Wednesday, January 30, 2013

Road to Guangzhou, China

Bismillahirrahmanirrahim..
In the name of Allah, the most gracious and most merciful..
selawat dan salam atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w

22-27 Januari 2013
Penjelajahan Ilmu ke Guangzhou dan Shengzhen China..
Allahuakbar!! menjejakkan kaki di bumi China banyak memberi pengalaman baru kepada kami JMK 1112..
Kenangan manis pahit di sana insyaAllah akan dikenang sentiasa..

Antara tempat2 yang kami lawati disana

Yuexiu Park
Five Farm Statue
Malaysian Consullate
Beijing Road Shopping Street
Huacheng Square
Guangzhou Tower
Shangxiajiu Shopping Street
Shangmeilin Mosque
Luohu Commercial City
Dongmen Shopping Street
Haiyin Electronic Market

Nampak macam smua tmpat shopping je kan..sebab Guangzhou memang terkenal dengan Syurga membeli belah..
tapi setiap tempat tu ada budaya dan 'sesuatu' yang kami pelajari..
mendapat pengalaman tawar menawar sewaktu shopping..macam ayam cakap ngan itik
sebab kami x faham sangat mandarin..mereka tak faham english..yang mereka tahu cuma 'okay, okay. okay and last price'

Transit di singapore selama 9 jam menguji ukhuwah kami..betapa sedih bila sahabat kami ditimpa ujian..
alhamdulillah, Allah permudahkan urusan sahabat kami..alhamdulillah3..
betapa syukur dipanjatkan bila bersatu kembali 33 hati pada hari keduanya..

hari kedua
singgah di makam pendakwah Islam saad bin abi waqas..
solat di masjid kat situ..


Semasa pemerintahan khulafah Al-Rashidin yang ketiga, baginda telah mengutuskan Saad bin Abi Waqqas ke China pada tahun 651 Masehi iaitu 29 Hijrah. Hasilnya lawatan tersebut, maharaja China tersebut telah mengarahkan pembinaan Masjid yang besar dan indah di Bandar Canton atau kini dikenali sebagai Guangzhou. (Abdur- Rauf, 1994)













Tanggal 24 Januari bersamaan 12 rabiulawal adalah tarikh penting bagi kita semua..
Kat Masjid Saad Bin abi Waqas ni menjadi tradisi setiap kali maulidurrasul, umat islam di China berkumpul untuk berselawat beramai-ramai dan mengadakan jamuan..
kami dijamu nasi arab dan air susu kambing..sedap :)



Shabi well

nampak tak tulisan yang diukir pada pokok tu?
Allah Muhammad



Five Farm Statue, Yuexiu Park
Patung 5 ekor kambing di China..kenapa kambing??tertanya tanya juga..rupanya kambing ni melambangkan makanan ruji yang pertama di China iaitu nasi, zaman purbakala menemukan kambing sedang menggigit padi di mulutnya .jadi orang2 china dulu pun membina patung kambing sebagai simbolik kemegahan mereka di Guangzhou..nak jumpa Five farm statue ni kami perlu menaiki hampir 103 anak tangga..tapi tak terasa penat pun sebab taman Yuexiu ni sangatlah cantik dihiasi bunga2 bermacam warna.. :)






Guangzhou tower..
masa kami sampai kat sini..cuaca sejuk sangat..sbb tu bnyak kabus..so, x nampak sgt tower tu..









oke..dahla kot..nak cerita semua x tercerita..
bnyak lagi gambar2 kat sana sepanjang penjelajahan ilmu di Guangzhou..
Apa2pun kami sangat gembira melawat tempat2 di China,
tapi apa2 pun 5 hari je mampu bertahan, selebihnya..miss malaysia oready..
hehe..rindu nasi malaysia yang lebih sedap..rindu rakyat malaysia yang lebih peramah..rindu cuaca malaysia yang suam2 kuku..pendek kata..malaysia tetap dihati ..hihi

wallahu'alam :)

p/s : oke..tunggu trip ke Korea pula..sehingga bertemu nanti insyaAllah..





Tuesday, January 22, 2013

Jelajah Ilmu..


credit to solehah

Program terakhir JMK sidang 2011/2012
" Penjelajahan Ilmu ke Guangzou, China 2013"
22-27 Jan 2013
Bismillah walhamdulillah..
Moga Allah redha.. pesanan kak Srikandi Nazira..
bila kita nak pergi mana2 sekalipun..
niatkanlah 2 perkara :
1)Ingin melihat keindahan ciptaan Allah/Melihat KebesaranNYA

2) Ingin menimba ilmu dan pengalaman..
esok akan bertolak ke sana..
doakan trip kami seramai 50 orang ke sana selamat sampai dan jua selamat kembali ke sini..

wallahua'alam


P/s : Allahummasolli 'ala Muhammad..Sanah helwah ya Rasulullullah (12 Rabiulawal bersamaan 24 Januari 2013 )


 wniwmd

      0051

    

Monday, January 21, 2013

Dia Qistina # 5




Aku membelek-belek beberapa utas jam tangan di kedai G-watch..hurm..ada 2 pilihan yang berkenan di hati..satu kepala bulat satu lagi segi empat..err..mana satu nak pilih ya..

