Friday, September 23, 2016

" semat betul-betul pesan aku..."




A : Kenapa awak pilih saya?
B : .........


B : Kenapa awak terima saya...?
A : ........


***

Okay, tiada jawapan untuk itu 
tak payah karang panjang2 sekarang..
hingga satu masa nanti aku tahu kau pun tahu.

Aku pernah bagi kau kaktus
kau tanya aku kenapa bagi kau kaktus??
dan aku tak jawab.

Satu hari nanti aku akan beri kau bunga.
kau mungkin akan tanya lagi kenapa
hingga tiba saat itu nanti aku akan jawab..

Aku jarang2 kongsi kisah aku dengan kau..
Tapi once aku kongsi, maksudnya aku sedang buka ruang untuk kita belajar komunikasi

Aku juga jarang tahu kisah hidup kau,
kalau kau cerita 
aku dengar..
dengar 
dan dengar..
Just because I don't react, doesn't mean i didn't notice,
but I do concern.
dan aku berharap kau sudi konsgi
kerana aku janji aku takkan tanya
melainkan kau yang mula.

Aku rasa kita kenal sudah cukup lama.
dari setahun jagung,
hingga ke pakai jubah topi jagung..
Tapi entah! taktahu nak describe apa, nak describe macamana.
masih belum masanya kita kenal semua.

Aku pernah benci kau
benci yang amat sangat sampai aku nangis..
aku pun tak tahu kenapa

lepas tu aku pernah terharu dengan kau 
terharu sampai menangis juga...

Aku pernah cakap "Jangan terlalu baik dengan aku , nanti kau menyesal"
Ya, memang nanti kau akan menyesal....

Abah dah anggap kau "bakal menantu abah"
dan aku ??
bestfriend perhaps
and thanks a lots for being a friend
a good friend :)
belum boleh jadi lebih dari itu.

Kau cakap aku selalu sangat balik kampung...
Maybe kau fikir2..lepas ni macamana aku nak bersedia duduk jauh??
Tapi sebab "aku mula bersedia" lah aku selalu balik kampung.
Habiskan masa yang ada dengan ma abah dan keluarga.
kau kena tahu itu.

Satu lagi kau kena tahu.
Aku hati kering, susah nak faham aku
aku sendiri tak faham dengan diri sendiri
Awal-awal aku minta maaf.
kalau sepanjang kau kenal aku,
kau rasa sakit 
Ya, banyak perkara sakit hati yang aku sengajakan..

kau kena tahu lagi..
kurang aku di mana mana..aku tak sebaik mana.
kau jangan high expectation
seperti mana aku expect kau terlalu baik untuk aku.

dan aku akan selalu rasa kau terlalu baik untuk aku.
T.T

Moga nanti aku akan jadi baik juga. 
Sebab mak selalu pesan, 
orang yang baik untuk orang yang baik juga.


terima kasih.
-wniwmd-

1 comment:

  1. it just nice to read this one on 2017
    :)

    may Allah bless both of u
    <3

    ReplyDelete

 

Template by BloggerCandy.com