Sunday, January 13, 2013

Dia Qistina # 1



Membelek-belek gelang emas yang selalu dipakai masa kecik2 dulu..mengingatkan Qistina pada arwah neneknya..dari kecil Qis tinggal bersama neneknya disebabkan ayah dan ibunya bekerja..membuatkan Qis rapat ngan nenek..sehinggakan suatu saat..Qistina menangis yang teramat sgt kerana neneknya telah dijemput Illahi..pilu hatinya sampai terbawa-bawa dalam mimpi bayangan wajah nenek Qis..

Sudah 12 tahun neneknya pergi..mustahil kalau Qis masih bersedih hati..kalau ada pun hanyalah rindu yang membungkam tatkala kenangan neneknya menyinggah dalam ingatan..hanya doa dan ayat2 suci meniti dibibir sebagai sedekah untuk arwah..moga ditempatkan bersama orang2 yang soleh..

Qis nak jadi anak yang baik..dulu kecik2..mamanya selalu pesan..”kalau nak masuk syurga jumpa nenek..Qis kena jadi anak yang solehah..nanti kita ramai2 akan masuk syurga..”
Hurm..

Jadi anak yang solehah khususnya and hamba yang baik am nya..
Allah maha mengetahui..

Qistina Adawiyah..itulah nama kepada tuan punya badan ni..nama manja kat rumah Qis..tapi ada juga kawan2 yang lebih selesa memanggil aku Uya..lagi2 kawan baik aku ika..

Selalu juga aku pesan.. “Uya xde maksudla..”
Tapi ada je jawapan backup daripada ika.. “Qis pun xde maksud..habistu kau panggil aku Ika tu sama je kan..?”
So, aku pun mendiamkan diri tanda setuju dengan apa yang diperkatakan Ika..

Siti Zulaikha..kawan baik dunia akhirat..wajah yang mulus gebu putih melepak itu menjadikan dia seorang yang berwajah perempuan Melayu terakhir..hehe..walaupun agak tomboy sedikit tapi dalam hati ada taman..nama buah hatinya Hakim..Mohamad Hakim..Muka hakim yang ala2 Shahz Jaszle je yang boleh pikat Ika..itu syarat yang ditetapkan ika untuk layak menjadi kekasihnya..
Hurm..
Macam2 ika ni kan?..tapi tidak dinafikan siti zulaikha adalah antara orang penting dalam hidup aku yang selalu ada saat senang dan susah..jatuh bangun aku..Walaupun dia sayangkan pakwenya..tapi dia lagi sayangkan aku lebih..tu buat aku tambah sayang tu :)

***

Aku menjeling jam meja..dah pukul 9.00 pagi..aku bangun dari katil..entah kenapa kepala pening2 pagi ni..usai solat subuh pagi tadi, aku tidur balik..luar dari kebiasaanku..segera ke bilik air membersihkan diri..

Solat dhuha..meluangkan masa 5minit utk melaksanakan solat sunat 2 rakaat itu sudah menjadi kebiasaan..memberikan sedekah kepada setiap sendi dan tulang2 dalam badan untuk mendapat haknya..setiap hari kalau bukan ma’zurah atau tiada maslahah mendesak yang lain, itu menjadi rutin..

Ke arah menjadi Muslimah yang awesome!!

Itu salah satu matlamat yang aku ingin capai..
Kelas hari ni bermula jam 2 petang..masih berbaki 4 jam untuk aku buat sesuatu yang bermanfaat..

“erm..nak buat apa ya?..suriati pula xde kat bilik untuk aku ajak ke library..”

Suriati roommate yang ulat buku..pantang aku ajak ke library..setuju aje jawapannya..tapi hari ini dia kelas pagi..mungkin petang nanti baru balik..
Segera kusarungkan jubah biru muda hadiah dari mekah..dipadankan dengan tudung bidang 60 bunga kecil2 warna sedondon..

‘Allahumma kama hassanta khalki..fahassin khuluki’

Semak pakaian..sudah menutup auratkah aku?..double check!! Stoking,handsock,baju x ketat..tudung melepasi dada..xjarang..oke..done!!
melangkahkan kaki ke perpustakaan Tuanku Bainun..berjalan seorang diri membuatkan aku terasa bosan..tiada isu semasa yang boleh dibualkan..bahu berat memikul beg yang sarat dengan buku memandangkan aku akan terus ke kelas pada jam 2 nanti..berbekalkan botol air di bahu kiri menambahkan lagi berat yang dipikul bahuku..xpe..mama selalu pesan.. “bawa ilmu dapat pahala..”senyum sendiri bila difikir2 balik..
***

Membuat latih tubi advance calculus memaksa otakku mengingati formula dan theorem2..masa dirasakan sekejap sahaja berlalu..sudah jam12.45 tengah hari..kalaulah calculator tu boleh bercakap..mesti  ia akan ckp.. “dahlah tekan..aku nak berehat kejap..” haha..kesian kan?

Perut aku dah berbunyi..baru teringat bahawa aku belum menjamah apa2 makanan sejak pagi tadi..memandangkan kelas petang nanti di Bangunan e learning 2, aku berniat untuk makan di kafe bitara siswa..walaupun agak jauh dari perpustakaan, “tapi x pelah..kat situ ada surau..boleh terus solat kat situ..selesa pun selesa..”detik hatiku..

Cuaca tengah hari yang panas plus dengan bebanan berat di bahuku plus dengan pening kepala pagi tadi yang singgah kembali plus dengan kepala sarat dengan latihan mathematics plus dengan perut kosong membuatkan aku terasa nak pitam..

Ya Allah..Tubuh terasa melayang..penglihatan kabur dan gelap…

***

“Qistina Adawiyah.. nama awak kan?”
Aku mengangguk lemah.. “siapa lelaki ni?..”monolog sendiri..

“Saya kat klinik ke?, saya pengsan ke?”

“Ya. Tadi saya jumpa awak pengsan kat jalan..saya terus bawa awak ke sini..”

“What?? awak bawa saya ke sini? Awak bawa naik apa? awak angkat saya?” bertubi-tubi soalan aku disebabkan spontaneous reaction bila aku dengar dia yang bawa aku ke klinik..
Dia senyum..tanpa sepatah bicara..

eeeiii..geramnya aku laki ni..mesti nak amek kesempatan kan..boleh pulak dia senyum bila aku gelabah macam ni..nak aku debik je muka dia depan2..kemain banyak lagi soalan aku satu pun dia x jawab..

“ Maaf, tadi saya buka beg awak,buka purse nak cari kad pengenalan..sebab tu saya tahu nama awak..baguslah awak dah sedar..saya minta diri dulu..saya dah lewat nak ke kelas..”

Err..belum sempat aku ucap terima kasih, dia yang tidak diketahui namanya sudah berjalan keluar..

to b cont..

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com