Qistina Adawiyah! Buat pilihan cepat..aunty tu dah lama tunggu awak pilih..monologku

Akhirnya aku pilih yang kepala segi empat..sebab berwarna hitam dan patternnya lebih sesuai dengan abuzar  sibudak pintar..Letak siap2 dalam kotak jam..riben merah kuikat pada kotak menampakkan seperti hadiah hari lahir..biarpun birthday abuzar awal bulan Disember nanti..
tapi kali ini hadiah sebagai jadi budak baik! Berbunga hati aku gembira bila teringat telatah abuzar..rindu pula aku padanya..

Tidak sabar rasanya nak balik ke kampung halaman di Kelantan..rindu mama,rindu ayah rindu aisyah& fatimah,dan Abu Zar.Abang umar pun rindu jugak..walaupun balik kampung bukannya abang ada kat rumah..tetapi abang umar selalu menelefon ke kampung..dengar suara pun jadilah ..hehe

Kerjaya sebagai doktor gigi menjadikan abang umar seorang yang sibuk dan jarang pulang kerumah..mana taknya, dengan on call nya lagi, patients yang ramai memandangkan abang kerja di Klinik Kerajaan di Kuantan. Kawasan yang penduduknya boleh tahan juga ramai. Disamping gerak kerja jemaah tetap diselit-selit juga..walaupun sibuk,pantang ada masa terluang pasti ada sahaja kerja jemaah yang ingin dibantunya..tamrin situ, ceramah sini..Qis tabik la abang umar..lepas ni bagi taujihat sikit kat Qis biar jadi macam abang!

***
Aku menyarungkan Tshirt Muslimah berwarna maroon dipandankan dengan tudung bulat warna merah jambu cair..bersluar slack hitam dan bercrocs pink..bertemankan Tafsir Al-Quran aku mengatur langkah turun ke taman mini sekitar kolej..kupilih tempat yang sesuai..jauh dari kawasan lalulalang mahasiswa lelaki..haaa, ada pun satu kerusi kosong di bawah pokok tanjung..Ambil tempat untuk menghafaz surah2 pilihan..

“Tet..tet” . 1 message received.

‘Salam kak, Liana pengsan.saya dan Qanitah ada di bilik liana ni..’ mesej dari Yasmin.

Allahurabbi..minta dijauhkan dari perkara buruk menimpa Liana.
Aku mempercepatkan langkah menuju ke bilik liana..
Sesampainya di sana, liana sudah terbaring di atas katil. Allah, pucatnya muka Liana..badannya nampak lemah..

“Qanitah,dah lama ke Liana pengsan..?”

“saya pun baru tahu kak, tadi Yasmin yang mesej saya bagitahu Liana pengsan..”

“baru je kak, tadi kami study sama-sama, lepas tu saya ke tandas.balik dari tandas tengok liana dah pengsan depan pintu bilik..”

Aku mencari-cari contact number di telefon..mencari nombor kereta untuk disewa.Liana harus dibawa ke klinik untuk pemeriksaan.. Kebelakangan ini liana nampak tidak bermaya dan selalu sakit-sakit..meskipun sakit tu kafarah dosa.tapi kita dianjurkan dalam islam untuk berusaha mencari ubat untuk penyakit yang kita hadapi..Hakikat kesembuhan memang Allah sahaja yang bagi..Ubat hanya alat menyembuhkan..Usaha dulu, kemudian minta doa pada Yang maha Menyembuhkan, then barulah bertawakal..

“Awak keluarga Nurul Liyana?”tanya nurse.
“ saya sahabatnya..”aku membalas senyumannya.
“ Dr suruh wakil untuk masuk.Ada pesanan katanya..”
“oh, baik.terima kasih akak..”membahasakan nurse tadi dengan panggilan ‘akak’. Masih muda sebaya umur abang Umar mungkin.

“Saya Qistina, kawan kepada pesakit,ada apa-apa yang ingin disampaikan Dr?”

“Silakan duduk. Sebenarnya, Liana tiada sakit dalaman yang serius. Blood pressure ok, jantung ok, suhu ok, tiada demam2 dan tiada symptom2 yang menunjukkan dia sakit..pengsan mungkin disebabkan stress, perut kosong ataupun  terlalu penat. Jadi saya nasihatkan, awak cuba bantu dia untuk mengawal tekanan dengan baik supaya kejadian macam tadi tidak berlaku lagi..”

“…lagi satu, selepas dia sedar tadi,dia meracau-racau macam orang kena rasuk,menjerit sekuat  hati, lepas tu menangis dan ketawa terbahak-bahak..Jika situasi ini berterusan boleh menyebabkan pesakit ada gangguan mental..”

“Astaghfirullahal’azim..”aku menekup mulut dan reaksiku agak terkejut.Liana ada masalahkah?kenapa tidak diceritakan kepadaku..Biasanya dia ringan mulut berkongsi cerita-cerita denganku.. ‘Ya Allah,kuatkanlah dia’

Aku memimpin lengan liana menaiki anak tangga blok 1..

sunyi.

tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulut Liana.Matanya sugul..

