Saturday, September 29, 2012

aku nak jadi cool

oke..gambar ni xtahu ade kaitan ke x..



Beginning my hectic day with a cute smile..hiihi..InsyaAllah, its gonna be easier..believe it
haha..test komputer LULUS..alhamdulillah..:) please get ready for the next..

Lama membiarkan blog ini bersawang sebab banyak sangat perkara yang lebih 'aula' yang perlu dilakukan..
3 weeks..
a lot of assignments, tuto, lab reports,and bla3..but its ok..
kononnya aku nak jadi orang yang COOL bila bnyak kerja..
mencontohi kawan sekeliling yang ramai cool bila buat kerja..but everything goes smoothly..do one by one..lama2 siap la kan..tapi peringatan keras jangan sesekali buat last2 minute..
nanti kerja x memuaskan and jadik cam cincai2..
so, untuk menambahkan ke'cool'an aku..buat la planner..ala2 takwim JMK..hihi..
sticky notes..short notes..segala bagai..nasib xde foot notes je.. :)

okelah..time is golden..don't waste our time..have a nice day..

sebelum aku sign out.. nak share sikit budget 2013..nombor 6 yang ditunggu tunggu..xsabar nk shopping :)

1) RM200 one-off rebate for purchase of 3G smartphone for persons aged from 21 to 30 with monthly income of RM3,000 or below.

2) BR1M: RM250 assistance money for single individual aged 21 and above with monthly income not more than RM2,000.

3) 50% discount on KTM Komuter fares extended to all Malaysians with a monthly income of RM3,000 and below and who travel by KTM Komuter.

4) Reduce sugar subsidy by 20 sen per kg from 29 Sept 2012. 

5) Individual income tax rate to be reduced by 1 percentage point for the first RM50,000 of chargeable income. Child tax relief be increased from RM4,000 to RM6,000 per child for children aged 18 and above and receiving receiving full-time tertiary education. 

6) Book voucher of RM250 for students. (Previously RM200)

7) PTPTN loans: Incentive – repayment of full loan from 1 October 2012 until 30 September 2013, a discount of 20% will be given on their loan. Regular repayment gets a 10% discount.

8) My First Home Scheme income limit for individual loans raised from RM3,000 to RM5,000 per month.

9) Bonus of 1.5x month for public servants, Half month paid during 2012 Hari Raya. Remaining one month be paid in 50% in Dec 2012 and 50% in Jan 2013.


P/s : For those feeling blurrrr..blank and stress..don't give up in the mercy of Allah :)



Wednesday, September 19, 2012

penantian..

salam pembuka kalam..
Alhamdulillah..syukur3..
first of all..nk highlightkan sekali lagi tjuk kat atas..
yes..penantian..yang selalu dok dengar2..penantian suatu penyiksaan..
penantian itu penat..
menyakitkan..menyedihkan..membuat kita berputus harap..
sekali lagi aku belajar daripada seseorang..
thanx to sis Aisyah..

"penantian itu suatu yang indah..."

i don't know how to explain..i don't know how to describe..
but orang sekeliling sendiri yang buka mata aku..
of cosla kadang2 rasa sedih sgt kan bila kita tunggu2..tapi x de ape pun..
tapi apa yang kita tunggu?
apa yang kita harap?
sape kita?
kita hebat sangatkah?sampai Allah nak bagi kita macam2..padahal kita usaha x banyak sgt pun..
tu yang pertama..
yang ke 2..
kenapa kita harus sedih time apa yang kita harap..apa yang kita tunggu x dapat?
sedangkan kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang..
adanya orang yang selalu memahami..
adanya ibu bapa yang menyayangi..
ada kawan2 yang menemani..
ada nikmat itu dan ini yang Allah bagi FOC..
apa lagi kita nak?
hurm..

oke, back to d story..nk tnye satu je soalan..
adakah anda melakukan sesuatu untuk mengharapkan balasan? balasan siapa? manusia atau ganjaran dari Allah?
kalau buat utk kata2 pujian..untuk dapat balasan manusia..sory to say la...
amat sedih..tapi kalau mengharap ganjaran Syurga..ana tabikk spring..
itu memang terbaik..itulah PENANTIAN PALING INDAH yang patut kita harapkan..



