Bismillahi tawakaltu ‘alallah, la haula wala quwwata illa billa
hil’aliyyilazim..
Semoga langkah pergi ke kelas hari ini dilindungi olehNYA. Aku dan Ika
berjalan menuju ke bus stand untuk menaiki bas ke kelas
bersama-sama..tak sangka warna baju kami sedondon..warna ungu pekat bunga2
kecil berwarna putih..Cuma coraknya saja yang berlainan dengan baju ika..
Organic chemistry.2 jam yang sangat menyeronokkan..tambah-tambah lagi
belajar dengan Prof Samihah yang sangat tinggi ilmunya..cara pengajaran beliau
membuatkan pelajar minat dengan subjek kimia. Dan menjadikan sesuatu bab yang
sukar menjadi mudah.. walaupun dewan kuliah besar dipenuhi dengan ratusan
pelajar namun beliau berjaya mengawal situasi dalam kelas agar proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.
“ Yusri, Halim, nampak macam khusuk je dengar saya mengajar, mesti ada
soalan nak tanya..” Prof Samihah meninggikan sikit suaranya..
Apa lagi, tersentaplah 2 orang pelajar yang sedang tersengguk sengguk
menahan mata yang dah nak lelap..mulalah mereka gelabah dan tiba2 yusri bangun
menggaru kepala yang tak gatal..semua orang dalam dewan kuliah kehairanan
melihat yusri dan mentertawakan dia..riuh dewan kuliah.merah padam mukanya..aku
hanya menggeleng-geleng kepala..mesti malu dia..kesian..
“padan muka..haa tula pasal..ngantuk lagi dalam kelas sape suruh..kalau
dah tahu jenis yang mengantuk, blajar la siap2 skills tidur yang baik dalam
kelas..kan dah kena..”ika bersuara sekadar aku yang mendengar..
Seorang lelaki yang berada dikerusi belakang yusri mencuri
perhatianku..macam familiar sangat muka dia..tapi siapa ya?budak minor kimia
ke?ke senior aku kat sekolah?
Ika menyiku lengan aku supaya memberi fokus kepada prof samihah yang mengajar
di depan..silap2 nama aku pula yang kena panggil nanti . tapi aku sudah tidak boleh menumpukan perhatian kepada apa yang ingin
disampaikan Prof Samihah..lelaki tadi mencuri fokusku..otakku ligat berfikir sesuatu..
“Uya, jom makan nak? Kita carilah apa2 untuk isi perut ni sementara
tunggu bas balik kolej..”
Aku membontoti Ika tanpa kata sepatah..
“akak, roti sardin 2..dutchlady fullcream satu.Kau nak apa Uya?”
Hanya gelengan yang menjawab pertanyaan ika..
Semenjak keluar dari kelas Organic chemistry Qistina tiba2
muram..seolah-olah ada sesuatu yang mengganggu fikirannya..lelaki itu..lelaki
itu satu kelas dengan aku?
'Maksudnya sepanjang aku dalam kelas Prof samihah selama ini dia memang
ada ? kenapa aku baru perasan..atau dia baru masuk?
Atau dia pelajar baru?
Atau aku salah orang?
Tak..tak mungkin aku salah..aku rasa memang sah dia..Ahmad
tasdiqi..ketua pengawas sekolah menengah Agama Kerian.. kenapa dia kat sini?
yaAllah..kenapa dengan aku ni..?banyaknya soalan yang bermain main
difikiran..Astagfirullahal’azim..aku tidak mahu ingat semua tu..cukuplah ia menjadi
kenangan pahit buat aku..'
Febuari 2008.
Masih segar segala perbuatan memalukan bagi aku..Syaitan mana yang
merasuk kepala Ahmad Tasdiqi waktu itu..entah mengapa dia sanggup buat macamtu.
“Ina, balik dulu la ye prep..nanti lepas ni Qis naik dorm..sebab Qis nak
siapkan dulu kerja sekolah ni..”
“oke, tapi jangan lewat sangat tau, bahaya sorang-sorang ni..dah 11malam
dah ni..”