Aku membiarkan dia rehat seketika, biar tenang dahulu.sebelum pulang aku membisikkan sesuatu kepada liana “sayang, mandi,amek wudhu’,solat dulu ye..moga hatimu tenang..”
Lambat-lambat aku berjalan ke bilik.
‘Liana ada masalah ke?Ya Allah, salah aku sebagai naqibahnya tidak bertanya.wajah Liana yang ceria membuatkan aku tidak dapat menghidu masalah yang dia hadapi..erm..insyaAllah, bila liana dah okay sedikit, aku akan bertanya.’

Aku mencari-cari Al Quran kesayanganku, mana aku letak ye? Tertinggal dibilik Liana ke?

Astaghfirullahal’azim,aku lupa semalam aku letak kat meja di taman mini kolej. Berniat untuk ke sana semula selepas pulang dari klinik.tapi terlupa. Allah, Subhana manla yana muwala yas hu. Manusia itu pelupa.Mahasuci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa.
Berlari-lari anak ke tempat aku duduk semalam.
Tetapi tiada Al-quranku di situ.Siapakah yang tolong simpankan?
Aku tidak pula tulis nama pada Al-quranku..Cuma tertulis di muka hadapan:

‘Sanah Helwah sayang,
jadilah wanita penyeri agama’
ikhlas daripada mama
[25 Mei 2002]

Agaknya macamana orang yang jumpa nak pulangkan ye?
Hiba rasa hati, Al-Quran tafsir coklat pemberian mama semasa aku berumur 11 tahun..Sudah sebati denganku..kehilangannya amat dirasai..’Moga ada insan yang baik hati akan memulangkannya kembali..Sekiranya tiada, anggaplah ia suatu sedekah.moga bermanfaat kepada sesiapa yang membacanya. Bila dipujuk sedemikian rupa, hati yang hiba terasa lapang kembali..


to b cont...



Sunday, January 20, 2013

unbearable




Dalam hati masih tersisa rasa itu..
Rasa yang sangat mengganggu..
Melihat mukanya bagai melihat ‘sesuatu’
Allah! Tenangkan hatiku…
Hari ini..bersua lagi..
Digerbang satu organisasi..
Terkadang rasa benci menyelubungi..
Ku cuba mengelak namun masih ada lagi..
Senyuman  itu kulihat hambar..
Meskipun semanis madu yang dihadiahkan..
rasa sakit itu cuba kuelak..
namun peristiwa semalam bagaikan baru..
aku mampu senyum..tetapi itu semua tipu!!
haha..xpe..aku bukan pendendam..aku merelakan..
sudah kumaafkan..
tapi apakan daya..luka itu bagai tikaman paku pada papan..
meskipun paku dicabut..
tetap ditiggalkan kesan..
watch out..
Hanya bait2 ini mampu ku tulis
Sebagai pengganti mulut yang kaku berbicara..
Allahurabbi..Ampunkan diri ini..
Ampunkan aku..



Friday, January 18, 2013

Dia Qistina # 4





Lagi beberapa hari cuti pertengahan semester akan bermula..kali ini hanya seminggu untuk aku meluangkan masa di rumah..cuti seminggu yang pertama aku ingin menyelesaikan gerak kerja persatuan.. Memandangkan aku ditaklifkan sebagai timbalan pengarah program, banyak lagi yang harus disettlekan sebelum aku pulang kerumah..
Lagipun, aku berhajat ingin menyiapkan assignments dahulu agar cuti di rumah boleh dimanfaat sebaiknya..

'Bolehlah kat rumah aku tolong mama masak sedap2..' niatku dalam hati.Rindu sungguh masakan mama.lagi2 masak asam pedas dan juga kari ikan tenggiri. Erm..sedapnya.

Kata-kata cinta terucap indah,
mengalir berzikir dikidung doamu,
sakit yang kurasa biar..jadi penawar dosaku…

lagu muhasabah cinta dari edcoustic berdering ditelefon bimbitku menandakan ahli keluarga yang telefon..sudah ku set kan begitu..

Terpapar nama ‘mama sayang’ pada skrin HP ku
“Assalamualaikum kakak..ni adik..”

“Waalaikumussalam..ye adik, kakak ingat mama telefon tadi..baru je kakak teringat kat mama..”

“kakak x ingat kat abuzar ke?..”

“ingat sayang..ni adik telefon ni mesti rindu kak Qis kan?”

“Kak Qis, bila nak balik? Abuzar nak pesan barang..belikan abuzar jam tangan boleh?”

“ ooo, telefon akak asyik mintak belikan barang je kan..oke2..minggu depan akak balik nanti akak belikan ye..”

“akak, jangan lupe belikan tau, jam lama adik dah rosak..adik nak hargai masa..adik mesti ada jam..jangan lupe ye kak..belikan adik jam tangan..”

“iye2..ish adik akak ni..sabar..nanti akak beli jam paling cantik utk abuzar hargai masa..”

“terima kasih..sayang kak Qis..”

Terus ditekan butang merah tanpa sempat bagi salam..
Abuzarim..abuzarim..kalau dah dapat apa yang dia nak, macam tu la jadinya..suka sangatlah tu..sampai salam pun x sempat nak bagi..
Aku senyum sendiri dengan telatah adik bongsu..sekejap bahasakan dirinya adik sekejap bahasakan dirinya abuzar..sekejap manja sekejap matang!

