Friday, November 28, 2014

Jambatan goyang goyang



*rewind orientasi semester satu*

kisah cinta bermula.
konon.. cintakan upsi
maka kami pon bersemangat nyanyi..
(semangat terpaksa)



"Jambatan goyang goyang..
jambatan goyang-goyang..
ku takut tenggelam 
ku takut tenggelam 
lalu aku berenang
lalu aku berenang
habis basah baju ku 
habis basah baju ku 
lalu aku sidaikan 
lalu aku sidaikan
ku pakai semula 
ku pakai semula 
cantik tak ???.."








kisah orientasi yang ku rasakan sangat budak2.. belum lagi matang.. nyanyi2.. joget2.. main itu main ini.. al maklumlah baru lepasan matrik..uhuk

oke, yang aku nak story bukanlah tentang orientasi tu..
tapi jambatan goyang goyang yang sebetulnya..

Rasulullah SAW bersabda, "Dan diletakkan sebuah jambatan di atas Neraka Jahanam, lalu aku dan ummatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Para Rasul berdoa pada hari itu: ‘Ya Allah, selamatkan! Selamatkan! Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pohon Sa'dan. Pernahkah kalian melihat duri pohon Sa’dan?" Para sahabat menjawab, "Pernah, Ya Rasulullah." Lalu Rasulullah SAW melanjutkan, "Sesungguhnya pengait itu seperti duri pohon Sa'dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai ummat manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia." (HR. Muslim)


*edisi siratal mustaqim

Jambatan goyang goyang..
Jambatan goyang goyang..
ku takut tenggelam..
ku takut tenggelam..
kerana amalku kurang...
kerana amalku kurang..
ku takut di telan..
ku takut terjunam..
habis hancur jasadku..
habis hangus bandanku..
Takuttt tak??

T.T
huhu..nauzubillah..nauzubillah..nauzubillahimin zalikh.. serius seram!!

Tidak henti-henti Rasulullah SAW dan Nabi-Nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia: “Ya Allah, Selamatkan! selamatkan!" "Ia (jambatan sirath) adalah sebuah jalan yang sangat licin. Dan kaki susah sekali berdiri di atasnya." (HR. Muslim)

Sahabat yang dirahmati Allah, Jambatan Sirat di akhiratadalah hasil jalan2 di dunia. Barangsiapa yang selalu memilih di jalan Allah dan berpegang teguh dengan syariat Islam! maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke Syurga. 

dan jika sebaliknya, Jika kita jalani hidup penuh dengan kemaksiatan, maka bersiap-siaplah diterkam api Neraka yang berkobar-kobar menyala di dalam Neraka.

mintak dijauhkan..

*muhasabah. hati yang sentiasa bermuhasabah itu menandakan hati yang hidup. :'(




Thursday, November 27, 2014

Kertas-kertas kosong




Zaman kecik kecik.. aku suka duk tulis diary..
kononnya banyak 'rahsia' yang aku boleh coretkan dalam tu..tapi aku tak suka diary yang selalu budak2 sekolah duk pakai siap ade kunci mangga bagai..

Diary aku biasa je..
bukanlah hardcover.
diary yang dibeli di Mydin berharga RM5.90

Setiap tahun aku mencoretkan kisah hidup aku yang biasa.kadang2 mengulangi benda yang sama setiap hari.. dan kalau ada ayat yang best2..aku akan catatkan di muka surat baru diary aku..
walaupun pada tarikh yang berbeza daripada tarikh yang tertera pada diary..

Ramai cakap aku pelik. (dari dulu kot)
Tapi aku pon rasa aku pelik..
aku mengalami suatu penyakit di mana aku sukar meluahkan sesuatu melalui kata-kata..
tangan dan jari lebih pantas mengekspresikan luahan benak otakku..
nak buat macamna kan..?

Tapi syok sebenarnya tulis diary nih..memang dulu diary aku banyak muka surat kosong berbanding yang bertulis..
tapi tahun demi tahun berlalu.. kertas kertas kosong itu lebih kurang berbanding kertas-kertas yang berconteng tulisanku yang 'cakar ayam'

dari penulisan diary.. aku jadi cinta akan penulisan.
pada aku.. penulisan itu seolah olah lebih 'ikhlas' dari mulut puaka.
meskipun kadang2 penulisan itu disalah tafsirkan..
at least penulisan lebih petah berbicara..

Dengan rahmat Tuhanku!!
aku diberi pinjaman rasa cinta pada penulisan.
Hakikatnya aku bukanlah budak bahasa..
bukan jua sasterawan muda..
bukan ilmuan yang punya ilmu penuh di dada..

cuma, aku anggap ia Hadiah dari Dia..
mengajar aku mengekspresi cinta..
kalam kasih buatNYA..

moga dengan kertas kertas kosong itu..aku mula bertindak..aku mula bergerak..
supaya dapat ku 'amin' kan doa sahabat yang insyaAllah ahli SYURGA.. 
yang mendoakan penulisan-penulisanku 'nanti' berbau Sains dan Islam..
lama sudah aku ingin menulis itu!!
lama sudah aku ingin menulis ' bukan sesuatu yang kosong'

tetapi sesuatu yang bermanfaat untuk ummah..!

Biiznillah.. insyaAllah.

Wednesday, November 26, 2014

Manusia yang bersumpah!




Wal Asr. Manusia yang sentiasa bersumpah! Bersumpah dengan masa.

