Puan hajah lagi.. maksudnya dia masih memanjangkan ukhuwah dengan puan hajah kali ini bertegur sapa melalui telefon pula? kadang2 dia terfikir.. puan hajah yang dipanggil ibu itu bnyak mengajar dia erti sebuah perhubungan~ ibu. kali ini ibu berpesan pada dia.. jaga kesihatan.. jaga makan minum. yang paling penting jaga solat. ibu bertanya dia lagi.. sejauhmana dia bersedia untuk menghadapi praktikum. dia terkedu. lupa bahawa ibu juga seorang guru. guru bahasa inggeris sekolah rendah. Dia hanya cakap "macam belum ready lah ibu..." kalau dia cakap begitu pada emaknya.. mesti kena bebel. ibu tanya, " agaknya bila dia ready? mungkin sampai tiba di sekolah nanti pun masih tetap jawapan yang sama..kan? " oh. head shot. "Dalam kehidupan ni..perkara yang penting adalah merancang. PLAN and ACTION. baru kita sentiasa maju ke depan...." sambung ibu lagi.. "........... sama jugak bab kahwin.. yang ni ibu taknak cerita, kamu kena fikirkan sendiri..." oh.dia macam nak nangis.. asyik2 sebut soal kahwin.. ayat itu macam dihiris-hiris.. dia taknak fikir dia perlukan masa dia baru belajar menjadi lebih dewasa.. mungkin ibu tidak tahu.. dalam tidak bersedia..sebenarnya dia sedang membuat persiapan. Dia merenung makanan atas meja.. tidak habis dimakannya. tiada selera.. air mata jatuh dalam pinggan.. kenapa ibu? ayatnya seolah-olah menaruh harapan. buat dia serba salah.. dia mengangkat satu panggilan di telefon bimbit.. tepat pada masanya.... makkkkkkk........ :'( to b cont~
No comments:
Post a Comment