Lagi beberapa hari cuti pertengahan semester akan bermula..kali ini
hanya seminggu untuk aku meluangkan masa di rumah..cuti seminggu yang pertama
aku ingin menyelesaikan gerak kerja persatuan.. Memandangkan aku ditaklifkan
sebagai timbalan pengarah program, banyak lagi yang harus disettlekan
sebelum aku pulang kerumah..
Lagipun, aku berhajat ingin menyiapkan assignments dahulu agar cuti di rumah boleh dimanfaat sebaiknya..
Lagipun, aku berhajat ingin menyiapkan assignments dahulu agar cuti di rumah boleh dimanfaat sebaiknya..
'Bolehlah kat rumah aku tolong mama masak sedap2..' niatku dalam hati.Rindu sungguh masakan mama.lagi2 masak asam pedas dan juga kari ikan tenggiri. Erm..sedapnya.
Kata-kata cinta terucap indah,
mengalir berzikir dikidung doamu,
sakit
yang kurasa biar..jadi penawar dosaku…
lagu muhasabah cinta dari edcoustic berdering ditelefon bimbitku menandakan ahli keluarga yang telefon..sudah ku set kan begitu..
Terpapar nama ‘mama sayang’ pada skrin HP ku
“Assalamualaikum kakak..ni adik..”
“Waalaikumussalam..ye adik, kakak ingat mama telefon tadi..baru je kakak teringat kat mama..”
“kakak x ingat kat abuzar ke?..”
“ingat sayang..ni adik telefon ni mesti rindu kak Qis kan?”
“Kak Qis, bila nak balik? Abuzar nak pesan barang..belikan abuzar jam tangan boleh?”
“ ooo, telefon akak asyik mintak belikan barang je kan..oke2..minggu depan akak balik nanti akak belikan ye..”
“akak, jangan lupe belikan tau, jam lama adik dah rosak..adik nak hargai masa..adik mesti ada jam..jangan lupe ye kak..belikan adik jam tangan..”
“iye2..ish adik akak ni..sabar..nanti akak beli jam paling cantik utk abuzar hargai masa..”
“terima kasih..sayang kak Qis..”
Terus ditekan butang merah tanpa sempat bagi salam..
Abuzarim..abuzarim..kalau dah dapat apa yang dia nak, macam tu la
jadinya..suka sangatlah tu..sampai salam pun x sempat nak bagi..
Aku senyum sendiri dengan telatah adik bongsu..sekejap bahasakan dirinya
adik sekejap bahasakan dirinya abuzar..sekejap manja sekejap matang!
***
Ku ikat langsir hijau muda yang menghiasi ruangan tingkap di
bilikku..terasa nyaman bila angin sesekali bertiup..aku berbaring atas katil
menghilangkan penat badan sebentar..kucapai buku ‘REMAJA ISLAM’ yang
dikarang oleh Prof Dato’ Dr Sidek Baba,
salah seorang penulis yang banyak menulis tentang isu2 islam semasa.menjamu
minda seketika sambil berehat..menarik kandungannya..sesuailah dengan aku sebagai remaja
yang islam.
Buku yang mengajak kita semua kembali pada pemikiran Al-Quran dan Sunnah rasulullah s.a.w..
Buku yang mengajak kita semua kembali pada pemikiran Al-Quran dan Sunnah rasulullah s.a.w..
Remaja di luar sana harus baca buku ini!
Sering berbangkit isu polemik di mana remaja keliru tentang maksud islam
yang sebenar. Ada yang berpendapat bahawa islam ni harus ikut perubahan masa,
peredaran zaman, kemajuan teknologi. Ada juga yang melontarkan pendapat
bahawasanya islam itu harus bersifat liberal.
Hurm..bukankah islam itu agama yang syumul..?agama yang sepatutnya menjadi tunjang kepada kehidupan manusia..
Hurm..bukankah islam itu agama yang syumul..?agama yang sepatutnya menjadi tunjang kepada kehidupan manusia..
Kemunduran yang digembar gemburkan berpunca daripada islam itu salah
sama sekali..
Kemunduran disebabkan manusia, bukannya Agama..kenapa umat islam tidak
berjaya ?itu semua juga berpunca dari manusia itu sendiri..