***
Ku ikat langsir hijau muda yang menghiasi ruangan tingkap di bilikku..terasa nyaman bila angin sesekali bertiup..aku berbaring atas katil menghilangkan penat badan sebentar..kucapai buku ‘REMAJA ISLAM’ yang dikarang  oleh Prof Dato’ Dr Sidek Baba, salah seorang penulis yang banyak menulis tentang isu2 islam semasa.menjamu minda seketika sambil berehat..menarik kandungannya..sesuailah dengan aku sebagai remaja yang islam. 

Buku yang mengajak kita semua kembali pada pemikiran Al-Quran dan Sunnah rasulullah s.a.w..
Remaja di luar sana harus baca buku ini!
Sering berbangkit isu polemik di mana remaja keliru tentang maksud islam yang sebenar. Ada yang berpendapat bahawa islam ni harus ikut perubahan masa, peredaran zaman, kemajuan teknologi. Ada juga yang melontarkan pendapat bahawasanya islam itu harus bersifat liberal. 

Hurm..bukankah islam itu agama yang syumul..?agama yang sepatutnya menjadi tunjang kepada kehidupan manusia..

Kemunduran yang digembar gemburkan berpunca daripada islam itu salah sama sekali..
Kemunduran disebabkan manusia, bukannya Agama..kenapa umat islam tidak berjaya ?itu semua juga berpunca dari manusia itu sendiri..

Cuba lihat al khawarizmi, Abu Ali al khaiyat, Ar Razi, Ali Mubarak, Ibn Khaldun, Ibn Sina serta ramai lagi Ilmuan islam yang berjaya mengukir nama atas sumbangan dalam pendidikan, ilmu alam, perubatan dan sebagainya..semuanya berasas dari ilmu..Antara kekuatan islam ialah Ilmu yang berkembang dan bermanfaat untuk semua. YES!! Ilmu itu penting..aku setuju sangat..

Azan Asar berkumandang memberi isyarat supaya aku perlu stop dulu membaca. Utamakan yang lebih aula..menunaikan hak sebagai seorang hamba..solat di awal waktu harus dijadikan amalan..barulah Allah sayang!
***
Petang itu aku jogging bersama-sama ika, aku ajak sekali Qanitah, Yasmin dan Liana. Tetapi Liana tidak ikut sama kerana sakit perut.. berjoging sambil berusrah? Haaa, menarik bukan..?usrah outdoor perlu juga kadang2..untuk tukar mood biar usrah menjadi lebih menarik dan segar..sekali-sekali tukar angin juga..pengisian lebih ringan sambil kita jogging..

Tempat pilihan : tasik proton city..

Kami menaiki kereta kancil yang disewa khas untuk ke Proton city..sejam RM 6..Kira murahla kan?
Aku memandu cermat untuk memastikan kami selamat sampai ke sana ..selebihnya, tawakkaltu ‘alallah..

Singgah digerai Mak yam membeli makanan sebagai bekal untuk ke sana.. keropok lekor dan cempedak goreng. Gerai Mak yam selalu menjadi pilihan memandangkan Mak yam sangat teliti dalam menjaga kebersihan makanan yang dijualnya. Annazhofatu minal iman..Kebersihan itu sebahagian daripada iman.. barulah makanan yang dibeli terjamin..bukan sekadar halal tapi halalan toyyiba..

***
“Uya, kau rasa tasik ni dalam tak?” ika memulakan perbualan..

Qanitah dan Yasmin malu2 memandangkan ika ada sekali..biasanya kalau dalam usrah banyak je cakap adik2 aku ni..lagi pun mereka junior.baru semester 2..

“Dalam kot..aku pun tak pernah ukur berapa kedalaman tasik ni..”aku senyum. Yasmin dan Qanitah gelak kuat dengar jawapan aku..

“kak ika, mengikut estimation yasmin, kalau kita masuk dalam tasik ni, probability untuk tenggelam tak timbul-timbul tu reach maximum state.” Kami semua tergelak lagi dengar gurauan Yasmin..

2 pusingan jogging..semput juga..berhenti rehat dipondok tepi tasik untuk menarik nafas sebentar..Alhamdulillah..nikmatnya hari ini..ika, yasmin dan Qanitah tersenyum lebar..banyak benar topik yang dibualkan..bertambah mesra mereka nampaknya..Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Memandangkan bilik aku berada di level yang paling atas, aku bercadang menyinggah sebentar menjenguk Liana di tingkat 3..Apa khabar dia agaknya..sudah sembuhkah sakitnya?
Setelah memberi salam, roommate Liana bukakan pintu..kelihatan Liana sedang meringkuk atas katilnya..menahan sakit perut..senggugut setiap kali datang bulan..
Kuambil botol mineral kosong lalu diisi air panas. Kubalut dengan tuala good morning dan tuam pada perut Liana, moga ia sedikit mengurangkan Menstrual cramp..Kalau ada batu tungku, bolehlah juga bertungku..tapi insya-Allah, nanti baikla perut tu nanti..