“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, pada hal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu pada hal ia amat buruk untuk bagimu. Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”
( surah Al-Baqarah:216)

Allah maha mengetahui sedang kita tidak ketahui..Kita hanya merancang..Tapi Allah MAHA merancang..
Dia tahu apa yang bakal kita tempuhi..

tapi kita?
walaupun kita hebat berkata-kata..kita hebat memperjuang itu dan ini..outspoken dalam berhujah..kita tetap lemah dalam banyak perkara..please take NOTE!!


"Allah telah terbitkan mentari..
kemudian DIA datangkan hujan..
puas kita menangis mencari mana mentari kita..
rupa2nya Allah nak HADIAHKAN kita pelangi yang indah..."

Allah maha sweet kan..penuh teka teki dan surprise..
xtertanding dengan surprise manusia..
penantian yang dianggap sukar itu sebenarnya menjadikan ia lebih indah..

wallahu'alam..

p/s: noted for self..


Sunday, September 16, 2012

special entry..




semanis namanya..
manis jua orangnya..
seindah wajahnya..
indah jua akhlaknya..
sepanjang perkenalan aku dan dia..
suatu kenangan yang indah..
tutur bicaranya penuh terkandung nasihat..
kata2nya penuh hikmah..
sentiasa memberiku semangat.. 
menberiku harapan..
dia lincah..
aktif kesana kemari..sebagai ibnu haraki..
cukup aku kagumi dirinya..
dia tegas..tegas pada tempatnya..
dia garang..garang kena caranya..
dia lembut..lembut budi bahasanya..
jujur aku kagumi..
seorang insan yang menjadi mentorku..
seorang anak yang taat ibu bapanya..
seorang sahabat yang setia pada kawan
dalam bersahabat sekali lagi aku kagumi..
kerana dia banyak berkorban buat sahabatnya..
tanpa hiraukan kebajikan dirinya..
merentasi negeri menziarahi keluarga2 sahabat..
tanpa hirau nilai wang dan cuti..
sekali lagi aku kagumi..
seorang insan berjiwa kental..
seorang yang tabah dikala ditimpa musibah..
seorang yang segera bangkit dikalanya rebah..
Allahurabbi..
cantik ciptaanMu..
kau menjadikan masalah baginya indah..
kau jadikan ujian baginya ketenangan..
aku memuji kebesaranMu..
kerana ada insan yang hebat sepertinya..
tidak lain tidak bukan Nor halawati binti zulkifli
duhai ukhtiku sayang..
aku sayang padamu kerana NYA..
akhirul kalam..
sanah helwah ya Ukhti..
moga beroleh keberkatan..
may Allah grant ur wishes and du'a..
kullu 'am enti bikhair :)

p/s : tiada yg special mampu ku sediakan kecuali berdoa semoga dpt berkawan sampai ke syurga :)syukran 'ala kulli haal..

ikhlas..
wniwmd


친구

“Don't cry because it's over, smile because it happened.” 

― Dr. Seuss



smile because it happened..hihi..
coz we're lucky to face it..we'are lucky to deal with dat problem..
hahaha
yes..
we are lucky..tu ayat yang paling bermotivasi aku guna saat ni..
bila lalui saat2 genting..saat ade prob..lepas ngadu kat Allah..ngn makayah..comfem cari kawan..

kawan ni ada macam macam jenis..
dan aku pun x tahu aku ni kawan jenis ape terhadap kawan2 aku..

1.kawan yang biasa2..
biasa2 means dat x lebih dari seorang kawan..kita boleh borak2..kita boleh kluar makan sekali..kita boleh senyum2 kambing..kita boleh wat esaimen sekali..tapi kawan biasa2 bukan tempat nak berkongsi suka duka..bukan tempat kita rasa nak peluk sangat bila kita jumpa dia..haa..

