Monday, February 11, 2013

Maaf, bukan calon suami saya


Assalamualaikum wbt
Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w



Dua hari lepas ke Terengganu, dan tak merancang untuk ke Pahang..kami sekeluarga singgah di Masjid Unisza,Terengganu..tunggu abah solat Jumaat, kami berehat-rehat bawah pokok..
macam-macam gelagat yang dapat kami tengok..
Golongan pertama..lelaki yang datang awal, terus masuk masjid, dengar khutbah bla3.. (yg ni saya tabik)

Tapi kebanyakannya golongan yang sudah berumur, remaja ada..tapi sikit2..

Sejujurnya, sangat kecewa melihat mereka2..muka dah hensem2..smart2 pakai baju Melayu,berkopiah,kain pelikat..ada yang bersampin pun..tapi, datang awal ke masjid lepaking ngan member2 tepi toilet..ohh..sadisnya saya tengok..

Ada pulak yang merokok dengan bangganya menghembuskan asap rokok depan masjid..adoii..ni lagi satu jenis..orang duk berkhutbah dalam masjid, mereka2 ni duk berbual depan tangga masjid..
Mata saya khusuk melihat segolongan ‘lelaki2’ yang dahlah datang lewat..dah separuh khutbah dibaca..tapi sampai2 je..duduk bersembang sambil merokok bawah pokok..amboiii..sakannya korang..

aku memerhati lagi..usai khutbah, tak berganjak juga mereka..masih di situ hinggalah selesai solat Jumaat..bila imam mengucapkan salam kedua, terus mereka yang lepak2 bawah pokok menghilangkan diri..Ya Allah, habis tu buat apa datang masjid kalau tak solat Jumaat..

Dulu, masa sekolah menengah, cikgu selalu pesan.. " kalau nak cari pasangan, cari yang pergi awal solat jumaat..."

sekarang ayat tu tak relevan lagi..
kena edit sikit ayat tu bagi cantik " kalau nak cari pasangan, cari yang pergi awal solat jumaat terus masuk masjid..bukan lepak2..bukan merokok depan masjid.."

Solat Jumaat adalah muktamar mingguan untuk umat islam berkumpul, menuntut ilmu dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama sendiri..beruntunglah bagi lelaki yang tidak mensia-siakannya..

Apa pun yang saya ingin sampaikan, bukan berniat merendahkan mereka, sekadar memerhati..senario jelas depan mata..bukannya ingin masuk campur..Cuma sedih dengan saudara seagama yang macam ni..mungkin ada yang memarahi saya..siapa makan cili dia rasa pedasnya..YES..saya tahu bukan semua lelaki macam ni..takpe la kepada sesiapa yang tak buat perangai tu saya salute!! Tabik spring lagi.. :)


p/s : maaf, ‘mereka’ bukan calon suami saya, mahupun calon abang ipar saya, bukan calon adik ipar saya, bukan calon menantu saya, bukan calon suami kawan2 saya..mintak dijauhkan..i hate smokers..

4 comments:

 

Template by BloggerCandy.com