.
Jauh disudut hati Taufiqah mengharap, usahanya dan sahabat2 suatu hari mampu mewujudkan bi'ah solehah di bumi murobbi tercinta. Walaupun Allah tak pandang pada hasilnya..tapi harapannya begitu besar!

Tanpa dia sedar, selepas membeli makanan petang tadi,Taufiqah tertinggal Al-Quran coklat kesayangannya di meja bulat. 
terlupa.
Subhana manla yana muala yashu. Mahasuci Allah yang tidak lupa dan tidak tidur.Kita manusia biasa juga yang tidak terlepas dari kelalaian dan kealpaan..

Hati Taufiqah terasa kurang selesa.
segera diaturkan kaki kembali ke kafeteria untuk mencari Al-qurannya.

sayang sekali. sudah hilang!
hilang?
Al quran pun hilang?
mungkin ada insan yang tolong simpankan.tidak mengapalah. husnu dzon.
dengan hati yang hampa,sedih kuciwa dan gundah gulana yang teramat sgt, *erk, terover plak ayat.
Taufiqah balik ke bilik sambil menitiskan air mata..
Al quran itu penuh makna. 10 tahun bersama, pasti tidak sama dengan Al quran baru walaupun isi dalamnya sama.. :(



Biar bidadari cemburu padamu.




aku memerhati dari jauh..
insan yang kupandang hebat.
dia berniqab,bukan yang mengikut ikut
tetapi berniqab yang menjaga syariat.
bertudung labuh, bukan yang menunjuk-nunjuk
tetapi yang menjaga akhlak.
berilmu, bukan yang membangga bangga,
tetapi yang mengamalkan untuk ummah
berdakwah, bukan dengan sindiran yang menyakitkan 
tetapi yang menyampaikan dengan hikmah..
bersuara lembut bukan yang menggodakan
tetapi yang memberi tunjur ajar dan nasihat.

lalu aku minta satu petua.
Apakah dia kak taufiqah?
aku bertanya penuh harapan.
lalu dijawabnya..
"jadilah muslimah cerminan agama! walau tak dipandang penduduk bumi, biar dipandang penduduk langit dan seisinya, biar dinilai disisi Tuhannya..Biar bidadari pun mencemburuinya!!"

jauh disudut hati aku masih juga mencemburuimu..
Kak Taufiqah!
serious zati salute akak!


Thursday, March 20, 2014

Hanya satu kali | 18

POTONG KAKI??Guess what. Agak-agak,apa dia rasa saat itu?? Dalam hati tidak putus2 dia berdoa agar darahnya kembali pulih.tak keruan jadinya. Kalaulah ibunya dan abahnya tahu..

Malam sudahpun menjelma, terasa begitu cepat berlalu..
Dr Omar Gilbert menghampiri katil.Dr check tekanan darah.Dr check suhu.Dr check kaki.
Malam itu satu berita dia terima.

“Alhamdulillah,awak tidak perlu potong kaki, jangan lupa call waris. Malam ini awak start puasa. Esok pagi, jam 5 kita mulakan operation buang darah beku di kaki awak..”


Dr Omar Muslim rupanya. Alhamdulillah. Berita operate itu dia anggap satu berita gembira. Daripada potong kaki, better operate saja. Meskipun dalam hati hanya dia yang boleh rasa. Segera dia hubungi sepupunya. Maklumkan sepatah dua kata dengan ahli keluarga terdekat..ya lah..bimbang esok tidak dapat lagi bersua. 

Nazira sudah pulang ke rumah dengan lily petang tadi.. Sebabnya esok mereka ada kelas awal2 pagi lagi. Taufiqah tidak kisah jika tiada yang menemaninya di wad. Sebab ada jururawat yang baik,berkaliber,berdedikasi, toleransi, dan macam2 lagi sifat mahmudah yang ada pada jururawat tersebut. Sekali lagi aku tabik..Ini yang kita mahukan sebenarnya. Jururawat muslimah cerminan agama!!

