Wednesday, April 22, 2015

Bercerita tentang Syurga


Selalu waktu dalam kelas Bahasa Arab Qurani, ustaz sebut tentang kenapa Quran diturunkan dalam bahasa Arab agar mudah untuk kita pelajari..


Saya membuka microsoft word dan bahagian add-ins untuk membelek terjemahan secara cepat (Anda boleh juga mencuba jika anda pernah add in aplikasi Al quran )






Al Qamar : 22


dan Demi sesungguhnya! kami telah mudahkan Al Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?

Pernah aku bertanya pada diri sejauh mana aku mempelajari Al quran? sekadar membacanya tanpa ada rasa? atau membaca dengan berlagu tanpa getaran dalam jiwa.. membaca tafsiran tapi bukan membaca dengan berfikir.. Allahu akbar!


sungguh.. apa yang tersisa pada aku?


T.T
tersentap sendiri.

***
Apabila saya membaca Kalam Allah, saya tertarik dengan ayat-ayat berkenaan syurga :

“… barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia akan memasukkannya ke dalam surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…”
(an-Nisaa’: 13)


“….kelak Kami memasukkan ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai….”
(an-Nisaa’: 122)


“….sungguh, mereka akan Kami tempatkan pada tempat-tempat yang tinggi [di dalam surga], yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…”
(al-Ankabuut: 58)


“[yaitu] surga-surga ‘Adn yang mereka masuki, mengalir di bawahnya sungai-sungai…”
(an-Nahl: 31)

Jadi, terlintaskah di fikiran kita, apa yang membuatkan sungai dipilih dari yang lainnya? dari tasik, dari laut, dari air mata air? Apa yang membuatkan sungai begitu istimewa sehingga ia digambarkan sebagai keindahan syurga dalam Al-Quran?

-Nenda-

Terima kasih nenda atas post sentap yang tidak disengajakan.. mungkin itu teguran direct dariNYA..



Selalu bercerita tentang Syurga.. bahkan dalam Al quran diulang sebanyak 96 kali perkataan Jannah iaitu Syurga..Allah memberi gambaran indah tentang syurga.. Tidak kurang juga Allah mengulang ulang perkataan Naar (Api/ neraka) sebanyak 145 kali dalam Al quran.. kenapa neraka lagi banyak disebut berbanding Syurga? (tidak tercapai aqal saya untuk menjawab persoalan ini)..


YA! sungguh..semua bercita cita mahu ke syurga yang mengalir di bawahnya sungai2..
yang tidak pernah kering..tidak tandus..

Begitu perumpamaan Allah cukup cantik tetapi sedarkah kita hanya berangan angan kosong.
T.T

kenapa?

masih juga kita berseronok.
Tanpa segan silu berbahagia di bumi DIA tanpa risau kembali padanya dalam keadaan bekalan sedikit cuma. MALU!


MALU bercerita soal syurga tetapi tiada tindakan ke arah meraih Syurga!!

Moga Allah ampuni dosa2.. dan membuka hati kita seluas luasnya untuk melakukan sesuatu demi meraih redhaNYA..moga kita menjadi penghuni Syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai.. :)

Sunday, April 19, 2015

Penulis dan tulisan



Berpeluh peluh kalau nak siapkan kerja/assignment/ journal writing apatah lagi thesis writing..
Tapi kalau menulis yang tak de kaitan dengan assignment boleh pulak bahagia??

Lumrah.
Itu terjadi pada saya..
Boleh menulis blog walaupun disaat tengah sibuk dengan kerja
oh.my bad~ jangan tiru aksi ini 

Sebenarnya..saya sangat teruk menyusun ayat yang proper.. kalau buat cerpen sekali pun banyak kali diedit dan banyak kali juga ditongsampahkan..~ (dulu belum ada laptop, saya tulis atas kertas)

pernah juga saya berangan nak jadi penulis buku.. dan pernah menghantar manuskrip ke beberapa tempat..tetapi ditolak dan ditolak.. (sakitnya tuh disini) sehinggalah terasa nak terbitkan sendiri even hanya mampu terbitkan 'zine' space..
tapi saya kira itu langkah kecil untuk mendepani masyarakat melalui tulisan..

saya sangat kurang pengalaman dalam bidang penulisan.. jadi banyak benda harus belajar dan belajar dan belajar.. Seminar penulisan merupakan platform terbaik untuk saya mula mempelajari teknik2 penulisan.. 

