"Dakwah bukan untuk orang manja ! "
"Tarbiyah, tiada yang mudah! "
Alih2 dakwah dan tarbiyah..dakwah dan tarbiyah.
2 perkara.tak boleh berpisah.
oke, meh sini nk debik sikit.
betulke.... Kau dikatakan seorang pendakwah?
sedang kau memilih-milih orang untuk berdakwah?
Kau dikatakan pendakwah?
sedang target kau cuma yang berkopiah?
Kau sedang berdakwah?
sedang yang dipilih cuma bertudung labuh dan berpurdah?
come on lah!
Pinjam tagline Inche Gabbana
" we do too little dakwah,
too little tarbiyah
and too much jahiliyyah,
yet we expect to enter jannah?"
dush! ketuk kepala sendiri laju2..
Dakwah tu satu proses utk menghimpunkan manusia2 atas kebaikan dan bimbing mereka untuk mengenali kebenaran..yes..
It is a process. not a stop centre!
Perjalanan seorang dai'e panjang. dan jalannya bukan dihampar karpet merah, kuning, biru, hijau dan karpet berbunga2..
tapi penuh duri ranjau dan halangan yang perlu ditempuh.
dush! batu hempap kepala lagi..
tiba2..
satu soalan yang keluar buat aku betul2 berfikir sepanjang hari..
tak senang duduk..
"Fikrah?"
kejelasan fikrah.
oh! buat aku terkedu..
mutarabbi mencerminkan murabbi..
sedikit sebanyak terpalit padaku..
Satu perkataan buat aku berfikir panjang..Fikrah.
Isu kejelasan fikrah.
kejelasan fikrah.
dan kejelasan fikrah selalu ditekankan. yes..fikrah yang jelas itu perlu dan penting sebelum mengintimakkan diri dalam jemaah.I admit. mungkin ada salah aku di mana2..
oh my?
Apa yang aku rasa ini?
Apa yang bermain-main dalam kepala aku ni?
perlu ke timbul lagi soalan itu?
once mutarabbi dah menjejakkan kaki mengikuti jalan dakwah itu.. bermaksud Allah yang pilih dia. bukan aku.. melepasi tapisan Allah setelah ditapis berkali-kali.
i wonder..
tapisan manusia masih ada keraguan..
Dulu,
aku juga sama.
aku bukanlah outspoken seperti mereka2..
aku pendiam.
aku pemalu.(err?)
ilmu aku cuma seciput..
yang ada masih perlu ditambah-tambah
banyakkan bacaan, luaskan thaqofah
jelaskan fikrah..
perbetulkan akhlak..
sebarkan dakwah.
mereka.
ilmu tinggi..tarbiyah mantap..akhlak tip top..akademik daebakk..
ukhuwah terbaik..aku tabikk..
dengan aku bezanya jauh bagai Kelantan dengan korea. *ehh tibe2??
oh.sampai bila aku nak berfikiran macam tu?
lalu siapakah yang akan menyambung mata rantai perjuangan Rasulullah s.a.w kalau bukan kita2..?
Ubah diri.
belajar jadi rajin.rajin mencari.rajin menuntut.
Maka wujudlah halaqah atau happy circle atau usrah atau bulatan gembira..
sehingga aku rasa aku perlu untuk mentajmikkan adik2 dan kawan2 rapat mengikuti jalan yang sama.
Lalu teruskanlah dakwah fardiyah untuk berbulatan gembira segembiranya..
tanpa mengira bertudung labuh atau tidak.
berjeans atau tidak
yang penting.kelangsungan dakwah dan tarbiyah..
yes.
kelangsungan dakwah dan tarbiyah.
kerana kita tahu umur dakwah itu bukan dikira dari segi berapa usia individu yang melakukannya, tetapi umur ummah dan pendakwahannya..segalanya adalah di dalam percaturan Allah s.w.t.
Hari ini apa yang kita2 buat?
masih berada di depan laptop?
sibuk menaip status2 di facebook dan tweet2?
kena ketuk kepala lagi sekali..
So,Pacak dalam2 dalam hati..
Islam itu tidak akan kembali memerintah dunia jika penolong2 agama ini tidak bersungguh, bermalas-malasan dalam bekerja untuk agama..
wallahu'alam
**Allahurabbi..tembak laju2 doa untuk mereka2 yang sedang menjalani proses tarbiyah itu..grablah peluang yang ada untuk terlibat secara langsung dalam perjuangan itu..insyaAllah.. Allahu musta'an!
No comments:
Post a Comment