3.00 a.m (2 jam sebelum operate)

Astaghfirullah.Sebenarnya mata tidak dapat lelap..Wardah kawan sekelasnya yang menemani di hospital lena di birai kerusi..Saat itu, tiba2 kedua-dua kakinya pula terasa sengal..Yang terlintas dikepala..ajal sudah berkunjung tiba. Mata sudah tidak mampu dilelapkan,untuk menunggu pagi esoknya.Seakan tidak cukup masa baginya, untuk dia beristighfar semahunya..Ya Allah, dalam hatinya seakan merayu, andai itu pengakhiran hidupnya..Taufiqah bermohon supaya dosa2nya diampunkan segera.Manik2 jernih mula menitis mengenangkan dosa yang menggunung.. Taufiqah rasa......erm..

walau riak mukanya seakan tenang.Masih mampu menunjukkan sebaris gigi dihadapan sahabat2.Namun,

dalam jiwa sebenarnya berperang.rasa takut.rasa sebak. Dia memerlukan bahu ibunya untuk menangis. Apakan daya. Terpaksa dia rahsiakan tragedi itu daripada pengetahuan mereka. Bukannya apa, Ibu baru keluar hospital. Jantung. Doakan ibu..


5.30 a.m.
Nurse bagi baju operate. Tapi katanya dipostpone sejam lagi.

7.30 a.m
Masih menanti.Nurse tak kunjung2 tiba.

“How are you today?” – Dr Omar Gilbert

“Alhamdulillah.”

Dr check kaki Taufiqah.. Suhu tinggi.
“Kaki awak demam. Awak boleh buka puasa. Tak perlu operate kaki.”

Eh??? Dr ni bergurau ke apa?..Nak tergelak pula dengar term Kaki demam.Biasanya badan je demam.. Dia masih terpinga-pinga..Semudah itu kah Doktor buat keputusan?
Taufiqah yang memang sudah blur itu seakan bertambah blur-blur.. *bnyaknye perkataan blur.

“Saya dah tengok Film Ultrasound awak scan hari itu. Darah beku tu tak ganggu salur darah.Mungkin kebas disebakan saraf. Esok saya check lagi sekali.If everything okay, awak boleh keluar wad”

Saat ini, taufiqah mempraktikkan 3S yang dicipta sendiri.
Senyum.Sengih.Syukur.
Seakan mati hidup semula.
Allah..


***


Friday, March 14, 2014

kononnye cool..



seringkali term2 BDBM menyelinap masuk kedalam kotak fikiran
Hujung2 sisa waktu ditahun akhir.
Suara2 menyebarluaskan cerita itu dan ini.
seringkali dadaku sesak mendengar sesuatu yang belum pasti.

Dia yang ku ada,
bukan yang terzahirnya milik termaktub.
Bukan pasti sepastinya tertulis utkku.
Mungkin bukan dia untuk aku.
mungkin bukan aku untuk dia.

Allah sudah coretkan kisah indah untuk aku..
yang belum aku ketahui penamat ceritanya.
Allah beri tempoh 'menunggu' itu untuk aku kenal siapa dia.
untuk dia singkapi siapa aku..

Untuk suara2 halus itu.
berhenti mengasakku persoalan2 yang begitu..
Kumpulkan soalan dalam benak kamu-kamu..
InsyaAllah..
suatu masa yang sesuai, dengan seseorang yang sesuai..
aku maklumkan tanpa perlu kamu2 pinta.
aku ceritakan tanpa ada yang tertanya-tanya..

waktuku singkat
otakku sarat
dadaku sesak.
memikirkan suara2 yang terus-terusan menjerat.

Mohonku pada Tuhan.
Untuk kesekian kalinya.
Moga Dilapangkan fikiran dikuatkan IMAN!!

peace.no.war



Thursday, March 13, 2014

Buat si cantik Luqluq


Aku bukan berada dalam sepatu mu
Sejujurnya,aku tidak rasa
Bila mana batu kecil menyakiti kakimu.

