Monday, May 16, 2011

selamat hari guru..


Daripada Abu Umamah al -Bahili, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus ( meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut ) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia". 
(Riwayat al-Tirmizi)


Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari guru kepada ibunda tercinta,teacher mira, semua cikgu2 yang pernah mengajar saya secara langsung dan tidak langsung dari saya kecik hinggala skrg ni yg masih x besar2..kepada bakal2 cikgu iaitu ditujukan khas untuk diri sendiri dan rakan2 seperjuangan di Universiti Pendidikan Sultan Idris..Selamat hari guru..teruskan usaha dan semangat untuk menjadi seorang guru bitara..InsyaAllah..

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa..
(Usman Awang)

Jasamu guru akan ku kenang hingga ke akhir hayat..hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa cikgu-cikgu sekalian..Saya hanya mampu menadah tangan memohon doa agar hidupmu guru diredhai dan sentiasa dibawah lembayung RahmatNYA..


2 comments:

  1. slamat hari guru… pelita yang terbakar harap terus bersinar

    ReplyDelete

 

Template by BloggerCandy.com