Minyak angin Mestika kusapu pada betis Liana..mama selalu pesan, kalau senggugut urut urat betis..aku pun tidak pasti urat yang mana satu yang ada link dengan urat perut..hehe..tidak habis menuntut ilmu urat-urat dalam badan lagi dengan mama.tidak mengapa, aku urut perlahan sahaja.

Aku pulang kebilik sebaik sahaja Liana tertidur..Penat berperang dengan sakit, penat agaknya..biarlah dia berehat. Sebelum keluar sempat lagi pesan kepada roomatenya supaya tengok-tengokkan Liana..

To b cont...

Wednesday, January 16, 2013

Dia Qistina # 3




Bismillahi tawakaltu ‘alallah, la haula wala quwwata illa billa hil’aliyyilazim..

Semoga langkah pergi ke kelas hari ini dilindungi olehNYA. Aku dan Ika berjalan menuju ke bus stand untuk menaiki bas ke kelas bersama-sama..tak sangka warna baju kami sedondon..warna ungu pekat bunga2 kecil berwarna putih..Cuma coraknya saja yang berlainan dengan baju ika..

Organic chemistry.2 jam yang sangat menyeronokkan..tambah-tambah lagi belajar dengan Prof Samihah yang sangat tinggi ilmunya..cara pengajaran beliau membuatkan pelajar minat dengan subjek kimia. Dan menjadikan sesuatu bab yang sukar menjadi mudah.. walaupun dewan kuliah besar dipenuhi dengan ratusan pelajar namun beliau berjaya mengawal situasi dalam kelas agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.

“ Yusri, Halim, nampak macam khusuk je dengar saya mengajar, mesti ada soalan nak tanya..” Prof Samihah meninggikan sikit suaranya..

Apa lagi, tersentaplah 2 orang pelajar yang sedang tersengguk sengguk menahan mata yang dah nak lelap..mulalah mereka gelabah dan tiba2 yusri bangun menggaru kepala yang tak gatal..semua orang dalam dewan kuliah kehairanan melihat yusri dan mentertawakan dia..riuh dewan kuliah.merah padam mukanya..aku hanya menggeleng-geleng kepala..mesti malu dia..kesian..

“padan muka..haa tula pasal..ngantuk lagi dalam kelas sape suruh..kalau dah tahu jenis yang mengantuk, blajar la siap2 skills tidur yang baik dalam kelas..kan dah kena..”ika bersuara sekadar aku yang mendengar..

Seorang lelaki yang berada dikerusi belakang yusri mencuri perhatianku..macam familiar sangat muka dia..tapi siapa ya?budak minor kimia ke?ke senior aku kat sekolah?

Ika menyiku lengan aku supaya memberi fokus kepada prof samihah yang mengajar di depan..silap2 nama aku pula yang kena panggil nanti . tapi aku sudah tidak boleh menumpukan perhatian kepada apa yang ingin disampaikan Prof Samihah..lelaki tadi mencuri fokusku..otakku ligat berfikir sesuatu..

“Uya, jom makan nak? Kita carilah apa2 untuk isi perut ni sementara tunggu bas balik kolej..”

Aku membontoti Ika tanpa kata sepatah..

“akak, roti sardin 2..dutchlady fullcream satu.Kau nak apa Uya?”
Hanya gelengan yang menjawab pertanyaan ika..

Semenjak keluar dari kelas Organic chemistry Qistina tiba2 muram..seolah-olah ada sesuatu yang mengganggu fikirannya..lelaki itu..lelaki itu satu kelas dengan aku?

'Maksudnya sepanjang aku dalam kelas Prof samihah selama ini dia memang ada ? kenapa aku baru perasan..atau dia baru masuk?
Atau dia pelajar baru?
Atau aku salah orang?
Tak..tak mungkin aku salah..aku rasa memang sah dia..Ahmad tasdiqi..ketua pengawas sekolah menengah Agama Kerian.. kenapa dia kat sini?
yaAllah..kenapa dengan aku ni..?banyaknya soalan yang bermain main difikiran..Astagfirullahal’azim..aku tidak mahu ingat semua tu..cukuplah ia menjadi kenangan pahit buat aku..'

Febuari 2008.

Masih segar segala perbuatan memalukan bagi aku..Syaitan mana yang merasuk kepala Ahmad Tasdiqi waktu itu..entah mengapa dia sanggup buat macamtu.

“Ina, balik dulu la ye prep..nanti lepas ni Qis naik dorm..sebab Qis nak siapkan dulu kerja sekolah ni..”

“oke, tapi jangan lewat sangat tau, bahaya sorang-sorang ni..dah 11malam dah ni..”

“Baik..Qis janji, lepas siap ni qis naik”

Selang 10 min kemudian.. “kreeek..krek..”bunyi pintu dikuak perlahan. “eh, Tasdiqi, kau buat apa dalam bilik prep muslimat ni?”

“Hei Qistina, kenapa kau jual mahal sangat hah?kau ingat aku tak boleh dapat kau? Kau ingat kau tu Hot sangat sampai semua laki kau tolak?”