Yang termampu.
Doa kuiring.
aku harap kau tidak akan pernah rasa terasing.
Jangan pula di perhimpunan agong nanti,
kau tuntut saman hadapan Tuhan,
kerana aku tidak pernah niat utk tinggalkan.
Kerana aku cuma ingin berpimpin tangan denganmu.
Ke syurga kita seiring berjalan.

Aku bukan dalam sepatu mu.
Aku tak rasa batu kecil yang menggangu perjalananmu!
Apa yang aku tahu, aku ingin satu gerabak denganmu..
mencari kasih cinta Agung!
kukuhkan hati,kuatkan iman..moga kau terus ke depan..
Cuma satu pesan aku,
Ingat 1 benda,
AKU SAYANG KAMU SAHABATKU.


Dear Allah,
I don’t know of all challenges my beloved persons are facing.
But YOU know everything.
I hear their silence,
YOU hear their plead.
I see their laugh,
YOU see their tears.
I see what they give,
YOU see what has been taken from them.
I see their joy.
YOU see the scars in their soul.
So,
Please ALLAH,
Give them strength.
Bless them in future.
Abundantly,embrace them with RAHMAN and RAHIM.
Thanks ALLAH for those things

Thanks ALLAH for everything.

Hanya satu Kali | 17

 7.30pm
“ Kak Iqah, nak saya amekkan wudhu’ untuk akak? Nanti saya bawakan air masuk ke bilik”

Adik comel menawarkan khidmat bakti percuma.Sekali lagi jiwa Taufiqah meruntun. “Hadiah apa ini ya Allah?, Manisnya..”

Nazira , lily dan Nurin setia disisi taufiqah..
Melihat dia yang dalam keadaan kedua kakinya tidak mampu di angkat, lalu sekali lagi didukungnya Taufiqah ke bilik air untuk berwudhu ' dan bersihkan diri. Pedihya luka fresh bila terkena air! Sangat2lah terasa!! 

Mendapat rukhsah. Dia menunaikan solat duduk di kerusi maghrib dan isyak.

Usai isyak.Adik beradik seIMAN datang berziarah.
Taufiqah dapat merasa, benarlah yang dinamakan ukhuwah islamiyyah sehebat itu.
Secepat itu berita tragedi itu tersebar. Memenuhi kamar sahabat datang menjenguk..

“Syafakillah, ukhti” Adik solehah mendoakan sambil memegang bahu Taufiqah.

Sebaris gigi ditayang seperti lagaknya 'gigi akulah paling putih' sambil bibir diketap dek kerana bengkak masih belum surut..
Dia senyum kerana dia tahu,
doa-doa dari sahabat-sahabat,jauh atau dekat.
Itulah ubat paling mujarab.. *indeed true


Esoknye..
mungkin mata tidak dapat lelap ikut putaran jam normal..Memaksa Taufiqah bangun awal dari biasa, bukan untuk bersahur..tapi kali ni sebab kesakitan itu makin terasa. Seakan setiap urat saraf terasa tegang.mungkin impact semalam. Kaki  jadi lebam, warna biru,merah, purple semua ada. Kaki kiri masih tidak rasa apa-apa. 
Allah. Kakinya bengkak macam belon yang ditiup kembang! *bunyi macam over, tapi serius tak tipu!

8.00 pagi
Suria memancarkan cahayanya..Kali ini sinarannya tidak lagi malu2 macam semalam. Seakan memahami terik tegang setiap urat di kaki ini.. Atas keperihatinan Nurin selaku Roomate yang bertauliah, Taufiqah di'paksa' untuk ke Hospital kali kedua.

Xray lagi untuk kesekian kalinya. 
Eh? tetiba kali ni 6 orang Doktor mengerumuni dia. 
Sesekali speaking english, sesekali berbahasa cina. 
Dan kali ini Doktor pakar juga turun padang.mereka berbincang.entah ape yang mereka2 bincang pun aku tak faham.. maybe ada term2 sains yang pernah aku dengar tetapi macam tak berapa nak faham..
Tu lah, nama je budak sains.. *er, buat malu je.

Perbincangan terhenti disitu.Doktor kembali ke tempat masing2..
Seakan something wrong happened. 