Tips untuk menulis oleh A samad said.. Ada 5 syarat untuk menulis

1) Membaca
2) Membaca
3) Membaca
4) Membaca
5) Menulis.

Nampak apa yang saya nampak?
Betapa ilmu itu sangat penting supaya tulisan yang ditulis sampai ke hati pembaca.. meskipun menyentuh hati itu 'kerja Allah' tetapi.. tulisan yang ditulis lahir dari hati akan bertapak jua ke hati..

Satu lagi tips menulis adalah MULA MENULIS.. Jika saya tidak mula menulis sekarang? maka bila saya akan menulis?

Maka, saya menggedik hantar artikel kat tazkirah.net dengan harapan mereka membimbing saya menulis.. kononnya nak jadi penulis sukarela.. banyak betul masa aku.. pastu stress..tq Afifah jamal tagged saya.. haha..


cik puan.. haha.. confuse aku cik ke puan. tapi secara bahasa formalnya puan adalah panggilan hormat untuk perempuan dan tuan bagi lelaki.. tiada sebarang kaitan dengan status.  :)



Fuhh.. part ni membuat saya berpeluh di hari hujan.. Objektif tu sangat mencabar diri.. menakutkan.. sungguh, nak mendisiplinkan diri menulis dan menulis tu susah.. sebab saya menulis kadangkala bermusim.. ikut mood..~
oh..my bad again..





So, dengan adanya tawaran tersebut.. saya cabar diri sendiri buat sesuatu.. maybe itu boleh jadikan saham buat saya akan datang..
dan mengasah lagi skill menulis..
iyeke yob?

doakan. 
doakan
dan doakan saya..
may Allah ease.

^_^

cikmawar
teratak siti khadijah
1900

Wednesday, April 15, 2015

Emas mana terbaik?



Ramai tanya saya kenapa amek Public Gold? Bukankah ia syarikat cina? Kenapa tidak pilih dinar kelantan? Memandangkan saya orang kelantan..Bukan brand lain? Saya ada sebab kenapa saya memilih emas Public gold sebagai emas simpanan dan sudah pastinya saya syorkan Public Gold bukan kerana saya seorang dealer tetapi  kerana kelebihan kelebihan yang lain. Kalau saya baca tentang emas dalam tulisan En Zulkifle Syafie, kalau nak beli emas ni, tak boleh pandang satu sisi sahaja.. kena kaji aspek2 lain juga.. Dan setakat ini, saya rasa Public gold terbaik dari kriteria2 yang saya sebutkan..

Jangan percaya dulu!
Baca dan teliti apa yang saya bakal huraikan ini.
Lihat beberapa kriteria emas sebelum membeli..Kalau emas tu susut nilainya paling rendah dalam pasaran, belum tentu ianya terbaik sebab ada emas yang susut nilai rendah, tapi bila kita nak jual balik, syarikat tak mampu bayar!
Cuba teliti 10 kelebihan utama emas Public Gold ni, Dan nilailah sendiri.


1) Harga Lebih Murah Dari Kedai Emas.

Oke, yang ni mungkin syarikat lain pon ada cakap harganya murah. Harga emas Public Gold sebenarnya  lebih murah berbanding harga kedai emas dan lebih murah berbanding harga kebanyakkan pengeluar emas lain. Public Gold boleh jual harga lebih murah sekitar RM15 – RM20 per gram sebab Public Gold adalah kilang emas, seolah-oleh kita beli terus dari kilang.Harga emas pada waktu saya menulis sekarang adalah RM152 per 1g.. So, Bila harga lebih murah, kita boleh dapat lebih banyak emas dengan bajet yang sama.


2) Susut Nilai Terendah Di Pasaran

Yang ini saya kira adalah point penting, iaitu Susut nilai atau “spread”, terutama kepada pelabur emas yang ingin menjual kembali emas. Susut nilai emas Public Gold sekitar 4.5% – 8%, mengikut jenis emas yang kita ada. Kalau jadi dealer Public Gold macam saya, lagilah jimat. Dengan rebat yang Public Gold bayar, kita boleh rendahkan susut nilai sebenar sebanyak 1.3% (Normal Dealer), 1.8% (Priority Dealer) dan 2.3% (Master Dealer). Contohnya, kalau Master Dealer beli gold bar 250 gram (susut nilai 4.5%), susut nilai sebenar cuma 2.3% (4.5% – 2.3% rebat). Maksudnya, kalau harga emas naik 3% pun dah untung 0.7%! Tak perlu tunggu lama-lama untuk ambil untung.


