Wednesday, June 12, 2013

Sorry





Mahalkah ungkapan maaf?
atau berat kah bibir ingin menuturnya?



"maaf itu satu HAK yang perlu dilafazkan sesama manusia.."



siapa kita untuk menilai manusia?
kerana kita juga manusia..

Siapa aku untuk tidak memaafkan
Aku bukanlah insan-insan yang kejam..
aku bukanlah insan-insan yang keras hatinya
aku jua melakukan kesilapan tanpa aku sedari
layakkah aku tidak memaafkan?


Duka terguris.
itu biasa


Kecewa dan hampa
itu sementara


Andai kita yang memulakan goresan luka itu..
jangan biarkan ia dalam..
segeralah meminta maaf


Andai kita yang menerima hirisan duka itu..
jangan biarkan sampai bernanah
maafkanlah..semoga ia tidak mencemarkan hubungan aku dan dia


usahlah kau pinta untuk diulangkan waktu atau dikembalikan detik itu..
dengan harapan supaya tidak melukakan hati sesiapa~
kerana kita bimbang..
seandainya jika Allah mengulangi waktu itu sekali pun
kita tetap melakukan perkara yang sama..


jadi..
jom kita mohon kepada NYA
moga kita diberi kesempatan untuk memperbaiki kesilapan lalu..
itu lebih baik untuk kita
Mengenang dosa silam..itu perlu..
tetapi kita pohonlah agar ada keampunan untuk itu..








" wal ya'fu wal yasfahu. Ala tuhibbuna an' yagfirallahu lakum"

"dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada, Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu?"

(An nur: 22)

Apakah kamu tidak ingin Allah mengampuni mu?
siapa yang tak mahu? pastinya keampunan Allah yang didambakan..


setiap senyuman yang kuhadiahkan menandakan aku memaafkanmu meskipun hakikatnya aku lah orang yang meminta-minta untuk dimaafkan..
tiada maksud lain yang tersirat..
tidak perlu bercuriga bahawa sukarnya aku memaafkan..
aku hanya insan biasa yang juga punya perasaan..


Setiap hari aku berharap aku ikhlas memaafkan semua orang meskipun ikhlas itu tidak bisa diukur..namun aku berdoa..supaya aku memaafkan orang setiap hari..selebihnya kuserahkan hanya kepada YANG MAHA MENGAMPUNKAN


kerana aku juga hamba sehambanya~


p/s: mintak maaf sahabat2..mintak halal semuanya~ selamat meneruskan perjuangan masing2..moga sama2 beroleh redhaNYA~

wallahu'alam



No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com