Taufiqah mula cuak..Dia senyap sahaja. Hanya terkumat kamit membaca ayat2 cinta. Kalam kasih dari Tuhannya..


-Check in ward-

“ Okay, petang ini awak perlu ke Hospital Besar.Kita buat Ultrasound. Scan salur darah awak. Maybe ada infection atau mungkin blood clotting..”
Taufiqah anggukkan saja.

Memang ya..Ternyata ada darah beku lebih kurang 2 inch dikaki kiri..2 inci je pun..dan juga tompok-tompok kecil clot bahagian jari-jemari kaki.

“Patut kaki awak tak rasa apa. Darah tidak sampai ke hujung.Saya akan usahakan ambil pelapik kaki, supaya kaki boleh diangkat tinggi. Jika malam nanti awak tak rasa apa2 lagi..itu bahaya! Kemungkinan boleh menyebabkan potong kaki..” Dr memberitahu dengan kening yang serius. Seserius Taufiqah yang mendengar.

WHAT!! Potong kaki??? betulke idak tu yobb?


***

Monday, March 10, 2014

Hanya satu kali | 16

Taufiqah masih lagi disitu. dalam hatinya perasaan berbaur..
Kereta belakang berhenti. Eh, Dr hayati,Pensyarah kimia yang dikenali..kemudiannya Dr Hayati hubungi pihak ambulance.Tidak sampaipun 5 minit. Ambulance datang.Taufiqah diusung dan dibawa ke Hospital berdekatan.

Dalam kepala dia. Cuma satu..INGAT SANG PENCIPTA!! (Muhasabah..time susah shja kah aku ingat Tuhan?
Allahurabbi..Taufiqah tak sangka begitu kejadian petang itu.. Sekelip mata sahaja.

sesampainya di Hospital, Taufiqah dimasukkan ke emergency room.
terus dia disuntik ubat mengelakkan kuman. Siku taufiqah rupanya ada luka yang dalam. Tidak tahu berapa inci..Sedar2, lengan baju sebelah kiri sudah basah dengan darah.

tangannya memeluk telefon bimbit. ingin menekan nombor Nazira ataupun Lily. Memaklumkan sepatah, kondisinya.. Risau juga jika mereka tercari-cari Taufiqah tak balik-balik..

jam pun sudah menunjukkan lewat petang.
belum sempat mendial nombor Lily.. Dr menghampiri katilnya.Sikunya dijahit..dan dia khusyuk melihat doktor pelatih menjahit sikunya..secara live..wow!!..3 jahitan siap dijahit selepas 10 mint.kemas dan rapi..

Taufiqah mula rasional..tenang dan cool..
seakan jelas tersingkap hikmah di depan mata..
Jelas dan sejujur jujurnya..
yang Taufiqah rasa adalah bahagia,kerana setiap perilaku doktor pelatih yang merawatnya,baik dari segi cuci luka, sapu ubat,amek darah, jahit siku sehinggalah imbasan xray..semua dimulakan dengan BASMALLAH.
perlahan aje sebutannya. Tetapi telinga Taufiqah masih dapat menangkap sebutan

‘Bismillahirrahmanirrahim’

AllahuAkbar!
Itulah Doktor pemuda cerminan agama!
Aku Tabikk..

3 kali imbasan Xray.
Tiada sebarang patah mahupun crack.

“What a miracle!! What a miracle!!” 2 kali Dr berbangsa cina mengulangi ayat itu.

“I ingat kaki you patah.tengok pada rupa kaki, at least ada crack..” seakan tidak percaya. Dr kemudiannya memberi kebenaran pulang kerumah.
Taufiqah sudah boleh balik..


6.30pm
Kawan baiknya Nazira dan lily sampai..Mereka mengalirkan air mata,melihat keadaan Taufiqah sedemikian rupa. Tanpa sepatah kata.mereka bawa Taufiqah pulang.Masing-masing minta dia kongsi kan cerita. 
Maaf, hari ni bibir Taufiqah bengkak, Dah macam Angelina Jolie.susah nak bercakap. Maaf ye, lain kali Taufiqah cerita, cuma satu minta Taufiqah, jangan maklumkan pada ibu. Jangan juga infom pada Abah. Biar Taufiqah yang maklumkan. bila tiba masanya nanti. Biar Taufiqah simpan sendiri perit yang ditanggung dikongsi dengan Rabbi..