3) Stok Tiada Had

Kita cukup risau kalau stok emas tidak cukup.. tambah tambah bila harga emas menjunam jatuh.. semua pakat dok beli emas.. Public gold tiada had,lagi banyak harga emas turun, lagi agresif Public Gold promote suruh beli. Ada syarikat lain, bila harga menjunam, emas terus out of stock. Bila harga tinggi baru muncul stok-stok tu. Bila macam ni, pelabur emas akan rugi peluang beli emas pada harga murah.


4) Banyak Cawangan Seluruh Malaysia

Setakat hari ini, Public Gold ada 18 cawangan termasuk satu di Singapura. Setiap negeri ada office Public Gold. Jadi kita tak perlu terlalu bergantung kepada dealer. Urusniaga pun lebih selamat dan terjamin. Kalau saya nak beli emas hari ini, hari ini jugak saya boleh dapatkan emas di cawangan tempat saya di Kota Bharu kelantan. Dan kalau saya nak jual balik emas untuk dapatkan RM, boleh terus ke kaunter emas public gold.  Tidak perlu melalui dealer pon xpe..


5) Jaminan Beli Balik Walaupun Rosak

Public Gold syarikat paling tak cerewet bila kita nak jual balik emas. Public Gold jamin beli balik emas dengan harga yang tinggi walaupun emas tu calar, kemek, bengkok, hilang resit dan mcm2 mslh lain.. asalkan berat masih kekal. Kalau hilang sijil ketulenan, Public Gold cuma tolak RM10 jer atas setiap item. Orang yang simpan emas Public Gold lebih peace of mind.
Sesetengah syarikat bukan sahaja emas tu calar, bahkan kalau hilang resit asal dan seal rosak pun dah jatuh nilai. Kalau hilang resit, harga dah lain. Kalau buka seal plastik, dia akan tolak at least 25%. Ia dikira sebagai “used gold”. Kalau emas tu calar, kemek atau bengkok, lagi lah kan.


6) Diterima Meluas Oleh Ar-Rahnu

Ar-Rahnu Bank Rakyat dan Ar-Rahnu Pos Malaysia terima semua jenis emas Public Gold dan beberapa jenama emas lain yang terpilih yang lain. Dua ar-rahnu ni ialah ar-rahnu terbesar di Malaysia. Ar-rahnu lain macam Ar-Rahn PKB, Ar-Rahnu Koperasi Tentera, dan Ar-Rahnu Ekspress, memang dah lama terima emas Public Gold.


7) Sistem Booking Harga 24 jam Sehari

Setiap 20 minit, harga emas Public Gold boleh disemak mengikut harga emas dunia. Kita boleh booking harga untuk BELI atau untuk JUAL 24/7 ..contoh  kata kalau harga menjunam tengah malam, kita boleh book harga rendah walaupun keesokan paginya harga dah naik balik. Kalau harga emas dunia naik mencanak, kita boleh booking harga JUAL yang tinggi walaupun harga dah turun balik waktu kita serahkan emas di pejabat Public Gold.


8) Keupayaan Beli Balik Jumlah Besar

Banyak syarikat boleh jual emas, tapi tak banyak syarikat yang mampu beli balik terutamanya dalam jumlah yang besar. Dah beberapa syarikat, bila orang nak jual balik dalam jumlah yang besar ketika harga tinggi, syarikat tak mampu beli! Ini memang jadi masalah kepada pelabur besar yang kaut keuntungan.
Sejak Public Gold mula beroperasi tahun 2008, belum ada isu Public Gold tak mampu beli balik. Dah banyak kali harga emas mencanak naik, Public Gold dapat beli balik masa harga mahal dengan nilai jutaan ringgit sehari. Tak ada masalah dari sudut pembayaran. Ada syarikat lain yang bila pembeli jual balik RM100,000 pun dah bermasalah untuk bayar sekaligus! Inikan pula jutaan ringgit sehari.


9) Emas Disertakan Sijil Ketulenan

Setiap gold bar dan dinar keluaran Public Gold disertakan sekali sijil ketulenan yang disahkan oleh assayer bebas. Jadi tak perlu risau tentang ketulenan emas Public Gold. Banyak emas yang dijual dipasaran tak ada sijil ketulenan, bahkan Dinar Kelantan dan Kijang Emas Maybank pun tak ada sijil ketulenan. Dan Public Gold juga ada pengiktirafan LBMA dan bebas GST.



