Aku membelek-belek beberapa utas jam tangan di kedai G-watch..hurm..ada
2 pilihan yang berkenan di hati..satu kepala bulat satu lagi segi
empat..err..mana satu nak pilih ya..
Qistina Adawiyah! Buat pilihan cepat..aunty tu dah lama tunggu awak
pilih..monologku
Akhirnya aku pilih yang kepala segi empat..sebab berwarna hitam dan patternnya lebih sesuai dengan abuzar sibudak pintar..Letak siap2 dalam kotak jam..riben
merah kuikat pada kotak menampakkan seperti hadiah hari lahir..biarpun birthday
abuzar awal bulan Disember nanti..
tapi kali ini hadiah sebagai jadi budak baik!
Berbunga hati aku gembira bila teringat telatah abuzar..rindu pula aku
padanya..
Tidak sabar rasanya nak balik ke kampung halaman di Kelantan..rindu
mama,rindu ayah rindu aisyah& fatimah,dan Abu Zar.Abang umar pun rindu
jugak..walaupun balik kampung bukannya abang ada kat rumah..tetapi abang umar
selalu menelefon ke kampung..dengar suara pun jadilah ..hehe
Kerjaya sebagai doktor gigi menjadikan abang umar seorang yang sibuk dan
jarang pulang kerumah..mana taknya, dengan on call nya lagi, patients yang ramai memandangkan abang kerja di Klinik Kerajaan di Kuantan. Kawasan yang
penduduknya boleh tahan juga ramai. Disamping gerak kerja jemaah tetap
diselit-selit juga..walaupun sibuk,pantang ada masa terluang pasti ada sahaja
kerja jemaah yang ingin dibantunya..tamrin situ, ceramah sini..Qis tabik la
abang umar..lepas ni bagi taujihat sikit kat Qis biar jadi macam abang!
***
Aku menyarungkan Tshirt Muslimah berwarna maroon dipandankan
dengan tudung bulat warna merah jambu cair..bersluar slack hitam dan
bercrocs pink..bertemankan Tafsir Al-Quran aku mengatur langkah turun ke taman mini
sekitar kolej..kupilih tempat yang sesuai..jauh dari kawasan lalulalang
mahasiswa lelaki..haaa, ada pun satu kerusi kosong di bawah pokok
tanjung..Ambil tempat untuk menghafaz surah2 pilihan..
“Tet..tet” . 1 message received.
‘Salam kak, Liana pengsan.saya dan Qanitah ada di bilik liana ni..’
mesej dari Yasmin.
Allahurabbi..minta dijauhkan dari perkara buruk menimpa Liana.
Aku mempercepatkan langkah menuju ke bilik liana..
Sesampainya di sana, liana sudah terbaring di atas katil. Allah,
pucatnya muka Liana..badannya nampak lemah..
“Qanitah,dah lama ke Liana pengsan..?”
“saya pun baru tahu kak, tadi Yasmin yang mesej saya bagitahu Liana
pengsan..”
“baru je kak, tadi kami study sama-sama, lepas tu saya ke tandas.balik
dari tandas tengok liana dah pengsan depan pintu bilik..”
Aku mencari-cari contact number di telefon..mencari nombor kereta
untuk disewa.Liana harus dibawa ke klinik untuk pemeriksaan.. Kebelakangan ini
liana nampak tidak bermaya dan selalu sakit-sakit..meskipun sakit tu kafarah
dosa.tapi kita dianjurkan dalam islam untuk berusaha mencari ubat untuk
penyakit yang kita hadapi..Hakikat kesembuhan memang Allah sahaja yang
bagi..Ubat hanya alat menyembuhkan..Usaha dulu, kemudian minta doa pada Yang
maha Menyembuhkan, then barulah bertawakal..
“Awak keluarga Nurul Liyana?”tanya nurse.
“ saya sahabatnya..”aku membalas senyumannya.
“ Dr suruh wakil untuk masuk.Ada pesanan katanya..”
“oh, baik.terima kasih akak..”membahasakan nurse tadi dengan panggilan
‘akak’. Masih muda sebaya umur abang Umar mungkin.
“Saya Qistina, kawan kepada pesakit,ada apa-apa yang ingin disampaikan
Dr?”
“Silakan duduk. Sebenarnya, Liana tiada sakit dalaman yang serius. Blood
pressure ok, jantung ok, suhu ok, tiada demam2 dan tiada symptom2 yang
menunjukkan dia sakit..pengsan mungkin disebabkan stress, perut kosong
ataupun terlalu penat. Jadi saya
nasihatkan, awak cuba bantu dia untuk mengawal tekanan dengan baik supaya
kejadian macam tadi tidak berlaku lagi..”
“…lagi satu, selepas dia sedar tadi,dia meracau-racau macam orang kena
rasuk,menjerit sekuat hati, lepas tu
menangis dan ketawa terbahak-bahak..Jika situasi ini berterusan boleh
menyebabkan pesakit ada gangguan mental..”
“Astaghfirullahal’azim..”aku menekup mulut dan reaksiku agak
terkejut.Liana ada masalahkah?kenapa tidak diceritakan kepadaku..Biasanya dia
ringan mulut berkongsi cerita-cerita denganku.. ‘Ya Allah,kuatkanlah dia’
Aku memimpin lengan liana menaiki anak tangga blok 1..
sunyi.
tiada
sepatah kata pun yang keluar dari mulut Liana.Matanya sugul..
Aku membiarkan dia rehat seketika, biar tenang dahulu.sebelum pulang aku
membisikkan sesuatu kepada liana “sayang, mandi,amek wudhu’,solat dulu ye..moga
hatimu tenang..”
Lambat-lambat aku berjalan ke bilik.
‘Liana ada masalah ke?Ya Allah, salah aku sebagai naqibahnya tidak
bertanya.wajah Liana yang ceria membuatkan aku tidak dapat menghidu masalah
yang dia hadapi..erm..insyaAllah, bila liana dah okay sedikit, aku akan
bertanya.’
Aku mencari-cari Al Quran kesayanganku, mana aku letak ye? Tertinggal
dibilik Liana ke?
Astaghfirullahal’azim,aku lupa semalam aku letak kat meja di
taman mini kolej. Berniat untuk ke sana semula selepas pulang dari klinik.tapi
terlupa. Allah, Subhana manla yana muwala yas hu. Manusia itu
pelupa.Mahasuci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa.
Berlari-lari anak ke tempat aku duduk semalam.
Tetapi tiada Al-quranku di situ.Siapakah yang tolong simpankan?
Aku tidak pula tulis nama pada Al-quranku..Cuma tertulis di muka hadapan:
‘Sanah Helwah sayang,
jadilah wanita penyeri agama’
ikhlas daripada mama
[25 Mei 2002]
Agaknya macamana orang yang jumpa nak pulangkan ye?
Hiba rasa
hati, Al-Quran tafsir coklat pemberian mama semasa aku berumur 11 tahun..Sudah
sebati denganku..kehilangannya amat dirasai..’Moga ada insan yang baik hati
akan memulangkannya kembali..Sekiranya tiada, anggaplah ia suatu sedekah.moga
bermanfaat kepada sesiapa yang membacanya. Bila dipujuk sedemikian rupa, hati yang hiba terasa lapang
kembali..
to b cont...
No comments:
Post a Comment