Monday, January 14, 2013

Dia Qistina # 2




Lama juga aku pengsan..sekarang dah 2.15 petang..kelas aku terlepaslah jawabnya..mana taknya..nak pergi sekarang pun Dr tak bagi pelepasan lagi..memandangkan badan aku masih lagi lemah..

“saya bagi awak MC 2 hari..”

“Err..2 hari ke dr? kenapa lama sgt? Saya rasa saya dah okay”

“em, awak ni pelik juga ya..orang lain gembira dapat MC, tapi awak tak nak pula..”
Aku senyum malu2..

“ x pe..saya bagi je awak MC, kalau awak rasa badan awak dah sihat..awak boleh pergi kelas esok..pastikan awak mendapat rehat yang cukup supaya blood pressure awak stable..lagi satu, don’t skip your breakfast..it’s crucial for your health..”

Haaa..kan dah kena syarahan percuma ngan Dr… “baik Dr,terima kasih..”

Disebabkan bimbang aku pengsan lagi..Staf Klinik menghantar aku balik menaiki ambulans klinik Universiti..baik juga staf2 kat U aku ni kan?
***
“Uya!! Kenapa kau x masuk kelas SSV tadi? Tak pasal2 aku kena tanya ngan Dr Lee. Kau tahu jela Dr lee tu pantang kalau orang tak datang kelas dia..”
SSV stands for Environmental Science. Salah satu subjek major yang wajib aku ambil sem ini..Dr lee merangkap aku punya pensyarah yang sangat strict orangnya..tapi dia seorang yang baik hati..Dia cukup cerewet kalau bab2 ponteng kelas ni..

Balik2 je dah tercegat ika depan pintu bilik aku..kena bebel lagi dengan kawan aku sorang ni..hurm..

“Uya! Aku tanya ni..apesal kau diam je?”

“eh, kenapa muka kau pucat je ni? Kau okay ke tak ni..?”bila lihat je muka aku macam mayat hidup, nada suara ika sudah mengendur..bukan seperti tadi ..

“I’m okay..tadi aku pengsan..”

“Ya Allah, kenapa kau tak call aku?”

“macam mana aku nak call, aku kan pengsan?”

“eh2..ye tak ye jugak….heheee” ika sengih2 macam buat iklan Kodomo Lion depan aku..”xpelah, aku balik dulu..xnak ganggu kau rehat..jangan lupa makan ubat tau..rehat cukup2..”
-angguk mengiakan..

MC letter kubiarkan di atas meja..kucapai beg sandang tepi berwarna coklat di kerusi. Tidak dilupakan botol air yang sentiasa kubawa ke kelas..dan juga Al-quran tafsir kecil kesayanganku..

Hari ini kelas aku cuma 3 jam.. 9 hingga 10 pagi, then 10 pagi hingga 12 tengah hari..lepas tu free..berniat untuk ke Library lagi..sudah lama tidak menyambung hafalanku..untuk menghafal, aku memerlukan suasana tenang dan selesa seperti library..sunyi..tiada gangguan bunyi2 bising..ambil port di tingkat tiga kerana tempat biasaku di tingkat empat ramai pula yang duduk hari ini..

Usai berwudhu’, aku memulakan hafazan..terkumat kamit mulut menuturkan ayat suci Al-Quran dari surah Al-Hujurat dan mengulangnya berkali-kali..supaya mudah ingat..

Teringat lagi pesan mama.. “ Mama teringin sangat nak anak2 mama jadi hafiz hafizah, sejuk perut mama mengandung..orang yang hafaz al-quran 30 juz dalam dada ni, mayat pun tak reput tau, tak dimakan ulat..cerah je dalam kubur..”

Mama selalu ingin yang terbaik buat anaknya..bukan pada aku sahaja mama cakap macam tu..pada Abang Umar Qayyum, adik kembar aku Aisyah Zahra dan Fatimah Hanim, adik bongsu aku Abu Zarim..sifat keibuan pada mama terserlah dengan kasih sayang yang ditumpahkan kepada kami lima beradik ni. Ayah pun sama..selalu ajak abang dan adik bongsu aku ke masjid walaupun adik bongsu aku baru berumur 9 tahun. Darjah tiga sudah berjinak-jinak ke masjid..alhamdulillah..
Aku bersyukur dikurniakan mama dan ayah yang terbaik seperti mereka..