10) Tiada Yuran Sebenar Menjadi Ejen

Kalau beli emas RM30,000 dalam satu resit, anda secara AUTOMATIK jadi dealer Public Gold. Tak ada yuran sebenar untuk jadi dealer sebagaimana sesetengah syarikat kenakan yuran HANGUS tertentu e.g. RM1,000 untuk layak jadi dealer. Tapi Public Gold hakikatnya percuma jer. Kalau beli emas RM30,000 hari ini, dan jual semua keesokannya, anda tetap jadi dealer Public Gold dan layak dapat REBAT untuk belian pertama dan seterusnya walaupun cuma beli sekeping coin 1 dinar.
Tak nak jadi dealer?? Atau belum mampu??
Tidak perlu jadi dealer.. dan saya tidak pernah terlintas pon nak jadi dealer.. saya mulakan dengan pembelian 1g emas.. Simpan sikit sikit..dan konsistenkan 1g 1 bulan.. yeahhhh..akan datang anda akan ketagih macam saya dan setiap hari anda akan buka laman web emas.


peace.no.war

Wniwmd
Dealer Muda Public Gold
PG 052355

Monday, April 13, 2015

Sanah Helwah




13 April 2015

55 tahun dalam jagaanNya..
tetap kuat menempuh asam garam hidup.. seorang yang tabah, penyanyang dan sangat sabar dengan kerenah 7 anak beraneka perangai bermacam 'fiil'..
menjadi ibu saat kami tagih kasih sayang
menjadi bank saat kami perlukan wang..
pinjamkan bahu waktu kami menangis..
pinjamkan kata2 semangat waktu kami down

55 tahun dalam jagaanNYA..
tetap rindu pada wajahmu yang tenang..
tetap kasih walaupun garang..
tetap sayang walau jauh dari pandangan..
dalam doanya takpernah putus..
secebis ingatan buat kami dikejauhan..

sanah helwah maa..
moga terus dilindungi..
moga mendapat keberkatan umur
moga selalu dilimpahi rahmatNYA
moga terus kuat dan kuat
moga terus sihat badan dan iman.
moga terus dalam dakapan Tuhan

:)
may Allah bless
may Allah grant ur du'as

salam cinta penuh kasih,
Atie
22:20
Teratak siti khadijah

Saturday, April 11, 2015

Bila mahu mulakan simpanan emas?



Bilakah mahu mula menyimpan emas?
sekarang!
waktu kita masih lagi muda.

Berapakah duit yang diperlukan untuk simpanan emas jika mula menyimpan sekarang?

Banyak persoalan yang diutarakan bagi individu yang baru ingin memulakan simpanan emas. Begitu juga saya sewaktu mula mula berjinak dengan simpanan emas dulu.

Jika anda mempunyai RM 150 hingga RM 200 setiap bulan untuk disimpan, saranan saya simpanlah dalam bentuk emas. Saya mulakan 1 g emas.. dan cubalah konsistenkan 1g 1 bulan..

Semua orang tahu emas kalis inflasi. Tidak seperti wang kertas yang akan mengalami inflasi.. Tambah tambah sekarang ekonomi negara kategori 'teruk' .. Kita dihidangkan dengan cukai itu dan ini dan saya kira, ini waktu terbaik untuk kita mula menyimpan emas..

Jangan tangguh!
Jangan tunggu harga murah baru nak beli..
harga emas akan semakin naik dan naik..
Masa terbaik membeli ialah bila anda faham apa itu emas, kepentingannya dan keuntungan menyimpannya. Anda tak faham bila harga rendah sebelum buat belian yang pertama. Tak siapa tahu “how low is low” dan “how high is high”..

Saya bukan orang yang banyak duit.
Maka sebab itulah saya perlu menyimpan..

Ya!
saya memang seorang pelajar.
dan saya bekerja sambil belajar.. dan saya juga mengajar.
saya juga berbisnes..haa, banyak btol saya buat.
Sebab saya sudah tidak mahu menyusahkan mak ayah saya dengan selalu meminta minta..
So, apabila saya bekerja dan berbisnes..,
Apa yang saya dapat itulah yang saya gunakan.

