Salam ‘alaik..
Dah lama rasanya x update blog..sekarang ni saya bersama rakan seperjuangan sedang bertungkus lumus menjayakan program minggu jalinan siswa untuk pelajar2 diploma ambilan jun 2011/2012..
Alhamdulillah, hari ini merupakan hari ke 5 program Jalin berlansung..pelbagai ujian kami tanggung sepanjang program ini berlansung..Cukup menduga buat diri saya dan juga rakan2 seperjuangan..mungkin ini suatu dugaan dan cabaran buat kami semua dan saya percaya ada hikmah yang Allah berikan disebalik apa yang berlaku..pesanan buat diri sendiri dan juga kawan2..tabahlah menghadapi kerenah ‘JMK Baru’..
Bersabarlah..moga kedatangannya Membawa Rahmat bukan keburukan..ameen..
Kadangkala apabila kita semua diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan.
Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.
Sesungguhnya tidak dapat kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalankan tugasan2 dalam kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa.
Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah SWT sedang menduga.
Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya.
Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadangkala membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadangkala kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis oleh-Nya.
Subhanallah. Maha suci Allah!
Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayat-Nya.
Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.
:Sedikit petikan daripada artikel i luv islam