“..Insya-Allah mama, Qis akan cuba merealisasikan impian mama untuk melihat anak mama jadi seorang hafizah..”janji aku pada diri sendiri..
Aku meneruskan hafazan sehingga azan zuhur berkumandang..

***

Malam itu aku meluangkan masa di bilik ika, selalunya ika yang datang bertandang ke bilik aku..kami selalu study sama2..lagipun jarak bilik kami bukannya jauh sangat..wing yang sama..selang 5 bilik sampailah aku ke bilik ika..study sama2 boleh mengeratkan lagi hubungan persahabatan kami yang dah sedia rapat ni..mana tidaknya..dari semester satu lagi aku dan ika sekelas, Cuma sem 3 ke atas je kelas aku dan ika banyak tak sama..walaupun majoring in science but minor lain2..aku minor mathemathics and ika minor biology..tapi still kami belajar sama2..

Dua cawan Nescafe..satu untuk aku, satu untuk suriati..penat sungguh aku tengok dia menelaah pelajaran..melekat je kat meja study sejak aku balik dari bilik ika tadi..
“ Sue, Nescafe untuk awak…rehatlah sekejap..nanti sambunglah balik..”
“ Thanks, Uya, eh2..maaf.thanks Qis..saya pun dah tersasul panggil awak Uya, terikut-ikut Ika pula..”

“Tak apelah su, panggil lah dengan panggilan yang awak suka..asalkan jangan panggil yang pelik2 sudah..”

Kami sama2 tergelak..menceriakan lagi suasana malam..

Aku dan suriati meluangkan masa beberapa minit untuk rehatkan minda selepas penat study..sambil minum air Nescafe, kami berkongsi-kongsi cerita untuk mengenali dengan lebih dekat lagi diri masing2..Taaruf.Sangat penting!!..proses taaruf kan panjang..ambillah ruang dan peluang masa untuk mengenali hati budi sahabat2 sekeliling kita..
***
Sabtu dan Ahad ialah cuti rasmi bagi yang bergelar mahasiswa..tapi tidak bagi aku, waktu cuti aku sibuk dengan program-program kolej, program persatuan,usrah2 dan pengisian rohani..Masa cuti tidak diluangkan untuk perkara yang sia-sia..Tiada masa untuk aku keluar jalan2 ke Kuala Lumpur, Ke Cameron Highland, Ke Legoland seperti kebanyakan mahasiswa di sini..Kalau ada pun atas urusan kerja bukannya shopping atau berjalan-jalan..

Jam 10 pagi seperti yang dijanjikan semalam, kami mengadakan usrah di bawah pohon tanjung tepi tasik kolej..aman sahaja suasana di situ, sesuai utk merehatkan minda..sambil ada pengisian rohani, itukan lebih baik..Sayangnya kawan baik aku tidak ikut sama. Selalunya sebelum aku ke usrah, aku tidak lupa mengajak Ika sekali..tapi ika akan memberikan berbagai-bagai alasan untuk menolak ajakan aku..tidak mengapa, aku tidak akan pernah jemu untuk mengajaknya..mana tahu, suatu hari dia akan ikut sekali dan jatuh cinta dengan usrah..

Mad’u yang cukup komited dengan usrahnya..Yasmin, Liana dan juga Qanitah selalu tepat pada masanya..alhamdulillah, mengikuti adab2 berusrah dan antara 10 muwasafat tarbiyah yang perlu ada dalam diri seorang muslim antaranya ialah menepati masa..
Aku sukakan pengisian usrah yang berbentuk santai, setiap ahli usrah perlu bersuara dan juga mengeluarkan pendapat dan perkongsian masing-masing..barulah ‘hidup’ happycircle tersebut..tidak semestinya hanya naqibah yang mengeluarkan hadis dan sebagainya..

Allahurabbi..manisnya berukhuwah..manisnya berusrah..menyuburkan jiwa2 yang dahagakan ilmu dan menambah rasa cintakan agama..

to b cont.. 



No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com