“Astaghfirullahal’azim..tasdiqi..bawa mengucap..ingat Allah..apa yang kau cuba lakukan ni?”
Melihat muka tasdiqi macam orang dirasuk setan..aku mula gelabah..aku berlari untuk keluar dari pintu belakang bilik prep tapi kaki aku tersadung kaki meja dalam kelas..jatuh tersungkur..gugur laju mutiara jernih dipipi.. “tasdiqi jangan buat aku macam ni..kita orang islam!ingat Allah tasdiqi..jangan ikut bisikan syaitan!!”aku meninggikan suara dengan harapan dia akan sedar..

Sangkaanku meleset..Tasdiqi makin meliar..mata dia bulat melihat susuk tubuhku..tangannya menampar pipi aku dengan kuat..

“Sekarang baru nak merayu dengan aku? Tak payah buat buat kesianlah qistina!”
“pang!Pang”Singgah lagi kiri dan kanan pipiku.

“Aku cinta pada kau Qis..tapi kau tolak mentah-mentah kan? Sekarang ni kau akan jadi milik aku..bila kau dah tercemar..kau kena kahwin dengan aku!! Sama ada kau suka ataupun tidak!!” Tasdiqi menolak tubuhku rapat ke lantai..

Aku menjerit sekuat hati meminta tolong..berharap ada yang mendengar..aku menangis sekuat hati..Hanya Allah sahaja harapan aku saat ini.. “Ya Allah, peliharalah kesucian hambamu ini..hanya padaMu aku memohon perlindungan..”

“Allah!!Allah! Tasdiqi!!”Aku cuba menolak kuat tubuh tasdiqi tetapi kudratku tidak terdaya menolak tubuhnya yang sasa..

“Gedegang!” Bunyi pintu ditolak kasar.
“Hei, budak!! Apa kamu buat ni?”Sergahan pengawal keselamatan membuatkan Tasdiqi menggelabah..
Dia terus bangun dan berlari laju keluar dari bilik prep muslimat.aku yang menangis teresak-esak bangun dari lantai..

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pakcik guard..Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada Allah yang menghantar pakcik utk selamatkan aku..

“kenapa anak masih tak naik ke dorm lagi?dah lewat ni..prep dah lama habis..bahaya duduk kat sini..nasib baik tiada apa2 yang jadi..kebetulan pakcik ronda kat sini..kalau pakcik lewat.entah apa jadi pada kamu! Budak tadi tu..bukankah ketua pengawas sekolah?tak sangka perangai macam setan! Esok, laporkan pada pihak disiplin..jangan biarkan anak liar terlepas!!”

Pakcik meninggikan suara..cemas mungkin dengan situasi tadi..Aku tidak mampu berkata apa2..segera mengemaskan buku2 sambil menghabiskan sisa2 tangisan.

Keesokan paginya.. 

“Qis, Qis, cepat..cepat! PKHEM panggil kau..” Salina termengah-mengah memanggil aku.

Aku yang teringat peristiwa malam tadi menitiskan air mata..macam manalah nanti aku nak menceritakan peristiwa semalam pada PKHEM sedangkan Ahmad Tasdiqi tu anak kesayangannya.. “Ya Allah, kuatkan hamba-Mu..”

“eh, Qis, kenapa kau tercegat lagi kat situ? PK Hem panggil kau..yang kau menangis tu kenapa?Bukan kau buat salah pun..” Ina seakan membebel bila melihat aku masih tidak berganjak.

***
“Qistina Adawiyah,saya tak sangka awak sanggup buat perkara macam itu. Umur awak baru 17 tahun! SPM pun tak lepas lagi. Malam tadi awak masuk bilik prep Muslimin kan? Awak goda Tasdiqi untuk buat perkara tak senonoh?”

Ya Allah..Bulat mata aku mendengar kata-kata yang keluar dari mulut PKHEM..

“cikgu..siapa yang sampaikan cerita ni pada cikgu..? Bukan macam tu…malam tadi..tasdiqi..tasdiqi..”air mata aku gugur lagi..belum sempat aku menjelaskan perkara sebenar yang berlaku semalam..

“Awak tak perlulah tahu siapa yang sampaikan berita,dan..yang penting awak dah melanggar disiplin sekolah dan lagi teruk ialah cuba membuat perkara yang dilarang agama! Xusahlah awak menangis! Saya akan panggil ibu dan ayah awak kesekolah..”

“cikgu, tolong jangan libatkan mama dan ayah saya, saya tak bersalah..tasdiqi yang masuk ke bilik prep muslimat semalam..dia yang cuba melakukan perbuatan tak senonoh pada saya!” akhirnya aku dapat kekuatan untuk menjelaskan hal yang sebenarnya berlaku...air mata laju menemani pipiku..

“dah! Tak payah nak reka-reka cerita! Saya kenal anak saya macam mana..dan kalau betul apa yang awak cerita, boleh awak tunjukkan saya bukti atau saksi..sekarang? ”

Saksi..ya..saksi..
akan aku buktikan bahawa aku x salah..Kebenaran akan membela diriku dari terus-terusan dipersalahkan..

tiba2 aku teringat pakcik guard..aku mengesat air mata dan bergegas lari keluar dari bilik PKHEM segera ke post guard.. mencari-cari pakcik semalam, namun tidak nampak kelibatnya..