“Baik..Qis janji, lepas siap ni qis naik”
Selang 10 min kemudian.. “kreeek..krek..”bunyi pintu dikuak perlahan.
“eh, Tasdiqi, kau buat apa dalam bilik prep muslimat ni?”
“Hei Qistina, kenapa kau jual mahal sangat hah?kau ingat aku tak boleh
dapat kau? Kau ingat kau tu Hot sangat sampai semua laki kau tolak?”
“Astaghfirullahal’azim..tasdiqi..bawa mengucap..ingat Allah..apa yang
kau cuba lakukan ni?”
Melihat muka tasdiqi macam orang dirasuk setan..aku mula gelabah..aku
berlari untuk keluar dari pintu belakang bilik prep tapi kaki aku tersadung
kaki meja dalam kelas..jatuh tersungkur..gugur laju mutiara jernih dipipi.. “tasdiqi
jangan buat aku macam ni..kita orang islam!ingat Allah tasdiqi..jangan ikut
bisikan syaitan!!”aku meninggikan suara dengan harapan dia akan sedar..
Sangkaanku meleset..Tasdiqi makin meliar..mata dia bulat melihat susuk
tubuhku..tangannya menampar pipi aku dengan kuat..
“Sekarang baru nak merayu dengan aku? Tak payah buat buat kesianlah
qistina!”
“pang!Pang”Singgah lagi kiri dan kanan pipiku.
“Aku cinta pada kau Qis..tapi kau tolak mentah-mentah kan? Sekarang ni
kau akan jadi milik aku..bila kau dah tercemar..kau kena kahwin dengan aku!!
Sama ada kau suka ataupun tidak!!” Tasdiqi menolak tubuhku rapat ke lantai..
Aku menjerit sekuat hati meminta tolong..berharap ada yang
mendengar..aku menangis sekuat hati..Hanya Allah sahaja harapan aku saat ini..
“Ya Allah, peliharalah kesucian hambamu ini..hanya padaMu aku memohon
perlindungan..”
“Allah!!Allah! Tasdiqi!!”Aku cuba menolak kuat tubuh tasdiqi tetapi
kudratku tidak terdaya menolak tubuhnya yang sasa..
“Gedegang!” Bunyi pintu ditolak kasar.
“Hei, budak!! Apa kamu buat ni?”Sergahan pengawal keselamatan membuatkan
Tasdiqi menggelabah..
Dia terus bangun dan berlari laju keluar dari bilik prep muslimat.aku
yang menangis teresak-esak bangun dari lantai..
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pakcik guard..Alhamdulillah,
syukur dipanjatkan kepada Allah yang menghantar pakcik utk selamatkan aku..
“kenapa anak masih tak naik ke dorm lagi?dah lewat ni..prep dah lama
habis..bahaya duduk kat sini..nasib baik tiada apa2 yang jadi..kebetulan pakcik
ronda kat sini..kalau pakcik lewat.entah apa jadi pada kamu! Budak tadi
tu..bukankah ketua pengawas sekolah?tak sangka perangai macam setan! Esok,
laporkan pada pihak disiplin..jangan biarkan anak liar terlepas!!”
Pakcik meninggikan suara..cemas mungkin dengan situasi tadi..Aku tidak
mampu berkata apa2..segera mengemaskan buku2 sambil menghabiskan sisa2
tangisan.
“Qis, Qis, cepat..cepat! PKHEM panggil kau..” Salina termengah-mengah memanggil aku.
Aku yang teringat peristiwa malam tadi menitiskan air mata..macam
manalah nanti aku nak menceritakan peristiwa semalam pada PKHEM sedangkan Ahmad
Tasdiqi tu anak kesayangannya.. “Ya Allah, kuatkan hamba-Mu..”
“eh, Qis, kenapa kau tercegat lagi kat situ? PK Hem panggil kau..yang
kau menangis tu kenapa?Bukan kau buat salah pun..” Ina seakan membebel bila
melihat aku masih tidak berganjak.