2.kawan makan kawan
x de benda lain ke nak makan..kawan jugak dia makan..xpe2..kategori ni aku penah rasa..mgkin ade jgk yg menganggap aku ni kawan makan kawan??
forget bout that..tapi yg jenis ni..mohon2 la ajak berbincang..mintak maaf dan memaafkan.. :)

3.kawan amek kesempatan
ni lebih kurg la yang aku cakap kat atas tuh..
tapi yang ni bijak sikit la..take for granted
sebb ada orang cakap kat aku orang yang bijak itu ialah orang yang selalu mengambil kesempatan..
kawan jenis ni mencari cari kita bila dia rasa dia perlukan kita..
sbgai contoh..nak kopipaste esaimen mulalah wat muka 20 sen..sbb dia punya keje x siap lagi..cuba time kita x dtg kelas nak pinjam nota kuliah dia..mak aihh..bnyak btul alasan dia bagi..kononnya xde nota la..xsalin la..bla3..

4. kawan lupa kawan..
hahaha..ni geli hati jugak bile jadi kat diri sendiri..contohnya jadi kat aku..aku lama  sgt x jumpa kawan aku ni..dari sekolah rendah..so, bila jumpa aku excitedla kan..wat muka comel salam2 ngan kawan aku ni..
tup2..dia tanya aku.."emm, awak nama apa eh, kita jumpa kat mana dah?"
err..sambil tayang gigi wat iklan colgate..aku taaruf la balik.. " keh3..

5. kawan yang cool
haa, yang ni aku suka..tersangatlah cool sampai sume masalah dia anggap bukan masalah..ade je pnyelesaiannya..bguskan..kawan mcm ni sgt2 membntu..thanx dear fren..



6. kawan superduper  a.k.a sahabat
kawan yang boleh menunjukkan jalan yang benar..saling menasihati..saling mnyayangi..bila jumpa terasa nak peluk sangat2..bila berjauhan rasa rindu keranaNYA terbit tanpa diundang..

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..

Dalam satu riwayat dikatakan, "Seseorang bergantung kepada agama temannya. Maka perhatikanlah salah seorang kalian, dengan siapa ia berteman." Jangan berteman kecuali dengan orang yang mampu membangkitkan semangatmu dan keadaannya akan membuatmu terbimbing menuju Allah.

Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam pernah bersabda," Seseorang itu (dipandang) dengan siapa yang duduk bersamanya, dan seseorang itu (diukur) dengan siapa yang berjalan dengannya, oleh itu hendaklah anda memerhatikan siapa yang hendak dijadikan kawan."

wallahu'alam..

p/s : aku x tahulah aku ni kategori kawan yang mana..moga jadi yang lebih baik dan sentiasa membaiki diri supaya lebih dekat denganNYA..amin :)


Friday, September 14, 2012

blog kusam :(

Assalamualaikum..
haa..tgok tjuk kat atas balik..tu tuju khas utk blog cik penulis..
blog ni kusam..muram..lemau..n segala bagai lagi perkataan yang sesuai..
ai..cik zati baru sedar ke??
hihi..dah lama tau..tapi tu la pasal..kesedaran semakin bertambah hari ini..u know why?
smalam i attend class ICT..lect ada cakap, nak bagi blog menarik harus ada macm2 yg boleh attract readers..
audio..video..n ape tah lagi..
nk letak gambar jgn dok asyik copypaste en google je..terkena lagi..


satu lagi pinjam  ngn encik google :)

blajar la edit photo guna Adobe photoshop ke..Ai ke..tapi xreti la..software pun tade..sape nk tolong??
mungkin perlu belajar dengan seseorang..
betul x?..ilmu jugak..aish..x boleh jadi ni..kena belajar jugak ngedit gambar and put something attractive in this blog..someone plizz help me!!
satu lagi hal..
huhuhuhu..kena lagi batang hidung bile lecturer tu cakap..