“Pak Tam, ada nampak Pakcik guard baru tu tak? Yang bertugas malam tadi?”

“oh, Pak Cik Rosli..Dia baru je balik, anak dia masuk wad, demam panas..”

Bagai dihempap batu yang besar atas kepala, aku berasa longlai..satu2nya saksi aku yang boleh menjelaskan perkara yang sebenar tiada disaat aku memerlukannya..ya Allah..bantu aku yaAllah..
Aku menangis lagi..

***
Mama dan ayahku sudah 20 minit berada di bilik PKHEM..keputusannya..aku dinasihatkan berpindah kesekolah lain..dengan kata lain diberhentikan dari sekolah..Allah..

“Mama, ayah, Qis x buat..Qis x buat semua tu..Qis difitnah ma, Qis difitnah..”aku rebah dan memegang lutut mama untuk meraih kepercayaan mereka…
Mama diam seakan tiada kata mampu membalas ucapanku..
"Mama, ayah..Qis x buat semua tu..Qis masih waras..Qis belajar agama ma, Qis tahu hukum.."
Ayah pun turut membisu..
“Mama..orang lain x percaya Qis xpe, tapi jangan mama dan ayah yang xpercaya Qis..”rayu aku lagi..
Mama menarik lenganku..mengangkat tubuhku..
“Qistina ..mama percaya Qis tak buat, xpelah Qis..kita pindah sekolah lain ye sayang..”

“Uya! Dah ke mana dah kau mengelamun? Bas dah sampai..jom!”

Ika menyedarkan aku dari lamunan ngeri..sungguh pahit untuk aku telan..Tapi Allah mudahkan urusan aku selepas itu..Allah itu maha adil. Selepas aku berpindah ke sekolah menengah yang baru, aku ditakdirkan berjumpa dengan sahabat2 yang baik..kesudahannya, aku keluar dengan keputusan cemerlang dalam SPM. Alhamdulillah..

***
To b cont...

Monday, January 14, 2013

Dia Qistina # 2




Lama juga aku pengsan..sekarang dah 2.15 petang..kelas aku terlepaslah jawabnya..mana taknya..nak pergi sekarang pun Dr tak bagi pelepasan lagi..memandangkan badan aku masih lagi lemah..

“saya bagi awak MC 2 hari..”

“Err..2 hari ke dr? kenapa lama sgt? Saya rasa saya dah okay”

“em, awak ni pelik juga ya..orang lain gembira dapat MC, tapi awak tak nak pula..”
Aku senyum malu2..

“ x pe..saya bagi je awak MC, kalau awak rasa badan awak dah sihat..awak boleh pergi kelas esok..pastikan awak mendapat rehat yang cukup supaya blood pressure awak stable..lagi satu, don’t skip your breakfast..it’s crucial for your health..”

Haaa..kan dah kena syarahan percuma ngan Dr… “baik Dr,terima kasih..”

Disebabkan bimbang aku pengsan lagi..Staf Klinik menghantar aku balik menaiki ambulans klinik Universiti..baik juga staf2 kat U aku ni kan?
***
“Uya!! Kenapa kau x masuk kelas SSV tadi? Tak pasal2 aku kena tanya ngan Dr Lee. Kau tahu jela Dr lee tu pantang kalau orang tak datang kelas dia..”
SSV stands for Environmental Science. Salah satu subjek major yang wajib aku ambil sem ini..Dr lee merangkap aku punya pensyarah yang sangat strict orangnya..tapi dia seorang yang baik hati..Dia cukup cerewet kalau bab2 ponteng kelas ni..

Balik2 je dah tercegat ika depan pintu bilik aku..kena bebel lagi dengan kawan aku sorang ni..hurm..

“Uya! Aku tanya ni..apesal kau diam je?”

“eh, kenapa muka kau pucat je ni? Kau okay ke tak ni..?”bila lihat je muka aku macam mayat hidup, nada suara ika sudah mengendur..bukan seperti tadi ..

“I’m okay..tadi aku pengsan..”

“Ya Allah, kenapa kau tak call aku?”

“macam mana aku nak call, aku kan pengsan?”

“eh2..ye tak ye jugak….heheee” ika sengih2 macam buat iklan Kodomo Lion depan aku..”xpelah, aku balik dulu..xnak ganggu kau rehat..jangan lupa makan ubat tau..rehat cukup2..”
-angguk mengiakan..

MC letter kubiarkan di atas meja..kucapai beg sandang tepi berwarna coklat di kerusi. Tidak dilupakan botol air yang sentiasa kubawa ke kelas..dan juga Al-quran tafsir kecil kesayanganku..

Hari ini kelas aku cuma 3 jam.. 9 hingga 10 pagi, then 10 pagi hingga 12 tengah hari..lepas tu free..berniat untuk ke Library lagi..sudah lama tidak menyambung hafalanku..untuk menghafal, aku memerlukan suasana tenang dan selesa seperti library..sunyi..tiada gangguan bunyi2 bising..ambil port di tingkat tiga kerana tempat biasaku di tingkat empat ramai pula yang duduk hari ini..

