Allah maha dekat..
yang tu ayat penguat yang paling kuatkan aku.
Selalu 2 3 menjak ni.. bila call mak..
Yang aku rasa cuma nak nangis. sebak bila dengar suara mak..
uihh.. jangan duk cengeng zati!
dan apa aku rasa?
Rasa nak quit. rasa surrender. rasa nak balik.
Then seolah olah ada orang bisik kat aku.." Ada beza tawakkal dan surrender"
maka, cari gali lah dalam2..
maka tanpa aku pinta..air mata laju mengalir..rasa itu tak boleh nak describe.
" Yang kupinta bukan separuh jiwamu..
cuma secebis doamu..."
Ya..
honestly.
Tiba2 ade hamba Allah datang. " Kau gusar apa?, mengadu kat dia..."
dan
seorang lagi hamba Allah datang...
bagi sentapan..
"Kau ni kenapa lemau..? konon nak jad muslimah power?"
erm.
"memanglah.. tapi aku pun perempuan beb.. nangis jugak.."
"ko bukan perempuan biasa, kau MUSLIMAH.. ade beza tu.."
Zupp.
penumbuk gajah singgah kat pipi.
" Weh, aku rasa macam nak mati.."
"semua orang nak mati beb"
Zupp.. double slap sekali..
" Kadangkala kita ni fikir, bila kita akan mati... duk pikiaq punya piqiaq tarikh mati..kira hari bagai..tapi duk lagu tu jugakk..xdak apa yang kita buat..duk takuk sama jugak..tak tambah amal, tak kurangkan maksiat...baik toksah duk piqiaq..."
Kita lebih takut mati berbanding persiapan kita menghadapi mati....amal apa kita nak bawak jumpa Dia? Malu beb..duk menumpang kat Bumi Dia, tapi jumpa Dia nanti takdak apa2 kita balas...
Hurm.. ko tengok ajelah kat Pesbuk.. kebanyakan orang sedaq yang kiamat dah dekat, malapetaka macam2.. MH 17, MH 370, pesta arak, konsert situ sini, buang anak, minyak naik.. (*eh) macam2 dah jadi macam dunia ni dah tunggang tebalik.... tapi manusia duk takat tu jugak aihhh..pung pang pung pang.. bukan nak berubah pon...
" Beb, hidayah tu Allah bagi..."
"Abis tu, ko takyah duk blajaq tinggi2 lah... Ilmu tu Allah bagi.. takyah masuk U... lagu tu kaaa?"
"Memang semua Allah bagi.. tapi usaha beb, usaha!"
Dahlah.. tak tau nak habaq apa dah =.=' .. aptb (Apa pun tak boleh)
No comments:
Post a Comment