Keluar sahaja dari pintu kereta, Nazira dan lily dibantu oleh Nurin merangkap roomatenya.. Mereka gigih mendukung Taufiqah bawa ke tingkat satu. Tidak jejak sedikit pun kaki Taufiqah ke tanah.
Rumah Taufiqah pula paling tengah.Bukan jarak semeter dua..tapi perlu menaiki anak2 tangga kecil untuk sampai kerumah..

Allahu..Mengalir juga air mata Taufiqah. Bukan disebabkan sakit yang menimpa,tetapi disebabkan manisnya Ukhuwah itu dapat dirasai.. Mereka sanggup mendukung taufiqah. Disini ukhuwah itu teruji.Saat itu,Taufiqah rasakan dialah insan paling beruntung.punya sahabat seperti mereka..



***

Friday, March 07, 2014

Detik yang masih tersisa




Alhamdulillah..syukur untuk hari ini..semalam, dan hari2 sebelumnya..
Walau tidak cukup padang untuk kaki melangkah
tidak cukup ruang untuk 
tangan bergerak
Jari jemari yang menaip ini kupaksakan menulis sesuatu utk terapi minda.
Ruang aku ber'entry' andalah ruang aku menyendiri.
untuk mengatur setiap kerja yang tersenarai rapi..
terkadang fikiranku kata mampu, kudratku belum tentu.
Allah pujuk jua..
" Tidur yang sebenar hanya mati, berehat yang sebenar hnya di Syurga abadi"
Allahu.masa.dan masa.dan masa.

kajian tindakan,thesis writing fully edited 1-3, trend issue in Math, done
booth cocap, gerai jualan, gathering iman, in progress
kiosk, booth ukm, jurnal refleksi, waiting list
happy circle, adik2, shbt2 continuously list
etc.
ohh..masa.masa.dan masa.
cari keberkatan masa!

kadang aku jealous.
teramat jealous.
dengan orang yang punya dua tangan tapi macam punya bnyak tangan.
kerja mantap.kesini kesana dengan tugasan kerja yang tak putus2..
aku juga masih dilevel ini..speed dua dlm amal jamai'e dan amal ijtima'i..

pasak dalam2 
dalam ingatan jua tindakan.
lakukan segala tindakan.
BUKTIKAN KAU CINTA TUHAN!!



Dia Jentik !



Disember 2013 yang lalu..
Andang-andang bha,
kalau hujung tahun ini memang musim bah.
Dan biasanya hujan menyiram bumi tanpa henti
Masihkah kau ingat,yang TERPILIH menerima NIKMAT ujian adalah sebelah pantai timur.
Dan.
Kali ini. Johor tempias sama
Allah jentik.Allah cubit.
Tanda kasihnya Dia memberi peringatan.
Dan Difirmankan, “Wahai bumi! Telanlah air mu dan wahai langit (hujan) berhentilah!....”(Surah Hud: 44)
Kisah Nabi Nuh dijadikan teladan.
Semoga kita pandang hikmah.


Awal 2014
kali ini..
Kita membuat solat sunat istisqa' (minta hujan)
kerana hujan malu2 untuk menitis..
atau juga mungkin titisan itu merajuk 
Merajuk untuk menyuburkan bumi yang kian tandus.
Penuh maksiat.
penuh tipu muslihat
penuh jenayah
penuh kezaliman.
Bumi kian tua.
Tapi manusia kian lupa.