Usai berwudhu’, aku memulakan hafazan..terkumat kamit mulut menuturkan ayat suci Al-Quran dari surah Al-Hujurat dan mengulangnya berkali-kali..supaya mudah ingat..

Teringat lagi pesan mama.. “ Mama teringin sangat nak anak2 mama jadi hafiz hafizah, sejuk perut mama mengandung..orang yang hafaz al-quran 30 juz dalam dada ni, mayat pun tak reput tau, tak dimakan ulat..cerah je dalam kubur..”

Mama selalu ingin yang terbaik buat anaknya..bukan pada aku sahaja mama cakap macam tu..pada Abang Umar Qayyum, adik kembar aku Aisyah Zahra dan Fatimah Hanim, adik bongsu aku Abu Zarim..sifat keibuan pada mama terserlah dengan kasih sayang yang ditumpahkan kepada kami lima beradik ni. Ayah pun sama..selalu ajak abang dan adik bongsu aku ke masjid walaupun adik bongsu aku baru berumur 9 tahun. Darjah tiga sudah berjinak-jinak ke masjid..alhamdulillah..
Aku bersyukur dikurniakan mama dan ayah yang terbaik seperti mereka..

“..Insya-Allah mama, Qis akan cuba merealisasikan impian mama untuk melihat anak mama jadi seorang hafizah..”janji aku pada diri sendiri..
Aku meneruskan hafazan sehingga azan zuhur berkumandang..

***

Malam itu aku meluangkan masa di bilik ika, selalunya ika yang datang bertandang ke bilik aku..kami selalu study sama2..lagipun jarak bilik kami bukannya jauh sangat..wing yang sama..selang 5 bilik sampailah aku ke bilik ika..study sama2 boleh mengeratkan lagi hubungan persahabatan kami yang dah sedia rapat ni..mana tidaknya..dari semester satu lagi aku dan ika sekelas, Cuma sem 3 ke atas je kelas aku dan ika banyak tak sama..walaupun majoring in science but minor lain2..aku minor mathemathics and ika minor biology..tapi still kami belajar sama2..

Dua cawan Nescafe..satu untuk aku, satu untuk suriati..penat sungguh aku tengok dia menelaah pelajaran..melekat je kat meja study sejak aku balik dari bilik ika tadi..
“ Sue, Nescafe untuk awak…rehatlah sekejap..nanti sambunglah balik..”
“ Thanks, Uya, eh2..maaf.thanks Qis..saya pun dah tersasul panggil awak Uya, terikut-ikut Ika pula..”

“Tak apelah su, panggil lah dengan panggilan yang awak suka..asalkan jangan panggil yang pelik2 sudah..”

Kami sama2 tergelak..menceriakan lagi suasana malam..

Aku dan suriati meluangkan masa beberapa minit untuk rehatkan minda selepas penat study..sambil minum air Nescafe, kami berkongsi-kongsi cerita untuk mengenali dengan lebih dekat lagi diri masing2..Taaruf.Sangat penting!!..proses taaruf kan panjang..ambillah ruang dan peluang masa untuk mengenali hati budi sahabat2 sekeliling kita..
***
Sabtu dan Ahad ialah cuti rasmi bagi yang bergelar mahasiswa..tapi tidak bagi aku, waktu cuti aku sibuk dengan program-program kolej, program persatuan,usrah2 dan pengisian rohani..Masa cuti tidak diluangkan untuk perkara yang sia-sia..Tiada masa untuk aku keluar jalan2 ke Kuala Lumpur, Ke Cameron Highland, Ke Legoland seperti kebanyakan mahasiswa di sini..Kalau ada pun atas urusan kerja bukannya shopping atau berjalan-jalan..

Jam 10 pagi seperti yang dijanjikan semalam, kami mengadakan usrah di bawah pohon tanjung tepi tasik kolej..aman sahaja suasana di situ, sesuai utk merehatkan minda..sambil ada pengisian rohani, itukan lebih baik..Sayangnya kawan baik aku tidak ikut sama. Selalunya sebelum aku ke usrah, aku tidak lupa mengajak Ika sekali..tapi ika akan memberikan berbagai-bagai alasan untuk menolak ajakan aku..tidak mengapa, aku tidak akan pernah jemu untuk mengajaknya..mana tahu, suatu hari dia akan ikut sekali dan jatuh cinta dengan usrah..

Mad’u yang cukup komited dengan usrahnya..Yasmin, Liana dan juga Qanitah selalu tepat pada masanya..alhamdulillah, mengikuti adab2 berusrah dan antara 10 muwasafat tarbiyah yang perlu ada dalam diri seorang muslim antaranya ialah menepati masa..
Aku sukakan pengisian usrah yang berbentuk santai, setiap ahli usrah perlu bersuara dan juga mengeluarkan pendapat dan perkongsian masing-masing..barulah ‘hidup’ happycircle tersebut..tidak semestinya hanya naqibah yang mengeluarkan hadis dan sebagainya..

Allahurabbi..manisnya berukhuwah..manisnya berusrah..menyuburkan jiwa2 yang dahagakan ilmu dan menambah rasa cintakan agama..

to b cont.. 



 

Template by BloggerCandy.com