" biasanya blog perempuan ngn laki berbeza..perempuan dia suka blog yang fancy2 sket..bnyak bunga2.."

hahaha..oke geli perut dengar..
hurm..nama pun blog cik mawar bbungo..haruslah berbunge2..ngeh3..

okelah..dah bnyak merapu..nk sleeping beauty dlu..wassalam :)

Thursday, September 13, 2012

kenangan bersama mereka


salam khamis..

jmk 1213

saje nk melekatkan videoklip ni kat blog..
supaya boleh jadikan kenangan..
abaikan kslhn semasa lakonan..hihi..wasalam..

Saturday, September 08, 2012

Ada jawatan ada kuasa

Salam pembukan kata..
selawat dan salam ke atas baginda s.a.w

orang kata ada jawatan itu ada kuasa..
orang kata jadi pemimpin itu berkuasa..
jadi ketua itu berkuasa..
jadi orang biasa xde apa2..
Ada jawatan ada kuasa ke?
yeke?

yang saya tahu..
yang ada jawatan itu berat yang perlu dipikulnya..
pemimpin itu punya tanggungjawab besar baginya..
ketua itu punya amanah di bahunya..
tanggung kerja di dunia..
jawab nanti di akhirat..

"kamu semua adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap kepimpinannya"..




balik2 terpalit kat muka sendiri..peringatan ini sekali lagi dituju khas buat penulis dan pembaca..

kita tidak di ajar untuk meminta jawatan..dan x di ajar utk gila kuasa..Rasulullah s.a.w melarang seseorang itu meminta-minta untuk menjadi pemimpin..xde apa pun yang ada pada jawatan kecuali amanah yang dipertanggungjawabkan..


Jawatan kepimpinan merupakan tanggungjawab besar dan orang yang tidak mampu menunaikan tanggungjawab tersebut akan menyebabkan bebanan kepada dirinya dan penderitaan sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh al-Tabrani:


“Jawatan kepimpinan itu pada permulaannya merupakan penyesalan, pada pertengahannya kesengsaraan dan pada akhirnya azab pada hari kiamat”


besar amanah itu..berat untuk dipikul..kadangkala terasa x mampu untuk ditanggung..namun jangan mempersoalkan saat dirimu terpilih..biar merasakan dirimu bukan terbaik..tapi dirimu yang terpilih..
sekali lagi mutiara jernih jatuh kepipi saat memikirkan tanggungjawab yang dipikul dikhuatiri tidak dilaksanakan sebaiknya..

Allahurabbi..
engkau tidak akan menguji hambaMu melebihi kemampuannya..

Ada jawatan x semestinya boleh buat itu dan ini..perlu fikirkan banyak hal..perlu jaga banyak perkara..kadangkala yang tidak berada di posisi kita tidak akan pernah memahami apa yang kita rasa..you are not in my shoes..so, stop complaining!!stop camparing!! stop blaming me!! look at urself..u're human like me..

Adatlah..bila jadi pemimpin..bila jadi ketua..bila ada jawatan..bila ada tanggungjawab..bila berorganisasi..bila bergerak kerja..memang tidak boleh lari dari masalah itu dan ini..ya..sgt menguji..walaupun ujian itu tidak sebesar ujian rakyat2 di Syria..tidak sebesar ujian hamba2 yang lain..namun disaat iman setipis kulit bawang ini goyah..akan terasa juga ujian itu berat..istighfar3..

syukran buat ukhti yang selalu mengingatkan..


katanya.."zati sayang..kalau zati buat sesuatu itu kerana manusia..memang kita akan selalu kecewa..sebab manusia akan selalu hasad dan dengki..terkadang manusia akan saling menyakitkan..membuat hati kita terguris..sebab dia pun manusia..sama macam kita..hanya insan lemah ciptaaNYA..tapi..kalau zati buat sesuatu kerana Allah..zati tidak akan pernah kecewa..Allah maha penyayang..Allah maha memahami..Allah maha mendengar..."

zapp..terus tersentap..selama ini adakah aku buat sesuatu kerana manusia?sebab aku sering kecewa..terkadang sakit hati sana sini..terasa itu dan ini..oke..setting niat balik..jelaskan matlamat..kenapa perlu berada di posisi sekarang?kenapa perlu berada di jawatan sekarang?mungkin masih ada waktu untuk kita U-turn..syukran sahabat2 yang selalu mengingatkan diri ini yang sering lupa..

