Wal Asr.
Manusia yang sentiasa bersumpah! Bersumpah dengan masa.
Sudah muak !!
Muak mendengar
istilah ‘Janji Melayu’ atau ‘Waktu Malaysia’ yang entah siapa yang wujudkan..
“Meeting
esok jam 10 pagi ya…”
Dan 10.15
pagi masih belum muncul2.. 10.30 baru nak terhegeh hegeh dengan ayat cliché “Maaf, Saya
On the way”.
Baru nak start moto pun cakap on the way.. Baru siap2 nak bertolak pon on the way.. paling parah, yang baru bangun tido pon tetap nak cakap on the way..
Baru nak start moto pun cakap on the way.. Baru siap2 nak bertolak pon on the way.. paling parah, yang baru bangun tido pon tetap nak cakap on the way..
3 perkara
ingin saya highlight kan di sini..
1.
Memungkiri janji.
2.
Menyeleweng masa.
3.
Menzalimi orang lain
Yang
pertama, bila kita mula berjanji.. cubalah untuk menepati janji2 kita..kecuali
berlaku musyaqqah yang tidak dapat dielakkan yang berlaku secara tiba2..
Yang kedua,
menyeleweng masa.. Kita yang bersetuju untuk meeting jam 10 pagi… Tetapi 10
pagi lah baru nak bangun, baru nak mandi, baru nak breakfast, baru nak iron
baju… Macam mana nak sharp? Cubalah
untuk tidak menyeleweng waktu yang ada.. Kalau meeting jam 10 pagi sepatutnya
bangun awal, iron baju siap2.. mandi awal2 lagi..
Yang ketiga, Menzalimi orang lain iaitu orang
yang datang tepat pada masa dan terpaksa menunggu kita yang datang lambat..
Cuba kamu bayangkan, berada di tempat orang yang menunggu? Terpaksa menunggu 30
minit dan sepatutnya 30 minit waktu menunggu sudah boleh digunakan untuk buat
perkara lain.. Lagi haru biru bila orang yang menunggu sebenarnya mempunyai
banyak komitmen lain yang menanti.. Tidakkah kita sudah menzaliminya tanpa rasa
bersalah??? Tepuk dada tanya masa.
Seandainya
semua manusia yang wujud di muka bumi ini menggunakan istilah yang sama atau mindset
yang sama bahawasanya.. “Alaaah, meeting tu..cakap je nak start jam 10
pagi.. mesti 10.30 baru start punyaaa..”
Oke, Saya
nak tanya satu soalan… “ Macam mana meeting nak start jam 10 pagi kalau semua
datang lambat? Nak ber meeting dengan tiang? Dengan lantai? Atau dengan kerusi
dan meja..?”
Come on
lah!!
Saya
bukannya nak cakap bahawasanya saya seorang yang sangat2 menepati masa..Tidak..
Tapi, sama2lah kita
cuba untuk menepati masa.. Buang persepsi bahawa.. 'baru lambat 5 minit.. '
kerana
kita hakikatnya tidak punya banyak masa untuk dibazirkan begitu sahaja.. Moga
bait2 kata ini mengingatkan diri sendiri yang sering lalai dan lupa.. Wallahu’alam..
No comments:
Post a Comment