Tuesday, October 11, 2011

Diari seorang sahabat | 4



Salam'alaik..


sebelum baca diari seterusnya..
baca dulu
Diari 1
Diari 2
Diari 3






hurm..nak sambung lagi kisah Diary Aisya..
harap korang x boring baca..
yelaa..aku bukan reti sgt susun ayat..




Febuari,2010


Rasanya belum terlambat utk aku kejar balik pointer aku..Saat inilah aku raskan hidup ni perit sangat2..kawan2 banyak mula mengelakkan diri daripada aku..xde orang nak support aku..


yela kan..sape nak kawan dengan orang yang x pandai kan?
Dan disebabkan aku fail math..aku dipanggil oleh lecturer aku utk bincang pasal ni..
bincang punya bincang..lecturer tu sanggup ajar aku bersama beberapa lagi yg fail math lebih masa..
maksudnya..kiteorang akan ade xtra class..


aku stuju walaupun terpaksa korbankan lunch hour aku..
jadual aku jadi makin pack dan aku x sempat nak main2..


disebabkan aku dah dilayan endah x endah oleh kawan aku..
so, aku lebih luangkan masa aku kat surau matrik..


kat sini aku rasa tenang sangat..
lama-kelamaan..aku didekati oleh beberapa orang budak surau..
Alim2 je semua..bertudung bulat..sopan santun..sejuk mata memandang..
mereka rupanya dah lama perhatikan aku..
lalu mereka ajak aku join usrah..


tiap2 minggu, kalau sempat..aku akan pegi usrah..rasa macam hati kering kembali subur..
dalam usrah aku belajar erti seorang sahabat..erti kasih sayang..
memang aku akui..
kawan bergembira ramai..kawan time susah jarang kita jumpa..buktinya jelas bila result exam aku down..xde sape nak kawan ngan aku..


hari berlalu begitu pantas..
aku dah kumpul semangat balik..dan punyai tekad utk excellent pspm 2 nanti..
Alhamdulillah..syukur..syukur..syukur..


result aku jauh lebih baik dari kawan2 yang pernah meminggirkan aku dulu..bukan aku ingin membalas dendam..tapi aku cuma kesal..kenapa saat aku jatuh..tiada kawan yg mmberi semangat..
tapi, xpelah..anggaplah itu suatu dugaan buat aku..


keluar dari matrik..aku bawa suatu imej baru..aku mula lengkap berstokin dan bertudung bidang besar..
tapi saat diriku mula ingin berubah..terlalu banyak anasir2 yang menggugatku..


bila aku pakai macam tu..ramai yang pandang aku mcm pandang makhluk asing je..
semua panggil aku ustazah rock..
dalam hati x baik sangat..tapi pakai macam org alim..
ya Allah..kuatkanlah aku..


sekali lagi..tiada orang yang menyokong aku..
dan sekali lagi aku berubah hati..lagi teruk aku berubah kali ni..tudung makin kecik..jeans makin ketat..t shirt makin pendek..aku pakai macam ni x de pulak orang nak sibuk komen ape2..
mengapa aku boleh berubah drastik sampai begitu sekali hanya sekelip mata...??kenapa dengan hanya orang mengata pun aku dah x boleh istiqamah??
kenapa..kenapa..dan kenapa??


kemudian..
datanglah seorang sahabat menasihati aku
" sahabatku..biar dirimu rebah..tapi jangan sesekali berubah..."
lembut sahaja tuturnya..tetapi sudah cukup menyentapkan hati ku..


wujudlah satu perasaan dalam diriku..
sudah berapa kali aku berubah??YaAllah yang membolak-balikkan hati..ampunkanlah diriku..
aku dalam dilema..sedang berperang mencari identiti sendiri..


Berbekalkan result Matrikulasi..aku berjaya masuk universiti..
Disini aku membiasakan hidup bersendiri..
kawanku ramai..tapi..
aku takut untuk terlalu rapat dengan kawan sendiri..biarlah sekadar berkawan..
aku tidak mahu perkara yang sama berulang..
Alhamdulillah..aku terasa lebih damai begini..


beberapa bulan berlalu..
imanku diuji lagi..
Aku jatuh cinta pada pandangan pertama..
pada insan yang tidak ku kenali..
akhlaknya..redup pandangannya..tunduk malunya..
tutur bicaranya..cukup berhemah dan penuh pengisian..
dia lain daripada lelaki2 yang pernah ku kenali dulu..
aku tertarik pada kezuhudannya..
aku tahu..aku x patut begitu..
aku cuba melarikan pandanganku bila terserempak dengannya..
aku cuba membuang jauh2 perasaan aku terhadapnya..


tetapi malangnya..hampir setiap hari aku terserempak dengannya..
tanpa kurancang..
dan saat itu perasaanku lain..aku rasa berdebar2 takut dia boleh membaca apa yang tersirat dihatiku..


ohh..susahnya..
kerana aku bukanlah seorang yang suka memendam perasaan..aku suka berterus terang dan aku tidak pandai berahsia..huhu.. =___=


Pada suatu hari...entah kenapa aku begitu berani
lalu Aku tinggalkan pesanan di inboxnya..
" saya suka awak..." tanpa memperkenalkan siapa diriku sebenarnya..




to be continue...


2 comments:

 

Template by BloggerCandy.com