Apa yang lebih itu saya beli emas!

so, konklusinya..mulakan simpanan emas sekarang!
tak kisahlah emas kelantan ke, Public gold ke, power gold ke, tok nenek gold ke.. (bak kata matrock)
Janji syariah compliance, insyaAllah..
^_^


**akan datang, saya akan bercerita tentang emas, emas lagi dan lagi..
harap tak jemu.

Thursday, April 02, 2015

Uruskan kewangan!




Peribahasa purbakala..
"Sedikit sedikit lama2 jadi bukit "

atau mungkin boleh jadi..
" sedikit sedikit lama2 jadi sengkek"

T.T

pilihan di tangan masing2..

hidup dalam dunia GST..memerlukan kita lebih bijak! merancang kewangan masa depan.
dan GST bukan hanya pada 1 April.. tapi akan berterusan sehinggalah ia dimansuhkan.. *err, mansuh ke??

Bagaimana mahu uruskan kewangan? Aku bukan budak bisnes, aku bukan budak akaun! Aku budak sains.
(Heh! sebelum kau jadi budak sains, kau tahu sains ke?)
*mohon belajar


"Knowledge is treasure BUT action is key to it” 
_Ibnu Khaldun

First thing first! ILMU.

Walaupun pengalaman cuma seciput.. tahu sikit2 je macamna nak handle duit masa dolu2 jadi bendahari JMK selama satu sidang.. hakikatkan memang ia banyak mengajar aku untuk menikberatkan setiap sen pengaliran duit keluar dan masuk!

ibaratnya semua benda yang beli yang jual yang hutang perlu dicatat/ diambil tahu.

Perkara yang perlu diberi perhatian

1) Ada simpanan wang
2) Ada simpanan emas
3) memiliki hartanah
4)Takaful

#1 Simpanan wang
Walaupun wang akan mengalami inflasi, tetapi ia perlu ada untuk simpanan kecemasan.. 

#2 Simpanan emas
Alhamdulillah, tahun lepas diberi keizinan untuk berjinak jinak dengan emas.. walaupon tak banyak.. cuba untuk konsisten 1 g 1 bulan.. dan insyaAllah tahun ini.. bakal menganjak tangga dealer pula. may Allah ease. bagaimana aku kumpul duit beli emas?? nanti aku ceritakan episod akan datang.

#3 Memiliki hartanah
Yang ni belum terlaksana.

#4 Takaful
yg ni kena tanya ipin.. tak pon cikgu Tg

tetapi juga perlu terlaksana sewaktu dalam usia aku sekarang.. muda2 remaja :p

dan sebenarnya cara memiliki hartanah bukan sukar seperti mind set kita (aku la tu)

nak tahu tentang hartanah aku kena habiskan dulu baca buku Azizi Ali..
dan insyaAllah akan dikongsi dengan kome2.. 

Bukan mudah uruskan kewangan!
juga bukan susah!

yang penting perlu tahu, belajar, baca, tanya, dan do some research..

contohnya nak simpan emas.. perlu juga tahu tentang emas, susut nilai, zakat, emas dengan pengecualian GST (LBMA), dan juga teknik pelaburan.
supaya nanti tidak tertipu mahupon terkontang kanting..

sama juga nak miliki hartanah.. perlu juga ada ilmu.. *terasa nak belajar dengan pemuda yang memiliki hartanah bernilai 880k pada usia 26 tahun.. 
dan tak sempat jugak aku menghabiskan bacaan buku 30 hartanah pada usia 30tahun. fuhh, berpeluh dengar..

InsyaAllah nanti akan aku explore lagi berkaitan hartanah ni.. tak sempat lagi nak korek ilmu disebabkan tersadai dengan labwork dan kerja2 blakang tabir.. * konon2 sibuk tapi sempat je hapdet blog. :p

Pentingke belajar uruskan kewangan??
OFKOS lah.. walaupun ini nampaknya seperti DUNIA semata..tetapi apabila kita namanya khalifah dimuka bumi.. maka, pentadbiran dan urusan di dunia menjadi satu tanggungjawab kita..


Dia (Yusuf) berkata: “Agar kamu bercucuk tanam tujuh tahun (berturut-turut) sebagaimana biasa; kemudian apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan di tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian setelah itu akan datang tujuh (tahun) yang sangat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari apa (bibit gandum) yang kamu simpan.”


(Yusuf: 47-48 )

Wallahu 'alam




 

Template by BloggerCandy.com