Cuba lihat al khawarizmi, Abu Ali al khaiyat, Ar Razi, Ali Mubarak, Ibn Khaldun, Ibn Sina serta ramai lagi Ilmuan islam yang berjaya mengukir nama atas sumbangan dalam pendidikan, ilmu alam, perubatan dan sebagainya..semuanya berasas dari ilmu..Antara kekuatan islam ialah Ilmu yang berkembang dan bermanfaat untuk semua. YES!! Ilmu itu penting..aku setuju sangat..
Azan Asar berkumandang memberi isyarat supaya aku perlu stop dulu
membaca. Utamakan yang lebih aula..menunaikan hak sebagai seorang hamba..solat
di awal waktu harus dijadikan amalan..barulah Allah sayang!
***
Petang itu aku jogging bersama-sama ika, aku ajak sekali Qanitah, Yasmin
dan Liana. Tetapi Liana tidak ikut sama kerana sakit perut.. berjoging sambil berusrah? Haaa, menarik bukan..?usrah outdoor perlu juga kadang2..untuk tukar mood
biar usrah menjadi lebih menarik dan segar..sekali-sekali tukar angin juga..pengisian
lebih ringan sambil kita jogging..
Tempat pilihan : tasik proton city..
Kami menaiki kereta kancil yang disewa khas untuk ke Proton city..sejam RM 6..Kira murahla kan?
Aku memandu cermat untuk memastikan kami selamat sampai ke sana
..selebihnya, tawakkaltu ‘alallah..
Singgah digerai Mak yam membeli makanan sebagai bekal untuk ke sana.. keropok lekor dan cempedak goreng. Gerai Mak yam selalu menjadi pilihan memandangkan Mak yam sangat teliti dalam menjaga kebersihan makanan yang dijualnya. Annazhofatu minal iman..Kebersihan itu sebahagian daripada iman.. barulah makanan yang dibeli terjamin..bukan sekadar halal tapi halalan toyyiba..
***
“Uya, kau rasa tasik ni dalam tak?” ika memulakan perbualan..
Qanitah dan Yasmin malu2 memandangkan ika ada sekali..biasanya kalau dalam usrah banyak je cakap adik2 aku ni..lagi pun mereka junior.baru semester 2..
“Dalam kot..aku pun tak pernah ukur berapa kedalaman tasik ni..”aku senyum. Yasmin dan Qanitah gelak kuat dengar jawapan aku..
“kak ika, mengikut estimation yasmin, kalau kita masuk dalam tasik ni, probability untuk tenggelam tak timbul-timbul tu reach maximum state.” Kami semua tergelak lagi dengar gurauan Yasmin..
2 pusingan jogging..semput juga..berhenti rehat dipondok tepi tasik untuk menarik nafas sebentar..Alhamdulillah..nikmatnya hari ini..ika, yasmin dan Qanitah tersenyum lebar..banyak benar topik yang dibualkan..bertambah mesra mereka nampaknya..Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
Memandangkan bilik aku berada di level yang paling atas, aku bercadang
menyinggah sebentar menjenguk Liana di tingkat 3..Apa khabar dia agaknya..sudah
sembuhkah sakitnya?
Setelah memberi salam, roommate Liana bukakan pintu..kelihatan Liana
sedang meringkuk atas katilnya..menahan sakit perut..senggugut setiap kali
datang bulan..
Kuambil botol mineral kosong lalu diisi air panas. Kubalut dengan tuala
good morning dan tuam pada perut Liana, moga ia sedikit mengurangkan Menstrual
cramp..Kalau ada batu tungku, bolehlah juga bertungku..tapi insya-Allah,
nanti baikla perut tu nanti..
Minyak angin Mestika kusapu pada betis Liana..mama selalu pesan, kalau senggugut urut urat betis..aku pun tidak pasti urat yang mana satu yang ada link dengan urat perut..hehe..tidak habis menuntut ilmu urat-urat dalam badan lagi dengan mama.tidak mengapa, aku urut perlahan sahaja.
Aku pulang kebilik sebaik sahaja Liana tertidur..Penat berperang dengan sakit, penat agaknya..biarlah dia berehat. Sebelum keluar sempat lagi pesan kepada roomatenya supaya tengok-tengokkan Liana..
To b cont...
No comments:
Post a Comment