***
“Qistina Adawiyah,saya tak sangka awak sanggup buat perkara macam itu.
Umur awak baru 17 tahun! SPM pun tak lepas lagi. Malam tadi awak masuk bilik
prep Muslimin kan? Awak goda Tasdiqi untuk buat perkara tak senonoh?”
Ya Allah..Bulat mata aku mendengar kata-kata yang keluar dari mulut PKHEM..
“cikgu..siapa yang sampaikan cerita ni pada cikgu..? Bukan macam tu…malam
tadi..tasdiqi..tasdiqi..”air mata aku gugur lagi..belum sempat aku menjelaskan
perkara sebenar yang berlaku semalam..
“Awak tak perlulah tahu siapa yang sampaikan berita,dan..yang penting awak
dah melanggar disiplin sekolah dan lagi teruk ialah cuba membuat perkara yang dilarang agama!
Xusahlah awak menangis! Saya akan panggil ibu dan ayah awak kesekolah..”
“cikgu, tolong jangan libatkan mama dan ayah saya, saya tak
bersalah..tasdiqi yang masuk ke bilik prep muslimat semalam..dia yang cuba
melakukan perbuatan tak senonoh pada saya!” akhirnya aku dapat kekuatan untuk menjelaskan hal yang sebenarnya berlaku...air mata laju menemani pipiku..
“dah! Tak payah nak reka-reka cerita! Saya kenal anak saya macam mana..dan kalau
betul apa yang awak cerita, boleh awak tunjukkan saya bukti atau saksi..sekarang? ”
Saksi..ya..saksi..
akan aku buktikan bahawa aku x salah..Kebenaran akan membela diriku dari terus-terusan dipersalahkan..
akan aku buktikan bahawa aku x salah..Kebenaran akan membela diriku dari terus-terusan dipersalahkan..
tiba2 aku teringat pakcik guard..aku mengesat air mata dan bergegas lari
keluar dari bilik PKHEM segera ke post guard.. mencari-cari pakcik
semalam, namun tidak nampak kelibatnya..
“Pak Tam, ada nampak Pakcik guard baru tu tak? Yang bertugas malam
tadi?”
“oh, Pak Cik Rosli..Dia baru je balik, anak dia masuk wad, demam
panas..”
Bagai dihempap batu yang besar atas kepala, aku berasa longlai..satu2nya
saksi aku yang boleh menjelaskan perkara yang sebenar tiada disaat aku
memerlukannya..ya Allah..bantu aku yaAllah..
Aku menangis lagi..
***
Mama dan ayahku sudah 20 minit berada di bilik PKHEM..keputusannya..aku
dinasihatkan berpindah kesekolah lain..dengan kata lain diberhentikan dari
sekolah..Allah..
“Mama, ayah, Qis x buat..Qis x buat semua tu..Qis difitnah ma, Qis
difitnah..”aku rebah dan memegang lutut mama untuk meraih kepercayaan mereka…
Mama diam seakan tiada kata mampu membalas ucapanku..
"Mama, ayah..Qis x buat semua tu..Qis masih waras..Qis belajar agama ma, Qis tahu hukum.."
Ayah pun turut membisu..
“Mama..orang lain x percaya Qis xpe, tapi jangan mama dan ayah yang
xpercaya Qis..”rayu aku lagi..
Mama menarik lenganku..mengangkat tubuhku..
“Qistina ..mama percaya Qis tak buat, xpelah Qis..kita pindah sekolah
lain ye sayang..”
“Uya! Dah ke mana dah kau mengelamun? Bas dah sampai..jom!”
Ika menyedarkan aku dari lamunan ngeri..sungguh pahit untuk aku
telan..Tapi Allah mudahkan urusan aku selepas itu..Allah itu maha adil. Selepas
aku berpindah ke sekolah menengah yang baru, aku ditakdirkan berjumpa dengan
sahabat2 yang baik..kesudahannya, aku keluar dengan keputusan cemerlang dalam
SPM. Alhamdulillah..
***
To b cont...
No comments:
Post a Comment