Sudah muak !!
Muak mendengar istilah ‘Janji Melayu’ atau ‘Waktu Malaysia’ yang entah siapa yang wujudkan..
“Meeting esok jam 10 pagi ya…”

Dan 10.15 pagi masih belum muncul2.. 10.30 baru nak terhegeh hegeh dengan ayat cliché “Maaf, Saya On the way”.

Baru nak start moto pun cakap on the way.. Baru siap2 nak bertolak pon on the way.. paling parah, yang baru bangun tido pon tetap nak cakap on the way..

3 perkara ingin saya highlight kan di sini..
1. Memungkiri janji.
2. Menyeleweng masa.
3. Menzalimi orang lain

Yang pertama, bila kita mula berjanji.. cubalah untuk menepati janji2 kita..kecuali berlaku musyaqqah yang tidak dapat dielakkan yang berlaku secara tiba2..

Yang kedua, menyeleweng masa.. Kita yang bersetuju untuk meeting jam 10 pagi… Tetapi 10 pagi lah baru nak bangun, baru nak mandi, baru nak breakfast, baru nak iron baju… Macam mana nak sharp? Cubalah untuk tidak menyeleweng waktu yang ada.. Kalau meeting jam 10 pagi sepatutnya bangun awal, iron baju siap2.. mandi awal2 lagi..

Yang ketiga, Menzalimi orang lain iaitu orang yang datang tepat pada masa dan terpaksa menunggu kita yang datang lambat.. Cuba kamu bayangkan, berada di tempat orang yang menunggu? Terpaksa menunggu 30 minit dan sepatutnya 30 minit waktu menunggu sudah boleh digunakan untuk buat perkara lain.. Lagi haru biru bila orang yang menunggu sebenarnya mempunyai banyak komitmen lain yang menanti.. Tidakkah kita sudah menzaliminya tanpa rasa bersalah??? Tepuk dada tanya masa.

Seandainya semua manusia yang wujud di muka bumi ini menggunakan istilah yang sama atau mindset yang sama bahawasanya.. “Alaaah, meeting tu..cakap je nak start jam 10 pagi.. mesti 10.30 baru start punyaaa..”

Oke, Saya nak tanya satu soalan… “ Macam mana meeting nak start jam 10 pagi kalau semua datang lambat? Nak ber meeting dengan tiang? Dengan lantai? Atau dengan kerusi dan meja..?”


Come on lah!!


Saya bukannya nak cakap bahawasanya saya seorang yang sangat2 menepati masa..Tidak..
Tapi, sama2lah kita cuba untuk menepati masa.. Buang persepsi bahawa.. 'baru lambat 5 minit.. ' 

kerana kita hakikatnya tidak punya banyak masa untuk dibazirkan begitu sahaja.. Moga bait2 kata ini mengingatkan diri sendiri yang sering lalai dan lupa.. Wallahu’alam..

Sunday, November 23, 2014

Kau gusar Apa?


Kau gusar apa?
Allah maha dekat..

yang tu ayat penguat yang paling kuatkan aku.

Selalu 2 3 menjak ni.. bila call mak..
Yang aku rasa cuma nak nangis. sebak bila dengar suara mak..
uihh.. jangan duk cengeng zati!

dan apa aku rasa?
Rasa nak quit. rasa surrender. rasa nak balik.

Then seolah olah ada orang bisik kat aku.." Ada beza tawakkal dan surrender"
maka, cari gali lah dalam2..

maka tanpa aku pinta..air mata laju mengalir..rasa itu tak boleh nak describe.

" Yang kupinta bukan separuh jiwamu..
cuma secebis doamu..."

Ya..
honestly.

Tiba2 ade hamba Allah datang. " Kau gusar apa?, mengadu kat dia..."

dan 
seorang lagi hamba Allah datang...

bagi sentapan..

"Kau ni kenapa lemau..? konon nak jad muslimah power?"

erm.

"memanglah.. tapi aku pun perempuan beb.. nangis jugak.."

"ko bukan perempuan biasa, kau MUSLIMAH.. ade beza tu.."

Zupp.
penumbuk gajah singgah kat pipi.

" Weh, aku rasa macam nak mati.."

"semua orang nak mati beb"

Zupp.. double slap sekali..

" Kadangkala kita ni fikir, bila kita akan mati... duk pikiaq punya piqiaq tarikh mati..kira hari bagai..tapi duk lagu tu jugakk..xdak apa yang kita buat..duk takuk sama jugak..tak tambah amal, tak kurangkan maksiat...baik toksah duk piqiaq..."

Kita lebih takut mati berbanding persiapan kita menghadapi mati....amal apa kita nak bawak jumpa Dia? Malu beb..duk menumpang kat Bumi Dia, tapi jumpa Dia nanti takdak apa2 kita balas...

Hurm.. ko tengok ajelah kat Pesbuk.. kebanyakan orang sedaq yang kiamat dah dekat, malapetaka macam2.. MH 17, MH 370, pesta arak, konsert situ sini, buang anak, minyak naik.. (*eh) macam2 dah jadi macam dunia ni dah tunggang tebalik.... tapi manusia duk takat tu jugak aihhh..pung pang pung pang.. bukan nak berubah pon...

" Beb, hidayah tu Allah bagi..."

"Abis tu, ko takyah duk blajaq tinggi2 lah... Ilmu tu Allah bagi.. takyah masuk U... lagu tu kaaa?"

"Memang semua Allah bagi.. tapi usaha beb, usaha!"

Dahlah.. tak tau nak habaq apa dah =.=' .. aptb (Apa pun tak boleh)





 

Template by BloggerCandy.com