Sekelip mata Allah boleh menurunkan hujan selebat-lebatnya
Sekelip mata juga Allah menahan titisan hujan jatuh kebumiNYA.
Allah maha kuasa.
Dan 
Allah itu maha membalas.
Allah takkan pernah biarkan terlepas.
Jom sama renungkan!
Setiap sesuatu terkandung hikmah..
untuk kita segera renungkan.
Pinta taubat pinta keampunan.
Apakah kita tidak mengambil pelajaran?
Jangan pernah ingat main2.
BILA DIA jentik.Allahu.kecut perut.
Tiada sekutu! Engkau Yang SATU!


**nda dapat tidur, berfikir segala macam
0223
teratak bidadari

Thursday, March 06, 2014

Hanya satu kali | 15

tung tang tung tang, cepatnya masa berlalu..Taufiqah tak sabar2 ingin menamatkan pengajian tahun akhir..dan Taufiqah  sibuk menyiapkan final projectnya. Preparing everything. O Allah, veghi2 nerghbes (ala2 slanga Feghancis)

dan.seiring dengan itu, usaha gerak kerja untuk melahirkan adik2 yang bakal menerajui tampuk kepimpinan pun perlu digigihkan dan digiatkan dengan penuh kegigihan yang gigiiiihh..Yelah, akak abang semester akhir sudah mahu melangkahkan kaki ke medan pertempuran yang lebih besar..Adik2 lah yang bakal menggantikan kami..Tak gitu?

Hari ini..Banyak nya tugasan perlu Taufiqah siapkan. Itu dan ini baik utk diri sendiri, assignments,mahupun gerak kerja organisasi..


Penat.Lelah.
Namun tetap tangannya segera menyiapkan tugasan2 yang menanti giliran..

Hari ini Karnival Hari terbuka anjuran adik2 sinergi..Teringat kembali memori lalu.. 
Sewaktu Taufiqah sibuk dengan tugasan kira-kira. Sewaktu bergelar bendahari Karnival Hari terbuka sidang lepas.. Oh, Ya Allah.Taufiqah masih ingat..pernah dia pinta padaMu.. tentang masa.masa dan masa.

Taufiqah minta pada Tuhan agar diaturkan masa sebaiknya..
Berlari kesini sana. dengan tugasan assignments sudah bukan di comfort zone.ditambah dengan gerak kerja organisasi..

Taufiqah selalu saja pengsan. Dari tingkatan 4 lagi..
Tak disangka sangka rupanya disebabkan Anaemia..

Teringat pula..pada Taufiqah itu kenangan yang sangat terkesan dilubuk hati dan sanubarinya.. meskipun cerita tragedi itu kisah biasa2 bagi orang lain, Ia kisah luar biasa bagi Taufiqah..

Tragedi di suatu petang..Petang yang damai ditemani angin sepoi-sepoi bahasa serta kicauan burung rancak mencipta melodi tersediri..Sedang Taufiqah pulang dari discussion group di rumah sewa kawannya, dia menunggang motosikal seperti biasa.

Dan untuk kesekian kalinya, Taufiqah dipengsankan Allah seketika. 
Berapa kilometer Taufiqah menunggang motosikal dibawah kawalan tidak sedar?
Jangan tanya dia. Dia pun tidak tahu.

Yang Taufiqah sedar dia sudah tepi divider..
Eh? rupanya dia jatuh motor!baru dia kembali membuka mata. Taufiqah terpinga pinga. Dalam hatinya rasa macam Ya Allah..ingat dia sudah MENINGGALKAN DUNIA! Terasa bagai roh terpisah dari jasadnya. Blurr. tak terkata. terkedu pun ada.

Dia terdiam.Tidak mampu buat apa2. Bibir Taufiqah pecah. Darah keluar sampai dagu.Dia tengok tangan kanan. Cuma luka kecil. Alhamdulillah. Ada handsock tebal menemani..

Dia tengok kaki. Isi telapak kaki terkoyak sedikit.Cuma sedikit. Again. Alhamdulillah, adanya stokin tebal melindungi kaki.

Tangannya menyentuh kaki kiri.. 
“Mana kaki aku?? 
Mana kaki aku??
aku tak rasa apa2!!

Dalam hati cuba kau teka. Apa yang Taufiqah rasa tika itu??”


***


 

Template by BloggerCandy.com