Wednesday, January 30, 2013

Road to Guangzhou, China

Bismillahirrahmanirrahim..
In the name of Allah, the most gracious and most merciful..
selawat dan salam atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w

22-27 Januari 2013
Penjelajahan Ilmu ke Guangzhou dan Shengzhen China..
Allahuakbar!! menjejakkan kaki di bumi China banyak memberi pengalaman baru kepada kami JMK 1112..
Kenangan manis pahit di sana insyaAllah akan dikenang sentiasa..

Antara tempat2 yang kami lawati disana

Yuexiu Park
Five Farm Statue
Malaysian Consullate
Beijing Road Shopping Street
Huacheng Square
Guangzhou Tower
Shangxiajiu Shopping Street
Shangmeilin Mosque
Luohu Commercial City
Dongmen Shopping Street
Haiyin Electronic Market

Nampak macam smua tmpat shopping je kan..sebab Guangzhou memang terkenal dengan Syurga membeli belah..
tapi setiap tempat tu ada budaya dan 'sesuatu' yang kami pelajari..
mendapat pengalaman tawar menawar sewaktu shopping..macam ayam cakap ngan itik
sebab kami x faham sangat mandarin..mereka tak faham english..yang mereka tahu cuma 'okay, okay. okay and last price'

Transit di singapore selama 9 jam menguji ukhuwah kami..betapa sedih bila sahabat kami ditimpa ujian..
alhamdulillah, Allah permudahkan urusan sahabat kami..alhamdulillah3..
betapa syukur dipanjatkan bila bersatu kembali 33 hati pada hari keduanya..

hari kedua
singgah di makam pendakwah Islam saad bin abi waqas..
solat di masjid kat situ..


Semasa pemerintahan khulafah Al-Rashidin yang ketiga, baginda telah mengutuskan Saad bin Abi Waqqas ke China pada tahun 651 Masehi iaitu 29 Hijrah. Hasilnya lawatan tersebut, maharaja China tersebut telah mengarahkan pembinaan Masjid yang besar dan indah di Bandar Canton atau kini dikenali sebagai Guangzhou. (Abdur- Rauf, 1994)













Tanggal 24 Januari bersamaan 12 rabiulawal adalah tarikh penting bagi kita semua..
Kat Masjid Saad Bin abi Waqas ni menjadi tradisi setiap kali maulidurrasul, umat islam di China berkumpul untuk berselawat beramai-ramai dan mengadakan jamuan..
kami dijamu nasi arab dan air susu kambing..sedap :)



Shabi well

nampak tak tulisan yang diukir pada pokok tu?
Allah Muhammad



Five Farm Statue, Yuexiu Park
Patung 5 ekor kambing di China..kenapa kambing??tertanya tanya juga..rupanya kambing ni melambangkan makanan ruji yang pertama di China iaitu nasi, zaman purbakala menemukan kambing sedang menggigit padi di mulutnya .jadi orang2 china dulu pun membina patung kambing sebagai simbolik kemegahan mereka di Guangzhou..nak jumpa Five farm statue ni kami perlu menaiki hampir 103 anak tangga..tapi tak terasa penat pun sebab taman Yuexiu ni sangatlah cantik dihiasi bunga2 bermacam warna.. :)






Guangzhou tower..
masa kami sampai kat sini..cuaca sejuk sangat..sbb tu bnyak kabus..so, x nampak sgt tower tu..









oke..dahla kot..nak cerita semua x tercerita..
bnyak lagi gambar2 kat sana sepanjang penjelajahan ilmu di Guangzhou..
Apa2pun kami sangat gembira melawat tempat2 di China,
tapi apa2 pun 5 hari je mampu bertahan, selebihnya..miss malaysia oready..
hehe..rindu nasi malaysia yang lebih sedap..rindu rakyat malaysia yang lebih peramah..rindu cuaca malaysia yang suam2 kuku..pendek kata..malaysia tetap dihati ..hihi

wallahu'alam :)

p/s : oke..tunggu trip ke Korea pula..sehingga bertemu nanti insyaAllah..





No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com