Turn to Allah..the most gracious and most Merciful..

dats all for today..setting our niat..may Allah bless us in everything we do in our life J
wallahu'alam..




Tuesday, September 04, 2012

janji ditepati..


In the name of Allah, the most Gracious and most Merciful ..Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w

Istighfar3..susah mengawal emosi..jika tidak berlandaskan pemikiran yang waras dan agama..mgkin tidak terkawal..
saya manusia biasa..dan saya adalah saya..
jika urusan kerja..memang saya biasa2..saya tidak sehebat orang2 sebelumnya..
tapi apa hak sesama manusia untuk membandingkan saya dengan mereka..
setiap manusia punya kelebihan dan kekurangan..jika yang nampak dari diri saya cuma keburukan..go on..kerana tiada satupun kebaikan yang saya buat mampu kamu lihat..ye..tidak kesal sedikitpun jika kita buat bukan kerana manusia..oke, abaikan dulu pasal itu..

sbb banyak benda nak tulis..

JANJI


“kalau takut mungkiri janji..jangan berani mempertaruhkan janji..”
Yes..masa berjanji..kita rasa kita mampu untuk tepati..

Fiman Allah..:
   "Dan penuhilah janji sesungguhnya janji itu akan ditanya."

Dalam islam..menunaikan janji adalah wajib..even sekecil-kecil janji
  
   "Hai orang-orang yang beriman, penuhilah janji-janjimu"

Seseorang yang mungkir janji yang dibuat sama ada dengan sengaja atau tidak, amat tidak menyenangkan dan mengecewakan harapan orang yang dijanjikan. Perbuatan memungkiri janji tergolong orang munafik.

Kadang2..memang rasa berat utk menerima janji yang telah dipersetujui oleh semua pihak..kalau rasa kita tidak mampu..cakaplah..insyaAllah..saya akan bla3..ataupun..saya akan bla3 biiznillah..
Dengan izin Allah saya akan tepati janji itu..
Kata2 yang keluar of course akan ditanya..yes..peringatan ini dituju khas buat diri penulis..



THE POWER OF DU’A



“ Take good care of relation with Allah and do pray for me..”

Do pray for me..do pray for me..doakan saya..doakan saya..

Semalam..mengakhiri perbualan dengan seorang sahabat dengan ayat itu lagi..
“doakan aku...”
insyaAllah aku doakan..jawab aku sebagai tanda bersungguh sungguh..
aku percaya dengan kekuatan doa..Sesungguhnya Allah itu dekat dengan kita

pesan ukhti hala :

“jika kamu jumpa dengan sahabat, pintalah darinya dua perkara iaitu doa dan nasihat”

Ketika kita meminta untuk orang lain mendoakan kita..jangan lupa untuk doakan dirinya..sebab itulah wajib bagi kita menjawab salam..kerana salam itu adalah doa..

Kadangkala  sering juga terfikir..adakah doaku dimakbulkan?kerana mungkin kadang2 terasa mustahil utk sesuatu yang dihajati itu termakbul..tetapi..Allah itu maha pengasih..Dia maha mendengar..yakinlah dengan janji Allah.. Berdoalah dengan keyakinan penuh bahwa Allah SWT akan mengabulkannya. Berdoalah dengan sepenuh hati dan bersungguh-sungguh. Jangan kamu pernah BERPUTUS ASA denganNYA..berdoa dan terus berdoa..

wassalam



 

Template by BloggerCandy.com